
Jika selamat ini hotel menjadi tempat persinggahan sementara bagi melepaskan lelah dan bermalam sebelum berjalan-jalan di kawasan sekitar.
Namun disebabkan pandemik, banyak hotel yang terkesan dengan situasi ini. Malah ada yang terpaksa menutup operasi.
Justeru pelbagai cara dilakukan menjana pendapatan dan salah satunya menyediakaan khidmat rawatan dan pusat kuarantin bagi pesakit Covid-19 terutama berisiko rendah.
Kumpulan hotel jenama tempatan, Royale Chulan Hotels & Resorts bekerjasama dengan Megaklinik Zahran bagi menawarkan khidmat rawatan dan pusat kuarantin untuk pesakit Covid-19 berisiko rendah di Kuala Lumpur.
Pengurus Besar Royale Chulan Kuala Lumpur, Badrul Rezal Baharudin berkata, kerjasama itu diwujudkan selepas melihat pesakit Covid-19 sukar mencari ruang sesuai di dalam rumah bagi mengasingkan diri daripada ahli keluarga yang lain.
Selain itu, katanya, ia bagi mengurangkan kegusaran pesakit bagi mengharungi detik-detik berdepan dengan virus Covid-19.
“Sejumlah 230 kamar lima bintang menawarkan ruang kepada pesakit bagi menjalankan kuarantin dengan lebih selesa. Lebih penting, terdapat pasukan perubatan terlatih untuk memantau tahap kesihatan mereka pada setiap masa.
“Pakej yang disediakan ini termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam serta pemeriksaan kesihatan harian sebanyak tiga kali sehari,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelas Badrul Rezal, pakej berharga RM250 satu malam itu turut menyediakan perkhidmatan wifi secara percuma kepada pelanggan, selain diskaun sebanyak 20 peratus akan diberi untuk makanan dan minuman yang dihidangkan di bilik pesakit.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh menghubungi Royale Chulan Kuala Lumpur di talian 03-26889688.
SUMBER: SINAR HARIAN
Artikel Berkaitan:
7 Lokasi Hotpost Tawarkan ‘Raja Buah’ Durian Pelbagai Jenis Di Selangor
Lofoten Island Norway, Syurga Dunia Patut Korang Terjah Bila Pintu Sempadan Dah Buka Nanti
6 Hotspot ‘Street Art’ Paling Menarik & Mesra Instagram Di Selangor Harus Anda Kunjungi
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Booking 2 Malam Tapi Semalam Je Menginap. Wanita Kongsi Pengalaman Seram Bercuti Di Sebuah Vila!

Isi Kandungan
ToggleRamai mengambil peluang bercuti bersama keluarga apabila aktiviti rentas negeri sudah dibolehkan.
Malah semua lokasi percutian penuh gara-gara ramai yang mengambil kesempatan membawa keluarga menghabiskan masa bersama.
Selalunya momen indah yang dicipta sementelah lama tidak menginap di mana-mana hotel atau resort yang menawarkan pe nginapan selesa.
Namun begitu, lain pula cerita perkongsian seorang wanita yang menginap di sebuah vila ketika bercuti baru-baru ini kerana berdepan situasi menyeramkan.
Menurutnya, pelbagai insiden seram berlaku ketika dia dan keluarga bercuti di sebuah rumah banglo.
Ayuh, ikuti perkongsiannya.
Mak Tak Boleh Tidur
Bangun pagi saya hendak menggosok baju, saya sahaja tanya emak boleh tidurkah malam tadi? Sejuk tak? Along tak tahan sejuk betul malam tadi, mengerekot badan.
Mak pun jawab mak tak tidur Along, kena kacau..
Haa! Kena kacau macam mana? Terus tak jadi gosok baju..
Vila ini terletak di sebuah lokasi pelancongan. Banglo yang kami tinggal terletak agak ke belakang kawasannya.
Ada empat bilik yang agak selesa. Ruang tamu dan dapur pun besar memang sesuailah kalau keluarga besar.
Satu malam lebih kurang RM700.00. Adik tempah sini sebab tak kerana ada private pool supaya puas anak-anak mandi.
Dulunya kawasan ini meriah. Mungkin selepas dua tahun Perintah Kawalan Pergerakan perniagaan mereka terkesan atau sebaliknya.
Sampai sahaja villa dalam anggaran pukul 5.00 petang. Yang tempah adik saya, jadi saya memang serah pada dia sahaja.
Apabila sampai sahaja di kawasan itu dalam hati saya berkata kawasan inilah yang tular Facebook viral ramai yang kena kacau dengan hantu..
Mulut pun menuturkan inilah Villa Nabila.
Bila masuk, adik saya sempat merakamkan video dan memberi salam. Dia juga berkata “Aku datang nak tumpang sahaja jangan kacau kami.”
Begitulah ayat adik saya. Bila masuk memang macam sudah rasa seramnya.
Anak-anak bila nampak kolam terujalah mereka. Namun apabila mendekati kolam dengan suasana pokok-pokok (landskap) pada bahagian tepi saya naik bulu roma.
Kolam Agak Kotor, Tak Sesuai Untuk Mandi
Kolamnya agak kotor dan dalam tidak sesuai untuk kanak-kanak. Kena guna pelampung. Disebabkan kami tidak bawa pelampung jadi hanya celup-celup kaki sahaja. Memang rasa tidak sedap hati, adik pun cakap tidak usah mandi.
Sebab pernah terbaca ada yang kena tarik kaki ke dalam air bila mandi kolam disini.
Seramlah, memang tak jadilah nak mandi petang. Petang itu kami hanya main-main depan rumah sahaja.
Selepas Maghrib kami nak keluar makan malam dan pergi ke bandar. Kawasan ini tiada apa-apa.
Jauhlah juga dalam 30 hingga 40 minit.
Redah sahaja, dapat juga naik beca dan kami pergi makan kawasan bandar. Kami di sana sehingga hampir pukul 12.00 tengah malam. Kemudian bergerak balik ke vila.
Sampai di vila kami duduk dulu, sembang-sembang minum-minum lagi anak-anak semua sudah tertidur.
Emak dan abah sudah masuk bilik dan membaca Al-Quran, berzikir dan surah Al-Mulk sebelum tidur.
Kami adik-beradik tengah lepak-lepak lagi. Tapi mulut cakap sudahlah jom tidur nanti Nabila datang teman. Jadi betul-betul dia datang teman.
Emak & Abah Kena Kacau Mula Pukul 2 Pagi
Emak dan abah yang kena kacau bermula pukul 2.00 pagi. ‘Dia’ ajak bergurau dengan menjatuhkan barang sebanyak tiga kali.
Pertama bunyi batu berderai jatuh dalam bilik tetapi tidak berapa kuat.
Emak sudah terlelap tetapi dia terdengar dan terperanjat. Emak rasa lain macam, apabila sudah terjaga susahlah hendak tidur semula.
Emak kata mungkin bunyi apa-apa jatuh dan tidak perasan.
Vila di sebelah kosong tiada penghuni. Emak cuba tutup mata semula walaupun sudah meremang bulu roma.
Kali kedua ada lagi objek jatuh. Kali ini abah pun bangun, dia tanya bunyi apa?
Emak cakap sudah dua kali kedengaran bunyi objek jatuh. Tidak lama selepas itu ada bunyi lebih kuat. Ema takut sangat, dia cakap kami dalam bilik masing-masing memang tidak sedar apa-apa.
Jadi selepas bunyi yang ketiga yang kuat abah bangun amik telefon dan suluh tengok apa benda yang jatuh sebab kuat sangat mesti nampak apa yang jatuh.
Namun tiada apa yang kelihatan. Abah sudah dapat mengagak ‘ada’ yang mengacau.
Jadi emak dan abah dia mula mebaca ayat-ayat Al-Quran walaupun dalam keadaan takut. Siapa yang pernah rasa diganggu tahulah bagaimana takutnya.
Bunyi gangguan makin hilang, ‘dia’ tidak jatuhkan objek lagi tetapi mula menarik tasbih dari kocek seluar abah dan tarik selimut emak!
‘Dia’ tarik tasbih Abah dalam kocek seluar.. kocek seluar tau!! ‘Dia’ seolah-olah tidak benarkan abah berzikir.
Jadi selepas keadaan agak bertenang dia masukkan tasbih pada kocek tangan pula. Dalam kocek dia tarik tasbih tu macam nak rentap.
Fuhh ‘dia’ mula kacau lagi. Abah dan emak masih tidak berhenti baca ayat-ayat Al-Quran. Mereka hendak keluar pun takut dan seolah tidak boleh keluar dari bilik itu.
Emak masih baring lagi kat katil sambil baca ayat-ayat Al-Quran berulang-ulang.
Kali ni ‘dia’ kacau emak pula. Dia main tarik selimut dan kain.. Emak kata dia cakap tak pernah dia berasa takut seperti itu.
Abah ‘Cakap’ Baik-Baik Dengan Makhluk Itu
Abah pun mula bercakap baik-baik dengan mahluk itu tapi aku lupa apa ayat dia..
Abah cakap bukalah pintu dia nak keluar.’Dia’ terkurung dalam bilik ini panas dia marah orang mengaji berzikir dalam bilik itu.
So selepas sahaja pintu itu dibuka, Alhamdulillah makhluk itu sudah tidak mengacau lagi. Ketika itu hampir pukul 4.00 pagi. Kasihan emak dan abah tidak dapat tidur.
Emak cakap jangan budak-budak kena kacau.
Dalam ramai-ramai adik beradik paling penakut akulah nasib baik dia bukan kacau aku sebab bilik aku sebelah bilik emak.
Apabila hampir waktu Subuh emak dan abah susah untuk tidur. Ditambah dengan rasa takut dan seram, jadi mereka terus solat.
Apabila sudah cerah, aku pun terbangun tetapi ketika itu emak belum cerita apa-apa. Aku bangun lihat emak mengaji Al-Quran di depan.
Aku pun membuka pintu depan untuk keluar ambil barang dalam kereta. Tengok jiran selang sebuah rumah sudah hendak bergerak balik walhal ketika itu masih awal lagi. Nampak macam tergesa-gesa. Mungkin keluarga dia juga diganggu.
Terpandang vila kosong yang petang semalam tengah pecah dinding, tapi bila malam macam tiada ada apa-apa yang berlaku, seolah-olah dinding tu tiada yang pecah!
Pada petang kami sampai suami dengan adik berjalan keliling kawasan rumah di situ sambil ambil angin petang dan ternampak tepi rumah sebelah tengah diubahsuai dan dinding bahagian tepi dipecahkan.
Selesa pusing-pusing sampai di vila dia pun cakap rumah sebelah kita kosong tengah renovasi.
Vila sebelah ni agak lagi nampak tak terjaga dari vila yang kami sewa..
Sebelah malamnya, seusai pusing-pusing di bandar, kami sampai ke rumah sudah lewat malam.
Ada yang sembang-sembang sambil minum, suami seorang diri hisap rokok di beranda. Biasanya dia akan lepak-lepak dulu sampai habis sebatang rokok.
Villa Kosong Sebelah Mencurigakan
Dia terpandang vila kosong yang petang tadi tengah pecah dinding. Bila malam seperti tiada apa-apa yang berlaku, dinding yang dilihat dipecahkan siang tadi tidak ada kesan dipecahkan!
Apa yang dia nampak petang itu tidak sama dengan apa yang dilihat waktu malam.
Tidak mungkin pukul 6.00 petang pecahkan dinding malamnya sudah sempurna.
Rokok pun tidak habis lagi dia sudah masuk ke dalam rumah, rasa tidak sedap hati.
Dia beritahu hendak tidur depan TV tapi bila sudah rasa ‘lain’ terus masuk bilik. Suami kata pagi esok dia hendak jengah rumah sebelah.
Tepat masa kami hendak masuk tidur, adik menerima pesanan WhatsApp daripada individu yang dipercayai ‘incharge’ vila ini.
Dia tanya ada apa-apa yang tak ok? Kalau rasa tidak selesa atau ada kerosakan nanti maklumkan kepadanya.
Disebabkan belum kena gangguan jadi kami membalas tiada apa-apa dan semuanya ok.
Keesokan paginya emak dan suami ketika itu sedang memasukkan barangan ke dalam kereta ternampak seorang pekerja masuk membersihkan rumah sebelah dengan membawa plastik hitam.
Ia seolah-olah vila di sebelah kami itu baru sahaja selepas check out.
Tetapi kehadiran pekerja pembersihan itu sekali lalu sahaja. Dia berjalan ke bahagian belakang, emak baru panggil dan dia hilang.
Emak dan suami tunggu untuk jumpa pekerja itu tetapi tetap dia sudah tiada.
Empat mata yang nampak pekerja pembersihan itu, jadi mustahil ia bayang-bayang pula. Kami hanya hendak bertanya ada orang sewakah vila di sebelah itu dan semalam renovasi apa yang dilakukan.
Tetapi pekerja pembersihan itu ghaib terus. Semakin hairanlah dengan malam tadi kami ‘diganggu.’
Bila semua sudah keluar untuk check out dan merakamkan foto, ramai tidak berpuas hati mengintai ke dalam vila sebelah menerusi cermin.
Banyak persoalan yang menjadi tanda tanya, wanita itu turut menarik nafas lega kerana bernasib baik menyewa villa itu sehari sahaja.
Vila itu kosong, tidak ada apa-apa langsung. Ia sudah ditinggalkan lama. Kesan pecah dinding pun tiada, maka tidak mungkinlah ada yang sewa.
Jadi pekerja pembersihan tadi buat apa? Dia datang dari mana? Mana yang kitaorang nampak petang tengah pecah dinding tu?
Banyak persoalan yang menjadi tanda tanya. Nasib baik kami sewa sehari sahaja.
Kalau dua hari tidak mungkin kami akan tidur lagi di situ. Biarlah rugi daripada diganggu. Mungkin hari kedua lebih ekstrem.
Demikian catatan menyeramkan wanita berkenaan tentang percutian keluarganya.
Dalam pada itu, dia turut berkongsi tip supaya memastikan jumlah rombongan digenapkan.
Biar Jumlah Genap Kalau Bercuti
“Apa yang saya dengar dari video pengalaman paranormal kalau kita pergi bercuti atau menginap di mana-mana, kalau boleh genapkan jumlah orang. Jangan bagi jumlah ganjil kerana apabila jumlah ganjil akan ada yang mengikut dan menumpang,” titipnya.
Dia juga memohon maaf andai ada pihak yang kurang selesa dengan perkongsiannya.
“Apa yang dikongsikan ini adalah pengalaman yang benar. Jaga mulut daripada menyebut yang tidak perlu,” katanya.
Sumber: Sya Empires & Sinar Plus
Artikel Berkaitan:
‘Indah Khabar Daripada Rupa’. Pengalaman Seram Sekeluarga Check In ‘Hotel Cantik’ Di Taiping
Pengalaman Seram Di Kellie’s Castle | Mojo Solo
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senai Airport Tawar Pakir Percuma Untuk Korang Datang ‘Lepak’ Makan Kat Sini

Istimewa buat pengunjung Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) Johor, kini anda boleh menikmati kemudahan parkir secara percuma mulai 12 tengah hari hingga 2 petang dan dari 6 petang hingga 8 malam sepanjang minggu, sehingga 31 Julai, 2020.
Menurut pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd (SATSSB), tawaran tersebut adalah sebahagian usaha untuk menarik pengunjung tempatan serta membantu perniagaan peruncit dan pengendali makanan dan minuman yang menghadapi tempoh kelembapan sejak beberapa bulan lepas. Menerusi usaha itu, pihaknya berharap dapat menggalakkan lebih banyak permintaan terhadap perniagaan runcit serta makanan dan minuman di LTAS sementara jumlah penumpang mulai meningkat.
Pengunjung layak mendapatkan kemudahan parkir secara percuma itu menerusi sebarang pembelian tanpa nilai minimum dari mana-mana peruncit atau kedai makanan dan minuman di LTAS. Pengunjung boleh mengesahkan tiket parkir dengan mengemukakan resit sebagai bukti pembelian di Kaunter Informasi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai .
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kini menempatkan 24 jenama runcit serta 16 kedai makanan dan minuman citarasa tempatan dan antarabangsa sekali gus memberikan pengalaman membeli-belah, makan dan minum yang selesa untuk para penumpang dan masyarakat setempat.
Setiap pengunjung yang datang ke sini wajib mendaftar bagi tujuan penjejakan kontak melalui imbasan kod QR, memakai penutup hidung dan mulut serta pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki lapangan terbang.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Seronok 5 Hari Layan Camping Di Sabah. Misi Family Ini Mencari Akinabalu View Tercapai!

Jarang dengar orang dari Semenanjung yang terbang ke Sabah atau Sarawak untuk melakukan aktiviti camping.
Maklumlah banyak peralatan teknikal perlu kita bawa jika mahu melakukan aktiviti camping di sana.
Namun bagi sahabat Backpacker Buddies Malaysia, Norul Aswan Norzain tidak ada masalah dan seronok dapat melakukan aktiviti camping di Sabah untuk 5 hari 4 malam.
Misinya untuk mencari Akinabalu tercapai dengan menyaksikan pemandangan cukup indah di sana.
5 Hari Camping Di Sabah, Misi Mencari Akinabalu Tercapai
Trip Family Camping #20, #21 & #22 misi mencari Akinabalu View di Sabah baru-baru ni.
Day 1 (2 Mar 2022)
– Kuala Lumpur – Kota Kinabalu – Kota Belud
– Touch down Airport KK pukul 12pm.
– Sewa kereta dah deal siap2, so keluar dari airport terus amik kereta sewa.
– Kitorang sewa Bezza 5h4m RM480. Minyak sepanjang dekat sini RM70
– Camping gear kitorang bawak tent kecik muat 4 beranak, meja & kerusi yang foldable, flysheet, groundsheet, lampu, stove, cooking tools yg minimum. So lepas amik kereta sewa, terus singgah 99 speedmart untuk beli air mineral, makanan kering sikit dan gas.
– KK ke campsite lebih kurang 2 jam
– Untuk lunch tapau siap-siap dari KK, untuk dinner masak nasi, bawa Daging Salai frozen dan goreng telur.
Campsite review:
– Nohutu Eco Tourism 013-8034382
– Entrance fee per night: RM32 utk 2 adults 2kids (murah sangat!)
– Masa kitorang datang, takde orang lain langsung. Maybe sebab weekdays tapi masa ni cuti sekolah. Sangat heaven takde orang langsung
– Campsite sangat bersih, toilet super bersih! CO pun peramah
– Dari petang sampai dan keesokkan harinya rezeki dapat tengok Akinabalu. Amazing view
– Sungai sangat bersih, sejukkk
– Jangan lupa stay utk stargazing. New experience untuk kitorang
Day 2 (3 Mar 2022)
-Kota Belud – Kundasang
– Breakfast masak cekodok cicah lebihan Salai malam tadi
– Lepas mandi sungai, check out around 11am
– Bertolak ke Kundasang. Kota Belud – Kundasang lebih kurang 1.5 jam
– Before check in campsite kitorang jalan-jalan di pekan Kundsang dulu, Jalan di Kundasang War Memorial Park dan lunch di Bw Bus Restaurant
– Basically dekat Sabah lunch dekat luar, breakfast & dinner dekat campsite
– Check in 2nd campsite
– Dinner maggi kari. Dekat sini sejukkk, makan maggi memang padu
Campsite review:
– Hounan Ridge Farm 013-8506463
– Entrance fee per night:
– RM30 per adult
– RM25 per kid
– Sini memang famous bukan sebab camping je tapi chalet dia pun ramai stay. Masa haritu ada dalam 4-5 tents, tak crowded. Yang ramai, yang stay dekat chalet dia
– Toilet banyak, ada water heater dan ada cafe jugak dekat sini. Dan ada water dispenser dekat sini jugak
– Dekat sini pun rezeki dapat Akinabalu view
Day 3 (4 Mar 2022)
Kundasang
– Breakfast maggi goreng
– Check out around 11am
– Continue jalan-jalan area pekan Kundasang lagi. Pergi Rabbit Garden, Alpaca Club, lunch dan beli sayur, buah untuk bekalan di campsite seterusnya nanti
– Check in 3rd campsite
– Dinner Nasi + sambal sardin + telur dadar + sup sayur. Dekat sini paling sejukkkk. Dapat makan sup panas memang best
– Campsite review:
– The Hill Kinabalu 019-3195997
– Entrance fee per night:
– RM20 per adult
– RM10 per kid
– Dekat sini mencabar sikit sebab campsite atas bukit. Dari parking ke tapak campsite jenuh jugak kena angkut barang. Tapi bila sampai atas, berbaloi sangat dengan view
– Campsite paling sejuk, maybe sebab atas bukit. So please prepare baju sejuk
– Masuk hari ketiga ni, hujan turun lebat dekat sini, lagilah bertambah sejuk
– So dekat sini dapat sekejap je dapat tengok view Akinabalu huhu, selebihnya dilitupi kabus dan awan. Kalau tengok yang pernah datang sini, sini view paling dekat dapat tengok Akinabalu. It’s ok, maksudnya kena repeat lagi datang sini
– Ada toilet, sinki, water heater
Day 4 (5 Mar 2022)
– Kundasang – KK
– Breakfast cekodok cicah sambal sardin
– Check out around 11am
– Sambung jalan ke Desa Dairy Farm, Pekan Nabalu
– Jangan lupa beli ticket online kalau pergi Dairy Farm beli siap-siap. https://farmbooking.desaplus.com/
– Disebabkan anak-anak follow trip Mummy & Daddy dia, so day 4 ni kitorang reward anak-anak tido hotel di KK sebelum pulang ke KL
– Dinner Todak Waterfront
Day 5 (6 Mar 2022)
– KK – KL
-Check out 12pm, jalan-jalan di Pasar Filipina dan pulang ke KL
– Ada yang tanya tak penat ke pindah2 campsite?
– Disebabkan camping gear yang bawak yang light, 30 minutes settle dah setup tent semua.
– Kalau bawak tent yang biasa camping memang penat la. Dengan berat, besar, memang tak larat
– Maka berakhirlah Family Camping trip kitorang di Sabah
– Sangat-sangat seronok dan best sangat experience camping dekat Sabah.
– Ada rezeki boleh repeat lagi explore campsite lain
Happy sharing
Artikel Lain:
Gopeng Glamping Park, Tempat Syok Bercuti Termasuk Berbasikal Ke Gua Tempurung
Rasa Macam Pergi Oversea, Windmill Upon Hill Genting Highlands Port Hotel Best Untuk Instagrammable
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI