17 Tahun Suara Nike Ardillla Kedengaran Di Restoran Ini Tanpa Henti

Share

Sejak 17 tahun lalu, sebuah restoran di Kota Makassar, Indonesia hanya memutarkan lagu penyanyi terkenal Nike Ardilla yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 1995.

Restoran yang turut diberi nama Rumah Makan Nike Ardilla itu dibuka pada 2002 dan pemiliknya memasang lagu penyanyi popular Indonesia berkenaan setiap hari.

Malah, makanan serta minuman turut bersertakan judul lagu-lagu nyanyian Nike yang juga pelakon dan model dari Bandung. Antara masakan kegemaran pelanggan adalah sate ayam Seberkas Sinar, ayam goreng Sandiwara Cinta, ayam bakar Nike Ardilla dan nasi goreng Bintang Kehidupan.

Nike yang popular menerusi lagu Bintang Kehidupan meninggal dunia pada usia 19 tahun selepas kereta dipandunya merempuh konkrit jalan di Bandung, kira-kira jam 3 pagi.

Alamat: Rumah Makan Nike Ardilla | Jl. Tamalanrea Raya No.44, Tamalanrea, Kota Makassar, Sulawesi Selatan 90245, Indonesia

Sumber: msn.com

IKLAN