Ipoh antara bandar banyak tinggalan bangunan sejarah British. Antaranya Menara Jam Memorial J.W.W Birch. Menara ini terletak bersebelahan Masjid Negeri Perak. Ia dibaik pulih cantik oleh Dewan Bandaraya Ipoh dan termasuk antara Jejak Warisan di Perak.
Menara Jam Memorial Birch, lihat satu patung diputihkan…Siapa patung itu?
Menara jam ini dibina pada 1909 bagi memperingati ulang tahun kematian ke 34 Birch. Jam yang dibina dengan kos 25,000 pound sterling ini dirasmikan oleh Residen British Perak ke-8 diketika itu iaitu Sir Ernest Woodford Birch.
IKLAN
Ernest; anak sulung kepada J.W.W Birch dan menjadi Residen Perak dari tahun 1904 hingga 1910. Pada memorial jam ini, Sir Ernest Woodford Birch berdamai dengan Sultan dan pembesar-pembesar Melayu diketika itu agar tidak melupakan kisah pembunuhan bapanya itu dan berharap agar hubungan baik diantara pihak British dengan Perak selepas peristiwa tersebut dapat diteruskan demi pembangunan pesat negeri Perak.
IKLAN
Menara ini mempunyai 1 jam besar berukuran 6 kaki x 6 inci serta 4 jam kecil dan disertakan sistem untuk dibunyikan sama seperti Menara Jam Big Ben di bangunan Parlimen di London.
Di empat penjuru atas jam tersebut diletakkan empat patung terakota yang mengambarkan empat prinsip pentadbiran British iaitu Kesetiaan (digambarkan dengan patung yang memegang pedang dan perisai), Keadilan (digambarkan dengan patung buta yang memegang neraca), Kesabaran (digambarkan dengan patung yang tiada senjata) dan Ketabahan (digambarkan dengan patung dengan riak muka tenang dan memegang tombak).
IKLAN
Terdapat lukisan yang mengambarkan figura pembangun tamadun-tamadun dunia di keempat-empat sisi menara jam tersebut. Salah satu daripada 44 figura tersebut ialah imej Nabi Muhammad. Namun imej Nabi Muhammad itu telah dipudarkan dengan cat putih pada 1990-an setelah sekian lama mendapat bantahan bukan sahaja oleh penduduk beragama Islam di sekitar Ipoh dan Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sri Lanka menawarkan banyak pilihan untuk sebuah pulau yang ukurannya hampir sebesar wilayah Sumatera Utara. Di Sri lanka terdapat empat warisan dunia yang termasuk dalam bandar bersejarah, tempat-tempat tinggalan kerajaan Buddha di masa lampau.
Sigiriya Sigiriya ini sebuah temple yang berbentuk sangat unik, bentuknya ialah sebuah bongkahan batu besar yang berwarna hitam kejinggaan. Anda boleh naik ke atas batu ini hingga ke puncaknya dan melihat pemandangan yang sangat menarik dari atasnya.
Anuradhapura Anuradhapura adalah bekas ibukota pertama Sri Lanka, di sini terdapat banyak sekali patung-patung besar yang letaknya tersebar di seluruh penjuru kota lama. Untuk menjangkau patung-patung ini anda boleh menyewa tuk-tuk/bajaj , selama tiga hinga empat jam.
Polonnaruwa Polonnaruwa ialah ibukota Sri Lanka sesudah Anuradhapura, di sini terdapat banyak runtuhan kota kuno seperti royal palace, library, audience hall serta pahatan patung-patung Buddha yang sangat terkenal. Untuk menjangkau tempat-tempat di sini sama seperti di Anuradhapura anda boleh menyewa bajaj.
Dambulla Dambulla terletak hanya sejam perjalanan dari Sigiriya , kunjungan ke Sigiriya rugi jika tidak dikombinasikan dengan Dambulla. Dambulla sendiri merupakan gua yang dengan lukisan mural Buddha dan figura Buddha. Di Dambulla terdapat lima gua.
Hill Country Kalau anda memilih pergi ke kota-kota dengan alam pergunungan dan bukit bukau, hutan atau taman nasional, kebun teh,sungai dan air terjun atau ingin melakukan trekking maka hill country di Sri Lanka adalah tempat yang tepat.
Kandy Kandy ialah kota terbesar kedua di Sri Lanka, Kandy merupakan base yang sangat ideal untuk menuju ke kota-kota bersejarah atau menuju kota-kota di hill country. Kandy sendiri merupakan kota yang cuacanya cukup sejuk, dengan lokasi utama adalah Temple of Sacred Tooth yang terletak di tepi danau buatan Kandy Lake.Di Kandy sendiri pada bulan Ogos terdapat perayaan Kandy Pesahera yang sangat fotogenik dan menarik.
Adam’s Peak Adam’s Peak ialah gunung yang sangat suci untuk penduduk Sri Lanka, gunung ini merupakan tempat ibadat pada bulan Disember hingga Mac. Pada bulan ini, anak tangga menuju ke puncak gunung akan diberi lampu, sehingga pelancong mahupun penduduk dapat naik ke puncak dan melihat pemandangan Hill country dari puncak Adam’s Peak yang sangat lagenda. Selain itu juga terdapat fenomena alam Shadow of Adam’s Peak di mana akan muncul siluet bayangan gunung pada ketika matahari terbit. Perjalanan naik hingga ke puncak Adam’s Peak memerlukan waktu sekitar dua hingga empat jam dan turun sekitar dua jam. Salah satu itinerary wajib Srilanka.
Ella Ella sendiri merupakan kota yang hanya terdiri dari satu jalan kecil, akan tetapi Ella merupakan tempat yang sangat ideal untuk berehat dan menikmati udara bukit atau kebun teh, selain itu anda juga boleh melakukan hiking untuk melihat persekitaran Ella dengan berjalan ke Little Adam’s Peak (dua jam pulang pergi) atau Ella Rock ( empat jam pulang pergi) atau pergi ke air terjun Rawana serta Gua Rawana.
Haputale Haputale sendiri merupakan kota perbukitan yang menjadi base ideal untuk mengunjungi Horton Plains National Park (salah satu taman nasional terbaik di Srilanka) juga beberapa teh sekitar seperti yang paling populer Dambatenne Tea Factory. Di mana teh Lipton terdapat di sana. Perjalanan dengan kereta dari Haputale ke Ella menawarkan salah satu pemandangan terbaik di Sri Lanka.
Nuwara Eliya
Selain itu ada beberapa tempat di Sri Lanka seperti Nuwara Eliya yang terkenal sebagai The Scotland of Srilanka di mana tempat ini merupakan tempat rehat orang-orang Inggeris pada zaman kolonial dulu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jika anda rasa tempat tinggal anda belum lagi sempurna dek tidak mempunyai perabot yang moden, tilam yang empuk atau perkakasan berjenama, anda harus fikirkan sejenak nasib mereka yang tidak sebaik anda.
Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif via facebook Serantau Muslim ini diharap dapat meninggalkan sedikit ‘rasa tangungjawab’ dalam diri anda untuk membantu golongan yang lebih memerlukan bantuan.
RUMAH MEREKA LEBIH SEJUK DARI PETI AISInilah keadaan #terkini di Kem Pelarian Syria, sempadan Syria – Lubnan. .Ya,…
Inilah keadaan terkini di Kem Pelarian Syria, sempadan Syria – Lubnan. Ya, salji tebal mula melanda, mereka kini dalam keadaan kesejukkan yg melampau sehingga -6C. Sebenarnya, pada januari yang lepas, saya dan Team Serantau Muslim pernah ke kem di dalam gambar ini, untuk Misi Bantuan Musim Sejuk.
Pada ketika itu, keadaan di kem ini tidak lah sebegini. Tapi kesejukkan tu sehingga nak bercakap pun menggigil gigil. Saya tengok anak anak Syria disana tak berstokin malah bersarung tangan pun tidak.
Jadi saya cuba rasai apa yang mereka rasa dalam keadaan cuaca sebegini. Saya buka sarung tangan, saya hanya mampu bertahan 20 minit sahaja tanpa sarung tangan, selepas 20 minit jari jemari saya mulai kebas kebas dan sakit.. MasyaAllah.
Macam mana la anak anak Syria ini hadapi musim sejuk ini. Rumah mereka pun daripada plastik dan guni je. Makin sejuk ada lah kat dalam rumah sebab rumahnya seolah olah memerangkap suhu.
Saya boleh kata, rumah mereka sekarang lebih sejuk daripada peti ais di dalam rumah kita. Suhu di sana mencecah -6C. Di dalam khemah, bila anak anak ini sejuk sangat mereka akan cari mak ayah mereka untuk dipeluk supaya dapat panaskan badan. Tapi kalau yang mak ayahnya dah meninggal dunia akibat perang, mereka cuma berpeluk tubuh sendiri je walaupun anak anak ni tahu ianya takkan panaskan badan mereka walau sedikit pun. Sebak!
Terkini, seramai 250,000 orang pelarian baru tiba di Kem Pelarian berkenaan, dan amat memerlukan bantuan dengan kadar segera.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tasik Kenyir yang terletak di Terengganu merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar. Ia juga merupakan empangan hidroelektrik yang dilitupi konkrit terbesar di Malaysia. Apabila kawasan itu dibanjirkan, kebanyakan bukit berada di atas paras air lalu membentuk kira-kira 340 pulau buatan manusia.
Hutan hujan yang mengelilingi kawasan tasik mewujudkan pemandangan flora dan fauna yang menakjubkan. Ia turut menjadi habitat kepada pelbagai spesies bunga dan spesies tumbuhan serta ratusan spesies ikan air tawar seperti baung, toman, kelisa, lampam dan kelah.
Tasik Kenyir adalah tempat percutian hebat bagi pencinta alam semula jadi memandangkan ia dikelilingi hutan hujan tropika tebal. Dikelilingi hutan tropika yang luas, kawasan tasik buatan manusia ini terkenal dengan aktiviti memancing, menaiki bot, berkayak, meredah hutan, atau pemanduan pacuan empat roda.
Pelbagai jenis penginapan disediakan bermula dari bertaraf tiga bintang meliputi chalet di atas pulau, resort terapung atau rumah bot. Jika memilih untuk menginap di rumah bot yang menyusuri sungai hingga ke kawasan air terjun dan kawasan memancing memberi pengalaman menyeronokkan kepada pencinta alam semula jadi.
Air Terjun Tasik Kenyir
Salah satu produk pelancongan yang menarik di Tasik Kenyir ialah air terjun. Terdapat 14 lokasi air terjun termasuk yang popular iaitu Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat, Air Terjun Sungai Buweh dan Lata Terap.
Air Terjun Lasir
Dengan ketinggian 500 kaki, Air Terjun Lasir merupakan air terjun tercantik dan paling sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berendam dan berenang kerana ia mempunyai beberapa kolam yang luas. Air terjunnya cantik dan bertingkat-tingkat. Antara yang menjadi tarikan di Air Terjun Lasir ialah menara tinjau dan jambatan gantung yang menyeberang air terjun. Air Terjun Lasir terletak 16 km dari Pengkalan Gawi. Perjalanan dengan bot mengambil masa 30 hingga 45 minit.Aktiviti yang boleh dilakukan pengunjung di Air Terjun Lasir ialah mandi-manda, berkhemah, merentas hutan dan mendaki.
Air Terjun Saok
Air terjun yang agak landai dan terletak lebih hampir dengan Pengkalan Gawi ialah Air Terjun Saok. Ia juga merupakan kawasan yang sering dikunjungi tetapi tidak mempunyai kolam-kolam yang besar sebagaimana Air Terjun Lasir. Taman Herba di Pulau Sah Kecil terletak tidak jauh dari laluan masuk ke kawasan Air Terjun Saok ini. Lokasi Air Terjun Saok ialah di Pulau Besar, Hanya 8 km dari Pengkalan Gawi. Perjalanan menaiki bot dari Pengkalan Gawi mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit. Ia merupakan satu lagi destinasi popular untuk berkelah dan menikmati keindahan alam semulajadi.
Santuari Kelah, Tasik Kenyir
Santuari Kelah yang terletak kira-kira 21 kilometer dari Jeti Pengkalan Gawi, dibangunkan dan diselia oleh Ketengah selaras usaha pemuliharaan spesies ikan kelah yang semakin terancam selain mempromosi aktiviti rekreasi sebagai galakan tarikan pelancongan di Tasik Kenyir.
Pengunjung pasti terpengun melihat beribu-ribu kelah, malah ikan-ikan ini tidak berganjak walaupun menyedari kehadiran manusia. Ikan kelah di sini sentiasa menanti kehadiran pengunjung untuk menghulurkan makanan berupa palet ikan. Selain memberi ikan kelah makan, anda juga berpeluang untuk memegang ikan ini.
Berkuatkuasa awal Mac 2019, kadar harga tiket masuk ke Santuari Kelah di Sungai Petang, Tasik Kenyir adalah sebanyak RM25 untuk pengunjung dewasa. Bagi kanak-kanak pula bayaran yang dikenakan adalah RM15 manakala kalangan bukan warganegara, sebanyak RM45 (dewasa) dan kanak-kanak (RM25). Kadar berkenaan meliputi tiket masuk, pertukaran bot dari Kompleks Santuari ke Hentian 1 di Sungai Petang di samping barangan cenderahati dan snek.
Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir
Bagi yang ingin melihat dan berinteraksi dengan si gajah boleh berkunjung ke Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir atau Kenyir Elephant Conservation Village (KECV). Kebanyakan gajah di KECV rata-ratanya adalah anak gajah yatim piatu. Gajah berkenaan sangat manja, begitu terlatih, selain ‘mendengar’ kata atau arahan daripada gembala mereka. Pengunjung di beri peluang untuk memberi gajah makan serta mandi bersama anak gajah. Ianya sesuatu yang menyeronokkan!
Pulau Bebas Cukai Tasik Kenyir
Tasik Kenyir memiliki tarikan untuk kaum wanita apabila diisytiharkan sebagai Zon Bebas Cukai dengan aktiviti penjualan barangan yang dikecualikan cukai bermula tahun 2017 lalu. Pusat jualan di sini terdiri daripada lima premis perniagaan antaranya coklat, bagasi, minyak wangi, pinggan, mangkuk dan peralatan memasak. Penjualan yang dijalankan ini tidak membabitkan aktiviti jualan barangan berduti tinggi seperti rokok, produk petroleum, kenderaan dan produk minuman beralkohol.