Terengganu sememangnya amat terkenal dengan daya tarikan pelancongan. Bermula dari Drawbridge (Jambatan Angkat Terengganu), negeri ini turut terkenal dengan makanan yang enak seperti nasi dagang, keropok lekor sehinggalah kepada makanan laut yang dicelup tepung.
Tidak hanya makanan, negeri ini turut terkenal dengan pantainya yang memutih mengadap Laut China Selatan sekaligus menambah lagi daya tarikan ke negeri ini.
Memandangkan musim tengkujuh sudah berlalu, bagi yang ada plan untuk ke Terengganu dan mencari ketenangan fikiran sambil melayan sunrise bolehlah singgah di Chalet As Salam di Pusat Rekreasi & Penginapan Mengabang Telong, chalet cukup cantik ini terletak 18 km dari Kuala Terengganu.
Ads
Paling best, bangun saja dari tidur boleh terus layan matahari terbit sambil menikmati deruan angin laut yang cukup mengasyikkan. Saat itu pastinya stress pun hilang menyaksikan panorama indah ciptaan Tuhan ini.
Bukan saja sunrise sebagai daya tarikan utama tapi di Chalet As Salam turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti padang untuk mengadakan pelbagai aktiviti. Nak camping boleh, nak buat family day pun ok selain BBQ port yang sudah tersedia kalau bercuti di chalet terletak betul-betul di tepi laut ini.
Ads
Ads
Menawarkan empat jenis penginapan iaitu bilik family (mempunyai dua katil iaitu Queen dan single), 1 katil king, 1 katil queen serta 1 katil single ditawarkan di sini, harga ditawarkan masih berbaloi untuk dinikmati.
Bukan itu saja, chalet ini turut menawarkan pakej bilik seminar, dewan makan serta bilik mesyuarat. Bagi yang nak menikmati ikan celup tepung Pok Nong, chalet ini terletak 3km dari lokasi penginapan ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sarawak sememangnya terkenal dengan kepelbagaian etnik. Negari ini amat kaya dengan adat dan budaya serta suku kaumnya yang banyak. Malah di Sarawak juga terkenal dengan Gunung Santubung, Taman Negara Gunung Mulu dan lain lagi.
Terkini, satu lagi eko pelancongan negeri yang mula diterokai ialah Taman Negara Gunung Lesong, Lingga di Bahagian Sri Aman.
Seorang pengguna fb Muhamad Syafiq berkongsi melakukan travel ke kawasan pelancongan baru ini yang wajar kita cuba selepas PKP berakhir.]
Setelah sejam perjalanan dari Sri Aman, kami sampai dan berkumpul di Balai Polis Pantu. Kami dikehendaki melaporkan senarai nama ahli yang menyertai aktiviti pendakian kali ini. Ianya juga sebagai langkah berjaga-jaga jika perkara yang tak diingini berlaku. Oh ya, kami seramai 14 orang semuanya.
Setelah semuanya bersedia, kami meneruskan perjalanan kami menaiki pacuan roda. Sekali sekala duduk dalam "bucket" Hilak ramai-ramai seronok jugak. Perjalanan lebih 20KM melalui jalan berbatu yang berbukit bukau mengambil masa dalam satu jam untuk sampai ke pintu masuk Taman Negara Gunung Lesong.
0920 Dari sini kami memulakan pendakian kami pada pukul 0920 pagi. Sebaik sahaja masuk kami berjalan di tepi alur sungai. Terdapat juga beberapa air terjun yang sangat jernih dapat dinikmati sepanjang perjalanan kami ini seperti air terjun Lansam dan air terjun Jampang. Perjalanan 2KM pertama agak "santai" sebenarnya.
1025 Kemudian kami singgah melapaskan lelah di Rumah Doa Gunung Lesong. Ianya dibina untuk aktiviti keagamaan penganut agama Kristian di sini. Berhampiran Rumah doa juga terdapat tempat mandi manda dan juga air terjun. Setelah selesai berehat kami meneruskan pendakian kami hingga ke puncak. Hanya dua kali sahaja trek landai sahaja selepas Rumah Doa ini..tu pun pendek dan sekejap sangat..pheww, pewai habis..
1125 Kami mula mamasuki kawasan Hutan Simpan Gunung Lesong berdasarkan papan tanda yang terdapat pada pokok² di situ. Perjalanan kami sangat perlahan kerana pendakian agak mencanak dan sangat menguji fizikal dan mental. Nak lagi mencabar, bila ditanya kepada juru pandu kami " Masih jauh ka Boss?" Dia pun tak tahu nak jawab memandangkan baru kali kedua dia mendaki di sini.
Opps, jangan risau kerana sepanjang perjalanan terdapat tanda yang diikat di pokok. Insya-Allah tak sesat la. Ada juga tempat-tempat yang mempunyai tali untuk berpaut.
Sepanjang pendakian, kami dihidangkan dengan keindahan flora di sini, banyak pokok-pokok tinggi yang besar. Paling mencuri tumpuan saya ialah pokok cendawan bewarna merah yang tak pernah saya lihat sebelum ini. Bagi menambahkan lagi rencah pendakian, banyak pacat dengan tanpa segan silu menyapa kaki-kaki kami.
1420 Kami sampai ke "puncak" Gunung Lesung yang beketinggian lebih 800 meter. Di puncak terdapat banyak pokok-pokok Pantu. Baru saya tahu yang nama kawasan Pantu itu diambil dari nama pokok. Di atas puncak ini, kami dapat menikmati panorama penciptaan alam yang sangat indah. Panorama hamparan dataran tanah rata dan muara Batang Lupar yang bertemu dengan Laut China Selatan cukup mempesonakan setiap mata yang memandang.
Di samping menikmati pemandangan keindahan ciptaan Tuhan, kami mengambil peluang untuk berehat sambil menikmati makanan yang telah dibawa. Puas rasanya bila dapat menghirup kopi panas yang disediakan oleh Ah Kang, juru pandu kami.
1540 Setelah selesai mengambil gambar, kami memulakan perjalanan pulang. Kali ini kami bergerak selaju dan secepat yang boleh. Lagipun lewat petang ni.
1800 Kami semua selamat sampai ke pintu masuk di mana kami memulakan pendakian pada awal paginya. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan selamat sahaja.
1925 Kami tiba di Balai Polis Pantu dan aktiviti kami tamat di sini.
Kawasan Taman Negara Gunung Lesong sangat jarang dikunjungi oleh orang ramai dan kawasannya masih terpelihara, jadi jagalah kebersihan jika anda ke sini. Bawalah pulang semua yang anda bawa kecuali gambar dan secebis kenangan.
Menikmati makanan laut segar sambil menyaksikan pemandangan laut dan ketenangan pesisir pantai pasti memberi kelainan kepada anda. Tempat makan yang terletak di pesisir pantai Selat Tebrau yang menghadap Sembawang dan Senoko, Singapura menjadikan restoran di sekitar Kampung Senibong ini lebih terserlah.
Di samping menikmati makanan anda pasti leka melihat keindahan pantai negara seberang. Pemandangan para nelayan yang berulang-alik, feri yang membawa penumpang ke Batam dan kapal-kapal dagang yang berlabuh di situ akan menjadikan kunjungan pengunjung ke premis makanan di sini sesuatu yang cukup istimewa.
Di sini terdapat lebih 10 deretan kedai makan yang menyajikan pelbagai jenis makanan laut yang segar. Berjalan disekitar kawasan ini kadangkala terasa bagai berada di pasar borong, kerana kiri kanan anda terdapat pelbagai jenis longgokkan hasil laut untuk dipilih pelanggan sebelum di masak.
Peniaga restoran masing-masing menggunakan pelbagai strategi untuk memikat pelanggan masuk ke premis mereka. Ada yang menjerit, menyanyi, tidak kurang juga meletakkan banner yang memberikan harga durian runtuh.
Bercerita tentang menu masakan membuatkan sesiapa saja rambang mata untuk memilih. Semua hasil laut seperti udang kara, ketam pelbagai saiz, udang kara, udang kecil, sotong, ikan jenahak, ikan siakap dan macam-macam lagi boleh dibakar, digoreng atau dijadikan variasi lauk.
Antara jenis makanan yang menjadi kemestian untuk dinikmati ialah lala, kijing, sekuci, kepah, beliung, siput gonggong, mentarang dan udang kara. Sudah pasti turut menjadi kegemaran orang ramai ialah ketam, udang, sotong dan pelbagai jenis ikan termasuk kerapu, siakap, merah dan beberapa jenis ikan lain, yang mana kesemuanya diperoleh segar setiap hari daripada para pembekal.
Seperkara lagi yang menjadi tarikan di sini, suasana malam dengan panorama kilauan cahaya neon yang datang dari kawasan Senokor, Singapura, kira-kira lima kilometer dari restoran ini memberi ilusi eksklusif dan istimewa kepada penggemar makanan laut yang menikmati sajian enak di sini.
Mula beroperasi pada pukul 4 petang hingga 2 pagi, semua restoran makanan di sini tidak akan sunyi dipenuhi pengunjung tempatan dan Singapura. Apa lagi, jika anda berada di sini, jangan lupa untuk singgah di Kampung Senibong!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Singgah Yoyo Rakit di Pulau Layang, Ulu Tiram, Johor ini akan jadikan percutian anda cukup menarik. Cuma ambil masa 3-5 minit sahaja dari jeti untuk sampai ke sini.
Bagi anda yang takut naik bot pun boleh pergi lah kat sini. Selamat! Sebenarnya ini adalah tempat kaki pancing, tapi boleh je nak datang santai-santai dengan family atau kawan.
Yang memancing teruskan memancing, anak dan isteri anda boleh layan view kat sana. Sambil itu boleh lah buat aktiviti lain. Main dam haji ke, atau bbq, santai-santai main masak-masak ala camping kalau malas nak angkut banyak barang.
Owh ya, kat atas tu pun ada kedai makan juga. Lepak makan sambil menikmati pemandangan laut. Sungguh, di Sungai Layang anda boleh rasai sunrise dan sunset yang cantik.
Jadi, jangan kata Ulu Tiram tak ada tempat best untuk buat aktiviti bersama keluarga, boleh ke sini dengan bawa anak-anak merasa percutian sambil memancing dan layan view rumah atas air.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi pencinta alam semula jadi, Hutan Amazon bukan sekadar kawasan hutan biasa. Ia adalah satu dunia yang hidup dengan bunyi unggas, sungai yang luas,...