Percutiaan di Cameron Highlands pasti memberi satu pengalaman yang indah buat anda. Dengan cuaca sejuk dan nyaman, sudah pastinya buah-buahan beriklim sejuk seperti strawberi menjadi tarikan utama pelancong. Di tambah pula dengan kedamaian alam semulajadi yang tenang menghijau.
Cameron Highlands kini dikunjungi ramai tidak kira masa sama ada cuti hujung minggu, cuti sekolah mahupun hari biasa. Pelbagai tarikan baru dan lama sentiasa menjadi pilihan pengunjung ke tanah tinggi terletak di Pahang ini.
Jangan lupa untuk jejak ke semua lokasi menatik ada di sini dan mencuba pelbagai keenakkan menu sajian yang ditawarkan. Ini ini perkongsian daripada penduduk tempatan Cameron Highland, lokasi mana yang perlu anda tuju dan makanan apa perlu cuba jika berkesempatan bercuti di Cameron Highlands.
1- Ladang Teh BOH Sungai Palas
.
Alamat = Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Waktu Operasi = 9.30am-4.30pm(isnin cuti)
Harga Tiket = Percuma
2- Boh Tea Garden di Riglet
Alamat = 39200 Riglet, Cameron Highland
Waktu Operasi = 9.00am-4.30pm
Harga Tiket = Percuma
3- Ladang Tea Bharat/ Cameron Valley Tea House 2
Alamat = 34 Mile Cameron Highland, 39000 Tanah Rata Pahang
Waktu Operasi = 9.00am-4.00pm
Harga Tiket = Percuma
4- Ladang Tea Bharat/ Cameron Valley Tea House 1
Alamat = Tanah Rata, 39000 Ringlet, Pahang
Waktu Operasi = 9.00am-4.30pm
5- Cameron Adventurous
Alamat = Kuala Terla, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang
Waktu Operasi = 9.00am-6.00pm
Harga Tiket = RM10 pax(4 x 4 safari), RM50(ATV safari), RM65 pax (Extreme ATV)
6- Pasar Malam di Cameron Highland (Lokasi Baru sejak 2017)
.
Alamat = Landmark Golden Hill Resort, Jln Sungai Ruil Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Waktu Operasi = 6.00pm-11.00pm (Jumaat mlm Sabtu & Sabtu mlm Ahad)
Ads
7- Taman Agroteknologi MARDI
Alamat = JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata Pahang, 39000 Tanah Rata
Waktu Operasi = 8.45am-5.00pm
Harga Tiket = RM5.00(Dewasa), RM3.00(kanak2)
8- Kebun Strawberi & Cafe/ YZ Agro Farm
.
Alamat = No.22, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata Cameron Highland, Pahang
Waktu Operasi = 8.30am-6.30pm (Selasa Cuti)
Harga Tiket = Percuma
9- KHM Strawberries & Jam
Alamat = No.9, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata 39000 Cameron Highland Pahang
Waktu Operasi = 8.30am-6.00pm (Rabu Cuti)
Harga Tiket = Percuma
10- Cactus Point
Alamat = Brinchang, 39000 Brinchang, Cameron Highland Pahang
Waktu Operasi = 9.00am-6.00pm
Harga Tiket = Percuma
11- Cactus Valley
.
Alamat = Cactus Valley Pekan Lama,39100 Brinchang
Waktu Operasi = 8.00am-6.00pm
Harga Tiket = RM4(dewasa) , RM2(Kanak2)
Ads
12- Big Red Strawberry Farm
Alamat = Brinchang Cameron Highland Pahang
Waktu Operasi = 8.00am-6.00pm
Harga Tiket = Percuma
13- Kebun Pokok Bunga Lavender
.
Alamat = Taman Tringkap,39100 Brinchang Pahang
Waktu Operasi = 9.00am-6.00pm(isnin-khamis), 9.00am-7.00pm (jumaat-ahad)
Harga Tiket = RM8 (dewasa), RM5( kanak2)
14- Taman Rama-Rama
Alamat = 43rd Miles, Kea Farm Brinchang , 39100 Brinchang Pahang
Waktu Operasi = 9.00am-6.00pm
Harga Tiket = RM5 (dewasa), RM2 (kanak2)
15- Ladang Lebah di Cameron Highland
Alamat = Brinchang, 39000 Brinchang Pahang
Waktu Operasi = 8.00am-7.00pm
Harga Tiket = Percuma
16- 3D Wall Art Studio Cameron Highland
Alamat = Level 2, Cameron Square, Jln Aranda Nova, 39100 Greencow, Cameron Highland Pahang
Waktu Operasi = 10.00am-6.00pm
Harga Tiket = RM18(dewasa), RM10(kanak2)
Ads
17- Muzium Time Tunnel
Alamat = Sebelah Kok Lim Strawberry Farm, UT/MR/ F-255,Jln Sungai Burong, 39100 Brinchang, Cameron Highland Pahang
Waktu Operasi = 9.00am-6.00pm
Harga Tiket = RM6(dewasa), RM4(kanak2)
18- Fragrance Nursery
Alamat = Batu 41, Jln Kea Farm, Brinchang, 39100 Cameron Highland Pahang
Waktu Operasi = 8.00am-6.00pm
Harga Tiket = Percuma
19- Ladang Anggur Bertam Valley
Alamat = Jln Sungai Royang – Ringlet(6km dari stesen petrol shell disimpang Ringlet, Cameron Highland Pahang
Waktu Operasi = 9.00am-5.00pm
Harga Tiket = Percuma
20- Pasar Kea Farm Brinchang
Alamat = Brinchang, 39000 Brinchang Pahang
Waktu Operasi = 8.00am-6.00pm
21- Ladang Anggur Blue Valley
Alamat = KC Kwang & Sons Grape & Tomato Farm, No.33 Main road, Kg.Raja, 39010 Cameron Highland Pahang
Waktu Operasi = 9.00am-6.00pm
Harga Tiket = Percuma
22- Orkid & Rose Garden
Alamat = 74, Green Cow, Brinchang,39000 Brinchang Pahang
Waktu Operasi = 9.00am-6.00pm (Rabu cuti)
Harga Tiket = RM6(dewasa), RM4(kanak2)
Kalau gayat, lupakan niat tersebut. Kata orang pandang saja gambar dan nyatakan rasa kagum. Tapi kalau korang sukakan cabaran dan mencari kelainan, bolehlah cuba bermalam di Sky Lodge Hotel Purwakarta.
Diiktiraf sebagai tertinggi di dunia selepas mengalahkan Skylodge Adventure Suites di Peru yang terkenal ekstrem di kalangan traveler dunia yang ketinggian 122 meter, Sky Lodge Purwakarta lebih tinggi iaitu sekitar 400 hingga 900 meter dan berdiri kukuh di puncak Gunung Parang. Sky Lodge ini terletak di Desa Sukamulya, Tegalwaru, Purwakarta, Jawa Barat dan untuk pergi ke sini cukup mudah kerana Gunung Parang sememangnya amat terkenal di kalangan masyarakat di sini.
Mula dirasmikan pada 28 Oktober 2017, ramai menyatakan rasa kagum dengan konsep percutian memukau ini. Untuk sampai ke hotel ini, setiap tetamu wajib memanjat tebing setinggi 500 meter dan menyeberang menggunakan cara menggantungkan badan pada tali (tyrolean) atau menggunakan tangga besi (via ferrata) untuk mendaki sebelum boleh sampai ke tempat penginapan masing-masing. Bahkan ketika mula dirasmikan lima tahun lalu, warga tempatan berpusu-pusu meneroka tempat ini untuk merasai lokasi ekstrem ini sendiri. Untuk satu lodge, ia boleh memuatkan seramai 4-5 orang dalam satu-satu masa.
Ditawarkan pada harga semalam sebanyak Rp5,000,000 (lebih kurang RM1464.00) reka bentuk hotel ini menjadi perhatian kerana diperbuat keseluruhannya daripada kaca yang membolehkan penginap menyaksikan keindahan dari puncak gunung selain pepohon yang menghijau di sekeliling kawasan tersebut. Waktu malam, udaranya sangat sejuk.
**media[]**
Lantainya diperbuat dari kayu yang kukuh, setiap lodge dilengkapi katil, tv, bilik mandi, meja makan, tandas portable, microwave, walkie talkie, air minuman, penghawa dingin selain tirai untuk menutup kawasan sekelilingnya dan terdapat 11 sky lodge sahaja
. Bagi yang menyukai perkara ekstrem, bermalam di hotel tergantung Purwakarta ini harus dilakukan seumur hidup.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau sebut sahaja fasal Cherating apa yang terbayang di fikiran tentunya pantai yang cantik, tapi sebenarnya ada satu lokasi yang tersembunyi untuk anda terokai kat sana.
Naberpindo Glamping yang terletak di Cherating, Pahang ini antara hidden gem yang bolah anda kunjungi untuk bercuti. Glamping yang terletak di atas bukit dengan pemandangan yang cukup indah dan dekat dengan tarikan lain di Cherating sudah pasti lokasi yang berbaloi untuk dikunjungi.
Mahathir Che Amad berkongsi pengalaman bercuti ke sini baru-baru ini. Melihat gambar-gambar yang dikongsikan sahaja cukup untuk membuat hati rasa teringin bermalam di sini. mempunyai kemudahan lengkap dengan keadaan khemah yang cukup selesa ditambah pula dengan pemandangan indah hanya dari dalam khemah yang didiami. Memang cantik dan mengujakan.
Plug point: – available 4 dalam setiap khemah glamping.
Coverage: Digi & Unifi 4g
Park kereta:
Anda akan disajikan dengan view yang sangat cantik dari atas Bukit Cherating, view laut dan sunrise.
Nak makan, kalau malas masak kedai-kedai makan dan ikan bakar banyak berdekatan dengan Pantai Cherating.
Juga berdekatan salah satu cafe viral Café Marion di Pantai Cherating.
Cuma perlu hike naik ke atas bukit, jadi perlu minimizekan barang-barang untuk dibawa naik atas. Tapi bila sampai atas, view memang best.. sejuk disapa angin dari laut & rasa malas nak turun dah.
Jika ingin melihat sisi lain bagi Sabah, anda boleh berkungjung ke daerah Kinabatangan. Antara aktiviti menarik di sini adalah menyusuri Sungai Kinabatangan untuk melihat keunikan alam semulajadi selain menjejak flora dan fauna unik yang ada disekitar lokasi tersebut.
Ketika menyusuri sungai ini di daerah hijau ini, pengunjung akan melihat kelibat kewujudan sebuah bukit batu kapur dikenali Tomanggong Besar di kawasan tanjung Sungai Kinabatangan. Bukit ini sangat unik kerana mempunyai mitos seakan sama seperti kisah batu belah batu bertangkup. Selain itu, keunikan struktur bukit ini juga sangat menarik perhatian.
Bukit batu kapur setinggi kira-kira 50 meter dari permukaan air terletak di Kampung Sukau, dianggap ‘keramat’ oleh penduduk setempat kerana selain mitosnya, kawasan berkenaan dipercayai sering berlaku kejadian pelik termasuk ribut.
Mengikut cerita penduduk, bukit itu mengambil sempena nama seorang pemuda iaitu Tomanggong yang ‘ditelan’ batu selepas dipercayai kempunan memakan seekor burung ketika memburu bersama enam abangnya.
Tujuh beradik itu kononnya memudik ke hilir Sungai Kinabatangan untuk berburu dan ketika perjalanan pulang, mereka singgah berteduh dalam gua pada batu kapur itu kerana berlaku ribut.
Selepas ribut reda, tujuh beradik itu keluar namun malang bagi si Tomanggong apabila pintu masuk gua tertutup sendiri sebelum sempat keluar menyebabkannya terperangkap sebelum enam abangnya berusaha mengumpil pintu gua menggunakan sebatang kayu belian tetapi tidak berjaya.
Sehingga kini, penduduk mendakwa kayu belian itu masih wujud di pintu gua berkenaan, namun hanya boleh dilihat ketika air surut. Air surut di Sungai Kinabatangan cuma berlaku dua atau tiga kali sebulan, namun agak sukar untuk menjangka waktunya yang bergantung kepada keadaan cuaca di hulu sungai menyebabkan usaha melihat kayu belian berkenaan sukar.
Biarpun ada pelbagai versi cerita mengenai bukit Tomanggong, penduduk khususnya masyarakat etnik Orang Sungai masih percaya terhadap pantang-larang jika melalui kawasan itu. Antaranya ialah tidak boleh membawa makanan dalam perahu, jangan berbuat bising dan memberi salam.
Mereka yang membawa makanan sama ada daging atau tumbuhan perlu buang sedikit ke batu untuk mengelak perkara tidak baik berlaku. Malapetaka seperti ribut, perahu karam, air sungai bertukar menjadi minyak atau serangan buaya berlaku jika pantang larang tidak dituruti.
Disebabkan mitos itu juga, ramai orang luar datang ke bukit batu kapur berkenaan untuk membuat hajat dengan memacak bendera dan menabur syiling. Walaupun tiada lagi kejadian pelik berlaku, penduduk masih ikut pantang larang dan mengelak ke situ pada waktu malam sebab ia tempat keramat.
Kira-kira satu kilometer di hulu Tomanggong Besar, ada sebuah lagi batu kapur setinggi kira-kira 20 meter dari paras air dinamakan Tomanggong Kecil atau dipanggil ‘Tomanggong anak-anak’ dalam bahasa Sungai.
Di Kinabatangan, selain Tomanggong Besar dan Tomanggong Kecil, ada dua lagi bukit batu kapur yang kini diwartakan sebagai kawasan pelancongan iaitu Batu Tulug berusia 20 hingga 25 juta tahun setinggi 29 meter yang menyimpan 125 keranda purba kayu balak. Selain itu, Gua Gomantong mempunyai 27 gua kecil dihuni jutaan burung layang-layang yang menghasilkan sarang burung, terletak kira-kira 30 kilometer dari Kampung Sukau.
image via google | sumber: FB Lahad Datu Info, bhonline
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...