Semua penumpang Malaysia Airlines dikehendaki untuk membawa dan memakai topeng muka mereka sendiri berkuat kuasa 23 April, 2020, di lokasi seperti daftar masuk, menaiki kapal terbang, di kabin pesawat, pengeluaran dan pengambilan bagasi semasa ketibaan untuk mengurangkan penularan COVID-19.
Ads
Keperluan ini terpakai kepada semua penumpang (tidak termasuk bayi) yang melakukan perjalanan dalam semua penerbangan domestik, antarabangsa dan sewa khas Malaysia Airlines, untuk memastikan keselesaan dan kesejahteraan setiap penumpang dan petugas syarikat penerbangan.
Malaysia Airlines tidak akan menerima penumpang yang tidak mempunyai/memakai topeng muka semasa mendaftar masuk dan menaiki pesawat, katanya.
Bagi keselesaan penumpang, terutamanya dalam penerbangan jarak jauh, anda dinasihatkan untuk membawa topeng muka tambahan dan cecair pembasmi kuman tangan untuk kegunaan sendiri.
Penumpang turut diingatkan untuk menghormati ruang peribadi orang lain dan memerhatikan jarak sosial jika diperlukan serta mematuhi langkah-langkah keselamatan lain dalam proses sebelum berlepas dan ketibaan untuk memastikan anda mendapat perjalanan yang selamat. Keselamatan penumpang dan kakitangannya amat penting kepada Malaysia Airlines.
Pulau Jeju merupakan pulau terbesar serta paling selatan di Korea Selatan dan memiliki daya tarikan pelancongan yang pelbagai. Pulau ini sangat popular di kalangan rakyat Korea Selatan sendiri sebagai destinasi percutian.
Beberapa filem serta rancangan popular Korea Selatan seperti Running Man pernah dirakam di Pulau Jeju, sekaligus membawa keindahan Pulau Jeju kepada dunia luar.
Pulau Jeju kini semakin mudah dilawati rakyat Malaysia selepas Air Asia mengumumkan penerbangan terus dari KL-Jeju dengan kekerapan empat kali seminggu!
Sehubungan dengan itu, Korea Tourism Organization (KTO) Malaysia-Brunei mengambil inisiatif mengadakan seminar Discover New Jeju. Ia bertujuan memberi pendedahan secara terus Pulau Jeju kepada pengunjung dan media semasa.
Antara indivdu penting promosi Pulau Jeju di Malaysia
Seminar dirasmi Ketua Pengarah Biro Pelancongan Wilayah Khas Pulau Jeju, Encik Lee Seung Chan. Penerangan seminar Pulau Jeju merangkumi penerbangan, tempat tinggal, pengangkutan di sana, makanan halal serta lokasi menarik untuk dilawati.
Ketua Pengarah Biro Pelancongan Wilayah Khas Pulau Jeju, Encik Lee Seung Chan
Tahun lepas sahaja, direkodkan seramai 66,000 pelancong Malaysia berkunjung ke Pulau Jeju dan ramai yang datang gaya backpackers. Dengan adanya penerbangan terus, dijangka semakin ramai pelancong Malaysia ke sana.
Pulau Jeju beriklim empat musim. Ini sudah tentu antara sebab utama anda mahu ke sana. Pilihan mengikut musim yang anda impikan. Pengalaman ini dapat dirakam dalam bentuk foto dan video kenangan serta dapat dikongsi bersama yang lain.
Pulau Jeju memiliki rangkaian sistem pengangkutan yang efisyen. Ada bas antara bandar, bas pelancong, kereta sewa dengan GPS, atau teksi. Anda boleh pilih dengan harga yang berpatutan. Sistem bas paling murah serta efektif dengan aplikasi kad sentuh dan Wi-Fi percuma.
Contoh rangkaian perjalanan bas di Pulau Jeju
Luas Pulau Jeju hampir tiga kali keluasan Singapura. Kebiasaannya empat hari diperlukan bagi anda lawati hampir setiap lokasi menarik jika menyewa kereta. Kereta di sana dipandu sebelah kiri. Pemanduan di sana mudah kerana Pulau Jeju tidak sarat dengan trafik. Anda tidak akan sesat selagi berpandukan sistem GPS. Jika menyewa, jangan lupa meminta GPS versi English.
Menariknya, Pulau Jeju ada juga menawarkan kereta sewa elektrik. Terdapat lokasi awam yang anda boleh cas semula bateri secara percuma. Pulau Jeju menyasarkan penggunaan total kereta elektrik menjelang 2030. Ini baik untuk kebersihan persekitaran alam semulajadi.
Tawaran penggunaan kereta elektrik di Pulau Jeju semakin meluas
Pulau Jeju memiliki banyak lokasi menarik seperti Gunung Hallasan yang tertinggi di Korea Selatan, Seongsan Ilchulbong; kon tuf arketik yang dibentuk oleh letusan hidrovolkanik di atas laut yang cetek kira-kira 5 ribu tahun yang lalu, Love Land; taman tema erotik sesuai foto kenangan yang mencuit hati, Jeongbang Waterfall; air terjun setinggi 23meter berhampiuran lautan, Manjanggul; pada ketinggian 23m, tinggi 30m dan panjang 8.928km, ia adalah tiub lava yang ke-12 terpanjang di dunia, Teddy Bear Museum, Seonimgyo Bridge, dan banyak lagi menanti anda terutamanya pemandangan indah ketika musim yang berlainan.
Gunung Hallasan
Seongsan IlchulbongLove LandJeongbang WaterfallManjanggulSeonimgyo Bridge Teddy Bear MuseumKetika musim luruhKetika musim salji
Nampaknya kalau dahulu ke bulan nampak agak mustahil kerana hanya mereka yang benar-benar sihat dari segi mental dan fizikal sahaja terpilih meneroka angkasa lepas untuk tujuan penyelidikan. Malah nilai panggilan sebagai angkasawan pasti membuat insan yang terpilih berasa bangga.
Tapi di tahun 2021, nilai sebagai “angkasawan” itu sudah berubah kerana golongan kayangan boleh melancong ke angkasa lepas asalkan ada duit. Ini kerana selepas balik dari angkasa lepas, bilionair terkenal, Sir Richard Branson meluahkan hasrat untuk membina sebuah hotel di bulan untuk pelancongan penerokaan angkasa lepas.
Portal Evening Standard melaporkan beliau yang baru pulang melancong ke angkasa lepas menjangkakan lebih banyak penerokaan bersama Virgin Galactic di masa akan datang.
Ketika ini, kos bagi satu tiket penerbangan ke angkasa lepas dengan Virgin Galactic dianggarkan bernilai AS$250,000 (RM1.05 juta).
Impian mahu membina hotel di bulan itu akan diusahakan bersama anaknya kelak.
"Masih terlalu awal namun sama ada saya sendiri akan terbabit secara langsung dalam pembinaan hotel di bulan atau saya serahkan kepada anak-anak untuk melakukannya, ia bergantung kepada keadaan.
"Ia kedengaran seperti impian yang mengarut, tetapi perkara sama dikatakan mengenai pelancongan angkasa lepas dan saya baru sahaja melakukannya," kata Branson.
Branson berharap kewujudan lebih banyak roket dan kapal angkasa di masa depan akan mengurangkan kos penerbangan ke ruang galaksi itu.
Branson yang berlepas pada Ahad lalu menyifatkan ia 'detik penting' bagi jutawan itu dan juga seluruh industri ruang komersial.
Menceritakan pengalamannya, penerokaan itu lebih ekstrem daripada dibayangkan sebelum memuji penerbangan pertamanya sebagai terbaik.
"Ini adalah impian seumur hidup. Mimpi tidak sering berubah menjadi kenyataan dan sungguh indah, semua yang mungkin saya impikan akan berlaku," katanya. Sumber : Harian Metro
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sesuai dengan namanya yang cukup indah, Pulau Pinang Pulau Mutiara. Keindahan alam semula jadi, kepelbagaian budaya masyarakat setempat, khazanah bersejarah serta pilihan hotspot makan melazatkan menjadikan Pulau Pinang kini di anggap sebagai di antara destinasi pelancongan terunggul du dunia.
Untuk destinasi sepanjang tahun 2022, CNN Travel sekali lagi menyenaraikan Pulau Pinang sebagai salah sebuah destinasi paling menarik.
Terpilih sebagai salah satu daripada 22 lokasi terbaik dunia seperti Finland, Jordan, Chile dan Perancis menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya wakil dari negara ASEAN di dalam senarai tersebut.
Foto: mypenang.gov.my
Artikel dari CNN Travel tersebut mengatakan Pulau Pinang merupakan destinasi pelancongan yang terletak berhampiran Laut Andaman dan menawarkan keistimewaan masakan tradisional Melayu, Cina dan India.
Foto: mypenang.gov.my
“Selain masakan popular, Pulau Pinang juga terdapat masakan Baba Nyonya (Peranakan) yang mana ia menggabungkan ramuan serantau dan kaedah masakan masyarakat Cina dan Melayu. Semua makanan ini boleh diperoleh di pusat penjaja dan rumah kedai di seluruh Pulau Pinang.
Foto: mypenang.gov.my
“Selain itu, di Georgetown juga dipenuhi dengan bangunan bersejarah seperti rumah agam Inggeris dan rumah kedai kaum Cina yang klasik dan masjid yang cantik untuk masyarakat Islam,” jelas CNN Travel lagi.
Foto: mypenang.gov.my
Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow turut berkongsi berita membanggakan tersebut kepada rakyat Pulau Pinang menerusi satu hantarannya di Facebook.
Jelasnya, rakyat Pulau Pinang seharusnya berbangga dengan pengiktirafan di peringkat global seperti ini.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...