Siapa yang tidak kenal dengan keindahan Gunung Baling. Dahulunya gunung ini tidak dikenali, namun kini menjadi antara yang terkenal sehingga viral di facebook.
Lokasi Gunung Baling terletak di Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah. Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah. Di sini trek pendakian bukit yang agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana dan berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek.
Kali ini seramai lima anak muda dari Parit Buntar, Perak telah menawan Gunung Baling. Memulakan perjalanan seawal jam 4.30 pagi lagi, perancangan awal untuk sampai ke puncak sebelum matahari terbit.
Permulaan perjalanan, kami terpaksa melalui kawasan tanah laterit yang basah dan berlopak dengan takungan air dek kerana hujan pada sebelah malamnya. Laluan tanah laterit ini adalah kira-kira 600 meter. Sungguh cabaran mendaki di kawasan yang becak amat mencabar sekali.
IKLAN
Setelah melalui kawasan tanah laterit, kami melalui kawasan bertangga. Di kawasan bertangga ini kami sedikit sebanyak dapat merehatkan kaki buat sementara waktu. Hal ini kerana kami tidak perlu lagi memasang kekuda kaki sepertimana mendaki di kawasan tanah laterit. Pembinaan tangga dan selusur untuk ke puncak Gunung Baling amat membantu perjalanan kami. Hampir sejam perjalanan, kami berehat sebentar di pertengahan jalan yang dinamakan Gua Kambing.
Dengan keadaan suhu yang dingin dan kicauan burung memberi 1001 makna ketika berada di hutan ini. Tidak kami menduga, di kawasan Gunung Baling ini juga turut mempunyai kelip-kelip.
Sedia kemudahan
IKLAN
Setelah berehat kami meneruskan perjalanan peringkat yang kedua iaitu melalui kawasan hutan yang sederhana dan berbatu. Laluan ini amat sukar untuk menentukan laluan mana perlu dilalui kerana sesetengah laluan ada dua simpang. Namun situasi ini dapat diatasi kerana di laluan ini juga turut disediakan lampu sebagai petunjuk.
Lampu ini menggunakan kaedah sistem solar yang mana pada waktu siang menyerap tenaga melalui cahaya matahari dan malamnya bercahaya membantu para pendaki. Laluan ini juga turut ditumbuhi dengan pokok-pokok buluh dan pokok-pokok palma. Apa yang menarik perhatian kami adalah di laluan ini juga turut disediakan kawasan solat serta arah kiblat.
IKLAN
Di fasa yang ketiga ini, kami perlu melalui kawasan yang berbatu dan pokok-pokok renek. Laluan berbatu ini amat mencabar. Batu-batu kapur ini berlumut dan permukaannya amat tajam. Setiap langkah kami amat berhati-hati. Kami juga perlu melalui kawasan celah batu. Laluan ini paling mencabar kerana kami perlu mencangkung dan memanjat batu untuk meneruskan perjalanan. Hampir setengah jam daripada kawasan yang mencabar tadi, kami sampai ke kawasan puncak antara jam 6.30 pagi. Tiada kata-kata yang mampu dikeluarkan, melainkan pujian kepada Sang Pencipta.
Sungguh cantik pemandangan dari puncak Gunung Baling. Tanpa berlengah, kami menyelesaikan dahulu perkara wajib, iaitu solat subuh. Dengan udara yang segar dan kabus di atas puncak amat menenangkan hati setiap pendaki. Kesimpulannya perjalanan untuk sampai ke puncak gunung mengambil masa hampir dua jam.
-Perkongsian pengalaman oleh Mohamad Zulfazdli Mohamad Hisam-
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Eropah negara yang mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Dapat bercuti dan berkunjung ke sana menjadi idaman ramai traveler.
Berkesempatan membawa ahli keluarga ke 6 negara Eropah, lengkap bersama ibu dan ayah pastinya ia sesuatu yang manis untuk dikenang. Apatah lagi bila memandu sendiri sepanjang perjalanan ke enam negara yang dilawati.
Memandu hampir 4,000 Kilometer di sana, membuatkan Nawal Yasmin Mat Noh ingin berkongsi trip keluarganya kali ini menerusi akaun Facebook Houseofsix.my dengan traveler yang lain.
Lengkap dengan itinerari di gambar dan juga perkongsian gambar-gambar cantik sepanjang percutian mereka, Nawal turut berkongsi maklumat penting untuk traveler yang ingin membuat trip DIY sepertinya.
Ikuti perkongsian wanita ini:
DIY Trip Drive Sendiri hampir 4,000km di 6 Negara di Eropah
Ok dah ready nak share our recent DIY road tour almost 4000km to 6 Countries (Switzerland, Paris, Belgium, Netherland, Germany & Austria) Total 8 of us including 4 kids and 2 senior citizen. hehe. Dah ready ke nak baca long post ni?
FLIGHT TICKET
Our 3 weeks tour start 3 Sep dari KLIA transit Abu Dhabi. Turun Geneva, Switzerland and flight balik dari Zurich. Naik Etihad. Kenapa Etihad? sebab tu yang paling murah jumpa. Return Ticket dalam RM2800. Kiteorg book ticket Mid Jun. Flight selesa, cabin crew semua baik baik. makanan pon sedap
CAR RENTAL
First 2 weeks kiteorg sewa 9 seater van dengan EuroCar. Pick up Geneva and return Munich, Germany. Cross border so ada extra charges. Process sewa kereta sangat senang except bab deposit tu leceh sebab nak kena ada credit card atas nama main driver. And both of us husband and wife takde credit card. So terpaksa buat my mom as main driver and kiteorg 2nd & 3rd driver (kena bayar extra lagi sebab my mom age limit lebih 65yrs and additional driver pon ada extra charges jugak) Rugi banyak dekat sini sebab end up my husband sorang je yang drive sbb sis kecut perut tak berani sebab left hand drive
CAMPERVAN
Last week dekat Europe kiteorg sewa campervan pusing Germany and Austria. Last week tu my sister join trip so sewa 2 campervan. Process nak sewa campervan ni Alhamdulillah sangat senang. Book dengan Anywhere camper melalui website motorhome republic. Die whatsapp tanya nak pick up dekat mana and handover dekat tepi jalan je. Die explain semua cara nak pakai. Ni our 2nd time naik campervan. Before ni dekat New Zealand.
Yang best part dengan anywhere camper ni sebab die tak perlu ada credit card pon. Deposit boleh pakai debit card. Company ni memang highly recommended. Service die sangat la bagus. Imagine last day nak return tu kiteorg rushing nak kejar train dari Munich ke Zurich, so kiteorg just pass kunci kereta kat tepi train station and lari kejar train, Dalam train baru sedar kunci storage campervan tu dlm pocket my husband. Terus whatsapp dia and kebetulan orang tu nak ke Zurich jugak, Pukul 11.30 malam die dtg hotel amik kunci tu without extra charges!
HOTEL & AIRBNB
Sis letak nama hotel and Airbnb dekat gambar ok. Siap dengan link and review skali recommended ke tak.
ITINERARY
Boleh check dekat last gambar. Ada complete itinerary sepanjang 3 minggu dekat sana.
WIFI
Kiteorg sewa pocket wifi dari Malaysia. Memang agak costly tapi berbaloi sebab laju je. untuk 51 countries 3GB RM35/day. kalau 8GB RM63/day. 1 device boleh share 5 user. Customer service pon sangat bagus and senang nak deal. first 2 weeks kiteorg pakai 3GB. last week tambah jadi 8GB. Semua upgrade melalui whatsapp sahaja.
Ps; kalau tak pegi Austria boleh amik yang package 13 countries je lagi murah. Sebab Austria tak termasuk dalam western Europe.
MAKANAN
Kiteorg masak sendiri. Bawak Thermomix sangat la membantu sebab dapat masak dengan effortless.. Dapat la lepas rindu craving masakan melayu. and jimat banyak sangat. Kiteorg satu family mmg sejenis kuat makan. Kalau makan luar hari hari memang nak nangis rasa. Satu kali meal je dekat RM500+ untuk 8 org. So sila la masak sendiri ye. Package kalau masak dengan Thermomix lagi berbaloi sebab effortless
TIPS
Check weather. Avoid travel in between season. Kiteorg pegi end summer and balik autumn. Cuaca sangat la unpredictable. first week tu kejap panas terik, kejap windy and kejap hujan. dalam 1 hari cuaca berubah ubah mcm tu. Memang semua org batuk selsema kat sana. End of 2nd week pulak hujan je selalu. Dapat la merasa macam 3 musim Summer, Autumn and Winter Memang sejuk sangat temperature drop sampai 5c. 3x ulang alik primark beli jacket and baju tebal sket
Driving tips based on kawan kawan share, kena ingat driver yang selalu dekat dengan divider. Sangat membantu. Tapi sis still takot nak drive
Travel 6 countries in 3 weeks agak penat and terkejar kejar. Kalau boleh kurangkan ke 3-4 countries sahaja baru dapat explore betul2.
Recommend untuk guna google map instead of Waze. Kat Europe, Waze tak berapa nak friendly user.
Allow extra driving time. Contoh kalau google map kata 5 jam, tambah 1-2 hours dari tu. sebab banyak berhenti toilet, makan etc. and dekat Germany and Austria, kalau ada accident ke apa, jem die mmg standstill sepanjang 5-10km. Banyak kali nampak dekat opposite side. So mmg kena allow extra time.
FREQUENTLY ASKED QUESTION
Negara mana paling berbaloi pegi?
Yang nak repeat lagi Belgium and Austria. Tak puas rasa sebab cantik and tenang sangat. Swiss dah 3x pegi so dah boleh move on dah sebab dah jumpa pengganti (Austria)
Berapa cost minyak?
Bila tank dah 1/2 je memang terus isi.. 1/2 tank dalam EUR98.. dalam RM450. sepanjang 3 minggu kat sana, 5 atau 6 kali isi minyak.
Berapa toll kat sana?
Yang sis ingat ada 2 toll je kalau tak silap. Dari Swiss ke France EUR31. lagi satu toll tak ingat tapi less than that.
In between countries, kena chop passport ke?
Takde. Masuk negara lain mcm kita pegi shah alam je. ada signboard kecik je as indicator. Takde pintu gerbang macam kat Malaysia yang “Selamat datang ke Selangor” etc
Mana lagi best drive or naik public transport?
Honestly, kiteorg prefer public transport sebab public transport dekat sana sangat superb. Dapat enjoy view boleh bergerak sana sini. Naik kereta 7jam mcm balik kampung la. penat sikit. Tapi this time sebab travel dengan parents skali so lagi selesa untuk dieorg. tak perlu heret bag semua. Tapi campervan tu sangat best especially dekat Austria sebab view die sangat cantik. MasyaAllah.
Semoga sharing ni bermanfaat untuk semua
for more videos and reels boleh tengok dekat IG ok
Bab orang ke luar negara ini, sudah menjadi trend sekarang. Ia sesuatu yang bagus kerana peluang sudah ada diberikan oleh pelbagai syarikat penerbangan murah untuk mengangkut anda ke destinasi pilihan, pada harga yang cukup rendah.
Kalau yang bajet biasa-biasa juga tetapi masih mahu bercuti ke luar negara selalunya negara jiran terdekat seperti Thailand atau Singapura menjadi pilihan. Tidak hanya perlu menggunakan jalan udara, jalan darat juga masih boleh sampai jika memandu sendiri atau menggunakan pengangkutan awam seperti bas atau keretapi.
Ini ada perkongsian menarik untuk percutian ke Thailand dengan menggunakan perkhidmatan bas dari Kuala Lumpur. Rancang percutian hujung minggu yang singkat pun menarik.
Entry trip Kuala Lumpur – Hatyai – Krabi – Hatyai – Kuala Lumpur
Aku pergi Krabi berdua sahaja dengan biras aku, plan asal ada 3 ke 4 orang. Last minute 2 pax je yang confirm ??. Di sini aku ringkas kan budget dan aktiviti aku kat sana.
DAY 1
11pm – Naik bus dari TBS – pilihan bas Sri Maju ( Harga tiket: RM 65.40 ).
4.45am – Sampai Bukit Kayu Hitam ( makan , isi entrt card )
5.30am – Bergerak ke border Malaysia – Thailand
7am- Dah settle cop passport semua kami, pun bergerak ke Hatyai.
8.30am (waktu Thai) – Sampai Hatyai makan, beli tiket ke Ao Nang Krabi ( 700 Baht return ) , beli siap siap tiket balik KL bus Sri Maju ( 600 Baht ).
10 am – Baru van bergerak ke Ao Nang. Yang ini memang mencabar jiwa raga & punggung ?.
3.30pm – Baru kami sampai Ao Nang . huishhh berasap pungkok hoii . ? erh jap ada berenti 1/2 jam kat RNR apa ntah nama nya .Kami stay di J Mansion dah book awal-awal under booking.com ( 810 Baht ) harga itu untuk 2 malam . Siap check in mandi rehat sebenatar , baru keluar cari makan kat area hotel.
7pm – Kami sewa moto ( 200 Baht ) untuk 24 jam , senang nak meronda-ronda cuci mata. Erh ? senang cari makanan . hihihihihi
DAY 2
8am – Cari breakfast sekitar Ao Nang je.
9am – Bergerak p jetty tuk Phi Phi Island trip ( 1100 Baht ) siap makan apa semua. Puas jugak pusing-pusing sana . Ada 6 pulau kami pergi .
5pm – Baru kami sampai Ao Nang .. balik bilik mandi rehat pastu baru keluar cari makan
7pm – Keluar cari makan kat kedai orang malaysia ( Krabi Malaysia Stall ) sangat dicadangkan , makan super sedap , harga tak mahal sangatt , owner peramah. ?
DAY 3
8am – Cari breakfast , cari barang-barang bini aku dah pesan ( siap die buat list panjang suh p soping dalam 7E ) ??? ..
10am – Siap check out & jom lah kita ke Hatyai pulak . Ok ni cabaran lagi nk hadap van ni tuk 5jam .. mcm hari tu jugak 1/2jm stop di R&R untuk makan rehat kejap.
3.30pm – Sampai Hatyai guys. berakhir sudah azab punggugn kami ? … okay jom p amik tut tut ( 300 Baht ) p floating market pulak ( kat sini pun bini aku bagi list ) ? . Siap makan , membeli-belah barang dalam l=list , jalan-jalan kat situ. Jom lah kita berangkat pulang.
6.30pm – jom kita pulang ke pangkuan keluarga (Bas Sri Maju ) .
5am – alhamdulillah selamat sampai rumah . ☺️
By the way ni kali ke 6 aku pergi sana , ??? Tapi masih nak p lagi sebab sana memang bestt ! Ada sikit tips tuk korang yang nak p korang kena pandai tawar-menawar harga.
Dabong kawasan pedalaman di Kelantan yang semakin mendapat tempat di hati pelancong dan pengembara. Port untuk membuat aktiviti ekstrem dengan harga yang cukup berpatutan.
Anda yang nak ke sana boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Gemas yang juga dikenali sebagai jungle train atau juga boleh memandu sendiri ke Dabong.
Paling best bila memandu bolehlah singgah untuk layan view kat sana tak kurang hebatnya, cantik dan menyegarkan. Tambah pula boleh meneroka ke tempat-tempat lain sepanjang perjalanan dan juga ke lokasi makanan sedap yang sering dikongsi di media sosial.
Sempena cuti hujung minggu yang panjang, Khairoul Hussen, isteri dan beberapa rakan telah membuat trip ke Dabong pada hujung bulan Januari yang lalu. Berkongsi itinerari lengkap dengan kos yang digunakan sepanjang percutian tiga hari dua malam mereka.
Memilih penginapan Jelawang Pipe Resort & Extreme Park, memang seronok melihat perkongsian percutian mereka. Naik ATV, enjoy water rafting dan juga pengalaman membuat aktiviti zipline antara yang dilakukan ketika mereka di Dabong.
Nak tahu apa lagi yang menarik ada di Dabong, ikuti perkongsian lelaki ini:
ITINERARY PERCUTIAN BAJET PUTRAJAYA-DABONG
=======================
Durasi: 3 Hari 2 malam
Jumlah orang: 5 dewasa 1 kanak-kanak
Dabong merupakan lokasi popular bagi yang gemarkan keindahan alam semula jadi di samping melakukan aktiviti sukan lasak (extreme). Terletak di selatan daerah Kuala Krai, Kelantan. Dabong dihubungkan dengan jalan raya, jalan sungai dan rel keretapi dari pekan & bandar-bandar besar.
Daku ingin kongsikan itinerary percutian kami (diriku, isteriku Emy dan rakan sekerjaku Emily dan anaknya John, Ijan dan Ana) ke Dabong pada 21 hingga 23 Januari baru-baru ini.
PERSIAPAN AWAL
============
Pada awalnya, kami bercadang untuk mengunakan perkhidmatan keretapi yang boleh dinaiki di Stesen KTM Gemas. Akan tetapi, ekoran trip kami jatuh pada cuti hujung minggu yang panjang, tiket telah hampir habis dijual 2 bulan sebelumnya. Hanya tinggal tiket tempat duduk perseorangan yang berselerak dengan gerabak yang lain-lain.
Oleh demikian kami memilih untuk menggunakan jalan darat untuk ke Dabong. Disebabkan kami masing-masing tidak memiliki kenderaan 6 tempat duduk. Kami menyewa kereta jenis Mitsubishi Outlander, RM540 untuk 3 hari.
Kebaikan menggunakan kenderaan sendiri berbanding perkhidmatan keretapi adalah kami bebas untuk bergerak ke mana-mana jika ada keperluan ke kedai runcit atau kedai makan.
Kos minyak kami untuk 3 hari ni adalah RM180. Kami beruntung kerana pada waktu kami bergerak ke Dabong, kami tidak dikenakan bayaran tol ekoran pengumuman kerajaan yang tiada kutipan tol untuk semua tol seluruh negara bagi perayaan tahun baharu cina.
Syukur Alhamdulillah.
Untuk trip kali ini, kami telah memilih untuk tinggal di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park . Kemudahan di sini serba lengkap selain kedudukannya di kaki Gunung Stong betul-betul berada di tepi Sungai Kenerong menjadikannya pakej lengkap kepada pencinta alam.
Kami tempah kediaman jenis 3 pipes muat utk 6 orang, 2 orang sebilik. Kos RM190 semalam termasuk sarapan pagi.
HARI PERTAMA
============
Kami bertolak seawal pukul 3:00 pagi dari Putrajaya kerana tidak mahu tersangkut dalam kesesakan dek orang ramai pulang ke Pantai Timur. Perjalanan kami kami mengambil masa lebih kurang 8 jam (perjalanan biasa 5 jam) dengan 2 lokasi hentian. Kami berhenti di Petron Kuala Lipis untuk menunaikan Solat Subuh dan Kedai Roti Canai London, Gua Musang untuk sarapan pagi. Kos sarapan kami 6 orang RM30.
Kami tiba di Dabong kira-kira pukul 9:30 pagi. Perancangan pagi itu hendak membuat aktiviti meneroka gua (caving), akan tetapi setibanya kami di Kompleks Gua Ikan, premis ditutup. Menurut seorang pengasuh (orang yang membawa pelancong), kompleks ini telah ditutup sejak September 2022 untuk tujuan pemeliharaan dan pemulihan gua.
Oleh kerana itu, kami terus ke Stesen Keretapi KTM Dabong untuk mengambil foto dan makan tengah hari di situ. Kos makan tengah hari adalah RM60 untuk 6 orang.
Kami sampai awal di Pipe Resort sekitar pukul 12:30 tengah hari. Kami terpaksa menunggu sehingga pukul 2 untuk kami masuk ke bilik penginapan. Sementara itu, kami hamparkan flying sheet dan berehat untuk menghilangkan lelah masing-masing.
Untuk hari pertama ini, kami hanya berehat di Pipe Resort dan kami kemaskan kawasan kediaman kami. Kami pasangkan meja, khemah, tikar hamparan dan sebagainya. Setelah itu, berendam dan berehat di batu sungai.
Seusai itu, kami keluar ke Adam Café untuk makan malam. Kos makan malam RM100 untuk 6 orang. Untuk aktiviti sebelah malam, kami hanya berehat di anjung tempat kami tinggal. Berborak, minum kopi dan bermain kad monopoly.
HARI KEDUA: AKTIVITI LASAK
======================
Hari kedua kami mulakan dengan bersarapan di Café Jelawang Resort seawal 8 pagi.
Aktiviti pertama kami hari ini adalah menunggang ATV. Kos sebuah ATV adalah RM35 dan sebuah ATV boleh dinaiki 2 orang. Kami ambil 3 ATV. Untuk aktiviti ATV ini, kami telah dibawa merentasi kawasan ladang kelapa sawit dengan trek yang dikhaskan untuk ATV ini.
Setelah itu, kami terus melakukan aktiviti zipline/flying fox. Kos untuk seorang RM15. Selesai acara zipline kami berehat di bilik sementara menunggu aktiviti water rafting yang dijadualkan pada pukul 12 tengah hari.
Untuk aktiviti ini, kami dijemput oleh Bob, pemilik Stong Outdoor & Xventure dan dibawa menuju tempat mula water rafting di Sungai Kenerong.
Kos untuk water rafting adalah RM70 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Selain itu, Stong Outdoor Venture turut membuat aktiviti water tubing.
Selesai aktiviti ini, kami kembali ke resort kira-kira pukul 4:30 petang. Petang itu kami hanya berehat di kawasan sekitar Resort dan bermain air sungai.
Makan malam kami hari ini di Ahmad Ikan Bakar. Kos semuanya adalah RM95.
HARI KETIGA: MASA UNTUK PULANG
===========================
Pagi itu kami sarapan seperti biasa. Kemudian kami berkemas untuk pulang. Kami check-out pada pukul 10. Perjalanan balik ke Lembah Klang agak sesak sedari Gua Musang mungkin ramai warga kota merancang untuk balik awal bagi mengelakkan kesesakan keesokan harinya.
Kami singgah di Azmi Steam Fish dekat Lipis untuk makan tengah hari. Kos RM150.
Disebabkan googlemap & waze menyatakan berlaku kesesakan teruk di bentong dan karak. Kami decide untuk guna laluan anternatif tanpa tol. Kami sekali lagi jimat di sini.
Kami sampai di Lembah Klang sekitar pukul 7 pada hari itu.