•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Setiap tahun, negara kita akan mengalami musim tengkujuh di mana beberapa negeri mengalami banjir dan pada ketika itu juga berlakunya musim angin monsun. Apabila berlakunya banjir dan angin monsun, kebanyakkan aktiviti tidak dapat dilakukan termasuklah sukan.

Kali ini satu berita baik untuk peminat sukan papan luncur, apabila Dato’ Seri Haji Sharkar Bin Haji Shamsudin iaitu Penasihat Kelab Malaysia Surf League dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri telah melancarkan kelab dan liga papan luncur (surfboards) di Cherating, Kuantan, Pahang.

Ia akan diadakan sebagai acara antarabangsa tahunan yang akan diadakan pada empat lokasi yang berbeza di seluruh Malaysia iaitu Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah

Sebelum ini, kita hanya dapat lihat peminat sukan air ini hanya bermain dalam kelompok yang kecil dan suara mereka tidak di dengari oleh pihak yang sepatutnya. Antara satu faktor sukan ini kurang mendapat sambutan kerana ia masih baru di kalangan masyarakat kita. Sukan ini hanya di dapati pada negara luar seperti Amerika Syarikat, Australia, German dan yang lain-lain lagi.

Oleh itu, kelab MSL bakal menganjurkan acara antarabangsa ini dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bagi membangunkan imej belia Malaysia ke peringkat antarabangsa. Selain itu, ia juga dapat menjadi salah satu platform yang sangat baik bagi Sukan Pelancongan dalam usaha untuk mencapai sasaran kerajaan negeri Pahang iaitu mensasarkan sebanyak 15 juta pelancong domestik dan antarabangsa.

Empat negeri dipilih sebagai tuan rumah kerana memiliki pantai yang panjang dan indah serta ketinggian ombak besar semulajadi yang sesuai untuk dilakukan sukan luncur air ini. Liga ini akan dijangkan akan bermula pada November tahun ini.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk turut sertai dan menjadi salah seorang ahli MSL. Mana tahu mungkin anda peluncur air yang terbaik mereka cari dan mewakilkan negara untuk berentap di peringkat antarabangsa? Tahniah dan semoga berjaya dengan apa yang diusahakan itu dari seluruh warga kerja Libur!

Tinggalkan Komen

POST BERKAITAN
[wpdreams_rpl]

ITENERI

Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!
Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!

Facebook

Facebook By Weblizar Powered By Weblizar

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: