Krisis dan ketegangan antara India dan Pakistan tercetus minggu lalu menyebabkan penerbangan antara Eropah dengan Asia Selatan serta sebahagian Asia Tenggara terjejas.
Kemarin Pakistan dikatakan telah membuka sepenuhnya ruang udara selepas ditutup selama beberapa hari kepada semua penerbangan awam menyebabkan ribuan penumpang terkandas. Rata-rata penumpang yang terkandas berasa lega dengan pengumuman itu.
Keputusan menutup ruang udara itu itu dibuat Rabu lalu, selepas pertempuran di udara antara pesawat tentera udara Pakistan dan India di Kashmir menyebabkan satu pesawat MiG21 India ditembak jatuh. India mendakwa berjaya menembak jatuh pesawat F-16 Pakistan namun dinafikan Islamabad.
Semua lapangan terbang di seluruh Pakistan kembali beroperasi dan ruang udara sudah kembali dibuka sepenuhnya pada 0800 GMT,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tarikan Terbaru Buat Pengunjung Primula Beach Hotel, Ada Booth Bergambar Di Mural ‘Ikon Terengganu’ Sepanjang 50 Meter
Demi mempromosi produk pelancongan, lukisan mural sepanjang 50 meter yang memaparkan lokasi-lokasi ikon Terengganu kini menghiasi Primula Beach Hotel (PBH).
Jika anda berkunjung ke Primula Beach Hotel (PBH) Kuala Terengganu, jangan lepaskan peluang bergambar di mural pertama yang menggabungkan pelbagai elemen seperti pembangunan, seni warisan kehidupan, dan keindahan pantai dan tasik yang terdapat di negeri Terengganu. Mural tersebut telah siap sepenuhnya, dan mula menunggu kehadiran pengunjung.
Lukisan mural yang mempamerkan Jambatan Angkat, Tasik Kenyir, Pasar Payang, Muzium Terengganu dan Pantai Batu Buruk itu berjaya disiapkan selama 15 hari dan merupakan tarikan baharu pelancong. Lukisan mural tersebut turut memaparkan keindahan seni dan warisan yang sinonim dengan masyarakat Terengganu seperti wau bulan, batik dan songket. Ia dihasilkan oleh empat pelukis tempatan yang diketuai Cikgu Budin, Razali Che Mat, Nazli Hamzah, dan Ahmad Saipudin Abdul Ghani yang bergabung tenaga menerusi kepakaran masing-masing secara sukarela.
Jom singgah sini!
image via google
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Taman Tasik Titiwangsa Ditutup Hari Ini Untuk Operasi Tembak Gagak Yang ‘Menjelikkan’ Pengunjung
Pembukaan semula Taman Tasik Titiwangsa di ibu negara akhir tahun lalu dengan wajah baru sentiasa dinanti-nanti orang ramai untuk beriadah di Taman Tasik Titiwangsa.
Keterujaan setiap pengunjung dapat dirasai dengan melihat kepada kawasan taman berkenaan yang sesak dengan kenderaan, dan boleh dikatakan ratusan manusia dari pelbagai lapisan umur memenuhi hampir setiap inci ruangan taman pada setiap hari terutama pada cuti hujung minggu. Namun kehadiran burung gagak yang banyak di kawasan berkenaan merosakkan persekitaran dan memberi ketidakselesaan kepada pengunjung.
Oleh iu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Taman Tasik Titiwangsa bermula hari ini 10 September dari jam 6.30 pagi hingga 2 petang. DBKL dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu dibuat bagi melaksanakan Operasi Menembak Gagak. Operasi ini dijalankan berikutan aduan orang ramai terhadap kehadiran burung berkenaan yang mencemarkan alam sekitar. Selain bagi mencegah daripada kekotoran najis burung gagak yang menyebabkan kacauganggu di kawasan rekreasi tumpuan awam terbabit.
Sepanjang tempoh operasi itu dijalankan, taman ini akan ditutup kepada orang awam. Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sewaktu berada di kawasan itu semasa operasi dilaksanakan. Penduduk sekitar juga diminta tidak cemas atau terkejut sekiranya terdengar bunyi tembakan seawal jam 6.30 pagi ketika operasi sedang dijalankan.
image via google
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Lebih 1500 Tasik Di Switzerland, Tasik Blausee Antara Yang Tercantik. Lokasi Wajib Singgah, Ini Sebabnya!
Switzerland terkenal dengan keindahan setiap pelusuk negaranya, antara tarikan di sana termasuklah tasik-tasik yang indah dan cukup mengujakan. Terdapat kira-kira 1500 tasik atau lebih di Switzerland. Setiap tasik yang ada di sana mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri.
Dari tasik yang popular untuk berenang pada musim panas hinggalah ke tasik Alpine yang jernih. Antara yang terkenal adalah Tasik Blausse. Mudah untuk diakses dan tidak memerlukan pendakian yang agak ektrem membuatkan tasik biru ini menjadi tumpuan pelancong.
Jika berpeluang melancong dan bercuti ke Switzerland, Tasik Blausse adalah tempat wajib dikunjungi. Nak tahu apa sebabnya, Mohd Anas Anas berkongsi di grup Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
Lokasi wajib sekiranya berkunjung ke Bumi Switzerland. Lake Blausse
1- Perjalanan dari Interlaken Ost dengan menggunakan keratapi dan bas akan mengambil masa 1 jam 46 minit. keratapi dari Interlaken akan transit di Stesen Speiz kemudian tukar keretapi menuju ke Frutigen. Di Frutigen terus menuju ke stesen bas berhampiran stesen keratpi dan menggunakan bas no 230 untuk terus ke Lake Blausee. Bas akan turun betul2 di hadapan pintu masuk tasik. sekiranya menggunakan kereta dan memandu sendiri masa perjalanan hanya mengambil 37 minit.
2- Sekiranya kita dari bandar Zurich, perjlanan dengan keretapi akan mengambil masa 2 jam 44 minit dan dengan memandu sendiri masa diambil 2 jam 26minit.
- Tiket masuk akan dikenakan sebanyak 10chf. tetapi seandainya keadaan air tasik keruh, pihak pengurusan akan memberikan diskaun 5chf.
- Untuk menaiki bot di dalam tasik adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran.
- Di dalam kawasan persekitaran tasik terdapat cafe dan restoran untuk menikmati kopi dan juga makanan lain.
- Pemandangan yang paling cantik ketika kemuncak musim luruh iaitu penghujung Oktober dan awal November dengan keadaan daun2 kekuningan berlatarkan air yang sangat biru. Pada musim panas air sedikit berwarna hijau dan kurang jernih.
7.Usai sahaja menikmati keindahan tasik ini, boleh terus menunggu bas untuk ke lokasi seterusnya iaitu Kendersteg. Perjalanan dengan bas hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja..satu laluan dan arah yg sama.
- Di Kendesteg kita perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 3 ke 4 jam untuk ke atas sana dan ke Tasik Oeschinen dan bermain gelongsor.
- Justeru memadai seharian untuk 2 lokasi ini agar masa tidak terbuang dengan begitu sahaja.
Kredit: Mohd Anas Anas
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI