Perkhidmatan feri dari Pulau Langkawi Ke Kuala Perlis akan terjejas sementara selama 3 hari bermula dari 21 hingga 23 Mac 2019 ekoran paras air laut surut di laluan berkenaan.
Air surut mengikut musim ini berlaku sehingga menampakkan permukaan muara sungai dan menyebabkan feri sukar untuk melalui kawasan berkenaan sehingga mendatangkan risiko tinggi untuk feri tersangkut dan terkandas.
Memetik sumber dari Bernama, Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd, Leftenan (B) Baharin Baharom menjelaskan, perkhidmatan feri yang terjejas pada hari-hari berkenaan akan melibatkan waktu perjalanan pada pukul 7.30 pagi, 8 pagi dan 9 pagi.
Walau bagaimanapun, satu feri ihsan akan disediakan pada pukul 8.30 pagi menggunakan feri yang boleh melalui kawasan berlumpur bagi mengelakkan penumpang menunggu lama di kawasan jeti.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alaa..3 Bulan Lagi Baru Harga Barang Di Pulau Pangkor Dijangka Turun
Umum mengetahui Pulau Pangkor telah diiktiraf sebagai pulau peranginan baru bebas cukai bermula 1 Januari 2020 yang lalu.
Namun pengisytiharan rasmi dijangka disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Ramai yang teruja dengan status baru itu dan pastinya tidak sabar untuk membeli produk bebas cukai dengan tawaran harga lebih rendah berbanding tempat lain.
Namun begitu pengunjung ke Pulau Pangkor dijangka dapat merasai penurunan harga barangan yang ketara kesan daripada pengisytiharan pulau peranginan itu sebagai Pulau Bebas Cukai dalam tempoh tiga bulan lagi.
KPDNHEP sedang menjalankan kajian bagi memantau kenaikan harga barangan, makanan dan perkhidmatan di Pulau Pangkor dan maklumat harga ini akan dijadikan panduan serta asas kepada kajian hadapan. Sebanyak 109 premis seperti pasar awam, kedai runcit, pasar raya, penyedia perkhidmatan seperti teksi, hotel, restoran dan gerai makanan di pulau itu telah diperiksa oleh pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga KPDNHEP.
**media[120818]**
- Berdasarkan pemantauan, 23 jenis barangan keperluan pengguna dan 18 makanan siap masak mengalami kenaikan harga melebihi 10 peratus antaranya disebabkan faktor logistik kerana barangan mentah terpaksa dibawa masuk melalui jeti Kampung Acheh berbanding Jeti Marina, Lumut, sebelum ini.
- Pemantauan ke atas 20 premis hotel, resort dan rumah tumpangan pula mendapati sebuah premis menaikkan caj perkhidmatan menerusi pakej yang ditawarkan manakala sebuah lagi premis mengalami penurunan.
- Buat masa ini pula terdapat enam jenama rokok akan mengalami penurunan harga kira-kira 100 hingga 150 peratus. Setakat ini, satu jenama rokok sahaja iaitu Marlboro mengalami penurunan harga dari RM150 satu paket (karton) untuk 10 kotak, turun kepada RM58.
**media[120819]**
Menerusi sumber Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan berkata penurunan harga berkenaan akan berlaku secara berperingkat dan pemantauan akan dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
“Masalah peniaga sekarang mereka ada stok lama yang dibeli dengan harga lama, jadi ia mengambil masa untuk menghabiskannya. Pemantauan mendapati, setakat ini harga masih sama tetapi hanya untuk jangka masa pendek," katanya
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pendaki Otai Malaysia Ini Bengang Dengan ‘Organizer’ Dari Luar Negara. Sebab Apa?
Di kalangan pendaki tegar di Malaysia, mesti kenal dengan nama Aznal Bakesh Ahmad Nazari atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nal. Pak Nal ni salah seorang gogo yang ternama juga di Malaysia tetapi pada zahir siapa yang berjumpa dengan beliau, humble sahaja orangnya.
Sebagai seorang gogo, memang menjadi periuk nasi mereka untuk membawa pendaki tidak kira dari dalam mahupun luar negara untuk mendaki gunung. Tak kisah di Malaysia ataupun gunung-gunung di negara luar.
Bagi siapa yang tak tahu, gogo ni merupakan satu istilah atau jargon dikalangan pendaki yang membawa maksud seseorang yang organize sesuatu trip terutamanya mendaki.
Gogo ni akan bertanggungjawab terhadap semua perkara bermula dari tarikh trip, route pendakian, kelengkapan, penginapan, makanan, keanggotaan trip, kesihatan dan keselamatan peserta dan sebagainya. Makna kata, gogo ni yang akan in-charge segalanya berkenaan trip tersebut. Peserta ni macam client, hanya sediakan wang secukupnya dan upah pada gogo untuk selesaikan segalanya.
Sejak beberapa ketika kebelakangan ini, terjadi satu trend di mana ada gogo dari luar negara mula mengganggu market dalam Malaysia. Mereka mula masuk ke pasaran Malaysia secara terbuka dan menawarkan harga yang cukup murah dan kadang-kadang harga tersebut tidak masuk akal.
Perkara ini yang menimbulkan kemarahan Pak Nal serta rakan-rakan yang lain. Dalam posting Facebook Pak Nal, beliau mempersoalkan, pernah ke gogo Malaysia menawarkan trip di dalam page atau group pendaki negara luar?
Malah, Pak Nal turut mempersoalkan bahawa gogo dan pendaki kita yang selalu terhegeh-hegeh untuk pergi mendaki di negara luar dan tiada siapa pendaki luar negara yang sudi untuk bertandang ke gunung Malaysia.
Libur sempat untuk berhubung dengan Pak Nal untuk bertanya tentang perkara ini. Perbualan melalui whatsapp bersama Pak Nal menjelaskan bahawa promosi gogo dari luar negara ini menjejaskan sumber pendapatan mereka sebagai gogo tempatan.
Tambah Pak Nal, antara penyebab lain yang menyumbang kepada kebejatan pasaran mendaki di Malaysia adalah gogo tempatan masih belum bersedia untuk bersaing dengan gogo dari luar negara, tidak kira daripada segi promosi mahupun servis yang cemerlang.
Servis yang dihasilkan oleh kebanyakkan gogo dari Malaysia masih berada di tahap yang ‘biasa-biasa’. Yang betul mampu menyediakan servis terbaik kepada pendaki boleh dibilang dengan jari. Ini berbeza dengan keadaan yang berlaku di kalangan gogo dari negara luar.
Libur masih teringat perbualan bersama sahabat-sahabat mendaki yang lain apabila pergi mendaki di Indonesia, waktu sarapan pagi di atas gunung, gogo Indonesia siap tatang pinggan sarapan ke depan muka pintu khemah kita! Kalau nak keluar khemah tu siap nak pasangkan kasut ke kaki kita, layan kita macam raja!
Ada ke gogo Malaysia yang sanggup buat hingga ke tahap itu?
Jadi melalui keresahan yang ditonjolkan Pak Nal, ada dua pengajaran yang kita boleh dapat daripada otai ini. Pertama, kalau kita tak jaga pasaran negara kita sendiri, orang luar dengan mudah potong periuk nasi kita. Yang kedua, kalau kita tak tingkatkan promosi dan mutu kualiti servis kita kepada pelanggan, nescaya industri pendakian dalam negara kita sendiri akan berada di takuk yang sama, tiada perubahan. Macam mana pelancong nak datang, kan?
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Indonesia Dah 25 Kes Kematian! Korang Ada Yang Bercuti Kat Indonesia Masa Negara Tu Bebas COVID-19 Tak?
Negara jiran kita Indonesia sebelum ini merupakan negara yang tidak mencatat satu pun kes ketika negara yang lain di Asia Tenggara menunjukkan kes COVID-19 yang semakin meningkat.
Dek kerana itu, ramai pelancong tidak terkecuali dari Malaysia yang memilih ‘negara garuda’ yang mempunyai pelbagai destinasi pelancongan menarik tersebut untuk bercuti. Semuanya kerana Indonesia negara selamat dan bebas dari ancaman COVID-19 ketika itu.
Namun, setelah kes pertama COVID-19 direkodkan di Indonesia angka kes terus meningkat dari sehari ke sehari. Timbul banyak persoalan daripada rakyat luar khususnya, adakah ketika tiada kes tidak direkodkan, negara tersebut sebenarnya telah mempunyai ramai individu yang telah pun dijangkiti COVID-19 tanpa sedar.
Jumlah terkini kematian akibat virus COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 25 orang pada 19 Mac 2020. Sebanyak enam lagi kes kematian dicatatkan hari ini, berbanding jumlah kematian setakat semalam 19 orang. Setakat jam 12 tengah hari ini, kes positif meningkat kepada 309, tambahan 82 kes baharu (semalam jumlah kes positif 227).
Berdasarkan pecahan kes kematian, Jakarta mencatatkan (17 kes) kematian, Jawa Tengah (3), Bali (1), Banten (1), Jawa Barat (1), Jawa Timur (1) dan Sumatera Utara (1).
Menurut sumber Bernama, kerajaan Indonesia mengambil langkah tambahan membendung penularan wabak COVID-19 dengan menutup kemasukan pelawat asing ke negara itu dan menghalang rakyatnya keluar negara untuk tempoh sebulan berkuat kuasa 20 Mac 2020.
- Visa Bebas Kunjungan (BVK), Visa Ketibaan (VOA) dan Visa Bebas Diplomatik/Perkhidmatan untuk warga asing ditangguhkan selama sebulan.
- Susulan langkah tambahan tersebut, pelawat warga asing yang akan berkunjung ke Indonesia diwajibkan mempunyai visa dari perwakilan Indonesia di negara masing-masing dengan menyatakan maksud dan tujuan lawatan tersebut.
- Selain itu, semasa memohon visa, mereka perlu melampirkan sijil kesihatan oleh pihak berkuasa kesihatan di negara masing-masing.
- Peraturan itu akan dikaji semula mengikut kesesuaian dan perkembangan semasa.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI