
Bila menyebut tentang pulau di Terengganu, mungkin anda akan terus terbayangkan Pulau Perhentian.
Namun tahukah anda Pulau Kapas juga tidak kurang juga hebatnya!
Pulau Kapas terletak kira-kira enam kilometer dari jeti Marang mempunyai keindahan tersendiri hingga mampu memukau setiap pengunjung.
Terletak di Laut China Selatan dengan keluasan 21.33 kilometer persegi, pulau yang merujuk kepada pokok kapas itu menjadi destinasi pelancongan wajib singgah di Terengganu.
KEINDAHAN PULAU KAPAS
- Tempoh perjalanan ke pulau itu hanya mengambil masa antara 15 hingga 20 minit dari jeti Marang. Lokasinya tidak jauh dari daratan menjadikan perjalanan ke Pulau Kapas adalah sesuatu yang singkat.
- Sesuai untuk percutiaan keluarga samada membawa warga emas dan anak kecil kerana jarak perjalanan menaiki bot tidak begitu lama berbanding ke pulau sekitar yang lain.
- Walaupun Pulau Kapas terletak begitu dekat dengan tanah besar, tidak bermakna air laut yang berada di sini tidak jernih dan menarik. Anda pasti teruja melihat kejernihan air laut.
- Aktiviti selam snorkel sangat digalakkan untuk dilakukan di Pulau Kapas. Tidak perlu naik bot untuk pergi jauh-jauh, selam snorkel di kawasan pesisir pantai sudah memadai untuk melihat ikan-ikan comel berenang.
- Boleh dikatakan penginapan di Pulau Kapas semuanya merupakan resort atau chalet bajet. Maka ia membantu menjimatkan lebih wang poket anda.
- Tarikan utama yang ada di Pulau Kapas adalah mendaki Bukit Singa dan Batu Berakit. Pengalaman berada di puncak tertinggi di bukit ini tidak harus dilepaskan oleh pengujung Pulau Kapas.
Jom masuk pulau!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
25 Destinasi Pelancongan Menarik Di Negeri Sembilan

Bila sebut tentang Port Dickson, pasti ramai rindukan pantainya yang menjadi tarikan utama pelancongan negeri. Sentiasa padat dengan pengunjung terutama di hujung minggu menjadikan Port Dickson destinasi pilihan pelancong khususnya datang dari Selangor dan Kuala Lumpur yang agak berdekatan selain warga negeri asal.
Tapi selain Port Dickson ada banyak lagi pelancongan menarik ditawarkan di negeri ini khususnya di sembilan daerah yang membentuk nama Negeri Sembilan seperti Kuala Pilah, Bahau, Jelebu, Sg Ujong dan banyak lagi. Memiliki Bandar Diraja iaitu Seri Menanti yang terletak di dalam daerah Kuala Pilih, negeri ini satu-satunya yang mengamalkan adat pepatih yang melindungi kaum wanitanya berbanding negeri lain yang mengamalkan adat Temenggung.
Dikongsi dari fb Negeri Sembilan Kini, disenaraikan gambar 25 lokasi pelancongan boleh cuba termasuk mendaki gunung khususnya Gunung Angsi, Gunung Datuk, meneroka Taman Negeri Kenaboi di Jelebu, melawat sejarah Muzium Tentera di Lukut, Istana Seri Menanti, meneroka Ostrich Farm dan banyak lagi. Dan kalau sebut makanan, jangan lupakan masak berapinya, masak lomak cili padi yang cukup enak termasuk daging salai, itik salai yang yang terjual di Kuala Pilah yang turut terkenal kerana harganya emasnya yang cukup murah dari tempat lain di Malaysia.
Bolehlah la travel ke sini bagi yang sudah lengkap dua dos selain Negeri Sembilan yang kini sudah memasuki Fasa 2.
Lihat 25 destinasi pelancongan menarik di Negeri Sembilan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mencari Pelangi Di Belitung

Tarikan utama Belitung terletak pada keindahan pulau dan laut.
Aktiviti menjejak pulau adalah satu daripada acara wajib sekiranya mengunjungi Belitung, yang terletak di Indonesia. Belitung atau Belitong dinamakan sempena sejenis siput laut, terletak di pantai timur Sumatera. Terletak di bawah provinsi Kepulauan Bangka Belitung, pulau ini terkenal dengan penanaman lada hitam dan perlombongan timah.
Penduduk tempatan terdiri daripada suku Melayu, keturunan Tionghua, Hokkien dan Hakka, kebanyakannya menetap di kawasan pesisir pantai dengan menjadikan sumber laut sebagai penjana ekonomi. Apa ada di Belitung?
Pulau Lengkuas
Di sebalik keindahan pantai putih dan laut biru, terletak sebuah rumah api yang mempunyai 18 tingkat dengan ketinggian 65 meter. Jika sampai ke Belitung, rumah api ini adalah mercu tandanya.
Set Pengambaran Laskar Pelangi
Terkenal dengan filem Laskar Pelangi yang mencetuskan fenomena pada 2008 adaptasi tulisan Andrea Hirata, Belitung memanfaatkan lokasi penggambaran menjadi lokasi pelancongan tempatan. Pengunjung berpeluang melihat replika sekolah SD Muhammadiyah, sambil ditemani alunan lagu tema nyanyian Nidji, Laskar Pelangi.
Pulau Kelayang
Dek kerana air yang jernih, perairan Pulau Kepayang menjadi pilihan bagi pengunjung untuk aktiviti snorkeling dan berenang. Terdapat sebuah kawasan kolam tersembunyi yang begitu mempersona iaitu Gua Kelayang. Di sini pengunjung dapat menyaksikan air laut kehijauan yang jernih hingga menampakkan keputihan pasir di dasarnya.
Dermaga Kirana
Dermaga Kirana dikenali sebagai Rumah Rotan atau Rumah Keong yang menjadi tarikan di daerah Belitung Timur ini. Istimewanya, reka bentuk Dermaga Kirana dibina berdekatan tasik mempunyai konsep separa sfera mencetuskan dimensi pemandangan luar biasa.
Sumber Foto: Google Image
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip Backpacking 6H5M Ke Laos. Jelajah Kota Vientiane, Luang Prabang dan Vang Vieng. Lelaki Ini Kongsi Kos & Tip!

Gemar travel secara solo dan backpacking, kunjungan ke Laos selama enam hari baru-baru ini melengkapkan pengembaraan Izzudin Pauzi ke semua 10 negara yang ada di Asia Tenggara.
Menjelajah ke 3 kota iaitu Vientiane, Luang Prabang dan Vang Vieng, Izzuddin menyifatkan Laos sebuah negara yang cukup cantik dengan alam semula jadinya yang masih terpelihara.
Pernah dijajah oleh kuasa besar Perancis, bangunan yang ada di kota-kota di sini juga banyak berunsurkan French colonial.
Kedudukan Laos yang juga bersempadan dengan Thailand dari arah Barat, memberikan peluang buat traveler untuk menikmati keindahan matahari terbenam dari sungai Mekong.
Banyak barangan murah dan juga tempat menarik untuk dilawati, setiap kota yang dijejaki Izzuddin mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Sungguh mengagumkan dan patut menjadi destinasi pengembara lain.
Turut diselitkan info tentang penginapan, tempat menarik, pengangkutan dan juga bajet, ikuti perkongsian Izzuddin:
Backpacking ke Laos, dan akhirnya sudah travel ke semua 10 negara negara Asean
Di sini saya sertakan itinerary saya selama 6 hari di Laos.
Laos adalah sebuah negara yang cantik, sangat “laid-back” dan rasa sangat tenang sepanjang berada di sana. Mungkin sebab kurang tourist di sana dan alam semula jadi yang masih lagi disimpan di sekitar bandar bandar utama. Orang lokal pula sangat peramah. Jadi, bila di night market, harga yang dijual sudah murah, rasa serba salah kalau nak minta bargain lagi.
Saya melawat 3 buah kota iaitu Vientiane, Luang Prabang dan Vang Vieng. Vientiane merupakan ibu kota negara Laos dan juga economic hub maka banyak bank dan syarikat asing di sana. Kedai kopi atau french cafe concept ada setiap 2-3 minit jalan kaki area pusat bandar. Dari segi aktiviti, tak banyak boleh dilakukan, jangan lupa untuk view sunset dari sungai mekong menghadap Thailand border. Sangat cantik. Banyak french colonial architecture di bandar ini juga.
Vang Vieng yang dikenali sebagai backpackers haven dan dikelilingi limestone. Aktiviti lasak boleh didapati di sini seperti kayak, caving, cave tubing dan banyak lagi. Aktiviti tumpuan yang pertama ialah water tubing. Tapi ingat, banyak kematian direkodkan untuk aktiviti ini, so do some research and if you want to do it at your own risk, choose the best travel agent that takes higher safety measures.
Luang Prabang, 2 hari di sini memang tak cukup. Bila disini, wajib pergi ke Kuang Si Waterfall, one of the most beautiful gems in Southeast Asia. Boleh juga mendaki ke Bukit Phousi, Royal Palace dan night market. My first impression di sini seperti berada di Yogyakarta. Most of the buildings here are so beautiful with the combination of French colonial architecture and local culture.
Dari segi matawang, Laos menggunakan Kip. Dan banyak money changer accept Malaysian Ringgit, but to be safe boleh bawak Baht/USD. Sebelum keluar dari Laos, habiskan lah Kip sebab negara Thailand sendiri tak terima matawang ini di Money Changer.
Makanan pula, di Vientiane, ada 2-3 buah restoran Malaysia. Rezeki saya sewaktu hari merdeka, saya terserempak Malaysians yang lain dan ajak makan bersama-sama di restoran malaysia di sana dan surprisingly owner restoran pun ada disitu. Di Vang Vieng tiada makanan halal saya yang jumpa, tapi ada banyak vegetarians restaurant dan di Luang Prabang, ada 2-3 restoran halal majority indian cuisine.
Pengangkutan sekarang sangat mudah di Laos sebab LCR (Laos-China Railway) sudah beroperasi sepenuhnya. Sebelum ini, perjalanan bus dari Vientiane ke Luang Prabang mengambil masa sekitar 10-12 jam melalui jalan darat seperti overnight bus dan kini, cuma 2 jam dengan menaiki train. Tiada Grab/Uber di Laos, tapi ada alternatif lain iaitu Loca (Grab versi Laos). Boleh pilih mode Motor sekiranya travel solo seperti saya.
Penginapan
- Vang Vieng – Vang Vieng Backpacker hostel. Party vibe hostel, kalau tak suka yang bising bising (macam saya), saya tak prefer hostel ini tapi staff sangat friendly dan membantu. Dia juga boleh berbahasa Indonesia.
- Luang Prabang – Downtown Backpacker hostel. Pengalaman pertama di mana 2 roommates saya dari Tel Aviv-Yafo/Jaffa, banyak perkongsian bersama mereka. Dan sebelah hostel ini ada restoran halal. Hanya 2-3 minit jalan kaki ke town center.
- Vientiane – Petit Espace, 2-3 minit jalan kaki ke Main night market di hadapan Mekong River, di hadapan hostel ini juga ada food market tapi tiada yang halal.
Di bawah itinerary saya secara ringkas,
Day 1 – Vientiane dan menaiki train ke Vang Vieng
- Vientiane – Pha That Luang, Patuxay Monument, Wat Sisaket.
- Train ke Vang Vieng perlu dibeli in advance sebab tiket selalu habis. Bullet train yang baru dan cantik (dibina oleh China’s government). Harga sekitar 150K LAK. Perjalanan dari Vientiane ke Vang Vieng hanyalah 1 jam.
Day 2 – Aktiviti di Vang Vieng
- Saya bayar day pakej harga sekitar 30 USD untuk Kayaking, caving, cave tubing, mandi swimming pool dan mandi di salah satu daripada 6 blue lagoon di Vang Vieng. Ada pakej lagi murah untuk aktiviti yang sikit dan pakej lagi mahal untuk aktiviti “high-end”.
- Pasar malam di Vang Vieng. Kopi disana juga lebih pekat dan “strong”
Day 3 – Hiking di Vang Vieng dan menaiki train ke Luang Prabang.
- Ada banyak viewpoint yang sangat cantik di Vang Vieng, dan yang paling famous dan cantik ialah Nam Xay Viewpoint. Pendakian mengambil masa sekitar 40 minit tapi incline yang sangat tinggi dan susah. But trust me, the view is so worth it. Ada motosikal di atas bukit tersebut so it’s a good place for instagram too.
- Train ke Luang Prabang mengambil masa selama 1 jam. Harga sekitar 120 LAK dan sebaiknya beli tiket in advance.
- Dalam perjalanan ke Luang Prabang, buat kawan dalam train dan kebetulan kami akan duduk di hostel yang sama. Hence, ambil keputusan untuk buat “impromptu” plan untuk mendaki Phousi Hill untuk melihat sunset dari bukit tersebut.
Day 4 – Luang Prabang
- Morning walk di sekitar kawasan Mekong river. Rasa kagum melihat ciptaan tuhan, sebuah sungai yang menjadi ekonomi utama untuk manusia dari pelbagai tempat (Cambodia, Vietnam, Thailand)
- Luang Prabang morning market, di sini ada banyak haiwan haiwan exotic yang dijual samada masih hidup atau pun sudah mati. Better not to take pictures so you won’t make a scene. Plus, some people will find it uncomfortable to see such things.
- Highlight of the trip! Day trip ke Kuang Si Waterfall. Saya pergi bersama kawan kawan dari hostel, lagi ramai pergi lagi murah. Harga 1 tuktuk sekitar 600-800K LAK. Perjalanan sekitar 40-50 minit dari Luang Prabang town.
- Luang Prabang night market.
Day 5 – Luang Prabang dan flight ke Vientiane
- Museum day for me, boleh visit Royal Palace untuk belajar mengenai sejarah. Jalan sekitar Luang Prabang town.
- 30 minutes flight dari Luang Prabang ke Vientiane.
- Sampai di Vientiane, pergi night market dan jalan di riverfront.
- Makan malam bersama malaysians di sana. Post –
https://www.facebook.com/groups/backpackers.buddies.malaysia/permalink/5587508884644676/
Day 6 – Vientiane dan cross-border to Thailand by bus
- Jalan sekitar bandar Vientiane dan cafe hopping.
- Bertolak ke Nong Khai (Thailand) pada jam 4 petang
Selepas berada di Laos selama 6 hari, saya teruskan perjalanan ke Chiang Mai dan Bangkok (Thailand), akan saya kongsi di-posting yang lain.
Cost
KUL-VTE: RM200 (AA)
LPQ-VTE: RM250 (Lao Airlines)
Hostel sekitar RM20-40 untuk satu malam.
Total spent dalam satu hari (termasuk transportation, makan dan penginapan): RM 100-150
I share more tips and information regarding my trips on my Instagram: @izzudinpauzi, videos and more pictures of Laos and other places are there too!
semoga bermanfaat
Kredit: Izzudin Pauzi
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI