Perkara terbaik untuk mendapatkan percutian impian adalah dengan mengetahui jenis pengalaman yang anda dambakan. Sebelum anda mula menempah tiket, berbincanglah bersama teman atau beberapa ejen pelancongan untuk mengetahui destinasi-destinasi yang sesuai dengan bajet anda. Jika anda sudah mempunyai lokasi, ikuti tip ini untuk membantu anda bercuti dengan bajet yang ada.
1. Melancong ketika luar daripada musim
Anda boleh periksa tarikh-tarikh yang dijangka luar dari musim di pusat ejen pelancongan. Selalunya, tarikh-tarikh yang tidak ramai orang bercuti adalah paling murah.
2. Berkongsi
Apabila anda melancong bersama teman, pastikan anda tidak kisah untuk berkongsi bilik. Menempah satu bilik semestinya lebih murah berbanding menempah dua bilik berasingan. Di tempat penginapan nanti, anda boleh meminta ekstra bantal atau tilam.
3. Tempahan awal
Mulai sekarang, anda sudah boleh menempah tiket lebih awal untuk percutian pada masa akan datang. Anda boleh mendapatkan harga tiket penerbangan yang murah jika anda menempah hari ini untuk bertarikh melancong pada tahun hadapan! Tetapi ada juga penerbangan yang menawarkan tiket murah ketika promosi dan seeloknya anda sentiasa periksa agenda promosi mereka setiap masa.
Untuk menempah penginapan yang bersih dan berpatutan, muat turun app OYO Rooms di sini.
Ads
4. Fleksibel
Jika anda mahu lebih murah, anda boleh menaiki kenderaan awam seperti bas atau keretapi untuk melancong asalkan anda mampu bertahan berjam-jam di atas jalan. Anda bukan saja banyak berjimat tetapi boleh melihat keindahan di setiap perhentian.
5. Tempahan berpakej
Percutian akan menjadi lebih murah apabila apabila anda menempah percutian berpakej. Misalnya, tempahan tiket penerbangan merangkumi penginapan, kenderaan dan makanan. Malah, anda tidak perlu risau untuk keluar wang kerana semuanya sudah dibayar awal ketika anda menempah tiket.
Ads
6. Penginapan berdapur
Selalunya, wang percutian lebih banyak dihabiskan untuk sesi makan-makan. Bukan semua destinasi mempunyai harga makanan yang murah lebih-lebih lagi jika mereka tahu anda seorang pelancong. Sebaiknya, tempah hotel atau apa saja penginapan yang ada menyediakan dapur. Memasak boleh menjimatkan wang makan anda.
7. Perbincangan dengan ejen pelancongan
Anda perlu rajin melayari Internet dan menghubungi ejen kerana mereka sentiasa membantu anda untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk pelancongnya.
Ads
8. Pilih pertukaran wang asing termurah
Jika anda melancong ke luar negara, elak menukar mata wang anda dalam saat terakhir. Tanya pendapat rakan di mana lokasi ejen tukar mata wang asing yang boleh memberi pertukaran yang baik dan menguntungkan sebelum anda berlepas.
9. Kereta jimat minyak
Bagi anda yang memilih untuk memandu kereta sendiri, pastikan anda menggunakan kenderaan yang jimat minyak. Kenderaan jenis kompak dan hibrid adalah pilihan terbaik saat melancong. Tip untuk lebih penjimatan adalah dengan mengurangkan kelajuan, mengurangkan tahap penghawa dingin dan tidak membawa banyak muatan.
10. Satu beg memadai
Elak membawa banyak barangan di mana kesudahannya anda tidak memerlukannya ketika melancong. Barang-barang untuk membersihkan diri biasanya ada disediakan oleh hotel. Elak membawa seluar atau baju yang tebal tetapi sebaiknya pakai siap jika anda melancong ke negara sejuk. Jika tidak, bawa baju nipis sudah mencukupi.
Melancong versi bajet murah ini sangat membantu dan mungkin boleh dikongsi bersama teman. Ayuh, buktikan pada teman bahawa anda tetap boleh melancong dengan wang poket anda!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kehilangan pasport dan dokumen perjalanan pastinya merupakan suatu mimpi ngeri apabila berada di negara orang. Ketahui apa yang perlu anda lakukan sekiranya perkara tidak diingini ini berlaku kepada anda.
Langkah 1: Laporkan kehilangan
Pastikan anda membuat laporan polis terlebih dahulu. Laporan tersebut haruslah tidak bercanggah dan benar. Jika ada perkara yang anda tidak pasti, nyatakan sahaja tanpa tokok tambah.
Langkah 2: Dapatkan nasihat
Dapatkan khidmat nasihat Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di luar negara untuk membantu anda pulang ke Malaysia dengan selamat.
*Langkah tambahan
Sekiranya kehilangan pasport adalah disebabkan keciciran atau salah letak (bukan sebab kecurian, ragut, bencana alam dan lain-lain), ambil sedikit inisiatif untuk mencari pasport anda terlebih dahulu. Jejak kembali perjalanan anda sekiranya anda berada di luar negara.
Sebaiknya, lakukan langkah-langkah pencegahan dan menjaga sebaik mungkin pasport walau di mana jua anda berada. Sentiasa pastikan pasport anda berada di dalam penjagaan yang selamat dan disimpan sebaik mungkin ketika berada di hotel atau ketika melakukan aktiviti liburan.
Tip mudah jaga pasport!
a) Ambil salinan fotokopi pasport anda menggunakan telefon pintar.
b) Asingkan ruang penyimpanan pasport dengan barangan berharga yang lain seperti wang dan kad kredit serta dapatkan insuran perjalanan.
c) Penggunaan ‘pouch’, ‘money belt’ dan ‘travel underwear with pockets’ juga amat digalakkan untuk memastikan pasport anda selamat bersama anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Setiap kali kita check in ke hotel, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah nak baring sepuas-puasnya di atas katil. Tanggapan kita mestilah bilik hotel berkenaan bersih, tersusun dan cantik kan?
Tapi jangan tak tahu, ada sesetengah hotel yang tidak mengamalkan S.O.P yang betul tentang pengemasa bilik mereka. Perkongsian daripada Maya Ariffin di Facebook mendedahkan ada segelintir housekeeper yang culas berkenaan kebersihan di bilik hotel.
Maya yang sebelum ini pernah berkerja di dalam industri perhotelan menasihatkan supaya semua alas tilam yang disediakan diletakkan ke bawah lantai sebelum checkout daripada mana-mana hotel.
Semua alas yang dimaksudkan adalah cadar tilam, sarung bantal, selimut atau sarung selimut dikumpulkan di atas lantai bilik air. Biarkan dalam keadaan basah adalah lebih baik bagi mengurangkan risiko kain yang kering itu digunakan untuk mengelap cawan minuman.
Maya menjelaskan mengapa tindakan sedemikian wajar diambil adalah kerana S.O.P apabila seseorang tetamu hotel telah checkout, kesemua alas yang digunakan harus ditukar tetapi ada segelintir housekeeper membiarkan sahaja alas yang kelihatan bersih tanpa ditukar baru.
Memang kelihatan bersih tetapi sebenarnya alas tersebut itu adalah alas yang telah digunakan oleh tetamu sebelumnya.
Meskipun tidak menuduh mana-mana syarikat atau individu, tetapi Maya menasihatkan adalah lebih baik sekiranya langkah-langkah penjagaan dilakukan bermula daripada kita, ‘Konsep dia simple je, kau buat untuk orang lain, satu hari orang lain pula return the favor tanpa kita sedar’, ujar Maya dalam posting Facebook beliau.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Di Malaysia terdapat gunung-gunung tinggi yang popular dan menjadi buruan para pendaki dari seluruh dunia. Kepada kaki mendaki di Malaysia, Gunung Kinabalu merupakan idaman setiap pendaki untuk tawan. Sebelum nak tawan gunung-gunung tertinggi lain di dunia jika tak pernah tawan Gunung Kinabalu semacam kurang perasa dalam rekod mendaki anda bukan?
66f30ce4768217f544ab8a212cdd7d12.
Buat anda yang belum pernah mendaki di Gunung Kinabalu atau masih dalam perancangan untuk ke sini, ini ada tip berguna khas untuk anda dikongsikan seorang lelaki dikenali sebagai ‘Judah Iskariah’ di laman sosialnya.
62226937_10211308866437600_8950719322402062336_n.
Baca perkongsiannya:
Tips naik Gunung Kinabalu. Untuk mereka yang plan mau naik dan juga untuk peringatan diri sendiri yg naik bulan depan utk kali ke-2. Sorry post ne panjanggggg…
1) Jgn bawa banyak barang. Utk pakaian, cukuplah sekadar bawa satu wind breaker, satu dry fit shirt, satu tracksuit, satu beanie, satu headlight, sepasang stoking tebal & glove tebal. Semua ni untuk kegunaan mendaki puncak dari Laban Rata.
3) Makanan pula bawa yg ringan2 tapi manis seperti chocolate cadbury & snickers. Utk air, bawalah 100plus 1.5ml (sa sarankan yg 100 PLUS ACTIV yg x carbonated tu utk hindarkan bloating stomach) & air kosong 1.5ml (sa sarankan MINERAL bukan RO). Air kosong tu sa campur ORS awal2 di Timpohon. Berapa bnyk mo bawa? Ikut nafsu sendiri. Tuari sa bawa satu 100plus sma satu mineral water ja. Di Laban Rata buli refill air masak. Ada cerek elektrik disediakan di asrama. Tp kena tunggu giliran.
4) Jgn lupa ubat-ubatan. Tab. Stemetil bagi mengurangkan loya disebabkan altitude sickness, Tab. Paracetamol untuk melegakan sakit otot. Bancuhan ORS sgt penting bg mengembalikan elektrolit badan.
5) Bagitau kumpulan masing2 utk berkumpul awal di Kinabalu Park. Sbb banyak barang mau settle. Pendaftaran, taklimat ringkas dll. Supaya kamu tidak kehilangan banyak masa. Perjalanan dari kaunter Kinabalu Park ke Timpohon mengambil masa dalam 30 minit guna van yg disediakan. Mulakan pendakian seawal yg mungkin supaya member2 yg jenis lambat tidak tergopoh gapah & terkejar2 masa.
6) Pakaian semasa mendaki dari Timpohon saya syorkan seluar pendek & baju dry fit sahaja kerana suhu tidak berapa sejuk dan kamu mudah bergerak serta tidak berat. Kasut apa2 pun bole asal tapak kuat cengkam serta selesa dipakai. Saya sarankan kamurang sewa tongkat untuk kemudahan dan menjadi “kaki ketiga”.
7) Semasa mendaki dari Timpohon, salah satu petua dari guide adalah “Kecilkan langkah. Kalau naik tangga tu kasi palan2. Pijak batu2 kecil di antara jarak satu tangga sebab jurang antara tangga ada yang besar. Jadi cari batu kecil di pertengahan untk memudahkan dan mengecilkan langkah.” Bagi laluan dengan malim gunung, kasian durang angkat barang berat2.
8 ) Setiap satu kilometer ada perhentian (“hut”). Pastikan berkumpul dalam kumpulan masing2. Makanlah snacks yg dibawa dan minum sedikit2. Jangan minum berabis, nanti kamurang cpt cramp. Kasi basah tekak saja. Bagi yang besigup (merokok), kalau boleh tahan, jangan setiap perhentian ko pi besigup ar. Sa cuma besigup di Layang-layang Hut ja. Kc spare baitu paru2 utk oksigen. Jangan mulut celupar! Ada satu perhentian sangat “keras”. Nda tau kilometer ke berapa. Macam di Paka Shelter yg ada tangki hitam siring jalan.
9) Bermula dari layang-layang hut, iklim sudah mula berubah. Ada yg akan merasa pening & loya disebabkan altitude sickness. Petua sa, “TARIK NAFAS PERLAHAN TAPI DALAM”. Masa ni la kamurang perlu control pernafasan kamurang betul2. Muka bumi yg mulai mencuram, kelicinan disebabkan embun & perubahan suhu akan merumitkan lagi pendakian apalagi kalau berhujan. Masa ni bibir serta hujung jari akan pucat dan membiru.
10) Sampai saja di Laban Rata, tolong laporkan diri di kaunter (entah apa nama dia, sa lupa). Jadi kamurang akan ditempatkan bersama ahli kumpulan sendiri mengikut warna tag nama.
11) Perjalanan dari Timpohon mengambil masa dalam 6-8 jam. Bagi yg lugai2 macam sa, ambil masa 8 jam jd sampai di Laban Rata dalam pukul 4-5pm. Sampai di bilik, kemaskan tempat tidur. Pastikan barangan berharga selamat dan disimpan rapi. Jujur sa cakap, di Laban Rata kamurang TIDAK akan terasa mau MANDI sebab air dia macam AIS! Jadi apa saya buat, sa terus tukar baju yang sa bawa td (yang tips no. 1) dan pakai baju tu sampai kamu naik puncak esok pagi. Jangan risau, peluh kamurang akan mengering kena kesejukkan di Laban Rata. Tapi kalau kamurang bekeras jg mau mandi sebab x selesa, ba pigila tapi mau tau la kesejukkan dia sampai ke tulang!
12) Lepas kemas barang, get ready for some MAJESTIC VIEW! Oh ya, jangan lupa masa dinner di restoran. Dinner akan bermula dari jam 6-8pm.
13) Masa makan, ambilah jumlah yang berpatutan. Sa tau kamurang nda mau rugi bayar pakej mahal. Tapi kena beringat oi gaman, Laban Rata masi, belum lagi naik puncak. JANGAN OVERSTUFFED! Sa syorkan signature dish durang, Black Pepper Beef/Lamb. SEDAP & boleh memanaskan badan kamurang yang tengah sejuk. Tp ingat jgn jg berabis makan makanan pedas. Takut nnt perut memulas & boleh menganggu fokus kamurang mendaki. Lepas makan, kamurang WAJIB melihat permandangan indah di koridor restoran! CANTIK!!
14) Selesai dinner, balik pegi bilik masing2, tidur dan berehat secukupnya. Tapi jujur saya cakap, kamurang tidak akan dapat tidur sebab sejuk dan kepenatan. Jadi pandai2 la pujuk mata untuk tidur. Paling penting sediakan peralatan utk mendaki puncak esok! Sa cuma bawa air kosong 1.5ml+ORS saja supaya beg tidak berat.
15) Pendakian puncak akan bermula 2am. Tapi sebelum mendaki kamurang akan makan satu kali lagi iaitu “supper” jam 12am atau 1am klw x silap. Itu laitu sa suruh kamurang tidur dan berehat sejurus selepas habis dinner supaya kamurang tidak ketinggalan “supper” sebab terlalu syok tidur. Bukan saja rugi sbb suda bayar pakej tp jg kamurang perlukan makanan untuk membekalkan tenaga utk naik ke puncak. Untuk “supper” kamurang pilih lah makanan yang berkarbohidrat kompleks. Sa tau, suhu sejuk membuatkan kita cepat lapar. Tapi kena ambil berpatutan supaya kamurang x overstuffed. Lepas makan, sapa yg mau birak atau kencing, pegila buat urusan kamurang dulu.
16) Pintu masuk akan dibuka tepat 2am & pendakian dimulakan. Macam sa pesan tadi, kawal pernafasan. “NAFAS PERLAHAN TAPI DALAM.” Di sini kamurang WAJIB menggunakan headlight. Suhu sangat ekstrim SEJUK! Perlahan2 naik supaya kamurang tidak tergelincir.
17) Di kawasan yang sudah mula bertali, pastikan kamurang berpegang teguh dan kuat pada tali. Walaupun tangan dan kaki terasa kebas kerana suhu sejuk, jangan sesekali terlepas pegang! Suasana yang gelap, licin & sejuk akan membuatkan kamurang sukar mendaki. Teguhkan azam dan semangat! Guide kamurang akan cakap “tidak jauh lagi, kurang satu jam lagi” padahal itu semua tipu belaka. HAHAHA! Jangan hilang lokasi atau tinggal jauh dari kumpulan.
18) Pastikan kamurang jangan kerap berhenti & berhenti dengan lama di sepanjang pendakian ke puncak. Kena ingat, kamurang wajib melapor diri di Sayat-sayat Hut sebelum 5am! Kalau kamurang lambat, kamurang tidak dibenarkan masuk sbb kamu suda ketinggalan jauh. Jd untuk yg sempat sampai di Sayat-sayat Hut saja, kamurang hanya dapat sijil Hitam Putih. Bagi yg berjaya limpas Sayat-sayat Hut sebelum 5am, TAHNIAH! Kamu suda melepasi halangan terakhir ke puncak dan sijil kamurang berwarna! Teruskan usaha! Matahari akan terbit pd 6am. Jadi cepat2 la kamurang bergegas mendaki kalw mau tgk sunrise. Bg sa yg jenis lambat, sa nda kisah tu sunrise, yang penting sa berjaya sampai puncak . Tp, lebih awal kamurang sampai, lebih lama masa kamurang mau menikmati permandangan puncak Kinabalu, tp lebih lama juga la kamurang bersejuk di atas. Hahaha! Masa yang diberikan kepada pendaki untuk menikmati permandangan puncak Kinabalu sambil berselfie, bergroupfie, berwefie adalah 1-2 jam saja. Semua akan diarahkan untuk mulakan penurunan pada jam 7-8am. Ini kerana takut di puncak pusaran angin kuat yang akan merumitkan penurunan & supaya kamurang tidak lambat sampai Laban Rata seterusnya ke Timpohon. Jadi jangan leka bermain handphone dan peka arahan guide! *AMARAN KERAS* JANGAN BUAT BENDA PELIK2 DI GUNUNG KINABALU! Kamurang kini berada di tempat paling suci bagi masyarakat KDMR!
19) Kalau mendaki terasa mencabar, menurun lebih berlipat kali ganda cabarannya. Kawasan bertali yang kamurang daki dalam gelap tadi rupanya curam dan GAUNG yang DALAM! Masa tu la kamurang tahu kenapa perlu naik awal pagi. Selain mau kejar sunrise di puncak, ia juga bagi menghilangkan ketakutan pendaki. Jadi dalam gelap kamurang tidak nampak apa2. Bila turun barulah bergegar lutut ketakutan! Apa pun, turun perlahan2 dan ikut giliran. Oh ya! Jangan lupa ambil gambar di South Peak atau puncak duit seringgit!
20) Sampai di Laban Rata, balik bilik masing2, kemaskan apa semua barangan kamurang. Lepas kemas, kamurang akan dihidangkan dengan sajian terakhir di restoran iaitu sarapan pagi. Sekarang kamu makan la puas2 sebab teda mendaki dan banyak yang menurun suda.
21) Lepas sarapan, bersiap untuk mulakan penurunan. Turun perlahan2 dan mengikut giliran sampai la ke Timpohon. Tem turun ko buli guna balik baju dan seluar yang kamurang guna masa mendaki dari Timpohon semalam atau guna ja pakaian yg kamurang suda guna utk turun dari puncak.
62226937_10211308866437600_8950719322402062336_n.
62338609_10211308867077616_5857100227869147136_n.
SELAMAT MAJU JAYA!
Jujur saya cakap, dari segi bentuk muka bumi, Kinabalu tidaklah sesusah mana. Sa buli balik direct driving ke Lawas lepas turun dari puncak dan keesokkan harinya turun kerja macam biasa tanpa sick leave. Bagi yang pernah atau selalu naik Gunung Santubong, well Kinabalu is just a playground for you. Sa suda 4 kali naik Santubong, so I didn’t expect the worse. Cuma iklim ekstrim saja menjadi cabaran yg paling hebat!
Untuk naik Kinabalu, saya syorkan kamurang banyakkan latihan pernafasan semasa kamurang berlatih hiking. Kalw kamurang pandai kawal pernafasan, sijil berwarna sudah pasti dalam genggaman!
Suhu di Laban Rata dalam lingkungan 3 ke 4 darjah celcius waktu petang. Kalau malam dalam 1 ke 2 darjah celcius. Di puncak pula, mungkin dalam -3 ke -1 darjah celcius waktu subuh masa mendaki.
Dulu masa sa naik Bulan Februari 2018, ada untung dan rugi nya. Untungnya kami naik sebelum gempa bumi berskala kecil melanda daerah Ranau beberapa minggu selepas pendakian kami. Tapi yang ruginya selepas beberapa minggu gempa bumi tersebut, ada group pendaki yang seterusnya bilang ada durang terjumpa ketulan ais di atas puncak. Apa pun itu adalah rezeki masing2. Paling penting doa serta azam supaya dipermudahkan pendakian.
Sorry kalau posting ni terlampau panjang. Semua tips tersebut adalah berdasarkan pengalaman saya. Lain orang, lain pula caranya. Bagi saya, saya seorang average, tidak fit dan tidak juga tidak fit. Yang sedang2 saja. Kalau setakat Bukit Perahu tu saya boleh naik dalam 45 minit ja. Kalau Bukit Botak dalam 1 jam.
Satu sa mo cakap, KINABALU SANGAT LAWA!!!! Dari kicil sa selalu tengok di buku teks sekolah. Bila akhirnya sa berjaya menawan puncak, sa menangis! Betul2 sa menangis arr! Malu2 sa kasi lap air mata depan pendaki2. Sampai guide sa tegur “ko okay kaini?”. Dream do really come true! There’s a will, there’s a way!
Kalau anda sudah penat dengan kesibukkan bandar, apa kata kita jalan-jalan dulu, lari sekejap dari kesibukkan bandar dan memberi hati dan minda sedikit ruang...