Bujang Senang; seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya spesies Crocodylus porosus (buaya air masin) berukuran 19 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang Senang dipercayai berumur 51 tahun.
Buaya ini bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941.Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.
Bujang Senang adalah buaya ke 4 terbesar di dunia. Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di ladang buaya Jong, Sarawak.
Inilah tengkorak kepala Bujang Senang. Bahagian lain dibuang ke laut begitu sahaja tanpa usaha untuk mendapatkan semula.
Namun, penduduk tempatan percaya, Bujang Senang masih berkeliaran. Yang ditembak mati ialah Dayang Fatimah Eneng Emas, isteri Bujang Senang.
Sebenarnya, bukan Bujang Senang sahaja buaya besar di Sarawak. Bujang Belawai, Bujang Selar, malah banyak lagi. Jika ke Sarawak, anda boleh ke Jong Crocodile Farm untuk melihat sejarah buaya dan mangsa buaya. Di sini ada live buaya diberi makan. Buaya mampu melonjak badan ke luar air sehingga 2 meter bagi menyambar makanan dan bunyi kuat ketika rahang buaya terkatup.
Ads
Buaya menyambar ayam tergantung
Bujang Belawai
Anak buaya
Buaya sedia dipindahkan
Buaya dibawa ke ladang
Izin buru buaya (The Borneo Post)
10 sungai di Sarawak dibolehkan memburu buaya ialah Batang Sadong, Sungai Tuang, Batang Krian, Sungai Seblak, Sungai Lingga, Sungai Sebuyau, Batang Lupar, Batang Saribas, Batang Baram dan Sungai Bakong.
Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Sapuan Ahmad berkata, kaji selidik yang dijalankan dari tahun 2012 hingga 2014 menunjukkan bahawa sungai-sungai tersebut mempunyai kepadatan 8 hingga 14 ekor buaya untuk setiap satu kilometer dengan Batang Lupar memiliki rekod terbanyak.
Ads
“Kesemua lokasi berkenaan adalah antara 45 sungai dengan jumlah sepanjang 2,108.38 kilometer dan dihuni kira-kira 12,000 ekor buaya atau 5.57 ekor buaya bagi setiap kilometer di sungai-sungai terbabit.
“Sungai-sungai ini juga adalah lokasi di mana kebanyakan serangan buaya ke atas manusia dilaporkan berlaku sejak bertahun-tahun lepas”
Bagaimanapun, menurut Sapuan, walaupun pemburuan dibenarkan namun kuota dan permit memburu, membunuh dan menjual buaya masih belum dimuktamadkan dan perlu dipersetujui oleh agensi-agensi kerajaan dan kementerian berkaitan termasuk Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Ads
Buaya dewasa adalah sangat produktif dan setiap ekor boleh menghasilkan 800 biji telur, manakala kadar survival atau jangka hayat adalah sangat tinggi kerana buaya boleh hidup sehingga 100 tahun
Buaya di Sarawak adalah haiwan liar dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar (WPO 1998) dan di bawah peruntukan antarabangsa CITES. Oleh kerana populasi pulih dengan drastik, kini memburu dan membunuh reptilia pemangsa ini dibenarkan apabila ia dianggap boleh mengancam keamanan dan harta, mengikut peraturan-peraturan di bawah Seksyen 41, 42 dan 42A WPO 1998.
Video buru buaya di Sarawak
Top 5 buaya besar dunia
Lolong (6.17 meters/20 feet 3 in) MATI
Dominator (6.1 meters/20 feet) HIDUP
Gustave (~6 meters/19.68 feet) HIDUP
Bujang Senang (5.88 meters/19 feet 3 inches) MATI usia 51 tahun. Jika masih hidup, agak besar mana?
Brutus (5.60 meters/18 feet 4 in) HIDUP
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Terletak di sebuah rumah agam di Lebuh Gereja, Georgetown, Muzium Peranakan Pulau Pinang mempamerkan warisan budaya kaum Peranakan.
Rumah agam tersebut pernah dimiliki oleh seorang usahawan berbangsa Cina yang bernama Kapitan Chung Keng Kwee pada abad ke-19. Rumah agam ini telah lama dilupakan namun berjaya dibangunkan semula apabila seorang arkitek tempatan yang bernama Peter Soon membeli rumah agam tersebut dan melakukan kerja-kerja membaik pulih lalu menempatkan lebih 1,000 koleksi pameran artifak kaum Peranakan di Pulau Pinang. Menariknya tentang lokasi ini, ia pernah menjadi lokasi penggambaran filem hit, Crazy Rich Asians dan rancangan realiti Amazing Race.
Legasi, budaya dan keunikan gaya hidup baba dan nyonya di Malaysia sememangnya tidak pernah lekang dek panas matahari sejak abad ke 15. Asimilasi budaya Cina bersama budaya tempatan di Tanah Melayu melahirkan keunikan tersendiri dari sudut agama, budaya, pakaian, masakan, perkahwinan dan sebagainya. Rumah Peranakan Penang ini dapat memberikan gambaran yang lebih dekat dan realiti tentang dunia sebenar Peranakan di Malaysia.
Waktu Operasi: Isnin – Ahad : 9.30 pagi – 5.00 petang
Bayaran Masuk:
Dewasa : RM 20
Kanak – Kanak ( 6 – 12 tahun ) : RM 10
Kanak – Kanak ( bawah 6 tahun ) : PERCUMA
Lokasi : 29, Church St, George Town, 10200 Pulau Pinang
Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi yang tercari-cari lokasi percutian dalam negara, mungkin boleh masukkan Ehsan Water Park sebagai destinasi pilihan.
Terletak di Pasir Panjang, Port Dickson taman tema ini bakal dibuka seawal Februari 2021 ini dan menjanjikan seribu keseronokan berbeza untuk pengunjung. Dahulu lokasi percutian ini adalah Tiara Beach Resort sebelum ditukar kepada Primaland Port Dickson Resort & Convention sebelum pengurusan baru mengambil alih tempat ini dan menamakannya sebagai Ehsan Water Park.
Tidak hanya menawarkan penginapan selesa, bagi daya tarikan pelancongan sempena pembukaannya, Ehsan Water Park menawarkan promosi berbaloi-baloi untuk pengunjung.
Harga tiket serendah RM199 untuk enam orang dewasa/kanak-kanak boleh dibeli (pakej keluarga) dan lebih menarik lagi dengan pembelian ini, akan memperoleh 4 set makanan. Lebih berbaloi, tiket yang dibeli sempena promosi ini boleh digunakan dalam tempoh setahun dari tarikh ia dibeli. Pendek kata, siapa cepat dia dapat.
Selain menawarkan taman tema air, bagi yang ingin mengadakan sebarang majlis, Grand Ballroom di lokasi ini mampu menampung 1500 orang tetamu dalam satu-satu masa bagi yang ingin mengadakan seminar, majlis perkahwinan dan sebagainya.
Jangan tunggu lama-lama, nanti kehabisan tiket promosi berbaloi ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Beruntung warga Kuantan kerana tak lama lagi, ibu negeri Pahang Darul Makmur itu bakal dihiasi dengan satu monumen pelancongan bertaraf antarabangsa iaitu Menara Teruntum.
Menara Teruntum yang dijadualkan siap pada bulan Julai ini berketinggian 180 meter dan, pengunjung yang datang boleh menikmati keindahan bandar Kuantan dari atas serta kecantikan panorama Sungai Kuantan yang menghiasi bandar itu.
Buat masa ini, kerja-kerja pembinaan menara ikonik di Kuantan itu sudah mencapai 85 peratus dan akan dibuka kepada orang awam selepas memperoleh kelulusan daripada pihak berwajib.
Dengan adanya Menara Teruntum ini, ianya menjadi menara yang paling tinggi di Pantai Timur Semenanjung dan akan ramailah pelancong-pelancong yang bakal singgah ke sana untuk merasai sendiri keseronokkan yang ditawarkan di bandar Kuantan.
Selain itu, mercu tanda terbaharu negeri Pahang ini juga bakal meletakkan negeri itu di dalam kalender pelancongan negara. Oleh demikian, Berita Harian Online melaporkan bahawa Majlis Perbandaran Kuantan akan menghidupkan kembali Kuantan River Front dan Kuantan River Cruise bersempena dengan kehadiran Menara Teruntum yang baharu itu.
Pengunjung yang datang akan dapat merasai dan menikmati pemandangan sepanjang Sungai Kuantan menggunakan dua perkhidmatan itu nanti dan dalam masa sama, program jejak sejarah turut akan diwujudkan untuk pelancong mendalami dengan lebih lanjut mengenai sejarah di tempat itu.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...