Ada masa beberapa tahun sahaja lagi sebelum tahun 2021 dan European Union (EU) akan mengimplementasikan sistem baru untuk pelancong Malaysia yang ingin berkunjung ke Schengen Area. ?

Sistem baru ini dikenali sebagai European Travel Information and Authorization System (ETIAS) dan sistem online ini hanya perlu diisi oleh pelancong dari negara yang tidak memerlukan visa untuk ke negara-negara EU.

Pelancong Malaysia Wajib Mohon ETIAS Kalau Nak Ke Europe Menjelang 2021

Dengan adanya kelepasan daripada ETIAS ini, pelancong dari negara yang tidak memerlukan visa ke EU akan dapat menikmati tempoh tinggal selama 90 hari di mana-mana bahagian Schengen Area. ?

Ala lebih kurang macam permit la untuk rekod keluar masuk pelancong, tapi tak serumit visa sebab sistem ETIAS ini adalah automatik dan centralized di semua bahagian Schengen Area manakala visa EU akan diproses satu per satu oleh pegawai kerajaan dari setiap negara EU yang kita nak pergi.

So selagi mana rakyat Malaysia boleh menikmati kelebihan untuk pergi ke negara-negara EU tanpa visa, sistem ETIAS ini adalah wajib diisi bagi memenuhi syarat keselamatan yang diperuntukkan dalam undang-undang EU. ?

Bukan Malaysia sahaja yang kena, ada banyak lagi negara lain ?? ?? ??

IKLAN

Kalau anda nak tahu, bukan Malaysia sahaja yang termaktub dalam sistem baharu yang akan dilaksanakan pada tahun 2021 ni, ada 60 lagi negara lain termasuk Singapura yang perlu apply ETIAS kalau nak enjoy percutian di sana. ?? ?? ??

Jangan pening, jangan khuatir. ETIAS ini boleh apply secara online sahaja dan sahlaku selama 3 tahun dengan kos sebanyak 7 Euros (lebih kurang RM33).

Selepas permohonan online dilakukan, ETIAS akan membuat semakan mengenai diri anda di beberapa peringkat tapisan keselamatan seperti Interpol, Eurodas, Europol dan sebagainya bagi mementukan anda bukan ancaman dan hanya datang untuk melancong.

Ini semua tapisan keselamatan je.. tak perlu risau.. ? ?

IKLAN

Dengar macam scarykan? ☹️ Tapi itulah tapisan keselamatan yang perlu kita ikut kalau nak bercuti ke sana kelak. Jika permohonan anda diterima, anda akan diberikan kebenaran dan sekiranya tidak, jeng.. jeng.. jeng.. anda mungkin suspek ISIS. Bhahaha.. ?

Anda akan dapat kebenaran melalui email dan sekalipun pihak ETIAS kata setiap permohonan hanya memakan masa selama 10 minit sahaja tapi disarankan kepada anda untuk membuat permohonan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum pelepasan. Jangan buat last minute, please..

Kat sini Libur sertakan pada anda infografik step-by-step macam mana anda boleh buat permohonan ETIAS ?

Pelancong Malaysia Wajib Mohon ETIAS Kalau Nak Ke Europe Menjelang 2021Kalau anda nak check mana-mana negara lain yang turut memerlukan mereka apply ETIAS, anda boleh check di laman web ini.

IKLAN

Selesai sahaja permohonan anda, ada beberapa perkara lagi yang anda perlu lakukan. Jangan ingat dah setel apply online dah boleh main golek-golek layan Netflix ya. Sabar dulu.

Ini perkara yang anda perlu lakukan:

1. Print kebenaran ETIAS tu siap-siap, selitkan sekali dengan passport anda. Sekalipun kebenaran ETIAS itu akan link sekali dengan passport anda, jangan ambil ringan perkara ini.
2. Kebenaran ETIAS itu untuk setiap individu. Bukan untuk group. So anda jangan memandai-mandai apply untuk 10 orang atas nama anda seorang. Nanti yang lepas dekat border EU hanya anda seorang sahaja, group members yang lain semua nangis dekat pagar border. Huhu. ?
3. Semak status ETIAS anda beberapa hari sebelum berlepas. Maklumlah, sekalipun status kebenaran dah diberikan tapi kebenaran tersebut boleh ditarik balik saat-saat akhir.
4. Selagi mana dalam tempoh sah laku ETIAS itu, anda bebas untuk terbang ke sana, berenang ke sini, menjelajah ke situ dalam mana-mana sahaja negara EU.
5. Anda perlu pergi ke negara pertama yang anda tulis dalam permohonan ETIAS. Contoh, anda rangka perjalanan untuk bercuti ke Ireland, United Kingdon dan Belanda. Anda tulis negara pertama adalah Ireland, then anda perlu ke Ireland dahulu sebelum ke negara lain dalan susunan. Jangan langkah-langkah.
6. Perkara terakhir yang anda kena buat, belikan Libur keychain, hantar kat office. Hehehe.. ?

Ok-ok point last tu main-main je. So jelas ya tentang apa yang Libur bagitahu tadi. Kalau nak bercuti ke EU nanti lepas ni jangan lupa apply ETIAS. Kalau anda nak lagi maklumat lanjut, sila layari lawan web Schengen Visa Info.

Sumber: Schengen Visa Info

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI