Sambil kita bersiap sedia mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2017, Hotels.com mengumumkan sepuluh destinasi Tahun Baharu paling popular bagi pelancong Malaysia tahun ini.
Destinasi seperti Bangkok, Hong Kong dan Taipei, yang terkenal dengan sambutan Tahun Baharu yang meriah dan pertunjukan bunga api yang berwarna-warni, merupakan tiga destinasi hujung bulan Disember paling popular bagi pelancong Malaysia tahun ini, dengan angka kunjungan yang melonjak tinggi.
“Disember ialah musim percutian rakyat Malaysia, memandangkan sambutan Tahun Baharu adalah serentak dengan musim cuti sekolah. Berasaskan data kami, terdapat peningkatan besar dalam perjalanan luar negara oleh pelancong Malaysia tahun ini, menyebabkan pertambahan ketara dalam jumlah pencarian destinasi serantau seperti Hong Kong dan bandar raya Eropah seperti Paris dan London,” kata Pengarah Serantau China, India dan Asia Tenggara Hotels.com, Jessica Chuang.
Selamat Datang, 2018 – Destinasi hujung tahun paling popular bagi pelancong Malaysia
Penarafan 2017
Destinasi
Penarafan 2016
1
Bangkok
1
2
Hong Kong
4
3
Taipei
3
4
Singapura
2
5
London
Ads
6
6
Tokyo
8
7
Paris
18
8
Seoul
7
9
Bali
9
Ads
10
Osaka
14
Pertunjukan bunga api dan pengiraan detik tahun baharu Bangkok mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi Tahun Baharu paling popular bagi pelancong Malaysia tahun ini. Ibu kota Thailand ini masyhur dengan aktiviti hiburan dan kebudayaan ambang tahun baharu yang menarik di Silom dan pertunjukan bunga api yang mengagumkan di tebing Sungai Chao Phraya. Terletak hanya beberapa minit berjalan kaki dari pusat-pusat hiburan dan keriangan yang popular di Bangkok, Novotel Bangkok Platinum Pratunam menarik perhatian pengunjung yang celik teknologi, dengan kelengkapan berteknologi tinggi dan bilik yang canggih lagi selesa.
Hong Kong naik dua anak tangga untuk menjadi destinasi hujung tahun kedua paling popular bagi pelancong Malaysia tahun ini. Pesta pengiraan detik Tahun Baharu penuh glamor diwarnai pertunjukan bunga api berirama yang menerangi Pelabuhan Victoria, yang merupakan mercu tanda terkenal bandar raya. Hotel InterContinental Hong Kong, menjanjikan pemandangan pertunjukan bunga api yang menakjubkan kepada tetamunya dari tingkap dan balkoni hotel. Hotel serba mewah ini terletak di tepian air kawasan Pelabuhan sebelah Kowloon.
Keindahan musim salju London merupakan destinasi hujung tahun kelima paling popular bagi pelancong Malaysia tahun ini, manakala Paris melonjak 11 anak tangga untuk berada di tempat ke tujuh. Dengan pelbagai pasar percutian hujung tahun yang berwarna-warni, Disneyland Paris yang mempesonakan dan Champs-Élysées yang dihiasi dengan indah, Paris menjadi destinasi paling sesuai untuk menikmati pengalaman musim dingin bersama keluarga di Eropah. Sementara itu Le Meurice, yang dianggap sebagai antara hotel paling anggun di dunia, terletak berhampiran Marché de Noel Paris, karnival perayaan bermusim yang popular di ibu kota Perancis ini.
Pengalam Musim Sejuk: Destinasi Musim Dingin paling popular bagi pelancong Malaysia
Penarafan 2017
Destinasi
1
London
2
Ads
Tokyo
3
Paris
4
Seoul
5
Osaka
6
Sapporo
7
Amsterdam
8
Beijing
9
New York
10
Milan
Rakyat Malaysia juga melancong ke bandar-bandar utama di Jepun untuk mengalami keindahan salji. Tokyo dan Osaka menawarkan pengalaman percutian bandar dan budaya yang hebat, manakala Sapporo pula merupakan titik tumpuan peminat sukan musim sejuk untuk memulakan pengembaraan bermain ski atau papan salji. Terletak hanya 20 km dari kawasan pusat bandar, resort ski Sapporo Teine sudah lama menjadi destinasi percutian musim sejuk terkenal – malah kota ini juga menganjurkan Olimpik Musik Sejuk 1972. Pusat bandar Sapporo dilitupi salji tebal setiap tahun, dengan purata salji tahunan 6.3 meter. Pemenang Anugerah Paling Disukai Tetamu Hotels.com tahun ini, JR Tower Hotel Nikko Sapporo menawarkan penginapan terbaik untuk meneroka daya tarikan pusat bandar, yang digelar Pintu Masuk ke Hokkaido.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Memori berharga bersama Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang pernah diabadikan menerusi foto, kini berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi 'Pertandingan Gambar Bersama Sultan Johor'.
Perkara itu diumumkan menerusi Facebook rasmi Sultan Johor semalam, yang mempelawa rakyat Malaysia supaya menghantar gambar terbaik mereka bersama baginda.
Sepuluh penyertaan terbaik akan menerima hadiah menarik termasuk gambar mereka akan ditandatangani secara peribadi oleh Sultan Ibrahim.
Penyertaan hanya diterima melalui Facebook Messenger baginda sahaja dan gambar yang dihantar melalui komen atau lain-lain medium tidak akan diterima.
Selain itu, peserta harus menekan butang ‘like’ pada laman Facebook baginda atau mengikuti akaun Instagram baginda @officialsultanibrahim, menekan butang ‘like’ mengenai pengumuman pertandingan itu dan berkongsikan beritanya di akaun Facebook masing-masing dengan meletakkan hashtag #sultanjohorkita dan ‘tag’ tiga rakan mereka.
Penyertaan dibuka sehingga 21 Feb ini dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.-
Buat julung kalinya, pihak Tourism Selangor mengambil langkah proaktif bekerjasama dengan pihak Pejabat Tourism Malaysia Domestik melalui landasan atas talian sebagai usaha untuk meneruskan aktiviti promosi industri pelancongan Negeri Selangor dalam era norma baharu. Sesi Webinar “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” menerusi aplikasi ‘Zoom’ tersebut dijalankan dalam beberapa siri dan sesi sepanjang tahun 2021 ini.
Penganjuran Sesi ‘Webinar’ ini adalah untuk menggantikan program dan aktiviti promosi secara fizikal seperti pameran pelancongan, program jelajah dan lawatan produk pelancongan yang sebelum ini dijadualkan tetapi tidak dapat dilaksanakan akibat penularan wabak Covid-19 di negara ini khususnya Negeri Selangor, seiring kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!”.
Sesi webinar bagi siri pertama tersebut melibatkan seramai 15 orang peserta dalam kalangan pegawai pelancongan bahagian domestik Tourism Malaysia, Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Selatan dan penggiat agensi pelancongan daripada Negeri Johor dan Melaka. Manakala ‘e-delegasi’ pembentang daripada Negeri Selangor adalah terdiri daripada Jabatan Promosi Tourism Selangor dan 11 penggiat industri pelacongan Negeri Selangor yang diketuai oleh Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor.
Tuan Azrul Shah Mohamad dalam satu kenyataan berkata, “Sesi webinar pada hari ini, akan memberikan maklumat dan informasi berkenaan keadaan semasa produk-produk pelancongan serta industri pelancongan di Negeri Selangor kepada agensi – agensi pelancongan domestik khususnya di Negeri Johor dan Melaka, disamping memaklumkan bahawa industri pelancongan Negeri Selangor sentiasa bersedia menerima kedatangan pelancong domestik ke Negeri ini,”.
“Bagi menyahut seruan pihak MOTAC dan Tourism Malaysia untuk kita merancakkan sektor pelancongan domestik, pihak Tourism Selangor akan terus mempergiatkan pelaksanaan Kempen ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’ sepanjang tahun 2021 dan seterusnya. Pelbagai siri program promosi telah dirancang sepanjang tahun ini dengan penekanan promosi pada kaedah pemasaran digital dan atas talian seperti kempen media sosial, influencer marketing, penghasila video Virtual Reality (VR), aerial view dan sebagainya,” jelasnya.
Sesi webinar tersebut dijalankan dalam format perbentangan dan taklimat produk pelancongan, sesi ‘Business to Business (B2B) dan juga beberapa aktiviti sampingan yang menarik seperti tanyangan video promosi pelancongan dan cabutan bertuah. Penganjuran kempen promosi pelancongan “Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu” yang menjadi tema webinar tersebut dilihat amat penting bagi membantu merancakkan semula industri pelancongan di Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan pelbagai inisiatif promosi yang berlandaskan pelancongan domestik. Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” merupakan satu misi yang memerlukan penglibatan pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri, Badan-badan bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta dan juga penggiat industri pelancongan bagi memastikan kejayaan Kempen tersebut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jahanam la tempat tu. Tak sampai berapa lama pun lagi, dah habis tempat tu dikerjakan oleh orang-orang yang tak ada sivik dalam menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.
Kuasa viral. Ya, memang tempat tu viral dan page ini juga antara page yang bertanggungjawab memviralkan tempat tu di media social.
Tapi tujuan kami memviralkan tempat-tempat sedemikian adalah untuk berkongsi kepada semua tentang keindahan, kecantikan yang ada di negara kita dan apabila dikongsikan kepada semua, dah tentu kami mengharapkan agar tempat tu turut dijaga dengan baik bersama-sama.
Keindahan dan kecantikannya dipelihara, kebersihan dijaga bersama-sama. Bukan dihancurkan sebegini. Kalau berterusan begini perangai rakyat Malaysia, sampai bila?
Ya, mungkin ada yang akan kata tempat tu bermusim. Hari ni barai, esok dia akan jadi elok balik. Dah alang-alang ada peluang sekali ni, gasak la nak tangkap gambar macam mana pun.
Bukan itu persoalannya tuan-tuan dan puan-puan. Kalau itulah mentaliti kita, sampai kiamat pun tak kan ada tempat yang cantik, wujud dalam negara kita. Selagi mana kita tahu nak syok diri sendiri je dengan keindahan dan kecantikkan alam yang ada, tapi tak ada kesedaran nak menjaga sehabis baik. Habis orang lain nak tengok gambar cantik korang saja ke?
p/s: sampai motor pun duduk atas tu apa cerita?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...