People Who Love to Eat are Always the Best People”,  kata  Julia Child.  Buat anda yang mencari lokasi dan makanan baru untuk dinikmati di Kuala Lumpur, TR Fire Grill menawarkan hidangan yang hebat . Ia didatangkan khas daripada Florida Amerika Syarikat.

TR Fire Grill di Kuala Lumpur dimiliki dan dikendalikan oleh Pier Seafood Sdn. Bhd. Anak syarikat milik penuh Revenue Valley Sdn. Bhd. Syarikat ini juga memiliki dan mengendalikan restoran Tony Roma’s di Malaysia melalui anak syarikatnya, Grand Companions Sdn. Bhd. Restoran ini berlokasi di Pavilion Kuala Lumpur dengan keluasan 5,242 kaki persegi. Keluasan ini  mampu memuatkan lebih daripada 180 orang tetamu (tempat duduk), mempunyai dua TV, bilik cerut dan bar untuk tetamu menikmati koktel di TR Fire Grill.

TR Fire Grill menawarkan hidangan stik 100 peratus daging segar tanpa antibiotik, hormon atau GMOs. Sos dan rempah disediakan oleh chef  sendiri bagi memastikan rasa autentik. Restoran ini menghidangkan menu yang pelbagai daripada sarapan pagi hingga makan malam juga hidangan ala carte mengikut cita rasa masing-masing.

Antara sajian yang wajar dicuba ialah Salmon & Zoodles, pasta zucchini dan Chicken & Waffels. Sajian bistro TR Fire Grill bukan sahaja menghidangkan makanan yang lazat, malah dekorasi restoran mempamerkan ala bistro Amerika.

Tinggalkan Komen