Rancangan ke Eropah bermula sejak awal tahun 2017 lagi. Sering mengembara ke negara di benua Asia membuatkan kami terfikir, apa kata kita pergi nikmati musim sejuk di Eropah?
Tidak sangka rakan kembara saya ketika itu bersetuju dengan cadangan ini. Sering mengikuti laman backpackers di Facebook, membuatkan kami kaji sedalamnya apakah negara yang akan dikunjungi serta laluannya.
Akhirnya kami memilih laluan UK-Perancis-Belgium-Belanda-Jerman-Switzerland. Tiket penerbangan kami beli beberapa bulan awal daripada tarikh yang dirancang.
Setelah meneliti beberapa penerbangan, akhirnya kami memilih Oman Air untuk ke London dan pulang ke Kuala Lumpur dari Zurich, Switzerland. Pertama kali ke Eropah membuatkan kami cukup teruja untuk menikmati musim sejuk di negara orang serta keindahan alam ciptaan Tuhan.
Kata teman-teman, mengembara pada musim sejuk ini mahal. Benar, kami perlu membeli segala kelengkapan barangan musim sejuk bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Maklumlah, pertama kali ke negara musim sejuk. Sebulan sebelum tarikh penerbangan iaitu pada 7 Disember 2017, persiapan selesai hampir 80 peratus termasuk menukar wang.
Seminggu sebelum berlepas, kami mencari beberapa keperluan makanan seperti sambal ikan bilis segera, mi segera, ubat-ubatan dan sebagainya.
LONDON
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Oman mengambil masa selama 6 jam 30 minit. Tiba di Oman pada jam 2 pagi, kami berlari untuk mencari penerbangan ke London memandangkan masa transit hanya 1 jam setengah sahaja.
Kami meneruskan perjalanan ke London untuk 7 jam lagi. Tiba di lapangan terbang Heathrow seawal jam 6 pagi, suhu menunjukkan -1 darjah Celsius.
Kami memulakan hari pertama di London dengan pergi ke Universiti Oxford. Cuaca di London cukup sejuk dengan hujan salji.
Melihat tempat-tempat penggambaran filem Harry Potter di Universiti Oxford begitu mempesonakan. Kemudian kami ke Bicester Village, ia umpana JPO jika di Malaysia.
Jualan murah Krismas sedang berlangsung dan ramai orang ke sana untuk membeli barangan berjenama mewah pada harga berpatutan. Kemudian kami terus ke Hotel Mercure, London.
Malamnya kami menikmati makan malam di restoran Nando’s yang menyediakan sajian halal buat Muslim. Keesokan paginya, kami bergerak ke Buckingham Palace, London City Hall, Tower Brigde, Westminster Abbey, Trafalgar Square dan Big Ben.
Hampir setengah hari, kami ke London Central Mosque untuk menikmati makanan halal yang disediakan di restoran dalam masjid. Petang kami terus ke Oxford Street untuk membeli-belah.
Ads
Tujuan utama, Primark! Dua jam kami habiskan masa membeli-belah. Malam pula kami ke restoran Mr. Fish untuk menikmati fish & chip.
PARIS
Jam 5 pagi kami bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Paris. Dari London, kami menaiki bas ke pelabuhan Dover menyeberangi selat Inggeris ke Paris dengan kapal persiaran.
Untuk tiba di pelabuhan Calais di Paris, perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Perasaan teruja bertambah apabila melihat papan tanda jalan semuanya dalam Bahasa Perancis.
Dari Calais ke Paris, ia mengambil masa selama 4 jam. Kami hanya tidur di dalam bas sehingga tiba di Paris.
Destinasi pertama apabila tiba di Paris ialah Galaries Lafayette. Cuaca di Paris mendung dengan suhu lebih sejuk berbanding London.
Berkesempatan masuk ke dalam gedung barangan mewah, Sephora, Zara dan sebagainya. Kami sempat membeli-belah barangan Zara kerana harganya jauh lebih murah.
Petang baru kami bergerak ke hotel di Campanile de Porte. Keesokannya kami meneruskan perjalanan ke mercu utama Paris seperti Notre-Dame Cathedral, Muzium Lourve, Les Invalides, Palais Garnier, Arc de Triomphe, Grand Mosque, Place De La Concorde, Avenue des Champs-Elysees dan semestinya Eiffel Tower.
Memandangkan angin kencang dan cuaca mendung, kami tidak dibenarkan ketingkat atas Eiffel Tower. Hanya ke tingkat dua sahaja.
Namun pemandangan seluruh Paris dari tingkat dua itu sahaja sudah membuatkan kami ternganga seketika. Cantiknya!
BRUSSEL
Ads
Dari Paris ke Brussels, kami bergerak menaiki bas dan mengambil masa selama 4 jam. Kami disambut dengan salji memutih setibanya di Brussels, ibu negeri Belgium.
Bandar kecil Brussels cukup cantik dengan struktur bangunan dan seni bina. Kami singgah ke Atonium, sebuah mercu tanda Brussels.
Seterusnya bergerak ke bandar Brussels. Di sana, kami sempat menikmati wafel Belgium dan coklat halus buatan Belgium yang cukup terkenal.
Kami menghabiskan masa di Grand Palace, Mannekan Pis serta Hard Rock Brussels. Kami tidak menginap di Belgium dan meneruskan perjalanan ke Amsterdam.
AMSTERDAM
Perjalanan ke Amsterdam dari Brussels mengambil masa selama 3 jam menaiki bas. Kami menginap di Rotterdam.
Esoknya, kami menjelajah ke Zaanse Schans, sebuah kawasan kampung yang mengetengahkan barangan pelancongan Belanda seperti kasut clog dan keju.
Pemandangan indah kincir angin dan kawasan kampung ini memberikan pengalaman baru buat kami. Perjalanan diteruskan ke bandar Amsterdam untuk aktiviti canal cruise.
Kapal ini membawa kami menelusuri bandar Amsterdam menerusi sungai di sekitarnya. Ternyata Amsterdam sangat cantik dan romantis.
Malamnya kami meneruskan aktiviti membeli-belah dan makan malam di Kalverstraat.
JERMAN
Ads
Esoknya kami memulakan perjalanan ke Colonge yang mengambil masa selama 3 jam. Tiba di Colonge, kami melawat Colonge Cathderal yang tersergam indah serta bersiar-siar di bandar Colonge.
Seterusnya kami ke bandar Frankfurt, 2 jam dari Colonge. Malamnya kami menginap di Holiday Villa Frankfurt dan berjalan di kawasan sekitar.
Esoknya sebelum memulakan perjalanan ke Switzerland, kami singgah di Romerberg, sebuah pekan kecil di Frankfurt yang cukup unik dan ke Tasik Titisee.
Tasik Titisee merupakan tasik semulajadi yang sangat cantik, terletak di atas pergunungan. Dari Titisee, kami bergerak memasuki Switzerland yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit.
SWITZERLAND
Dari sempadan Jerman-Switzerland, kami perlu berhenti di pejabat imigresen untuk pengesahan pasport dan barangan yang dibeli bagi tujuan VAT.
Kami bergegas meneruskan perjalanan ke Rhinefalls, air terjun terbesar di Eropah memandangkan pukul 4 petang cuaca sudah mulai malam.
Berpeluang melihat air terjun tersebut dari jarak beberapa kaki sangat menarik dan dapat melihat perkampungan kecil ditepi air terjun tersebut begitu menenangkan. Hampir malam, kami menikmati makan malam di sebuah restoran India halal dan terus check–in di Ibis Adliswil, Zurich.
Pagi esoknya kami ke bandar Luzern, 1 jam dari Zurich. Kebetulan ada pasar pagi di bandar tersebut dan kami turut berjalan-jalan melihat barangan yang dijual.
Kami menelusuri Chapel Brigde, jambatan yang menghubungi dua kawasan di Luzern, Lion Monument dan membeli-belah coklat Swiss di Bucherer dan Casa Grande.
Kemudian kami bergerak ke Mount Titlis untuk aktiviti kereta kabel dan bermain salji. Sejam mendaki gunung dengan bas, kiri dan kanan hampir semuanya dilitupi salji tebal dan sampai sahaja di atas pemandangannya sangat indah dan mempesonakan.
Kami menaiki kereta kabel merentasi pergunungan Titlis dan di sini ramai orang bermain ski tidak kira peringkat amatur ataupun profesional. Tiba di atas puncak bukit, suhu -14 darjah Celsius dan salji tebal sedikit menghalang pergerakan kami untuk bermain salji namun tetap puas.
3 jam kami habiskan masa di atas dan menikmati kopi panas, kami mula turun ke Engelberg dan makan malam di sebuah restoran Pakistan di situ. Keesokannya merupakan hari kami ke Kuala Lumpur.
Selesai check-out jam 11 pagi dari Zurich, kami bersiar-siar di bandar moden Zurich. Kami sempat melawat Zurich Opera House, The Stadthaus, Quai Bridge dan berakhir di pasar Krismas di Bahnhofstrasse.
Petang kami segera bergerak ke Lapangan Terbang Zurich untuk penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 9 malam. Biarpun meninggalkan negara sejuk ini, kami berazam untuk mengumpul duit dan kembali lagi ke sini untuk menikmati musim panas.
Selamat tinggal Switzerland, terima kasih untuk semua memori indah ini dan kami pasti akan kembali.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hujung minggu adalah hari untuk diri sendiri atau bersantai bersama keluarga dan teman-teman. Lupakan seketika ‘masalah dunia’ atau kerja yang tidak pernah habis, dan bawa diri anda keluar seketika sambil rehatkan minda.
Tiada idea lokasi seterusnya untuk ‘berjalan’? Anda boleh cuba cuti-cuti Malaysia di Kuala Lumpur pula. Jika anda orang luar bandaraya ini, bercuti di Kuala Lumpur juga merupakan penggembaraan yang menyeronokan. Manakala untuk penduduk tempatan atau yang menetap di Lembah Klang, cuba buat kelainan dengan bercuti dalam negeri sendiri! Syiok tau dapat bercuti di Kuala Lumpur!
Mencari tempat menarik di Kuala Lumpur untuk dikunjungi? Ini perkongsian trip 2 hari 1 malam oleh Eira Nasirah
KL TOUR 2D1N for triple ladies (20..8.2020)
Hi, kali ni Eira nak share trip santai dekat KL. Saje nak bawak adik-adik selepas PKP ni dah bape lame terperapkan. Rancangan awalnya nak ke Utara 5h4m satu family tp terpaksa batalkan sebab kes COVID di sana makin naik. So pilihan yang ade sempena bulan Merdeka ni eira layankan mereka naik KL and this is my 1st time drive kereta luar melaka and highways by my own car and only me can drive. So let’s start our journey..
Hotel
Eira stay dekat Regalia Hotel. Hotel ni memang best kalau anda nak dapatkan view KLCC dan KL TOUR. Strategik sangat ni. Plus yang paling best die dekat dengan plaza sunway so korang ley excess stesen LRT dari situ tak jauh pon boleh je jalan kaki.
Pengangkutan
For first eira dan adik-adik plan nak naik bas je nak gerak ke KL pagi tu sebab Eira bukan pernah drive highway sorang-sorang plus nak jalan kan tak mau penat drive nanti tak nak berjalan dah sebab letih. Tapi pagi tu sebelum gerak tetibe ayah tegur.
ayah : Pukul berape bas kakak?
eira : xbooking ayah. Kan tak tahu ayah hantar pukul berapa.
ayah : kalau macam tu drive je la. dah pukul berapa ni kang sampai dah panas
eira : boleh ke ayah?
ayah : pegi la jangan laju-laju jangan lebih 100km/h. hati-hati memandu.
eira : wahhhh best la. Boleh bawak beg banyak (beg sis kecik sebab tu jadi banyak. Beg sedang tak ada koyak dah) typical ladies
Sampai KL kami park dekat area maybank tower, lepas tu travel jalan kaki and naik bus free purple line. 1st time tau. Untuk kalini Eira guna bas dan Kereta. Bas pilihan eira of course lah GO KL sebab FREE OF CHARGE. Jimat banyak wei dekat situ. Banyak tau route yang bas ni cover. Boleh refer Google untuk route bas GO KL ni. Dia ada 4 route yang diwakili dengan warna contohnya Purple Line, Blue Line, Orange Line dan Red Line.
Aktiviti
Eira pergi tempat yang dekat dekat je sebab jalan kaki je Contoh macam Masjid Jamek, Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Perpustakaan Negara, Petaling Street. Selepas tu kami naik bas GO Kl Purple Line pergi Fahrenheit88 and Pavilion. Rupa nya masa kami datang ad aktiviti hari kesenian so kami dapat la servinior sebab join aktiviti kat sane. Lepas itu dapat juga makan pop corn free and baucer All Dak daripada game tu.
So lunch kami makan dekat All Dak puas hati sebab lame tak makan korean food kan. Kami juga beli ais cream macam dekat turkey 2 sampai lebam makan siap dia main2kan adik mase nak dapat ais cream 2 lagi lawak sey. Setle kami pon naik bas drop kat Menara Kl cadang nak masok KL Eco Park tapi dah tutup so tak dapat la bawak adik-adik naik jambatan gantung. penat je naik KL Tower tu dah la tinggi nak mati kalau pakai heel tak payah la naik baik ko naik keta teros sampai atas. Adik eira sampai melecet kaki die. Kami turun dengan sedih azam esok kite naik lg tapi tak dapat pon sebabnya jap lagi eira cerita.
Jom sambung bace. Lepas tu kami pon cari kereta. Mane kereta wei? yang ingat dekat dengan maybank tower. Punya la cari jalan kaki je kau. 15 minit jalan baru jUmpa rupanya depan Bursa Malaysia. Surrender tak nak jalan lagi. So kite p check in bilik. 5 kali pusing baru jumpe jalan masok Regalia Hotel. Stress betol.
Lepas tu solat ape semua. Lepas isya’ kami naik floor 37 kot (aq dah lupe laaa) layan skypool sampai lebam. Esok nya kami travel naik kereta pulak mula-mula jalan dekat Kampung Baru sarapan dekat kedai nasi lemak famous kat kampung baru lepas itu kami ke Muzium Tugu melawat Tugu Negara sebab semperna bulan merdeka nie kan kite bagi semangat patriotik sikit. Lepas tu aku bawak budak-budak nie masok Planetarium Negara and Muzium Polis.
Sepatutnya nak singah lg Menara KL, Muzium Tekstil and Pintasan saloma. Tapi target nak kene sampai KLCC jam 10.30am so kite orang terpaksa gerak ke KLCC dan batalkan angan-angan tadi. Tapi rupenya budak-BUDAK nie kata dah pernah masuk Petrosains. Spoil betol. So aku sorg je yang excited hahaha.
Lepas tu makan tengah hari then kite org pergi ke Aquaria KLCC kat sini semua jakun jumpe shark and dapat tengok penyu & ikan pari. Siap ad sesi feeding drpd talented scuba diver dlm TU lagi comel sangat. puas hati aq. Lepas TU again lupe mcm mane nak cari keta kat park. Jenuh oii. Masing-masing dah penat time ni. Semua kate jom la balik so tak jadi la ke tempat-tempat lain tu. Kami gerak balik Melaka dalam pukul 3 smpai Melaka dalam jam 5 petang.
EXPENSES for 3pax 2D1N
Hotel: RM 87 per night
Transportation: RM100
Bas (Free)
kereta ( RM 40 minyak RM60 TNG)
MAKANAN for 3pax
Lunch & Dinner first day AllDak : RM 46
Breakfast second day Nasi Lemak : RM 17
Lunch second day Texas KLCC : RM 30
MEAL COST: RM 93
TICKET
Petrosains KLCC = RM39.50
Aquaria KLCC = RM82.00
Planetarium Negara = RM32
TOTAL = RM153.50 (Aku dapat tiket murah sebab book dekat Klook and guna baucer dari Digi apps reward) Sangat-sangat berbaloi & menjimatkan
TOTAL SPEND 2H1M FOR 3PAX = RM 433.50
Alhamdulillah semuanya masih dibawah budget aku.. siap sambong jalan di Melaka esoknye. Sebab total bajet RM500
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ingin merasai pengalaman baru dalam memilih menu yang menarik dan menyelerakan? Konsep yang diketengahkan oleh rangkaian Restoran Burger & Lobster dari England pasti membuat anda teruja dengan hidangan burger dan udang karang. Walaupun hanya menyediakan menu burger dan udang karang popular dari Nova Scotia, Kanada, restoran yang mula beroperasi pada tahun 2011 ini yang berasaskan konsep tradisional dalam penyediaan makanan mampu menempatkan diri dalam kalangan penyedia makanan terbaik, malah dekorasi restoran ini turut diperkatakan pengunjung.
Sebagai restoran pertama seumpamanya dibuka di Asia, Burger & Lobster beroperasi pada keluasan 3,500 kaki persegi di pusat beli-belah Sky Avenue, Resorts World Genting. Sky Avenue yang memiliki keluasan kasar 600,000 kaki persegi menjanjikan pengunjung keseronokan membeli-belah, makan dan minum serta bersiar-siar. Oleh itu pihak pengurusan Resorts World Genting sentiasa berusaha mencari keseronokan pengalaman baharu merasai makanan dan minuman yang bakal membuatkan tetamu teruja.
Udang karang premium Restoran Burger & Lobster seberat 650-700 gram yang dihidangkan dalam menu dibawakan khas dari Nova Scotia, Kanada melalui KLIA sebelum dihantar ke Resorts World Genting setiap minggu. Oleh kerana pesanan yang dibuat setiap minggu, udang karang tersebut begitu laris serta mampu dijual pada harga berpatutan.
Dekorasi restoran dikelilingi oleh peralatan menangkap udang karang. Malah salah satu dinding restoran dihiasi dengan 104 replika peti tradisional menangkap udang karang sama seperti digunakan oleh nelayan di Nova Scotia. Kombinasi kayu oak, jubin seramik Portugal dan pencahayaan yang suram mengimbau suasana penangkap udang karang yang menenangkan diri selepas sehari suntuk dengan hasil penangkapan mereka. Susun atur perabot di Burger & Lobster dilengkapi dengan kombinasi booth dan bankuet ditemani cahaya lampu hiasan yang menarik.
“Cahaya lampu perlu sesuai dengan mood dan suasana mengikut konsep dekorasi dalaman ditetapkan oleh Burger & Lobster. Ia perlu berada di tengah-tengah antara konsep kelab dan ‘fun dining’,” kongsi Dato’ Edward Holloway, Naib Presiden Kanan Operasi Resorts World Genting.
Restoran berkapasiti 150 orang ini menawarkan pemandangan taman tema baharu Twentieth Century Fox World . Kawasan tempat duduk terbuka turut disediakan meskipun terhad. Apabila taman tema itu siap kelak, restoran tersebut dijangka mampu menampung tambahan pengunjung sehingga 170 untuk menjamu selera udang karang istimewa di Malaysia.
Menu burger di Burger & Lobster pula diperbuat daripada 100 peratus daging lembu Australia dengan kepingan daging diapit bun brioche berbijan dan ditambah daging salai, keju, daun salad, tomato, bawang, jeruk khas serta sos rahsia Burger & Lobster.
Pelanggan boleh memilih menu burger berserta kentang goreng sebagai permulaan iaitu The Mayfair seberat 168 gram. Menu seterusnya ialah The Original seberat 224 gram dengan keenakan daging dan kentang goreng. Khas buat mereka yang inginkan kombinasi burger dan udang karang, The B&L seberat 224 gram memiliki kedua-duanya yang dihidangkan bersama kentang goreng dan salad. Pilihan menu udang karang pula terdiri daripada tiga pilihan iaitu The Original, The Big Boy dan Chili Lobster. Udang karang akan dikukus atau dipanggang bersama pilihan jernihan mentega ataupun mentega lemon dan bawang putih yang terkenal di restoran tersebut.
Antara menu terkenal Burger & Lobster merupakan ketulan udang karang segar gulung yang disediakan dalam tiga gaya berbeza. Pengunjung boleh memilih sama menu Chilli dan The Original yang dihidangkan sejuk bersama bun panjang brioche berserta kentang goreng dan salad. Bagi yang kurang makan, mereka boleh memilih burger bersaiz mini iaitu B&L Burger yang dihidangkan bersama isi udang karang, Tiger Tiger (gulungan mentega udang tempura, mayones pedas dan buah avocado) dan The Classic yang merupakan burger bersaiz kecil. Menu pencuci mulut, pengunjung boleh memilih untuk menikmati crème brulee dan mousse pisang ataupun yogurt strawberi, guanduja serta ais krim stacciatella. Tidak dilupakan salah satu menu pencuci mulut dengan aroma tempatan iaitu tempura durian.
Burger & Lobster terletak di Aras 1, Sky Avenue. Waktu operasinya ialah pukul 11:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari dan 11:00 pagi hingga 11:30 malam pada hujung minggu.
Ramai daripada pelancong jika datang ke Bangkok, akan berjalan-jalan sekitar bandaraya ini sahaja. Tidak dinafikan di Bangkok memang terdapat pelbagai destinasi menarik untuk dikunjungi. Tetapi alang-alang sudah berada di Bangkok, apa kata ‘merayau’ jauh sedikit ke daerah lain melihat lebih lagi negara gajah putih ini.
Pengunjung boleh membuat pilihan samada ke Hua Hin iaitu Santorini versi asia atau ke Lopburi untuk melihat ladang matahari yang luas terbentang.
Ikuti perkongsian menarik ini.
Sedikit perkongsian dari saya utk mereka yg ingin bercuti ke Bangkok. Jika ada kelapangan dan masa lebih xtau nak buat apa semasa bercuti ke Bangkok, boleh cuba datang ke Hua Hin & Lopburi. Banyak tempat cantik utk ambil gambar terutama sekali photoholic macam saya haha. Dalam post ni saya sertakan sekali tips ke Sunflower Farm Lopburi walaupun saya pegi pada Januari lepas. Baru ada masa nak update hehe.
HUA HIN ( One-Day Trip)
• 9.30AM Breakfast
• 10.30AM Taxi to Hua Hin (Bagitau siap siap dgn taxi driver nak pegi Swiss Sheep Farm, Santorini Park & The Venezia) – 2Hrs from Bangkok City
• 1PM Arrive at Swiss Sheep Farm
• 3PM Santorini Park – (Kitorang masuk ambil gambar & minum2 je xda main waterpark games)
• 5PM The Venezia – Package A (Fontana Di Trevi Park, 3D Art Gallery, Mini Train, King&Queen Photo, Mini Zoo)
• 7PM Back to Bangkok City
Notes:
Kena terer tawar menawar, make sure cari taxi rate THB1000-1500/pax utk return journey. Jangan naik kalau dia charge >THB1500/pax ok?
Bayar taxi selepas semua trip selesai. Ada taxi yg minta depo dekat petrol station ada yg xda depo. Depends! Tapi jangan bayar full selagi trip x habis.
Hua Hin banyak attraction places, kalau xnak pegi Swiss Sheep Farm, Santorini Park & The Venezia, boleh cuba pergi Camel Republic, Khao Nang Phanthurat Forest Park, Black Mountain Waterpark dan byk lagi. Tp kalau nak feeling 3 countries in one day, boleh pegi mcm yg saya suggest dkt atas.
Bawak makanan siap siap, dekat Hua Hin susah nak jumpa makanan Halal.
Prepare extra cash, manalah tau tershopping dekat Santorini Park, byk kedai best!
The Venezia ada 3 package, kitorang ambil package A, xda naik gondola. Kalau nak naik gondola, boleh ambil package C.
CHOCOLATE VILLE, BANGKOK (Half-Day Trip)
• Opening Hours: 4PM-Midnight
• Taxi to Chocolate Ville ~ THB165, 25Mins from Bangkok City
• No entrance fee
Notes:
Dekat sini xda charge & fee, boleh ambil gambar puas puas. Makan je bayar sbb mostly restaurant haha
LOPBURI
• 6.45AM Taxi from Pratunam to Hua Lampong Station, Bangkok
• 7AM Train to Lopburi 3Hours
• 10AM Arrive at Lopburi Station
• 10.30AM Taxi/Pickup Truck to Sunflower Farm
• 2.30PM Mini van to Victory Monument
Notes:
Train paling awal ke Lopburi adalah pukul 7 pagi. Pandai pandai lah bangun awal ok!
Tiket train pegi Lopburi boleh beli direct dekat kaunter.
Musim melawat sunflower adalah pada Nov-Jan sahaja sbb time tu sunflower tgh blooming. So kalau nak pegi Lopburi make sure pegi antara Nov-Jan sahaja k. Jangan salah timing pulak. K layan gambar ja la!
Pegi reramai best dapat murah. Ini bukan full itinerary ok sbb aktiviti lain tu adalah personal activity. So, saya cuma share tempat best dkt Bangkok & serba sedikit travel tips ja. Trip ini adalah sekitar tahun 2016 yang lalu.
Dipersilakan share. Semoga perkongsian ini bermanfaat.Terima kasih!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...