12 Hari Kembara ‘Family Camping’ Di 10 Lokasi Berbeza Di Malaysia & Selatan Thailand

Share

Aktiviti dan percutian luar seperti berkhemah semakin mendapat perhatian ramai terutama rakyat Malaysia.

Aktiviti sebegini sebenarnya bukan saja dapat mempromosikan lokasi perkhemahan tempatan kepada orang ramai, juga memberi pendedahan percutiaan alam kepada keluarga tersayang.

Perkongsian daripada saudara Farouk Efandi Muhamad Darus ini sangat berlainan daripada trip ‘family camping’ yang lain. Dalam tempoh 12 hari, seorang bapa ini berjaya membawa keluarganya keluar berkhemah ke 10 destinasi berbeza di Malaysia dan Thailand. Cayalah! Nampak seronok sangat.

Saya kongsikan kembara kami sekeluarga yg sebelum nie anak-anak belum pernah merasai suasana bercamping yg sebenar. Bermula dr sy pinjam khemah member dan buka di laman rumah, anak-anak mula rasa teruja bila sy bertanya nak camping betul-betul ka dlm hutan, mereka dgn pantas menjawab nak-nak.

Akhirnya, dengan sedikit pengetahuan dan pengalaman yang saya ada sebelum ini, saya mula menyelongkar peralatan/perkakas yg saya ada simpan dan kembali pergi ke kedai-kedai outdoor serta rajin membaca info, maklumat, tempat yang sesuai dalam group. Tanggal 21/12/2019 Sabtu bermulalah kembara kami sekeluarga selama 12 hari seluruh Malaysia dan sebahagian Selatan Thailand. Selain bercamping, kembara kami merangkumi sesi berjalan ke tempat menarik, bersejarah, bangunan unik, kawasan pelancong, memasuki gua, ziarah masjid dan apa saja aktiviti yang dirasakan perlu dicuba jika ia berada dilaluan kami.

Terima kasih banyak-banyak pada ahli group Family Camping Malaysia kerana sentiasa memberi maklumat/info yg berguna untuk ahli-ahli. Saya amat hargai kerana ia memang memberi banyak menafaat sepanjang penggembaraan kami.

Day 1 : 21/12/2019 Sabtu
Semenyih – Komenwel ecopark Rawang
SELANGOR

Day 2 : 22/12/2019 Ahad
Rawang – Risda Ecopark Ulu Slim
PERAK

Day 3 : 23/12/2019 Isnin
Ulu Slim – The Hill Rexaling campsite
Balik Pulau PULAU PINANG

Day 4 : 24/12/2019 Selasa
Balik Pulau – Jeram Sg. Sedim
KEDAH

Day 5 : 25/12/2019 Rabu
Sg. Sedim -Wang Kelian
PERLIS (Cros Border)
Wang Kelian – Pantai Ban Han Say yo
Satun THAILAND

Day 6 : 26/12/2019 Khamis
Satun – Pak Bara
THAILAND
(Menginap di Bara Resort : Recharge equipments dan mendobi)

Day 7 : 27/12/2019 Jumaat
Pak Bara – I-yerweng Yala/Betong
THAILAND

Day 8 : 28/12/2019 Sabtu
Betong – Pengkalan Hulu PERAK
(Cros Border) MALAYSIA
Pengkalan Hulu – RnR Banjaran Titiwangsa
PERAK/KELANTAN

Day 9 : 29/12/2019 Ahad
KELANTAN, TERENGGANU dan Payung Campsite Cherating PAHANG

Day 10 : 30/12/2019 Isnin
Cherating – Pantai Air Papan
JOHOR

Day 11 : 31/12/2019 Selasa
Pantai Air Papan – Pantai Puteri
MELAKA

Day 12 : 1/1/2020 Rabu
Pantai Puteri – Seremban
NEGERI SEMBILAN

**10 hari kami bermalam di khemah sendiri, 1 hari di hotel.

Bajet:

21/12 Sabtu

  • bergerak ke rawang
  • minyak keta dah isi RM60.00

22/12 Ahad

  • sarapan pagi kedai mamak rawang RM45.00
  • dobi RM10.00
  • beli bahan mentah RM45.00
  • sewa tapah RM40.00 Risda EcoPark Ulu Slim

23/12 Isnin

  • isi minyak RM90.00 Rtc Gopeng
  • beli makan shell station RM30.00
  • Beli Nasi Kandar Deen Maju Bungkus RM40.00
  • sewa tapah RM60.00 balik pulau Rexaling camp site

24/12 Selesa

  • makan Tgh hari LINE CLEAR RM38.00
  • Tiket The Top Tree Walk RM32.00
  • sewa tapak Sg. Sedim Jeram rm40.00
  • beli makan ringan rm15.00

25/12 Rabu

  • sarapan pagi RnR Gurun RM30.00
  • insuran RM38.00 valid 7days
  • sim kad RM29.00
  • isi minyak changloon RM85.00

GUNA BATH Thailand

  • sim kad 280bath
  • bayar charge keta masuk Thai 50bath
  • makan tgh hari di satun 1170bath
  • minum petang bungkus kat sara seafood 100bath
  • sewa tapak 300bath
  • makan malam sara seafood 738bath

26/12 Khamis Thailand

  • hotel bara resort 700bath
  • dobi 100bath
  • lunch kat Nava Restoran 250bath
  • Tiket Air Terjun 400bath
  • makan malam 800bath

27/12 Jumaat Thailand

  • makan tgh hari di depan masjid pattani 250bath
  • makan ptt amazon cafe 245bath
  • isi minyak ptt yala 300bath
  • tapak khemah i-yerweng 200bath

28/12 Sabtu Thailand

  • Piyamet tunnel 150bath

GUNA RINGGIT MALAYSIA

  • makan kat border Pengkalan Hulu rm33.00
  • isi minyak Di Gerik RM99.00
  • beli keperluan bahan n beras RM21.00
  • RnR banjaran beli air n burger Rm16.00
  • toilet sepanjang dok total : RM10.00

29/12 Ahad

  • makan pagi RM25.00
  • makan sotong/mee goreng di penarik RM68.00
  • ISI MINYAK RnR paka LPT2 RM84.00
  • Top up Touch n Go RM50.00
  • beli makan ringan shell RM18.00
  • bayor duit campsite payung RM70.00

30/12/2019 Isnin

  • beli makan ringan n McD RM70.00
  • sewa basikal 2 unit RM20.00
  • sewa tapak khemah RM28.00

31/12/2019 Selasa

  • sarap pagi kat gerai mersing RM15.00
  • beli makanan ringan kat petron RM12.00
  • makan tgh hari kluang cafe RM28.00
  • beli makanan ringan kat petronas RM10.00
  • muzium kapal selam rm18.00
  • kuda rm25.00
  • minyak rm105
  • Makan McD RM50.00

1/1/2020 Rabu

  • makan tgh hari di selero Nogori RM33.00
  • dobi di kawasan rumah RM28.00

Jika anda tiada barangan outdoor, perbelanjaan peralatan anda akan sama banyak jugak seperti di atas. Tapi boleh beli secara berperingkat dan beli yg betul-betul perlu sahaja. Banyak Kenangan yg kami perolehi, semoga suatu hari nnt anak-anak bakal guna ilmu, pengalaman yg pernah di lalui.

IKLAN