Bali terkenal dengan pantai nya. Namun di balik itu tersembunyi syurga hutan Ubud.

Jika anda mahu ke Bali, apa kata anda cuba menginap di Ubud Hanging Gardens. Anda MESTI paling tidak lawat ke sini. Ia antara hotel terbaik Bali terletak di kawasan Ubud. Konsep hotel ini tidak sama seperti kebanyakan hotel yang fokus kepada selera moden. Sudah tentu, Ubud terlatak di lereng bukit jauh ke dalam kawasan hutan kampung yang segar dan tidak terusik mengalukan kehadiran anda di sini.

Ubud Hanging Gardens of Bali ini memenangi  “THE WORLD’S FIRST 7 STAR BOUTIQUE HOTEL”, 7 STAR LUXURY AND HOSPITALITY AWARDS 2016. Sempurna dan hebat. Harga mungkin menjadi isu, namun pengalaman dan nikmat pasti menidakkan kekangan belanja anda.

IKLAN

Terdapat pelbagai kemudahan sama seperti hotel hebat yang lain; spa, kolam mandi peribadi, dan yang paling utama ialah kolam mandi infiniti yang menghadap hutan belantara. Anda boleh bermandi sambil menikmati pemandangan hebat serta merasa berenang di ketinggian pokok.

IKLAN

Senireka hotel ini bercirikan konsep Bali tradisional samada luaran atau dalaman. Ukiran pada tiang, atap, dan lantai menerapkan keindahan tradisional Bali. Staf disini juga memakai pakaian tradisi Bali dan anda akan dilayan dengan ramah dan seperti raja atau permaisuri.

IKLAN

Makanan di sini sudah tentu lah hebat; dari masakan ala Bali sehinggalah ke rasa moden masakan Barat. Segalanya indah dan sempurna di syurga dunia hutan semulajadi Ubud.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI