•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Buaya Sangkut di Johor merupakan antara air terjun yang besar dan sukar diakses melainkan dengan bermalam sehingga 3 – 7 hari di dalam hutan.

 

Foto: thatsofarah.com

Taman Negara Endau-Rompin merupakan taman negara kedua digazetkan di Semenanjung Malaysia. Ia dilitupi hutan hujan tertua dunia serta batu gunung berapi berusia 240 juta tahun.

Nama Endau-Rompin berasal dari pertemuan dua sungai besar iaitu Sungai Endai di selatan Johor dan Sungai Rompin di utara Pahang.

Ia juga menyimpan flora dan fauna yang unik termasuk badak Sumatra. Orang Asli dari puak Jakun juga mendiami hutan tebal ini.

Perjalanan yang terancang bagi melihat tempat-tempat hebat Taman Negara Endau-Rompin memakan masa 3 hari. Kebiasaannya, pengungjung mendiami lebih dari seminggu bagi menikmati hutan semulajadi ini. Anda dinasihatkan menggunakan khidmat pemandu arah bagi mengelakkan sesat. Pakej yang diberikan oleh Perbadanan Taman Negara Johor juga berpatutan.

Taman Negara Endau-Rompin juga menyimpan air terjun hebat seperti Upeh Guling, Batu Hampar dan Buaya Sangkut.

Ada 3 laluan masuk ke Taman Negara Endau-Rompin;
1. Laluan Timur dari Kahang (kampung Peta)- paling mudah dan jimat masa
2. Laluan Barat berhampiran pekan Bekok dan Segamat
3. Laluan dari Kuala Rompin

 

Menaiki bot ke Kuala Jasin: Bahagian pertama perjalanan anda ialah 45 minit menaiki bot menyusuri Sungai Endau yang sangat tenang ke Kuala Jasin. Bot dinaiki dari penempatan Orang Asli Kampung Peta. Pemandu arah Taman Negara akan membawa anda masuk ke hutan. Air sungai ini sangat jernih dan boleh diminum. Di kiri kanan anda hanya hutan tebal dan anda boleh melihat ikan berenang dalam air.

 

Air Terjun Upeh Guling dan Batuan Gunung berapi: Dari Kuala Jasin, sejam setengah trekking untuk ke hentian pertama Kuala Marong. Dalam perjalanan, beberapa sungai arus derasperlu diseberang menggunakan tali. Di Kuala Marang, ada kawasan khemah, rumah kayu besar dan tandas. Upeh Guling hanya 15 minit berjalan kesana. Banyak batu pusaran air kesan dari pergerakan gunung berapi 240 juta tahun dahulu.

 

Foto: sgmytaxi

Tasik Air Biru: 15 minit ke timur Upeh guling, tasik segar yang amat tenang. Air kebiruan hijau mengalir tenang disini. Anda boleh mandi disini, namun dilarang memancing.

 

Foto: malaysianorchidinsitu

Air Terjun Buaya Sangkut: Perjalanan seterusnya ke Air Terjun Batu Hampar mengambil masa 40minit. Sesuai untuk berehat sebentar dan mandi di sini, kerana ujian ketahanan sebenar bermula di sini. Anda mendaki Bukit Semanggong yang curam ; 2370 kaki tinggi. Kecuraman sekitar 45 darjah. Selepas 3 jam yang memeritkan, anda akan bertemu Air Terjun Buaya Sangkut. Ia air terjun yang tinggi dan sangat mengagumkan. Ini merupakan kemuncak perjalanan Taman Negara Endau -Rompin.

 

Foto: Lim Eng Hoo

 

Buaya Sangkut
Orang Hulu menceritakan hikayat, dahulu terdapat seekor buaya besar yang hidup di dalam kolam bahagian atas air terjun. Sehinggalah suatu hari, buaya itu cuba menyusuri ke bawah air terjun mengejar mangsa, tersangkut di celah batu serta menjadi batuan besar di air terjun itu sehingga kini.

 

 

Tinggalkan Komen

POST BERKAITAN

‘AIRGLOW’ LANGIT MALAM @ P.PINANG

2017-07-08 14:55:25
mohd-zulfadli

23

AIR ASIA: 9 TAHUN BERTURUT-TURUT!

2017-06-22 01:09:45
mohd-zulfadli

23

9 Air Terjun Paling Menakjubkan di Dunia

2017-06-20 11:11:41
putri-adila

18

BERCUTI DENGAN MOTORHOME

2017-08-15 15:05:24
mohd-zulfadli

13

TASIK LINGGIU: MILIK JOHOR, SINGAPURA SEWA 100 TAHUN

2017-08-07 18:58:40
mohd-zulfadli

13

SARAWAK: PADAT BUAYA PEMBAHAM MANUSIA

2017-08-04 16:00:33
mohd-zulfadli

13

MONGOLIA: DI TENGAH PERADABAN CHINA & RUSIA

2017-08-02 18:33:47
mohd-zulfadli

13

ITENERI

Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!
Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!

Facebook

Facebook By Weblizar Powered By Weblizar

Instagram

Load More
Something is wrong. Response takes too long or there is JS error. Press Ctrl+Shift+J or Cmd+Shift+J on a Mac.

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: