Bagi peminat Kdrama pastinya pernah menonton drama viral ‘Crash Landing On You’. Kisah cinta yang sangat mengasyikkan ini menyaksikan sebahagian penggambaran dilakukan di Switzerland.
Terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang cantik, tidak hairanlah ramai menjadikan negara ini salah satu dalam bucket list percutian.
Ini dapat kita lihat melalui perkongsian seorang wanita Izati Azlan yang berkongsi itinerari selama 7 hari di Switzerland melalui page Backpacker Buddies Malaysia (BBM).
Itinerari 7 Hari Di Switzerland
Crash Landing On You Ingin berkongsi percutian ke Switzerland selama 7 hari (End of September)
Day 1 : – Dari Geneva ke Interlaken Ost using Golden Pass Line (Scenic Route) . From Interlaken Ost to Lauterbrunnen. – Check in dekat Valley Hostel. Dekat situ ada Coop (Supermarket) where you can buy groceries.
Schilthorn Piz GloriaLake Brienz, InterlakenOeschinensee Lake, KanderstegLake Brienz, Interlaken
Day 2 : – Kami pergi ke Oeschinensee Lake. Dari Lauterbrunnen ke Kandersteg Station. After sampai Kandersteg Station perlu berjalan kaki lebih kurng 20 minit untuk sampai ke Cable Car. From Cable Car ke Oeshinenensee Lake, kami mengambil masa lebih kurang 1 jam utk sampai. (Banyak berhenti utk ambil gambar). Selepas itu boleh pulang semula ke Cable Car dengan menaiki Shuttle disediakan atau pilih untuk berjalan. – Sebelah Cable Car ada Mountain Coaster (Toboggan Run) boleh enjoy dulu sebelum balik. * Fee : Adult (CHF 4) until 11.30 AM. (CHF 6) 11.31 AM onwards * Fee : Child (CHF 3) until 11.30 AM. (CHF 5) 11.31 AM onwards – Selepas turun dari Cable car. Kami ambil Bas dan menuju ke Lake Blausee * Entrance Fee : Adult (CHF 7)
Ads
Oeschinensee Lake, KanderstegLake Brienz, InterlakenOeschinensee Lake, Kandersteg
Day 3 : – Dari Lauterbrunnen pergi ke Schiltron (Bernese Alps). Sebelum naik ke Schiltron dgn cable car boleh berjalan di Murren Village (Mountain Village). – Selepas ke Schiltron kami pergi ke Grindelwald.
Oeschinensee Lake, KanderstegLake Brienz, Interlaken
Day 4 : – Check Out from Valley Hostel. Menuju pula ke Zermatt untuk melihat Matterhorn. Di Zerrmatt kami menginap di Hotel Cima. Best dapat bilik yg balcony facing Matterhorn. – Sedikit Info, untuk sampai ke Zermat hanya boleh dengan menaiki Train sahaja. Jadi pada sesiapa yang travel by car boleh parking kereta di Tasch dan seterusnya menaiki Train untuk ke Zermatt.
Murren VillageMurren VillageLake Blausee
Day 5 : – Pagi2 dah naik Cogwheel Train untuk pergi ke Gornergrat. Selepas itu kami mengabiskan masa di Zermatt untuk mencari souvenirs.
Day 6 : – Check Out from Hotel Cima dan bergerak ke Interlaken Ost. Dekat station ada menyediakan perkhidmatan Locker untuk simpan Bag. Locker yang besar memuatkan 1 Bag Besar. Kami sewa 2 Locker utk 2 Bag Besar. – Kami menyimpan bag bagi memudahkan pergerakan untuk berjalan2 di sekitar kawasan Interlaken seperti Lake Brienz etc sebelum menyambung semula perjalanan ke Luzern. – Check In Rigi House 1, Luzern
Day 7 : – Dari Luzern menuju ke Engelberg untuk pergi ke Mount Titlis.
Oeschinensee Lake, KanderstegLauterbrunnenMount TitlisMount TitlisMount TitlisSchilthorn Piz Gloria
Day 8 : – Check Out. Ke Zurich Airport untuk penerbangan ke KL
Ads
Ekstra Info : 1. Swiss Travel Pass : 8 Days – Klook (E-Voucher just print in A4 paper) . 2. Sim Card : Hello1010 (RM135) 4. Tiada kiraan budget for this Trip (Switzerland) sebab kami travel ke beberapa negara lain juga . 5. Start our journey at Switzerland from Geneva as we are coming from Paris . 6. Flight Back (Singapore Airlines from Zurich Airport to KL)
Hotel / Hostel : 1. Valley Hostel, Lauterbrunnen (Highly Recommended) 2. Hotel Cima, Zermatt (Recommended) 3. Rigi House 1, Luzern (Not Recommended)
Kuala Kangsar, bandar Diraja yang terletak di kawasan pertemuan Sungai Kangsar dan Sungai Perak dikatakan mendapat namanya daripada pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing Sungai Kangsar, anak Sungai Perak. Manakala satu versi lagi mengatakan nama itu diperolehi daripada para peneroka yang membuka penempatan di kuala sungai itu dengan panggilan ‘Kuala Kurang Sa’ bermakna kurang satu daripada seratus kerana terdapatnya 99 anak sungai di situ.
Terletak kira-kira 48 kilometer dari bandar raya Ipoh, bandar diraja itu mempunyai aset pelancongan yang tidak dimiliki negeri lain, sekali gus menjadikan ia begitu eksklusif kepada penduduk negeri Perak. Sebagai bandar tertua Perak, Kuala Kangsar terkenal dengan pelbagai perkara, antaranya bangunan lama dan bersejarah. Di sini menempatkan salah satu masjid tercantik di negara ini iaitu Masjid Ubudiah. Tidak lengkap kunjungan ke Kuala Kangsar jika tidak singgah ke bangunan-bangunan lama yang penuh dengan nilai-nilai sejarah perkembangan institusi diraja Perak seperti Galeri Sultan Azlan Shah, Muzium DiRaja Kuala Kangsar dan juga melawat kawasan sekitar Sungai Perak sendiri
Selain itu, ikon bandar DiRaja Kuala Kangsar yang juga popular adalah Masjid Ubudiah. Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Terletak berdekatan Istana Iskandariah, ia dibina pada zaman pemerintahan Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah 1.
Baginda bernazar jika sembuh daripada satu penyakit yang serius, baginda akan membina sebuah masjid dan apabila sembuh, maka Masjid Ubudiah mula dibina pada 26 September 1913. Pembinaan terpaksa ditangguhkan apabila bekalan batu marmar terputus ekoran meletusnya Perang Dunia Pertama. Baginda tidak sempat melihat masjid ini siap kerana meninggal dunia setahun sebelumnya. Ia dibuka secara rasmi pada 1917 ketika era pemerintahan Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah (Sultan Perak ke-29, 1916-1918).
Sejarah Gajah Pijak Batu Marmar
Pembinaan masjid ini pada awalnya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa’id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok. Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu.
Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil. Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula.
Galeri Sultan Azlan Shah terletak di bandar DiRaja Kuala Kangsar dahulunya dikenali sebagai Istana Hulu. Ia mempamerkan gabungan senibina Asia dan Eropah. Galeri itu memberi tumpuan kepada sejarah dan pencapaian Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Ia turut memberikan maklumat mengenai sejarah dan susur paur Kesultanan Perak dan gambar dan kenderaan, termasuk hadiah-hadiah yang diberikan kepada Sultan dan Sultanah oleh ketua negara dari seluruh dunia. Galeri Sultan Azlan Shah terletak di Bukit Chandan sekitar 1.5 kilometer dari bandar Kuala Kangsar dan hanya 500 meter dari Istana Kenangan.
Muzium Diraja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah atau Istana Tepas) telah didirikan pada tahun 1926, di bandar Kuala Kangsar, Perak. Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke-30, 1918-1938), Istana Negara diruntuhkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Istana Iskandariah pada 1930. Pembinaan memakan masa tiga tahun. Sementara menunggu Istana Iskandariah siap, Sultan Iskandar Shah bersemayam di Istana Kenangan yang keseluruhannya dibuat daripada kayu tanpa menggunakan paku.Istana itu kini telah dijadikan Muzium Diraja Perak.
Struktur Binaa Unik
Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, ia dijadikan Istana Tetamu terutama di hari-hari Perayaan DiRaja seperti hari keputeraan, perlantikan orang-orang besar Perak dan lain-lain Istiadat DiRaja Perak Darul Ridzuan. Dari segi bentuk senibinanya, Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan. Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan ( kayu jenis berlian ).
Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik yang menggunakan tepas yang diam dengan corak-corak anyaman Melayu Tradisional. Bangunan ini dibina di atas enam puluh batang tiang, di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter. Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah padang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana. Tingkat bawah bangunan ini pula digunakan sebagai pejabat rasmi Baginda, di mana ia mempunyai lantai simen dan disekelilingnya ditutup dengan bidai.
Persisiran Sayong, yang terletak di tebing Sungai Perak, merupakan daya tarikan pelancong terbaru di daerah itu yang akan dibangunkan sebagai pusat aktiviti air seperti berkayak dan berakit selain lokasi penganjuran pesta sukan air dan pesta lanjut sempena ulangtahun keputeraan Sultan Perak.
Projek Persisiran Sayong dibina di tapak seluas enam hektar dan mempunyai beberapa kemudahan pelancongan seperti galeri kraftangan, restoran pinggiran, tempat penginapan, jeti pelancongan serta tandas awam. Jika singgah di Kuala Kangsar, tidak lengkap jika anda tidak singgah di persisiran sungai Perak ini.
Sungai Perak sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Sungai Perak merupakan sungai ke-2 terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang. Ia memainkan peranan yang penting dalam sejarah negeri Perak. Terdapat beberapa empangan hidroelektrik di Sungai Perak:
Trivia
Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Sayong adalah pusat pentadbiran diraja Perak sebelum berpindah ke Bukit Chandan. Pemindahan itu berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah 1 (Sultan Perak ke-28, 1887-1916). Sebelum itu, Sayong menjadi tempat raja-raja Perak bersemayam iaitu mulai dari zaman Sultan Perak yang pertama, Sultan Mudzaffar Shah 1 (1528-1549). Ketika itu, istana sultan dibina di tebing kanan mudik Sungai Perak iaitu dari hilir Sungai Perak sehingga ke Sayong. Tradisi itu dipecahkan oleh Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah 1 apabila baginda memindahkan tempat persemayaman dari Sayong ke Bukit Chandan yang terletak di tebing kiri Sungai Perak. Di situ, baginda membina Istana Negara untuk raja-raja bersemayam, Istana Cinta Berahi untuk Tengku Permaisuri dan Istana Kasar Makmur untuk Raja Perempuan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu Darul Iman yang indah permai dan cantik menawan dan pernah diangkat menjadi kawasan yang paling gembira di Malaysia pada tahun 2019.
Tapi memang hakikatnya Kuala Terengganu adalah antara kawasan-kawasan yang paling ‘menyeronokkan’ untuk dilawati oleh sesiapa pun, baik warga tempatan atau pelancong luar. Kuala Terengganu mampu menyajikan keseronokkan untuk mereka yang berkunjung ke sana. Ini antara lokasi cadangan untuk anda lepas santai sambil ‘berseronok’ di sekitar Kuala Terengganu.
Kontena Uptown
Wow uptwon tepi pantai pertama di Malaysia. Uptown ini juga digelar Dapo Pata Uptown (Dapur Pantai Uptown). Terdapat banyak kafe yang dibuat daripada kontena, rekaan dalamannya juga agak kreatif dan berkonsepkan hipster. Rekaan gerai-gerai di sini memang up-to-date sebab kewujudan Kontena Uptown ini agak baru sebenarnya. Memang menarik kalau dapat makan sambil merasakan tiupan angin Laut China Selatan di tepi pantai.
Pantai Batu Buruk
Terletak di Bandar Kuala Terengganu, Pantai Batu Buruk memnag terkenal dengan kemeriahannya. Di sekitar pantai ini terdapat banyak tempat makan menarik terutamanya buat peminat makanan laut. Kalau anda teringin makan sotong celup tepung, keropok lekor, dan sate ikan, datanglah ke Pantai Batu Buruk. Ada banyak aktiviti menarik lain yang tersedia di sini jika anda datang berkeluarga atau bersama teman-teman.
Taman Awam Lagun Kuala Ibai
Taman ini terletak di teluk Sungai Ibai yang memiliki banyak aliran sungai yang menjadi tarikan bagi kaki pancing. Lokasi ini juga terletaknya Masjid Terapung kebanggaan rakyat Terengganu. Jika ingin membawa anak kecil mandi-manda di sini sambil berkelah juga dibenarkan.
Bukit Panorama
Seperti namanya, dari puncak bukit ini anda berpeluang menikmati keindahan panorama sekitar Terengganu sambil menikmati juadah enak di kafe yang terdapat di sini.
Jambatan Angkat
Jambatan angkat yang menjadi struktur ikon kepada Kuala Terengganu. Jambatan angkat itu mula dibina pada tahun 2014, membabitkan kos RM248 juta dan pembinaannya melibatkan laluan utama jambatan, empat menara, dan dua ‘sky bridge’. Dengan panjang keseluruhan 638 meter dan ketinggian 12.5 meter dari aras laut, jambatan itu menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir.
Pulau Warisan
Pulau Warisan dihiasi dengan lampu-lampu pokoknya yang berwarna-warni, dan sangat meriah dengan kunjungan ramai pada malam hari.Terdapat banyak pilihan kedai makan di sini untuk menjamu selera sambil menikmati pemandangan Sungai Terengganu.
China Town Kuala Terengganu
Seperti ada dikebanyakkan negeri lain, di Kuala Terengganu juga ada ‘China Town’ nya sendri. Kedai-kedai di China Town ini memiliki aura klasik yang tersendiri. Ada sahaja hasil seni yang menarik perhatian dengan warna-warninya di setiap lorong di celah deretan kedai. Seni lukisan yang dihasilkan di China Town ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian berbeza seperti Lorong Warisan Dunia, Lorong Kenangan, dan Lorong Penyu. Di sini juga merupakan kawasan ideal untuk bergambar!
Water Front Kuala Terengganu
Terletak berhampiran Hotel Felda Residence, Waterfront Kuala Terengganu lokasi ideal untuk bersantai pada petang atau malam hari. Terdapat pelbagai pilihan kafe dan restoran untuk anda menjamu selera. Destinasi ini juga terletak berdekatan dengan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia memasarkan hasil-hasil tangkapan laut mereka. Bolehlah singgah kalau anda teringin nak beli atau makan hasil laut segar.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selain Pulau Langkawi, Pulau Pinang antara destinasi yang menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti.
Keindahan beberapa lokasi menarik serta menjadi syurga makanan menjadikan pulau mutiara ini sentiada dalam bucket list kaki travel.
Bagi yang pertama kali datang ke sini, boleh ikut itinerary dikongsi Helmi Baharum yang bercuti ke sana untuk trip 3 hari 2 malam.
Flight Airasia RM24 pergi Balik. Wassup Youth Hostel, Georgetown RM46 per malam private room.Hotel ni sgt recommanded selesa,ada pool berlatarkan Komtar, bilik selesa. Car rental Axia Socar RM40/10 hours selepas sharing dgn member (divide 2).1st time guna Socar, mungkin tak akan repeat kalau tak terlalu memerlukan, rasa tak murah sangat.
JUMAAT:19.11.21 – Pulang kerja-Parking & naik ERL Salk Tingi RM4.10 – Sampai airport ambil bas ke Georgetown dan just check in hotel & tidur, penat.
SABTU: 20.11.21 – Pickpup car rental Socar 7am (everything DIY je takyah jumpa owner) di Sunrise Tower. – Sarapan Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar – Bukit Jambul.(TQ friend belanja) – Lata/Air Terjun Teruna Dara, Sungai Rusa, Balik Pulau. My 1st time & last time hiking sini.Bahaya lah, huhu, banyak anjing, rotweiler pulak tu,kena ligan.Pergi terpasa melalui denai hutan yg berliku hampir sejam sbb elak anjing.My advice takyah lah kesini. – Street Wall Art, Balik Pulau. – Sawah Padi & Container Art Balik Pulau. – Pantai Pasir Panjang, hidden paradise di Penang. – Mak Ngah Gulai Warisan, sedap gila gulai ikan dia kalau dekat boleh repeat hari2.RM12 je kepala ikan nala punya.Pekat Likat. – Jam 5 PM pulangkan kereta.101KM total.caj 25sen per KM.
PAKEJ TOP KOMTAR – Sesi lewat petang, senja & malam: Pakej KLOOK RM34 (harga asal RM68): Pakej Rainbow – Skywalk level 68 & Observation Deck TOP Komtar level 63, Aquaria Komtar & Jurasic Park.Ni kalau beli asing-asing mahu kena tekan ratus-ratus juga lah.For me puas hati juga lah pakej ni, sunset pulak lawa juga masa pergi. – Malam-hanya makan di Prangin Mall dan berehat di hotel dan mandi pool layan view Komtar dari bawah sambil berendam, syahdu rasa.
AHAD: 21.11.21 – Sarapan di Hutton Lane Roti Bakar. Nasi Lemak, roti canai & roti bakar telur goyang cheese dan air jg semua sekali sedap. – Armenian St./Georgetown Art Street & Aiskrim lolipop rainbow RM5.Sedap. – Kek Lok Si Temple, Air Itam by bus.RM6 return by cable car (bukan Bukit Bendera je ada ok) & RM2 masuk kawasan Pagoda. – Masjid Negeri Pulau Pinang untuk ziarah & tunaikan solat jamak. – Pulang KLIA.Trip ditamatkan.
Ada sesetengah mercu tanda yang cukup dikenali hanya melalui bentuknya. Tak perlu tengok nama negara pun, orang sudah boleh agak lokasi itu berada di...