Pulau Mawar yang terletak di Mukim Penyabong, Daerah Mersing merupakan salah satu pulau di negeri Johor yang dinamakan Heaven’s Gate di kalangan jurugambar kerana terdapat gerbang besar apabila memasuki ke pantai ini.
Sekali pun view sangat ohsem namun Pulau Mawar ini yang yang mempunyai pantai berpasir yang indah dan air yang jernih untuk para pengunjung berkelah dan mandi-manda bersama keluarga kurang dikenali ramai namun Pulau Mawar ini kurang dikenali ramai. Tapi viewnya sangat cantik dan sesuai untuk bergambar.
Ads
Bukan saja viewnya ohsem tapi banyak aktiviti boleh dilakukan di sini di mana para pengunjung dapat melakukan aktiviti pantai seperti bermain layang-layang dan membina istana pasir sepanjang hari dan berehat bersama keluarga selain menikmati keindahan alam semula jadi. Bagi yang ingin lari dari kesibukan kota, mencari ketenangan dan menikmati suasana pulau yang tenang dengan air laut yang jernih, Pulau Mawar ini seharusnya menjadi tarikan utama. Dilengkapi gerai-gerai kecil, pengunjung dapat menikmati pelbagai juadah tempatan yang terdapat di gerai-gerai berhampiran di saat anak-anak melakukan aktiviti riadah.
Ads
Lebih menambah unik, Pulau Mawar ini merupakan kawasan istimewa, tempat kepulauan baki mempamerkan keindahan landskapnya, kepelbagaian biologi marin dan daratan terserlah, keunikan budaya komuniti nelayan dan tradisi pribumi sedang diamalkan. Mersing Geopark merangkumi seluruh Daerah Mersing meliputi kawasan daratan, kepulauan dan lautan seluas hampir 6,400 km.
Ads
Pulau Mawar memiliki iklim tropika dan airnya kekal suam sepanjang tahun, selesa untuk berenang. Terdapat banyak kekayaan semulajadi seperti batu-batu karang dan hidupan-hidupan laut yang menawan menanti untuk diterokai melalui aktiviti snokel. Suhu air berlegar sekitar 29 hingga 30°C sepanjang tahun sungguhpun ia boleh turun beberapa darjah pada musim tengkujuh pada penghujung tahun. Sumber : Tourism Johor
Alang-alang datang Perak, boleh lah singgah di Sarang Art Hub untuk melihat keunikan hasil seni yang ada di sini.
Nikmati Hasil Seni di Sarang Art Hub
Terletak di Tanjung Malim, Pusat Seni atau Sarang Art Hub ini diusahakan oleh pengarah terkenal, Allahyarham Mamat Khalid.
Mendapat kerjasama dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, rumah rehat ini terus berubah namun ciri binaan lama serta struktur bangunan masih dikekalkan.
Mempunyai Galeri Seni
Selain berfungsi sebagai hub seni, Sarang Art Hub ini mendapat sentuhan Allahyarham dengan hiasan yang menarik serta mempunyai galeri seni, kafe, dan bengkel seni.
Menarik, bukan? Nak ootd pun selesa dengan dekorasi vintage seperti yang ada di dalam gambar.
Jadi kalau datang Perak, jangan lepaskan peluang untuk melawati pelbagai tempat menarik di Perak. Moh Le Kite!
Lokasi: Jalan Rumah Rehat, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim, Perak
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kanchanaburi yang bermaksud batu permata terletak kira-kira tiga jam perjalanan dari Bangkok merupakan destinasi pelancongan di Thailand yang perlu dikunjungi.
Jika cuaca baik dan hari cerah, anda boleh melihat ramai pelancong sedang menyeberangi jambatan kereta api di Sungai Kwai, di wilayah Kanchanaburi, Thailand yang berlatar belakangkan landskap yang begitu indah. Jambatan itu begitu popular apabila sebuah filem Hollywood mengenainya diterbitkan pada tahun 1957 iaitu The Bridge Over the River Kwai.
Namun, bukan kerana filem itu sahaja ia begitu terkenal dalam kalangan pelancong tetapi kisah hitam yang pernah terpalit ditanah tersebut. Jambatan keretapi Sungai Kwai adalah sebahagian daripada Landasan Keretapi Maut yang menghubungkan Thailand dan Burma. Kanchanaburi bersempadan dengan Burma (Myanmar) dan pernah mempunyai laluan keretapi yang menjadi penghubung antara negara Thailand dan Myanmar.
Dahulunya ia digunakan untuk laluan askar Jepun dalam usaha melawan tentera British dan sekutu-sekutunya. Selepas perang tamat pada tahun 1945, landasan tersebut menjadi hutan belantara. Namun kini, ia menjadi tumpuan dunia untuk melawat.
Penindasan Kejam
Landasan kereta api Thailand- Burma yang digelar sebagai Landasan Maut ini, dibina dalam tempoh masa yang agak singkat oleh hampir 100,000 tahanan Perang Dunia Kedua serta buruh kasar. Pembinaan landasan sepanjang 415 kilometer itu dimulakan pada Oktober 1942 dan berakhir di Konkoita, utara Thailand pada Oktober 1943. Ia digunakan dalam rancangan serangan Jepun terhadap tentera Britain di India serta menguasai jalan dan ruang udara yang digunakan tentera bersekutu.
Rakyat Thailand juga pernah menjadi buruh landasan pada awal pembinaannya, namun ketegangan berlaku antara mereka dan tentera Jepun selepas pasukan keselamatan itu bertindak mengambil alih rumah-rumah ibadat sebagai tempat penginapan selain tidak menghormati sami Buddha tempatan. Semua pihak maklum bahawa tahanan perang serta buruh yang dipaksa menyiapkan landasan tersebut turut berdepan layanan buruk oleh tentera Jepun yang menyeksa mereka tanpa belas kasihan.
Mangsa sering dipukul dan tidak diberi bekalan makanan yang cukup, rawatan perubatan yang diperlukan atau masa rehat sewajarnya ketika pembinaan dilakukan. Sikap serta perbuatan ganas tentera Jepun itu menyebabkan ramai warga Thailand benci terhadap mereka lalu bertindak membantu tahanan perang yang terlibat dalam pembinaan landasan neraka itu.
Untuk pembinaan Jambatan Kereta api di atas Sungai Kwai saja dikatakan telah mengorbankan ribuan tawanan perang dan buruh paksa semasa mereka menjalankan kerja-kerja pembinaan jambatan dan landasan disekitarnya. Sepanjang tempoh tersebut seramai 16,000 orang tawanan perang dan lebih 100,000 orang buruh dari Asia meninggal dunia dan hilang. Angka sebenar orang-orang Asia terkorban tidak dapat dikesan dengan tepat kerana rekaod-rekod yang mengandungi maklumat ini telah dimusnahkan oleh pihak pentadbiran Tentera Jepun pada akhir Perang Kedua. Secara puratanya setiap kilometer landasan yang dibina itu menelan 38 nyawa manusia atau seorang meninggal dunia pada setiap ela jalan kereta api itu disiapkan.
Antara pekerjaan berat yang perlu dilakukan tahanan perang seperti menebang pokok-pokok besar, membersih kawasan laluan, meneres lereng-lereng bukit, menimbus kawasan-kawasan rendah, menyusun landas(sleeper), mengangkut rel kereta api, mengangkut batu-batu dan membina jambatan. Bayangkan betapa sukar dan tersiksanya mereka menjalankan kerja-kerja tanpa bantuan alat teknologi canggih dan hanya berbekalkan kudrat yang ada seperti mengangkat batu menggunakan tangan sahaja. Mereka hanya diberi makan sekali sehari iantu hanya menu nasi semangkuk. Buruh-buruh ditempatkan di rumah panjang iaitu bangsal buluh yang beratapkan daun sagu atau nipah dan berlantaikan buluh.
Setiap bangsal dimuatkan lebih kurang 100 orang. Mereka diarahkan membuat pelbagai kerja. Mereka dikawal oleh tentera Jepun dengan keras. Jika mereka melakukan kesalahan, lambat atau letih mereka akan dipukul dengan buluh, rotan atau di tampar. Selain daripada makan minum yang tidak mencukupi mereka juga menghidap pelbagai penyakit seperti demam malaria dan cirit birit. Ubat-ubatan tidak mencukupi dan kematian berlaku bila-bila masa. Buruh yang mati diisi ke dalam guni dan ditanam dimerata-rata tempat. Ada yang ditanam, dibakar atau dihanyutkan ke sungai.
Memperingati Mangsa Tahanan Perang
Terdapat sebuah tanah perkuburan berhampiran jambatan yang dibina pada era Perang Dunia Kedua itu iaitu Kanchanaburi War Cemetery. Ia merupakan tempat persemadian ribuan tawanan perang yang mati ketika bekerja membina landasan kereta api maut. Ia menempatkan 3,000 tentera bersekutu yang gugur di antara sempadan Myanmar dan Thailand itu. Banyak tugu yang mengandungi tulisan di tanah perkuburan itu dibiayai oleh Suruhanjaya Komanwel Tanah Perkuburan Perang yang beribu pejabat di Britain.
Tulisan tersebut berbentuk lirik lagu dan sajak merupakan bukti yang menyayat hati tentang peperangan yang pernah berlaku di sana.
Keperitan & Kesengsaraan
Pengunjung juga boleh ke Hellfire Pass untuk melihat sendiri kesan tinggalan peristiwa hitam yang berlaku ketika zaman penjajahan lalu. Terdapat slot tayangan video mengenai pembinaan landasan maut yang meruntun jiwa di Muzium Hellfire Pass. Bayangkan jika mereka itu sebahagian daripada ahli keluarga kita. Perit dan sangat sadis nasib yang menimpa mereka. Suasana pilu pasti terasa tatkala kaki menjejak laluan Konyu Cutting. Trek jalan kaki ini merupakan tapak asal sebahagian laluan landasan keretapi maut. Pelbagai kesan tinggalan tawanan perang boleh kelihatan. Kebanyakkan pengujung dan pelancong yang datang ke sini adalah warga Australia yang merupakan kenalan atau keluarga terdekat mangsa tahanan perang.
Pakej Keretapi
Boleh dikatakan kesan daripada peristiwa pembikinan landasan keretapi maut ini telah membawa ribuan pelancong berkungjung ke Kanchanaburi sekaligus ia tersenarai dalam destinasi yang perlu dikunjungi. Bentuk muka buminya yang indah dan diwarnai dengan pelbagai landskap menarik membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta kepada Kanchanaburi. Jangan lupa untuk mengalami sendiri perjalanan menaiki keretapi menyusuri landasan yang dibina oleh mangsa tahanan perang ini.
Kemudahan keretapinya kelihatan agak usang tetapi masih mempunyai kudrat yang diselenggara dengan baik untuk membawa pelancong mahupun penduduk tempatan merasai perkhidmatan kesan sejarah yang ditinggalkan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jika anda berada di Pulau Pinang, anda pasti dapat melihat kelibat ikon bangunan tinggi KOMTAR bertukar berwarna.
Cahaya lampu berwarna merah menerangi bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di Pulau Pinang sebagai tanda menghargai jasa semua jururawat di atas pengorbanan mereka membantu menangani penularan pandemik COVID-19.
Kerajaan negeri mengambil inisiatif itu sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia 2020 yang disambut pada 12 Mei setiap tahun. Pemilihan warna merah melambangkan keberanian yang dimiliki oleh para jururawat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab meskipun negara kini berhadapan dengan detik yang sukar akibat ancaman COVID-19.
Warna merah juga melambangkan penghargaan tertinggi rakyat Pulau Pinang kepada semua jururawat dan pekerja perubatan serta warna riben yang dipilih untuk sambutan Hari Jururawat Sedunia 2020 itu. Bangunan ikonik negeri Pulau Pinang itu dinyalakan dengan lampu warna merah bermula malam tadi dan hari ini, dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...