Pelbagai negara ada menawarkan kepada pelancong khidmat menunggang gajah yang dikatakan menyeronokkan. 

Haiwan berbadan besar itu dilihat cukup sinonim menjadi tunggangan pilihan pelancong yang menyatakan tidak sah kalau tidak ke sekian-sekian tempat tidak mengambil peluang naik ke atas belakang badannya. Ala..bukan selalu dapat rasa pun!

Tahukah anda bahawa disebalik gajah yang ‘menurut’ kata itu ada kepahitan dan kesakitan yang terpaksa ditanggung haiwan yang tidak boleh berkata-kata itu?

Cannot Brain La Kenapa Ada Pelancong Nak Sangat Tunggang Gajah?

Menerusi thread di Twitter baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsikan mengenai realiti sebenar betapa kejamnya cara latihan yang diberikan kepada gajah-gajah malang itu.

IKLAN

Difahamkan, demi untuk memenuhi permintaan pelancong yang mahu menggunakan khidmata gajah, para pelatih gajah selalunya akan menjinakan haiwan tersebut terlebih dahulu supaya boleh mengikut arahan.

Cannot Brain La Kenapa Ada Pelancong Nak Sangat Tunggang Gajah? Cannot Brain La Kenapa Ada Pelancong Nak Sangat Tunggang Gajah?

Menerusi makluman daripada penggunan Twitter yang lain pula, anak gajah akan dipisahkan daripada ibunya dan dikurung dalam ‘penjara kayu’.

IKLAN

Dalam proses menjinakkan haiwan itu yang digelar sebagai Phajaan, memerlukan penjinak menggunakan objek tajam dikenali sebagai Bullhorn untuk mencucuk gajah-gajah tersebut agar mengikut arahan. Kalau dapat dilihat, perbuatan tidak berperikemanusiaan telah melanggar hak asasi haiwan yang sepatutnya dipelihara, boleh dilihat pelbagai kecederaan ditanggung haiwan tersebut demi untuk mengikut kehendak manusia.

Cannot Brain La Kenapa Ada Pelancong Nak Sangat Tunggang Gajah? Cannot Brain La Kenapa Ada Pelancong Nak Sangat Tunggang Gajah?

IKLAN

Gambar haiwan tunggangan mati sakit dan didera telah dikongsi beribu-ribu kali di media sosial dan sekali gus mencetuskan kemarahan di kalangan netizen di seluruh dunia. Ramai menyarankan industri pelancong untuk meneliti kegiatan itu untuk memastikan haiwan terancam seperti gajah, unta, kuda atau keldai dipulihara. Mereka juga menyifatkan insiden itu sebagai satu penderaan haiwan.

Cannot Brain La Kenapa Ada Pelancong Nak Sangat Tunggang Gajah? Cannot Brain La Kenapa Ada Pelancong Nak Sangat Tunggang Gajah?

Sebagai pelancong yang prihatin, anda perlu mengambil langkah-langkah untuk menamatkan amalan yang tidak berperikemanusian ini. Jika boleh boikot untuk menunggang haiwan-haiwan ini dimana sahaja destinasi yang menawarkan khidmat menunggang haiwan.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI