Jika Menara Burj Khalifa di Dubai menjadi bangunan tertinggi di dunia dan tiada negara lain dapat menandingi kehebatan bangunaan pencakar langit.
Namun negara kita Malaysia juga turut berbangga apabila Menara 118 turut diiktiraf menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia.
Penyempurnaan pemasangan puncak Menara Merdeka 118 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan Merdeka 118.
Lengkapnya pemasangan puncak Menara Merdeka 118 menjadikannya menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa secara rasmi dan tertinggi di Asia Tenggara pada ketinggian 678.9 meter.
Ismail Sabri dalam ucapannya berkata, Menara Merdeka 118 bakal memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia kerana presint ini akan menjadi pemangkin baharu ekonomi bagi Kuala Lumpur, sekali gus melengkapi kawasan-kawasan lain yang sedang rancak membangun.
Ikuti perkongsian di laman sosial twitter melalui akaun @SkycrapersMY yang memberitahu info menarik di sebalik Menara 118 ini.
– Keseluruhan precint Merdeka 118 ini merangkumi pembangunan bercampur termasuklah Stadium Merdeka yg akan dibuka kepada awam untuk riadah.
– 83 dari 118 tingkat menara utama menempatkan pejabat; 60 daripadanya akan diisi oleh PNB. Baki tingkat selebihnya akan diisi oleh Park Hyatt.
Ads
– Di bahagian bawah terdapat pusat membeli-belah, taman awam 4 ekar, serta masjid baharu yang dapat memuatkan 3000 jemaah. Selain itu terdapat juga pusat jagaan kanak-kanak, serta galeri dan anjung tinjau untuk sudut fotografi
Ads
– Di bahagian atas menara, terletaknya dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara. Di sini, pengunjung boleh menikmati panorama 360° Kuala Lumpur, serta melakukan aktiviti-aktiviti yang menggerunkan seperti berjalan di luar menggunakan tali pada ketinggian ≈500 meter dari atas tanah
Ads
– Bahkan, tiang puncak menara (spire) itu sendiri boleh dimasuki oleh pengunjung pada ketinggian 566 meter, seterusnya menjadikannya sebagai dek pemerhatian tertinggi di dunia!
– Tidak lupa juga lif panel kaca yang boleh dinaiki dari tingkat bawah hingga ke atas, untuk menyaksikan panorama dalam keadaan menaik pada kelajuan 8 meter sesaat.
– Walaupun spire sudah mencapai ketinggian penuh, projek Merdeka 118 ini MASIH BELUM SIAP dan masih sedang rancak dibina. Menara dan taman awam dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua 2022.
Sesekali singgah Wang Kelian di Perlis, ini sudah cukup memuaskan hati. Dapat tenang-tenang layan pemandangan cantik dari atas.
Biasanya pencinta alam semula jadi, akan singgah Wang Kelian View Point untuk melihat sendiri keindahan negeri Perlis.
Di Wang Kelian View Point, anda akan dapat menyaksikan pemandangan dan lanskap indah di ketinggian 303 meter dari aras laut.
Tetapi tarikan paling popular yang ramai orang idamkan di sini adalah untuk menyaksikan sendiri panorama menakjubkan dan jarang-jarang sekali dilihat iaitu ‘Fenomena Awan Karpet’ atau kejadian gumpalan awan yang terbentang luas bak permaidani melewati dua puncak Bukit Chabang.
Menurut penduduk tempatan, tips untuk melihat ‘Awan Karpet’ adalah malam sebelum anda naik mestilah cuaca mendung dan hujan, barulah awal pagi esoknya dapat enjoy fenomena luar biasa itu.
Gumpalan corak awan terbentang dapat dilihat sehingga Empangan Timah Tasoh yang terletak 16.2 kilometer dari kawasan itu.
Disebabkan Perlis tiada banyak bangunan pencakar langit dan amat kurang pencemaran udara, jadi awan karpet ini mudah terbentuk.
Terbaharu Wang Kelian View Point ini mengenakan caj kepada pengunjung dewasa sebanyak RM2 dan kanak-kanak seringgit yang korang kena bayar di pintu gerbang berpalang sebelum mendaki ke puncaknya.
Walau ada sedikit trek mendaki tetapi korang jangan risau kerana laluannya adalah jalan bertar dan tidaklah sesukar mana, asalkan memakai kasut yang bersesuaian untuk lebih keselesaan.
Selepas mendaki sekitar 5 hingga 10 minit mengikut kelajuan masing-masing, mesti penat korang akan terus hilang bila melihat pemandangan indah yang boleh nampak satu Perlis.
Walaupun cuaca masa pergi nanti panas terik, tapi jangan risau angin yang bertiup di puncak Wang Kelian itu pasti dapat menyejukkan badan.
Di sana ada banyak port untuk bergambar cantik seperti papan tanda besar, pelantar tertera tulisan ‘Wang Kelian’ di lantainya serta buaian dengan panorama mempesonakan.
Owh ya, kalau rasa lapar, di puncak Wang Kelian View Point itu tersedia gerai-gerai makanan, minuman dan kopi pun ada untuk dibeli sambil menjamu selera dengan view mahal kat sana.
Jadi, kalau betul nak tenangan emosi yang stress, boleh lah singgah Wang Kelian di Perlis ini. Confirm, puas hati!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perlaksanakan PKP 2.0 yang bermula hari ini ternyata sedikit sebanyak telah menjejaskan industri pelancongan.
Malah bermula semalam, ramai yang sedang bercuti dan berada di luar Lembah Klang bergegas pulang sebelum PKP bermula.
Namun bagi mereka yang berada di Pulau Langkawi menghadapi kesukaran apabila dikatakan tiada info penerbangan dibatalkan sehingga 27 Januari depan.
Malah ramai yang terkandas di lapangan terbang Langkawi kerana masalah ini.
Seorang pengguna media sosial Roni Andika Zainintawa memberitahu oleh kerana tiket penerbangan dibatalkan, dia terpaksa menggunakan perkhidmatan feri untuk ke Kuala Kedah dan seterusnya pulang ke Kuala Lumpur menaiki grab.
Dia juga terpaksa membayar sejumlah RM350 untuk perjalanan pulang berkenaan.
Sesiapa yang berada di Langkawi buat masa ini dan jadual flight pulang esok dan hari seterusnya. Sila chek balik.
Semua penerbangan esok sehinga 27.01.2021 dibatalkan.
Pada waktu ini airport Langkawi sedang dipenuhi manusia yang ingin pulang ke Kuala Lumpur.
Ramai yang kebingungan dan tiada idea untuk pulang. Petugas kaunter sangat perlahan dan tiada banyak infomasi yang diberikan.
Kaunter MAS, Malindo Air dan Firefly awal awal lagi ditutup.
Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur saya dijadualkan esok tetapi dibatalkan. Tiada langsung pengumuman dari Airasia tetang pembatalan penerbangan.
Saya akan pulang mengunakan feri ke Kuala Kedah malam ini dan pulang ke Kualau Lumpur mengunakan Grab.
Semoga semua Tabah
Dan posting terbaru dari Roni memberitahu dia sudah selamat sampai di Kuala Lumpur setelah melalui perjalanan yang panjang.
Tengah musim panas sekarang ni di Malaysia, paling seronok dapat berjalan tempat sejuk.
Cewah! Musim panas kau.. Bukan musim panas tau, Malaysia sekarang tengah mengalami perubahan monsun. Oleh itu, cuaca sekeliling agak kering dan bahang daripada kebiasaan. Cuaca panas macam sekarang ni ada baiknya kalau kita pergi bercuti ke kawasan tanah tinggi. Ada juga terasa sejuknya berbanding di kawasan tanah rendah kan?
Kawasan tanah tinggi ni disukai ramai orang bukan sekadar suhu atau cuacanya yang sejuk dan nyaman, tapi produk pelancongan yang ada di sana turut menjadi kegilaan pelancong seperti sayur-sayuran tanah tinggi yang segar, pokok bunganya yang mengembang mekar seperti bunga kaktus atau bunga orkid, sentiasa menjadi kegilaan kaum hawa.
Tidak perlu diperkenalkan, Little England Malaysia ini adalah pusat peranginan tanah tinggi terbesar dan paling popular di Malaysia. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah lawatan ke taman rama-rama, ladang strawberi, ladang lebah madu dan ladang teh yang luas. Cameron Highland berada pada ketinggian 1,829 meter dari aras laut dan suhunya sekitar 18 darjah Celsius hingga 27 darjah Celsius begitu kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Terdapat dua kawasan utama yang menjadi tumpuan jika bercuti di Cameron Highland iaitu Tanah Rata dan Brinchang. Pengunjung tidak perlu risau tentang penginapan di sini. Terdapat banyak resort dan hotel daripada status mewah hingga bajet yang boleh dipilih mengikut kemampuan. Walau bagaimanapun anda disarankan membuat tempahan lebih awal sekiranya berhajat ke sini pada musim cuti umum atau cuti sekolah.
Genting Highland cukup dikenali tidak kira buat penduduk tempatan atau pelancong asing. Lokasinya yang terletak di atas bukit dengan suhu sejuk yang nyaman, pasti memberikan keseronakan berganda untuk anda dan keluarga berhibur lebih-lebih lagi dengan kewujudan taman temannya. Jika anda berada berhampiran destinasi ini tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan buah strawberi yang segar dari ladang. Dengan suhu yang dingin dan nyaman, percutian ke sini pasti tidak lengkap tanpa menikmati secawan minuman panas dan merasai produk-produk makanan berasaskan strawberi di Ladang Strawberi Gohtong Jaya
Tiga tarikan utama di sini adalah Colmar Tropicale yang dibina berdasarkan seni bina bangunan di Colmar, Perancis, Japanese Tea House & Botanical Garden dan Animal Park. Pengunjung pasti teruja apabila melintasi kolam yang dipenuhi angsa dengan melalui di atas sebuah jambatan yang mempunyai reka bentuk unik sebelum masuk ke kota seakan berada di Negara Perancis. Bangunan dalam kawasan ini terdiri daripada hotel, restoran, kedai cenderamata, spa dan pusat hiburan, sesuai dikunjungi oleh mereka yang berbulan madu mahu pun bekeluarga. Berhampiran ini juga terdapat banyak tarikan seperti taman Jepun, kawasan sukan ekstrem dan taman haiwan.
Bukit Fraser terletak di atas Banjaran Titiwangsa, dengan suhu sejuknya sekitar 17 darjah Celsius hingga 24 darjah Celsius. Selain bersiar-siar sambil menghirup udara yang dingin dan menghayati pemandangn, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti bermain golf, melihat burung ataupun menunggang kuda. Di sini juga terdapat sebuah tasik yang begitu menarik pemandangannya. Pengunjung boleh menyewa kayak atau sampan untuk mengelilingi tasik ini sambil melihat keindahan sekitarnya. Air Terjun Jeriau juga antara yang menjadi tarikan di sini.
Terletak di Taiping, Perak lokasi ini juga dikenali sebagai Bukit Maxwell, bersempena nama penolong Residen British Pertama di Perak dari British pada tahun 1884, William Edward Maxwell. Untuk yang meminati aktiviti lasak, anda boleh melakukan aktiviti jungle tracking di sini sambil menikmati kehijauan alam. Ambil peluang untuk bersiar-siar sambil melihat pemandangan indah bandar Taiping hingga ke laut Selat Melaka dari ketinggian 1250 meter dari paras laut. Pemandangan di waktu malam dari atas Bukit Larut tidak sama dengan pemandangan di waktu siang. Pada waktu malam cahaya lampu rumah, kilang, jalan raya dan kedai menerangi bandar Taiping. Jika di waktu siang suhunya di antara 15 hingga 25 darjah celsius berbeza pula di waktu malam, kedinginan semakin terasa dan suhunya boleh mencecah sehingga 10 darjah celsius ditambah pula dengan fenomena hujan bukit yang hampir setiap hari berlaku.
Satu lagi destinasi percutian yang mempunyai panorama menarik terdapat di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Bukit Bendera terletak di seberang pulau dan boleh dikunjungi dengan menggunakan keretapi Bukit Bendera. Dari puncak Bukit Bendera, anda akan dapat melihat seluruh negeri ini serta bangunan tertinggi di Pulau Pinang iaitu Komtar. Bukit Bendera, destinasi tumpuan pelancong untuk menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit. Bukit Bendera atau dikenali sebagai Penang Hill adalah bukit peranginan yang paling tua di Malaysia. Terbaru, tular di media sosial sebuah kafe unik buat penggemar kopi di Bukit Bendera iaitu Kopi Hutan. Untuk ke sini, pelanggan boleh menaiki buggy atau kereta yang berada di Dataran Bukit Bendera secara percuma untuk ke kafe ini. Kewujudan Kopi Hutan sangat menarik kerana terletak di atas bukit yang tinggi dan dikelilingi dengan alam semulajadi pasti buat anda rasa tenang. Kiranya lokasi yang 'perfect' untuk bersantai sambil minum kopi Arabica atau teh.
Mempunyai keistimewaan suhu sejuk, ia adalah kawasan tarikan pelancong terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi. Gunung tertinggi di Kedah ini juga menyediakan kemudahan penginapan dikelilingi dengan pelbagai jenis flora dan fauna berwarna-warni. Kedinginan udara sekitar 18 hingga 25 darjah celcius amat menyamankan lebih-lebih lagi ia dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok yang menghijau. Pemandangan indah di sekeliling lokasi berkenaan juga pasti akan mengasyikkan setiap pengunjung kerana dari puncak resort berkenaan anda boleh melihat pemandangan sekitar negeri Kedah terutama pemandangan sawah padi yang luas terbentang indah.
Jom cuti-cuti Malaysia
image via Google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...