Bagi yang bercadang bercuti ke Terengganu dalam masa terdekat nie, selain memilih penginapan bercuti ke hotel dan resort tepi pantai, bolehlah cuba recce-recce penginapan di Masjid Seberang Takir. Masjid ini terletak di Kuala Nerus, Terengganu.
Menariknya di masjid ini, ada di sediakan rumah inap desa buat para musafir serendah RM80 semalam. Wow, murah saja kerana banyak kemudahan ada di sekitar masjid ini.
Berkonsepkan bercuti sambil beramal, Masjid Seberang Takir, Kuala Terengganu ini ada menyediakan rumah inap desa yang mana ia dilengkapi semua kemudahan, sama seperti disediakan di hotel-hotel dan resort.
Pemandangan Masjid Seberang Takir yang sangat indah.Bukan saja dapat solat dengan senang di masjid tapi idea membangunkan inap desa untuk pembangunan masjid idea yang sangat baik.Masjid Seberang Takir ini terletak di Kuala Nerus, TerengganuInilah 12 inap desa yang berharga RM80 untuk semalam. Dilengkapi semua kemudahan termasuk penghawa dingin, katil (single/queen), bilik air, sofa, Al-Quran, sejadah, tuala & selimut.
Sebanyak 12 inap desa disediakan dan kesemuanya lengkap dengan fasiliti seperti dinyatakan.
Ads
Amat jarang masjid-masjid di Malaysia memikirkan idea begini tapi menariknya di inap desa Masjid Seberang Takir ini, ia terletak di lokasi amat strategik.
Ia terletak berdekatan dengan lokasi utama sekitar Kuala Terengganu seperti Pasar Payang, jeti bot penambang, Pantai Teluk Ketapang, Jambatan Angkat, Mydin Mall, Sabasun Hypermarket, Stadium Sultan Mizan, Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan Pusat Bandar Kuala Terengganu dan banyak lagi.
Ads
Antara kemudahan yang disediakan di rumah inap ini adalah penghawa dingin, katil (single/queen), bilik air, sofa, Al-Quran, sejadah, tuala & selimut.
Ads
Paling best di sini, senang nak solat berjemaah dengan penduduk di sini selain viewnya yang memang sangat cantk. Lagi ngam dapat berjalan-jalan di sekitar bandar Kuala Terengganu dengan sangat senang kerana ia terletak di lokasi amat strategik.
Ada bilik dilengkapi dua katil single dan ada jenis queen, sesuai untuk suami isteri.Bilik jenis katil queen untuk kemudahan pasangan suami isteri.Bilik air moden dan selesa digunakan.Inap desa ini terletak bersebelahan masjid. Jadi kalau menginap di sini, sangat senang untuk solat berjemaah.Boleh nampak jeti bot penambang untuk ke bandar Kuala Terengganu kalau menginap di sini.Banyak kemudahan ada di sini terutama kalau nak ke bandar Kuala Terenganu. Dekat dengan semua kemudahan lain termasuk Jambatan Angkat dan lain lagi.
Semua urusan penginapan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang saja.
Semoga setiap hasil ini digunakan untuk pembangunan masjid dan ummat islam khususnya. Sumber : Surgaroute
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Terengganu akan memperkenalkan ‘pasar terapung’ sebagai satu lagi produk pelancongan sebagai tarikan terbaharu terutama kepada pengujung luar. Kuala Nerus ‘Floating Market’ dijangka akan menjadi destinasi tarikan yang pertama pasar terapung di negeri Terengganu.
Walaupun masih dalam peringkat cadangan namun lokasi di Seberang Takir adalah lokasi paling strategik untuk tujuan tersebut. Ini kerana, Seberang Takir mempunyai panorama yang agak indah untuk dilakukan aktiviti sebegini. Ditambah dengan kawasan yang berlatarkan jambatan angkat atau ‘drawbridge’ yang perlu dimanfaatkan.
Usaha yang dijangka menarik lebih ramai pelancong itu turut melibatkan perkhidmatan bot penambang sekali gus mampu mentransformasikan pengangkutan tradisi yang telah berusia lebih 60 tahun itu.
Penduduk tempatan negeri ini juga bakal menikmati suasana seperti berada di pasar terapung yang boleh didapati di Kampung Pulau Suri di Kelantan dan seperti pasar terapung Klong Hae di Hatyai.
Bagaimanapun, konsep pasar terapung Seberang Takir mungkin menampilkan sedikit kelainan daripada pasar terapung biasa dan ia masih belum diputuskan jawatankuasa terbabit.
Harap-harap cadangan ini cepatlah menjadi kenyataan. Zaman sekarang, apabila ada sesuatu destinasi yang menjadi tular pasti ramai akan datang ke lokasi tersebut.
Berada di tengah bandaraya Kuala Lumpur, agar sukar untuk mencari tempat makan yang istimewa bercirikan ‘nature’. Namun jika anda ke Restoran Bbq Lamb KL Kemensah pasti kemahuan anda itu akan tertunai. Uniknya lokasi makan ini dikelilingi alam hijau dan bonus terdapat air sungai semulajadi yang mengalir perlahan.
Ramai yang berasa teruja apabila berpeluang menikmati makanan di Bbq Lamb KL Kemensah iaitu lokasi menjamu selera di tepi sungai. Anda bukan sahaja berpeluang menjamu selera hidangan barbeku pada tengah hari, malah berasa seronok apabila dapat mencelup dan merendamkan kaki ke dasar air sungai yang menyegarkan.
Bagi pelanggan yang datang membawa anak-anak pula, anda boleh membenarkan mereka bermain air di sini iaitu kawasan sungai yang cetek dan tidak membahayakan
Jika anda memilih meja makan untuk menjamu selera di dalam sungai, ia mula beroperasi dari jam 12 tengah hari sehingga 5.30 petang sahaja. Ia boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa. Selepas tempoh itu pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera di dalam kawasan restoran tepi sungai yang dibuka sehingga jam 10 malam.
Selain ‘cara menarik’ makan di dalam sungai, semua jenis menu yang ditawarkan kepada pelanggan menggunakan cara memasak serta ramuan istimewa.
Kambing adalah pilihan utama di sini. Ia akan diasap di dalam rumah asap ini antara lapan hingga 10 jam lamanya. Kemudian jika telah mendapat pesanan daripada pelanggan, menj utama akan dipanaskan di atas arang seperti barbeku. Jadi anda tidak akan menunggu lama untuk menikmati makanan masing-masing. Hidangan akan sedia terhidang dalam masa 10 hingga 15 minit sahaja.
Macam menarik kan? Jika anda tidak makan menu kambing, pelbagai pilihan sajian lain yang ditawarkan seperti menu ayam dam makanan laut. Jom la singgah ke sini.
Pelancongan agro adalah aktiviti melancong ke kawasan pertanian atau penternakan yang memberi peluang kepada pelancong untuk turut serta dalam aktiviti yang dilakukan pengusaha. Selain berlibur, lokasi ini juga dapat mendidik pengunjung dengan ilmu agro yang pelbagai.
Negeri Selangor mempunyai banyak destinasi pelancongan agro yang menarik untuk dikunjungi. Bukan setakat untuk lawatan, pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Ini 5 destinasi pelancongan agro yang boleh dilawati di Negeri Selangor. Hujung minggu pun boleh pergi.
MAEPS Agro Tourism Park merupakan taman agro yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga yang menampilkan keindahan alam semula jadi. MAEPS, Serdang menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik bagi mereka yang ingin merasai pengalaman di kawasan perladangan dan pertanian. Antaranya ialah “House of Kambing” yang menempatkan haiwan seperti kambing dan menawarkan menu makanan nasi kukus kambing bakar.
Selain itu, terdapat juga pelbagai taman pertanian yang membolehkan pengunjung menimba ilmu seperti laman herba, laman padi, laman nenas, laman perikanan, G2G Animal Garden di mana mereka boleh memberi makanan kepada haiwan dan banyak lagi. Pengunjung juga boleh menginap di Nafas Cube di sini yang berkonsepkan binaan kabin dan tiub. Bayaran masuk: RM65 tanpa MyKad, RM45 dengan Mykad, RM35 pelajar Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi hingga 5.30 petang)
Taman Botani Negara merupakan taman pelancongan agro yang dibangunkan untuk tujuan riadah serta penyelidikan. Taman Botani Negara menampilkan pemandangan alam semula jadi yang hijau, nyaman dan menyegarkan.
Taman ini mempunyai tarikan yang menarik khas buat pengunjung, iaitu Rumah Iklim Empat Musim yang terkenal di mana pengunjung akan merasai cuaca musim salji, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Namun rumah empat musim hanya akan dibuka semula kepada umum pada suku pertama tahun 2021.
Selain itu, terdapat juga taman kaktus, orkid, rempah-ratus, buah-buahan, taman haiwan dan banyak lagi. Bayaran: RM3 (12-54 tahun) RM1 (kanak-kanak 6-11 tahun), RM1 (55 tahun keatas), OKU percuma Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (7.30 pagi hingga 4.30 petang)
Jika anda merancang untuk bercuti di taman buah-buahan, Selangor Fruit Valley merupakan destinasi yang tepat untuk anda kerana taman ini mempunyai pelbagai jenis ladang buah-buahan tempatan serta anda juga menikmati buah-buahan dengan percuma.
Bukan itu sahaja, terdapat juga tarikan dan aktiviti yang disediakan seperti petting zoo mini, aktiviti berkayak, ladang rusa, rumah tradisional, ternakan madu kelulut dan banyak lagi. Malah, terdapat juga tanaman buah belimbing, jambu, betik, rambutan dan sebagainya.
Selain itu, terdapat kemudahan trem yang boleh dinaiki dan anda akan dibawa ke sekitar kawasan taman ini sambil menghirup udara segar. Anda juga boleh singgah ke gerai menjual air kelapa untuk beristirahat dan menghilangkan dahaga dengan menikmati air kelapa yang segar. Bayaran: RM8 (dewasa), RM4 (60 tahun keatas), Rm4 (Oku) dan kanak-kanak (5-12 tahun), percuma (5 tahun ke bawah) Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (9.00 pagi hingga 4.00 petang)
Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang.
Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjoging di Rover Track, berjalan kaki di kanopi, berkelah dan berkhemah bersama keluarga, hiking, berbasikal malah berpeluang mempelajari tentang keunikan alam semula jadi.
Terdapat juga tanaman seperti Rubiaceae (famili kopi), Fabaceace (famili kacang), Euphorbiaceae (famil getah), pokok Keladan yang berumur 116 tahun, pokok Melaka dan banyak lagi. Tambahan RM5 akan dikenakan jika pengunjung membawa kamera untuk mengambil gambar.
Satu fakta menarik – FRIM, Kepong ini pada mulanya merupakan tempat perlombongan, kemudian menjadi kawasan kebun sayur dan kini ianya merupakan sebuah kawasan hutan dengan suasana yang nyaman dan tenang yang boleh dilawati pengunjung. Bayaran masuk: Tanpa Mykad (RM5, dewasa), (RM1, kanak-kanak tanpa seragam), (Percuma, OKU dan kanak-kanak berseragam)Mykad (RM1, dewasa), (RM1, 13 tahun keatas), (Percuma, OKU dan kanak kanak pakaian berseragam) Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
Taman Eko Kuan Wellness merupakan salah sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati di Negeri Selangor. Pengunjung akan menikmati persekitaran taman yang segar dengan tema pelancongan ekologi semula jadi disertakan dengan aktiviti yang ada di taman ini.
Jika melawat ke sini, aktiviti yang boleh dilakukan adalah memberi makanan kepada haiwan di mini zoo seperti arnab, itik dan burung. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat ke ladang buah tropika, menyaksikan aktiviti pemprosesan sarang burung untuk dijadikan produk kesihatan dan landskap yang cantik untuk bergambar. Bayaran masuk: RM3 untuk ruang pameran sarang burung, RM5 untuk mini zoo Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Setiap Hari)
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...