Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah ini adalah satu-satunya pusat konservasi gajah yang ada di Malaysia. Tempat perlindungan ini membantu mengesan, memindahkan dan menjaga gajah-gajah yang dipindahkan atau terperangkap dari seluruh Asia Tenggara.
Mengapa anda perlu pergi ke sini?
Gajah-gajah hutan di Asia adalah haiwan yang jarang ditemui serta sukar difahami dan Kuala Gandah adalah tempat terbaik untuk mendekati ‘abang long’ hutan ni.
IKLAN
Gajah-gajah itu boleh diberi makan menggunakan tangan oleh pelawat yang berani bahkan mereka boleh memandikan anak gajah di sungai sambil berhibur bersama anak-anak gajah yang comel.
Terdapat juga pusat pelawat yang menayangkan video pendidikan dan maklumat terperinci mengenai kerja pemuliharaan gajah yang dilakukan di situ. Pengenalan akan diberikan mengenai perilaku gajah, konservasi dan sejarah gajah di PKGK. Pelawat boleh memberi makan, menyentuh belalai dan bergambar bersama gajah sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.
IKLAN
Tip
IKLAN
Sesiapa yang ingin bermain di sungai dengan gajah perlu ingat bahawa air bukan hanya coklat dengan lumpur – gajah juga menggunakan sungai sebagai tempat membuang najis mereka! Walau bagaimanapun, terdapat air pancut disediakan untuk membersihkan sebarang kotoran selepas keseronokan anda bersama anak gajah tadi berakhir.
Macam mana nak ke sana?
PKGK Kuala Gandah ini terletak di negeri Pahang berhampiran Lanchang, kira-kira dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Alamat lengkap ke sini adalah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang Darul Makmur, Malaysia. Jadual aktiviti pelawat adalah bermula seawal pukul 8 pagi hingga pukul 4 petang dari hari Isnin hingga Ahad.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Batam dan Pulau Bintan terletak di Kepualau Riau Barat berhampiran Singapura dan juga Malaysia.
Jika dari Malaysia, anda boleh menggunakan penerbangan terus Firefly dari Terminal Sky Park, Lapangan Terbang Subang terus ke Batam, mengambil masa lebih kurang satu jam setengah untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim. Atau anda juga boleh memilih untuk menggunakan pengangkutan air di Jeti Stulang, Johor.
Di Kepulauan Riau persekitaranya agak bersih dan teratur berbanding bandar-bandar besar lain yang terdapat di Indonesia. Mungkin faktor kapasiti penduduk yang redah dan pembangunannya yang tidak berapa terjejas menjadikan kota ini kelihatan ‘selesa’. Walau bagaimanapun, hujung minggu di Kepulauan Riau sekarang ini sudah meriah dan sedikit sesak dengan kunjungan pelancong luar semata-mata untuk membeli-belah dan bercuti.
Jika anda bercadang untuk bercuti ke Kepulauan Riau terutama di Batam dan Pulau Bintan dengan bajet sederhana ini ada perkongsian itinerari daripada saudari Azeda Ahmad
Hari Pertama (Batam)
5.00 pg – Gerak dari Melaka Ke Jetty Stulang,Johor
9.45 – Gerak dari Stulang ke Batam Center. Estimated sampai 1 jam 45 min
11.45 – G makan dekat Fatmawati. Hati² memilih makan agak mahal kalo terlebih amik sebab makan dalam mall
12.15 – Check in Hotel Harmoni Batam. Lokasi berdekatan dgn Mall
2.00 – Aktiviti Bebas di Batam sehingga malam
Barelang Bridge
Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah
Tebing Langit
Nagoya Hill
Pasar Jodoh
Pantai Tg Punggur
Hari Kedua (Pulau Bintan)
7.30 pg – Check out dan ke Jetty Tg Uban
8.00 pg – Sampai di Tg Uban, cari supir untuk mulakan aktiviti bebas di Pulau Bintan ( beg simpan dlm kete, check in hotel malam sbb nk save masa)
Telaga Biru
Gurun Pasir
Air Terjun Gunung Bentan
Makan durian di Sekitar Gunung Bentan
Lagoi Bay
Bukit Lengkuas
10.00 mlm – Check in Bintan Services Apartment dan rest
Hari Ketiga
8.00 pg – Makan pg dan ke Treasure Bay
12.00 tghri – Check out dan Pulang ke Batam
1.00 tghri – Makan di Rumah Makan Sunda Ibu Joko ( murah dan sedap, recommend by supir sbb org tempatan ramai makan di situ)
2.00 ptg – Cari Souvenir kali terakhir di Nagoya Hill
4.45 ptg – Pulang Ke Semenanjung
Total kos : RM554.70 seorang (x termasuk makan & shopping)
Supir 3 hari 2 malam : Rp 310000 seorg (tukar² supir)
Barelang Bridge : Rp10000 satu kete
Telaga Biru / Gurun Pasir : Rp10000 seorg
Ferry Stulang – Batam : Rm181 pergi balik
Sea Tax Pergi : Rm30 seorg
Sea Tax Balik : Rp65000 seorg
Tebing Langit : Rp 10000 satu kete
Speedboat Tg Uban : Rp53000 seorg
Pantai Tg Punggur : Rp10000 sekli masuk
Lagoi Bay : Rp5000 sekli masuk
Treasure Bay Masuk : Rp120000 seorg
Electric Scooter Treasure Bay : Rp120000 sejam
Penginapan : Rm164 (3 hari 2 mlm)
Banyak tempat lagi boleh pergi tp sbb tak cukup masa kami tak pergi.. antaranya :-
Trikora Iskand
Madu 3 Beach Resort
White Sand Island
Masjid Laksamana Cheng Ho
Masjid Raya
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Chubu sebuah daerah tarikan pelancong yang terletak di wilayah tengah Jepun.
Di sini terletaknya Gunung Tateyama dan Taman Negara Chubu Sangaku yang mempunyai jalanraya bersalji tertinggi dikenali sebagai Tateyama Kurobe Alpine Route.
Destinasi Tateyama sangat terkenal untuk menikmati pemandangan hamparan salji yang dikelilingi dengan panorama indah termasuk Gunung Tateyama yang diliputi salji. Walau bagaimanapun ia tertakluk mengikut musim tertentu ketika itu. Untuk tiba di puncak, pelancong hanya dibenar menggunakan pengangkutan awam, antaranya bas troli terowong, kereta kabel, kereta kabel bawah tanah dan bas ulang alik.
Paling menarik, untuk ke lokasi ini, pengunjung akan melalui sebatang jalanraya atau lebih dikenali sebagai koridor bersalji yang dikatakan antara laluan bersalji paling cantik dan gerun di dunia. Bayangkan sebatang jalanraya terletak betul-betul di tengah tembok salji yang sangat tinggi. Laluan ini telah menarik kunjungan berjuta-juta pelancong setiap tahun sejak ia dibuka pada 1971. Perasaan gerun terasa jika menyusuri jalanraya ini kerana bila-bila masa sahaja runtuhan salji mungkin boleh berlaku.
Unik dan teruja! Itu adalah perasaan setiap pengunjung jika dapat berdiri di tengah-tengah laluan dengan dinding salji setinggi kira-kira 13 meter walaupun ketika musim bunga. Ketika musim sejuk ketinggian dinding itu dikatakan boleh mencecah sehingga 18 ke 20 meter. Masa paling sesuai untuk melihat ciptaan unik ini adalah sekitar bulan April sehingga Jun setiap tahun. Laluan jalanraya ini sentiasa perlu dibersihkan dengan jentera penyodok khas bagi memudahkan perjalanan agar lancar.
Selepas puas mengambil gambar kenangan dilaluan jalanraya paling bersalji di dunia, pengunjung boleh terus ke stesen Morudu untuk melihat pemandangan indah di kawasan setinggi kira-kira 2,450 meter dari paras laut. Di sini juga anda boleh melihat kolam Mikurigaike yang airnya hijau kebiruan.
Jika mengunjungi gunung itu, jangan melepaskan peluang ke Empangan Kurobe iaitu empangan tertinggi di Jepun yang berada pada paras 1,470 meter. Empangan setinggi 186 meter itu boleh menampung sehingga 200 juta meter padu air daripada Taman Negara Chubu Sangaku.
Di kawasan ini juga terletak perkampungan tradisional Shirakawago yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1995.
Ingin merasakan diri pada zaman purba dan minat mengkaji sejarah dunia? Nine Mile Canyon merupakan satu destinasi yang harus anda pergi. Ia terletak di Timur Utah, Amerika Syarikat dan merupakan ‘galeri seni atas batu’ terbesar di Amerika Utara.
Ahli arkeologi mendakwa ukiran seni di atas batu itu telah dikenal pasti dan ia melebihi 10 kali ganda lebih banyak daripada 10 ribu ukiran yang telah ditemukan sebelum ini, sekali gus digelarkan sebagai galeri seni terpanjang di dunia.
Nine Mile Canyon terhasil daripada rekahan sungai Nine Mile Creek yang bersambung kepada Green River, dan anggaran panjangnya adalah 64 Kilometer. Jika dilihat pada gambar, kebanyakkan ukiran dinding lembah ini dibuat oleh kaum Fremont Indians yang menetap di Nine Mile Canyon seawal 300 AD. Kaum tersebut hidup dalam keadaan nomad atau bergerak satu tempat ke suatu tempat untuk mencari sumber makanan.
Nama Nine Mile Canyon telah diberikan oleh penjelajah asal tempat itu iaitu John Wesley Powell.
Menjelang 950 AD sehingga 1250 AD, tahun itu merupakan kemuncak kebudayaan kaum Fremont Indians, di mana mereka berhasil membuat ukiran pada dinding batu. Menjelang 1500 AD, budaya tersebut telah lenyap dan tidak dapat dikenal pasti, tetapi para saintis beranggapan budaya tersebut lenyap kerana kemunculan puak Ute, Paiute & Shoshoni yang menghalau Fremont Indians keluar dariapada lembah tersebut.
Ukiran batu dan artifak purba seperti kediaman batu dan jelapang padi yang di termui di lembah itu telah dilindungi oleh undang-undang Amerika Syarikat, tetapi seni yang terdapat di lembah ini masih lagi terdedah kepada hakisan debu akibat peningkatan kenderaan yang lalu-lalang di situ.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!