Dapat bawa ibu ayah bercuti sesuatu yang menjadi idaman setiap anak. Lebih lagi kalau dapat bawa mereka ke negara-negara yang mempunyai pemandangan cantik dan cuaca yang sejuk.
Izzah Rohaizad yang berpeluang meneroka 5 negara Eropah bersama ibu dan ayah berkongsi gambar-gambar menarik yang sempat dirakam sepanjang percutian mereka yang berlangsung selama 24 hari.
Memandu sendiri sepanjang percutian, wanita ini juga turut berkongsi pengalaman dan bajet memandu di 5 negara yang dilawatinya. Menurutnya lebih senang memandu sendiri bila membawa orang tua bersama selain dapat berhenti bila melihat tempat yang cantik dan menarik untuk bergambar.
Lengkap dengan total kos selama pengembaraan mereka berempat ke negara-negara tersebut, ikuti perkongsian dan gambar yang dirakam oleh Izzah Rohaizad sepanjang percutian mereka:
Explore Eropah Bawa Mak Ayah
Today hari ke 14 dah dengan mak ayah bercuti di beberapa negara….
Semua last min plan…beli tiket pun last minit…
Dah sampai baru tetap nak pegi mana kemana…dan stay airbnb mana….jenih tak book awal awal…gamble betui kali ni..
Pengalaman kali ni…drive tak boleh lebih dari 3 jam dari satu destinasi ke destinasi yg lain sebab pinggang mak ayah kami terhad oii..bontot pun sakit dok lam kete lama lama ….kesian kat driver tercinta juga Hafiz Halim yg kena drive jauh jauh….
Kadang kadang je sempat teman.. kadang2 semua dah tido dia masih drive sorg sorg ….ciannn dia..
Ok ni perjalanan kami so far….
Day 1- AUSTRIA Vienna
Day 2-4 – AUSTRIA Hallstatt , Obertraun
Day 4-6 – AUSTRIA Salzburg, Top of Salzburg
Day 6-8 – ITALY Dolomites, Pragser Wildsee dan sekitar Dolomites
Day 8-10 – ITALY Venice – Milan
Ads
Day 10-13 – SWITZERLAND Sass Valley, Sass Grund, Sass Balen, Sass Fee
But allhamdulilahhh semua nya berjalan dengan lancar….tak sempat nak ke Slovenia sebab jauhhh naw…
Doakan smooth perjalanan kami yg superbbb jauh ni…rinduuu my cat oledi….
Hope mama ayah happy & ceria slalu….
Ads
PERJALANAN & PENGALAMAN DENGAN KERETA Di EUROPE (5 NEGARA)
Serius sangat best sebab kita boleh berhenti dimana sahaja yang kita nak…mana mana tempat cantik awesome terus boleh berhenti…especially bawa parents… Setiap 2-3 jam dah cari toilet kan jadi memang sesuai sangat la bawa kereta….
Cuma harga minyak berubah ubah ikut negara dan negeri… Tak sama dan jauh beza walaupun di Europe..kalau kat Malaysia kita dah stress RM4 seliter… Sini RM10-11 seliter….boleh nangis tak berlagu oooo…..
Kejap je baru isi RM200 dah kena topup balik hari ketiga berjalan… Kalau naik gunung ganang..hari kedua dah kena topup lagi RM200. Nangisss jugak laaah…
Sehari 20euro-30 euro
(5 NEGARA)
-AUSTRIA (vienna, salzburg, top of salzburg, hallstat, obertraun)
– ITALY (dolomites, venice, milan)
– SWITZERLAND (Sass Valley, Kandersteg, Lauterbrunen, Interlaken, Istwald, Bonigen, Grinderwald)
– GERMAN (Munich)
– SLOVAKIA (Brastilava)
Ads
So total kos minyak dengan pemanduan yg cukup berhemah oleh Hafiz Halim sepanjang di Europe ni…RM2300
Tol RM600
Parking kereta RM1100
Kereta sewa sedan RM13,000
Penginapan utk 22 malam RM19,000++
AirBnB 2 bilik all 4-5star dan hotel 3-4 Star 2 bilik.
Makanan maybe around RM2000 sebab kami banyak masak sendiri…
Entrance fees dan cable car RM3000
Flight RM11,000++
Jadi total kos maybe dalam RM48,000++ atau lebih skit.. roughly RM50,000
Per pax RM12,000++ utk 22 hari..
Semua guna Bigpay…mudah dan jimat.
Yang nak berjalan macam kami…rate atas ni apa yang telah kami lalui…terpulang cara masing masing nak jimat kat mana…kalau nak lebih jimat maybe boleh stay di Hostel kan.. cuma untuk mak ayah saya, mereka ni tak selesa kalau ada penghuni lain dalam bilik mereka… tak bleh jimat sangat laa tang penginapan tu…
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bangkok dan Kanchanaburi bukanlah satu destinasi asing buat rakyat Malaysia. Info berkaitan perjalanan juga mudah didapati.
Ini trip saudari Nur Syuhada ke sana bersama keluarga kecilnya bersama 2 orang dewasa dan 1 kanak kanak dengan tujuan utama untuk memenuhkan tangki emosi anak. Jadi aktiviti yang santai, mesra kanak-kanak dan jadual yang tidak terlalu padat dititikberatkan bagi memberikan keselesaan kepada anak.
Saya kongsikan itinerary ringkas selama 7H 6M berdasarkan pengalaman ke sana baru-baru ini. Oh ya, trip ni memang tak pergi shopping, masuk MBK sebab host dinner saja (Nilai tukaran THB 1,000 = RM134)
Hari Pertama – Bangkok
Tiba di BKK
Check in Sala Daeng
Hari Kedua – Bangkok
The Ancient City
Lunch @ Nissareen
Children’s Discovery Museum *
Chao Phraya Sightseeing Cruise
Muzium interaktif yang terletak bersebelahan Chatuchak Market ini bukanlah sekadar muzium, ia menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak bermula usia 3 hingga 12 tahun.
Kawasan yang sangat luas dan mempunyai 6 zon utama: Sai Rung Building, Tho Tawan, Chakkrawan Building, Unilever Building, Water Play Zone, Kids Playground & Jungle Adventure. Antaranya permainan role play seperti kidzania, Dino Detective (proses eskavasi tulang dinosaur), taman air berskala kecil dan lain-lain. Lebih menarik, masuk adalah PERCUMA.
Jadi, alang-alang nak ke Chatuchak Market, boleh masukkan sekali muzium ini.
Hari Ketiga – Bangkok
Safari World Bangkok *
Dinner @ Chaolay Seafood MBK Center
Hanya 45 minit dari bandar Bangkok, turut mempunyai Safari Park dan Marine Park. Safari Park menawarkan pengalaman pandu dan lihat haiwan yang bebas berkeliaran menggunakan kenderaan persendirian atau menaiki shuttle coach dengan bayaran tambahan 100baht.
Manakala Marine Park pula mempunyai pelbagai attractions (Eggs World, Walrus, Lemuria, Parrot Lane dll.), show yang fun (Dolphin, Orang Utan, Cowboy Stunt, Spy War, Sea Lion, Elephant dll.) dan aktiviti seperti River Safari, Open Air Studio, Tree House Aviary & Kitchen, Giraffe Terrace (boleh bagi giraffe makan dan bergambar di atas teres) dan banyak lagi.
Hari Keempat – Kanchanaburi
River Kwai Bridge
Skywalk Kanchanaburi
Check in Nex Station Kanchanaburi (hotel konsep kabin tren) *
Hari Kelima – Kanchanaburi
Meena Café
Hellfire Pass Interpretive Centre *
Lunch @ Halal Kitchen
Tham Kra Sae Station
Check in Tara Villa Kanchanaburi
Hari Keenam – Bangkok
Check out
Lunch at Nuatair Kingkeaw
Check in hotel near Suvarnabhumi Airport
Dinner @ Ramkhamhaeng Night Market
Hari Ketujuh – Kuala Lumpur
MAS KL-BKK-KL
Etiqa Takaful 360 – Gold + Covid19: RM166.37
Nexstation Kanchanaburi: RM581.60 *promo Agoda
Tara Villa Kanchanaburi: RM707.20 *promo Agoda
Pakej driver ke Kanchanaburi (3H 2M): THB 2,500/ hari untuk 8jam.
The Ancient City: RM37.31/ pax *promo Klook + Visa
Sewa golf cart 2-seater: THB 450 baht/ 2 jam
Children’s Discovery Museum: Percuma
Chao Phraya Tourist Boat: THB 150/ hari
BTS Skytrain One Day Pass: RM14.38/ pax *promo Klook + Visa
Safari World Bangkok: RM101.02 *promo Klook + Visa
Hellfire Pass Interpretive Centre: Percuma
Antara highlight untuk trip kali ini adalah penginapan kami di Nexstation Kanchanaburi, hotel yang berkonsepkan kabin tren dengan pemandangan gunung, padang yang luas untuk anak berlari bermain berbasikal, ada tasik kecil untuk main canoe, reban ayam, taman herba dan lain lain.
Tambah menarik sebab hanya kami saja yang guest pada waktu tersebut. Hotel ini juga menekankan konsep layan diri, bahan untuk breakfast disediakan, peralatan masak semua lengkap, cuma kekurangannya adalah dari sudut lokasi dan aspek keselamatan. Terletak 30 minit dari pekan Kanchanaburi, 8 minit dari Meena Café, lokasi hotel ini boleh dikatakan agak ke dalam dan sunyi.
Tak recommend kalau datang solo/ group perempuan sahaja. Kalau rancang menginap di sini, beli siap-siap bahan masak di pekan, sebab tak ada kedai runcit berdekatan.
Tempat yang bertanda * kita recommend untuk keluarga yang bawa anak kecil. Penerangan lanjut ada pada gambar-gambar di bawah.
1. BTS One Day Pass sangat berbaloi kalau trip memang guna tren sahaja ke mana mana. Boleh semak sini https://www.bts.co.th/eng/routemap-mb/ fare bagi setiap perjalanan untuk buat perbandingan beli tiket setiap kali naik atau one day pass sahaja.
2. Untuk pembelian data, selain beli sim, dicadang beli lah e-sim di Klook (RM28). Cara nak aktifkan pun mudah, internet pun stabil.
3. Alternatif lain dari airport Suvarnabhumi ke Bangkok selain Bolt dan Grab, boleh juga ambil teksi di Level 1. Harga pun okay – THB 380 termasuk tol ke Sala Daeng.
4. Disebabkan pakai e-sim, jadi bila Bolt caj prabayar, transaksi tak lepas guna kad kredit sebab dia minta TAC, so tukar saja mod bayaran pada cash.
5. Bangkok ini boleh tahan panas, jadi bawa sentiasa mineral water, mini fan & payung untuk anak.
Okay, selamat bercuti ke negara jiran!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tiap kali melihat air biru di Semporna, Sabah, memang rasa nak sangat sampai ke sana. Rasa dipanggil-panggil untuk bercuti melepaskan penat lelah melakukan rutin harian, walau jauh tetapi masih dalam senarai tempat bercuti paling syok!
Dikatakan kecantikan setiap pulau yang terdapat di Semporna ini sungguh menakjubkan setanding destinasi percutian pantai di luar negara yang sering kita lihat di kaca televisyen.
Andai kata anda ingin merancang untuk ke sana, boleh lah ikuti perkongsian itinerari lengkap percutian selama lima hari empat malam berserta banyak tips yang dikongsikan oleh Nur Aliah Mohd Nor ini untuk dijadikan panduan.
“Wow! Kali ini Lia bercuti betul-betul rasa macam Private Trip! Korang kena pergi bercuti di Semporna Sabah sekarang sementara tengah tak ada pelancong luar ni!
“Bayangkan Lia pergi pulau-pulau di Semporna, tak ada orang pon. Macam pulau itu pulau kita pula! Bestkan?
“Ramai tanya Lia berapa kos Lia ke sana, pulau mana Lia pergi dan ada yang request nak tahu itenerari Lia sepanjang di Semporna.
“Sesiapa yang bercadang nak ke Semporna Sabah, boleh la parking di posting Lia ini ya. Semoga sedikit sebanyak membantu korang yang nak bercuti di sana.
“Ni Lia kongsi dulu itinerari 5 hari 4 malam Lia sepanjang di Semporna Sabah,” tulisnya di ruangan kapsyen berkongsi info di media sosial.
#DAY1
– Tiba di Airport Tawau
– Lunch di Restoran Maskur, Balung Tawau
– Gerak ke Jeti Umum Semporna
– Lato Lato Mun Resort
#DAY2
– Hiking di Bohey Dulang Island
– Lunch di jeti Bohey Dulang
– Mantabuan Island
– Sibuan Island (sandbank)
– aktiviti barbeque seafood.
#DAY3
– Timba Timba Island (sandbank)
– Mataking Island
– Lunch style buffet bertemakan Hello Kitty
– Mataking Small Island
– Pom-Pom Island
– Balik semula ke Lato-Lato Mun Island
– Pekan Semporna
– Dinner di Anjung Seafood Restaurant
– Check in di Scuba Tiger Resort
#DAY4
– Bukit Tengkorak di Semporna
– Lunch di Wang Wang Soto House Pekan Semporna
– Dragon Inn Floating Resort
– Starbucks Semporna view laut biru
– Dinner di Restoran Warisan, di atas Samudera Kg Tampi-Tampi Asli.
#DAY5 | 21/2/2020
– Checkout dari Scuba Tiger Resort
– Bergambar di White House
– Pakalangan Bay
– Singgah beli ikan bilis
– Ke Airport Tawau
1 . Bawa beg backpack. Tidak di galakkan membawa beg tarik ya. Sebab kita akan naik bot nanti.
2 . Apabila sampai di Airport Sabah, kita kena simpan resit pas lawatan yang imegresen bagi. Sebab bila nak balik nanti kena tunjukkan semula resit tersebut kepada mereka.
3 . Standby apa-apa makanan tambahan, minuman 3 in 1, ubat-ubatan atau apa-apa sahaja keperluan. Sebab nanti di pulau memang tak ada langsung kedai runcit, klinik dan sebagainya. Jadi kita kena standby siap-siap sebelum naik bot.
4 . Dekat resort di Semporna ini, elektrik dia akan buka dari jam 6 petang – 6 pagi sebab tenaga elektrik dekat sini menggunakan generator.
5 . Di sarankan kalau nak caj powerbank, caj hp, caj bateri camera, nak seterika tudung, gunalah pada waktu di antara 6 petang – 6 pagi sahaja.
6 . Perempuan disarankan untuk bawa pakaian yang tidak perlu di gosok, daripada tudung sampai la ke baju, cari yang boleh terus sarung.
7 . Untuk makan di resort ini ada 4 kali sehari iaitu breakfast, lunch, hi tea dan dinner. Cadangan datang ke ruang legar makan pada waktu yang tepat. Contoh hi tea jam 4 petang, datang ke ruang legar makan jam 4 petang. Kalau datang lambat sikit je nanti makanan habis.
8 . Siapa yang suka baca buku, boleh la bawa 1 buku atau iPad untuk di baca sambil dengarkan tiupan angin dan menikmati pemandangan lautan biru di beranda Lato Lato Mun Resort.
9 . Bila kita nak hiking dan lepas itu nak snorkling pula, sebaik-baiknya terus pakai kasut, dan bawa selipar letak dalam plastik bila waktu nak mandi manda nanti.
10 . Untuk mineral water botmen sentiasa ada sediakan.
11 . Setiap pulau yang kita lawati ini ada pos kawalan keselamatan, contoh askar, polis dan Pihak Berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM). Jadi dari segi keselamatan kita dah tak perlu risau sebab ianya terjamin selamat.
12 . Untuk aktiviti hiking, kena pakai kasut sukan, sebabnya kalau tak pakai mereka akan kenakan caj RM5 untuk kita sarungkan kasut but mereka. Bawa juga mineral water, kalau tengah hiking dan rasa letih tu, boleh relax dulu untuk minum air.
13 . Kalau nak snorkling better pakai pakaian mandi yang bersesuaian dan menutup aurat. Boleh cari je pakaian swimming suit muslimah dalam mall, ada banyak jual.
14 . Wajib bawa set camera yang boleh bawa masuk dalam laut.
15 . Kalau nak gambar lain dari lain, pastikan bawa drone sekali. Sebabnya view dari atas memang cantik sangat!
16 . Di resort Scuba Tiger Resort tak di sediakan cerek elektrik (electric jug kettle). Jadi sediakan siap-siap mineral water.
17 . Kalau naik Bukit Tengkorak, better pakai baju warna putih, kalau ambil gambar memang cantik. Dan kalau dapat bawa drone juga lagi terbaik. Lia yakin view dari atas lagi super duper cantik!
18 . Bagi korang yang nak membeli barangan cenderamata ke, baju ke , boleh la cari di Dragon Inn Floating Resort. Harga pun tak la mahal sangat.
19 . Kalau pergi makan di Restoran Warisan, pastikan order goreng pisang cheese dia. Memang sedap! Lagi lagi kalau dapat makan waktu panas-panas ni.
Jadi begitulah.
Semoga perkongsian wanita ini menjadi panduan kepada korang yang nak bercuti di Semporna, Sabah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Aurora Borealis merupakan fenomena alam yang sangat indah. Ramai yang memilih untuk melancong ke beberapa negara semata-mata untuk memburu Aurora indah ini. Seorang rakyat Malaysia yang sudah berpeluang menyaksikan sendiri fenomena ini tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan tip untuk panduan anda yang juga mempunyai impian melihat sendiri Airora di depan mata.
Baca perkongsian ini:
Beberapa rakan melawat Norway dan Sweden baru baru ini tetapi pulang dengan perasaan hampa kerana tidak bertemu dengan fenomena Aurora Borealis (AB).
Selain AB anda perlu juga alami fenomena Midnight Sun dikawasan ini pada musim summer. Alhamdulillah saya sudah merasai kedua dua keajaiban bumi ini.
AB adalah fenomena alam yang natural dan ianya bukan seperti melawat zoo dan anda pasti berjumpa dengan binatang singa yang anda teringin melihatnya.
Ada beberapa tips yang anda perlu tahu untuk meninggikan peluang bertemu dengan AB.
Kebanyakkan pelawat Malaysia berharap bertemu AB di Norway, Sweden dan Iceland. Sebelum berkembara buatlah search google untuk mengetahui cara penggunaan beberapa Apps yang boleh meramal kemunculan AB.
Alhamdulillah dalam trip Northern Norway dan Sweden selama sebulan kami bertemu AB sebanyak tiga kali di Geiranger, Lofoten Island Norway dan di Abisko Sweden.
Sebenarnya ianya bukan kebetulan kerana kami memang merancang untuk mencari tempat bertemu dengan AB ini. Saya perturunkan beberapa tips untuk berjumpa dengan AB:
1. Masa terbaik untuk melihat AB adalah antara September, Oktober, November, Disember, Januari, Februari dan Mach. Ini bermakna anda perlu bersiap sedia dengan pakaian winter kerana suhu boleh menjunamkan kepada paras -10’C.
2. Tempat paling terbaik adalah di Abisko Sweden kerana ianya mempunyai micro climate tersendiri. Ini bermakna langit di Abisko tidak banyak awan dan selalu clear weather. Anda boleh menunggu di Narvik, Tromso dan kawasan Lappland Finland tetapi peluang berjumpa AB di Abisko adalah lebih tinggi.
3. 2 jam sebelum kemunculan AB, Apps akan memberi notis. Pastikan anda sentiasa up to date dengan notification dari AB Apps.
4. Bersedia menanti kemunculan AB selama beberapa jam dalam suhu -5 hingga -10’c. Kami menunggu dalam kereta sewa ditepian tasik di Abisko. Di Lofoten Island kami dapat melihat dari hotel dan di Geiranger hanya dari rumah Air BnB.
5. Perlu berjaga malam untuk menunggu kemunculan AB sehingga lewat malam. Semasa di Abisko, AB hanya mula bermain dikaki langit dari 10 malam hingga tengah malam walhal Apps meramalkan kemunculan pada 8 pm. Jikalau malas dan suka masuk selimut waktu malam dalam keadaan suhu nyaman dibilik hotel, tentu akan berjumpa AB dalam mimpi sahaja.
6. Pastikan belajar cara mengambil AB photography menggunakan DSLR dengan setting yang bersesuaian dengan tripod. Camera phone tidak termampu merakam pergerakkan AB. Rugi kalau berjumpa AB dan tidak bersedia dengan peralatan photography.
7. Luangkan masa selama seminggu hanya untuk mencari AB. Ini bermakna anda terpaksa allocate bajet yang lebih dinegara yang termahal didunia.
8. Di Abisko hanya terdapat dua hostel berbilik berkongsi WC dan kitchen dengan harga ~ Rm500 semalam. Ya, bukan murah mencari Aurora Borealis ini.
9. Baca baca baca dan buat kajian tentang Aurora Borealis. Jangan main redah kerana rugi berbelanja berbelas ribu ringgit untuk trip tetapi miss melihat AB.
Baca catatan saya semasa carian AB pada tahun 2017.
Day 10: On the trail of the elusive Aurora Borealis.
Aurora pertama yang saya saksikan dalam trip ini adalah di Geiranger Fjords, Western Norway pada jam 2 pagi tetapi ianya bermain jauh dikaki langit.
Aurora kedua kami lihat semasa di Moskenes Lofoten tetapi hanya beberapa minit sahaja kerana sudah mula turun salji lebat.
Saya telah membuat booking dua malam di Abisko Guesthouse, Sweden tetapi oleh kerana jalan terhalang disebabkan ada 3 trailer skidded, hari pertama kami bermalam di Katterjokk 20km dari Abisko. Pada waktu pagi 31 oktober baru kami dapat checkin di Abisko Guesthouse.
Ini bermakna hanya satu malam 31hb oktober sahaja kami berpeluang untuk menyaksikan Aurora Borealis yang sangat elusive ini, itu pun jika ada rezki. Secara statistik sebenarnya ianya adalah peluang yang sangat tipis kerana dari pembacaan saya, kebiasaan pelawat akan tinggal 3 malam di Abisko menanti kemunculan Cik Aurora.
Sebelum ke reception Abisko Guesthouse saya bersembang sekejap dengan saorang pelawat dari Negara China yang baru nak beredar dari guesthouse.
“Hi Bro, did you manage to see Aurora the last few nights?” tanya saya.
“No, only very faint so we are driving to Tromso now to have a better chance” balas beliau dengan pelat cina.
Merudum juga hati mendengar perkhabaran hampa dari Aurora Hunter cina tersebut.
Sebagai Jurutera memang kami dilatih untuk berfikir ‘out of the box’ dan membuat pelan kontigensi ‘What If’.
Saya ajukan beberapa senario kepada kedua rakan travel buddies Haji NS dan Haji ZS.
“Jika Aurora keluar malam ini, kita checkout esoknya dan balik ke Narvik, pulangkan kereta sewa dan travel ke Kiruna Sweden sebelum terbang ke Helsinki. Ini bermakna rancangan asal ke Tromso dibatalkan” ujar saya kepada rakan-rakan tentang senario pertama.
“Senario kedua, jika Aurora tidak kelihatan malam ini, kita extend semalam lagi di Abisko dan bertolak ke Narvik pada waktu subuh, pulangkan kereta sewa dan travel ke Kiruna. Kita cari Aurora di Kiruna dan buat keputusan selanjutnya disana” sambung saya lagi.
Rakan-rakan bersetuju kerana kami masih ada 2 minggu perjalanan lagi dan tiga kali penggunaan tiket Eurail masih belum dipakai. Di Helsinki kami berharap boleh masuk ke St Petersburg Russia tanpa perlu visa untuk mengambil kesempatan undang undang Russia 72 jam free visa dari Helsinki.
Saya semak setiap sejam dua online website dan dua Ios apps yang membuat ramalan kemunculan Aurora di Abisko. Semua menyatakan ada aktiviti Aurora bermula jam 8 pm dikawasan KP2.
Pada jam 6 pm saya menerima notification bahawa Aurora akan timbul 25 minit lagi dan terus memakai 5 lapis pakaian, 2 lapis glove, dua lapis stokin, dua lapis long john, DSLR Sony Alpha 6000, dua spare battery, termos berisi air panas dan berangkat ke tepian tasik Abisko Ostra. Saya terpaksa memakai pakaian tebal kerana menjangka akan berada diluar dengan suhu antara -5’C hingga -10’C selama 5 atau 6 jam.
“Korang pergilah berdua kerana aku tak tahan sejuk” ujar rakan Hj NS.
Hj NS berbadan kurus dan tidak tahan sejuk berbanding kami yang mempunyai buffer lemak yang lebih.
Apabila kami berdua sampai ditepian tasik sudah ada satu couple yang sedang menunggu tetapi tiada Aurora yang muncul saperti yang di forecast.
Suhu sejuk menyebabkan hidung, telinga, jari jemari dan tapak kaki menjadi sakit walaupun saya sudah berpakaian polar.
Masuk jam pertama tiada apa kelihatan dikaki langit yang menyebabkan saya mengantuk walaupun jam menunjukkan pukul 7 pm kerana semuanya gelap gelita.
Masuk jam kedua, masih tiada tanda Aurora akan muncul pada jam 8 malam. Beberapa pelawat sudah mulai datang berkerumun di spot strategik menunggu kemunculan Cik Aurora.
Saya terlelap seketika sehingga digerakkan oleh rakan Hj ZS.
“Din, Din, Aurora dah muncul” Hj ZS mengejut saya dari lamunan. Jam menunjukkan pukul 9 malam.
Saya terus bergegas memasang tripod serta camera DSLR Sony dan mencari tempat strategik. Lebih kurang sepuloh orang pelawat sudah bersedia dengan camera DSLR masing-masing mendongak ke langit.
Pada mulanya Ianya tidak jelas dan nampak saperti awan yang bergerak. Hanya dengan camera DSLR sahaja boleh merakam warna hijau Aurora ini. Beberapa minit kemudian sudah jelas saperti awan berwarna hijau, pink dan unggu bergerak-gerak saperti menari dikaki langit dan diatas kepala kami.
Itulah Cik Aurora Borealis jelitawan alam yang dinanti-nantikan.
Selama tiga jam kami snap gambar dengan beberapa setting camera untuk mendapat gambar yang clear dan cantik.
Saya mencuba berbagai manual setting, speed antara 5-25 saat, f 3.5, ISO 400-4000 dan fokus infiniti.
Pada jam 12 malam kami segera pulang ke Guesthouse dan ‘memaksa’ rakan Hj NS ke tepian tasik untuk sessi bergambar. Rugi kalau sudah terserempak dengan Aurora tetapi tidak memberi salam perkenalan. Memang rezki Hj NS dapat menyaksi Aurora walau sekejap kerana 15 minit kemudian show berakhir.
Gambar Aurora tidak boleh di snap dengan handphone kerana ianya perlu shutter speed antara 3-25 saat dan ISO tinggi, bergantung kepada pergerakkan Aurora.
Saya banyak mengambil tips dari website ini cara Aurora photography:
Semoga catatan ini boleh memberi sedikit pedoman kepada mereka yang masih mengejar Aurora Borealis untuk berkesempatan melihatnya walaupun sekali seumor hidup. Selepas Aurora Borealis boleh mulakan carian Aurora Australis pula. Woohoo!!
Catatan oleh:
Ir Haji Zainuddin Bin Haji Omar
1 November 2017
Abisko Sweden.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...