Libur dah kongsikan kepada pembaca semua tentang jenis-jenis soket dinding yang ada di seluruh dunia dan siapa yang belum baca lagi artikel tersebut boleh search ‘Jom Ambil Tahu Jenis Soket Dinding Yang Ada Di Tempat Penginapan Di Seluruh Dunia‘ atau klik je dekat hyperlink yang Libur sediakan tu.

Jadi, memandangkan ada banyak jenis soket dinding, for sure ada banyak jenis plug juga kan? Libur terbayangkan satu situasi kalau kita travel cross country di Europe misalnya, tak kan kita nak kena bawa banyak jenis plug adapter?

Libur buat research berkenaan plug adapter yang best untuk travel dan entri ini Libur nak kongsikan kepada pembaca apa lima jenis plug adapter yang the best untuk pembaca boleh beli secara online.

Kriteria pemilihan Libur adalah travel adapter ini mesti compact dan mempunyai pelbagai socket adapter untuk memenuhi keperluan Libur travel all around the world. Jadi, pilihan pertama Libur adalah:

1. EPICKA Universal Travel Adapter 

EPICKA Universal Travel Adapter ini mempunyai variasi plug yang pelbagai untuk kegunaan di 150 negara, sebahagiannya seperti Europe, UK, US, dan Australia. Travel adapter ni juga ada teknologi fast charging untuk empat USB port, satu USB TYPE C dan 1 AC Socket dan boleh cas 6 devices serentak dalam kadar yang laju berbanding travel adapter biasa.

2. Travel Smart All-In-One Adapter w/ USB Port

Travel adapter Travel Smart All-In-One Adapter w/ USB Port ini juga boleh digunakan di pelbagai negara seperti Africa, Asia, Australia, Caribbean, Europe, Fiji, Great Britain, Ireland, Middle East, New Zealand, Utara dan Selatan America dan mempunyai tiga plug outlets dan satu USB port untuk mengecas empat jenis devices serentak.

3. Monoprice Compact Cube Universal Travel Adapter 

Monoprice Compact Cube Universal Travel Adapter ini akan memastikan anda boleh mengecas apa sahaja peralatan elektronik ke soket di mana-mana negara sekalipun. Ini kerana ia mempunyai plug binaan dalaman yang pelbagai dan boleh menyesuaikan plug dengan soket dinding di negara yang anda lawati seperti AS, UK, EU, Australia, dan China.

4. Syncwire 34W/6.8A 4-Port USB Wall Charger

Travel adapter Syncwire 34W/6.8A 4-Port USB Wall Charger ini juga memiliki teknologi fast charging dan boleh mengecas empat peralatan elektronik anda secara serentak kerana memiliki empat USB ports. Adapter ini turut memiliki Smart IC technology yang membekalkan kuasa elektrik ke peralatan elektronik anda dalam kadar optimum. Jadi, tak perlu risau akan berlakunya kejadian litar pintas yang mampu membuatkan peralatan anda kaput.

5. Travel Adapter, Worldwide All in One Universal Travel Adaptor Wall AC Power Plug Adapter 

Travel Adapter, Worldwide All in One Universal Travel Adaptor Wall AC Power Plug Adapter ini low-cost punya dan tak ada brand tapi masih mampu memberikan anda kelegaan untuk mengecas beberapa peralatan serentak di beberapa buah negara dengan selamat. Brand ini tidak mempunyai teknologi untuk menukar arus voltan elektrik, that’s why harganya lebih mampu milik.