Ombak yang beralun tenang di permukaan laut bukanlah petanda pantai itu selamat untuk aktiviti mandi manda kerana terdapat beberapa faktor yang boleh mengancam keselamatan pengunjungnya.
Daripada sumber Bernama, menurut seorang Pakar Oseanografi, Profesor Madya Dr Mohd Fadzil Mohd Akhir
Ads
Walaupun ombak dilihat tenang namun di dasarnya terdapat arus karau atau “rip current” yang sangat berbahaya dan boleh menjadi ‘perangkap maut’ kepada pengunjung yang mandi manda.
Ads
Sebenarnya laut di Terengganu tidak selamat untuk sebarang aktiviti mandi manda sepanjang Monsun Timur Laut ini kerana tenaga ombak yang sangat kuat dari kawasan tengah Laut China Selatan sentiasa aktif dan boleh membawa tenaga ke kawasan pantai pada bila-bila masa dan ini yang sering menjadi punca lemas.
Namun, pengunjung yang terpesona dengan keindahan pantai dan ketenangan ombak itu akan mandi manda sedangkan ia umpama ´perangkap maut´ kepada mereka, walaupun mungkin tahu berenang namun situasi cemas akan menyebabkan mereka panik dan gagal menyelamatkan diri.
Ads
Terengganu mempunyai pantai sepanjang 244 kilometer di tujuh daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. Hanya Hulu Terengganu satu-satunya daerah yang tidak mempunyai pantai di negeri itu. Setiap tahun, Terengganu akan merekodkan kejadian mati lemas terutama pada musim Monsun Timur Laut dan kejadian itu sering berlaku di Pantai Pandak.
Kajian dijalankan UMT mendapati ‘rip current’ sering berlaku di beberapa lokasi antaranya Pantai Pandak, Chendering dan Teluk Bidara serta Teluk Lipat di Dungun.
Selain faktor “rip current”, penyelidikan oleh UMT juga mendapati faktor muka bumi seperti kecerunan turut membahayakan pengunjung yang mandi manda di pantai. Penyelidik UMT pernah ke pantai Rhu 10 di Setiu ketika air surut dan mendapati kawasan pantai itu sangat curam seperti bukit sedangkan ia tidak akan terlihat pada mata kasar ketika air pasang dan ini sangat berbahaya untuk mereka yang mandi manda.
Bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, disarankan agar kerajaan mewujudkan lebih banyak pasukan penyelamat di pantai yang sering dikunjungi bagi mengurangkan risiko kejadian mati lemas. Sekurang-kurangnya, pengunjung akan lebih berwaspada dengan amaran yang diberikan. Pertolongan cemas juga lebih mudah diberikan dengan pantas sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
Tahun lalu ada peraturan baharu akan dilaksanakan di gunung yang popular di Pulau Lombok, Indonesia.
Khemah-khemah buat pendaki-pendaki Gunung Rinjani akan berteraskan peraturan patuh syariah. Ini bermakna khemah penginapan buat pendaki bujang lelaki dan perempuan di kaki Gunung Rinjani akan dipisahkan dan tidak boleh lagi berdekatan atau duduk bersama.
Peraturan itu diperkenalkan oleh Agensi Taman Nasional Gunung Rinjani (TNGR) dalam usaha pemerintah tempatan menyokong industri pelancongan halal di Lombok, Nusa Tenggara Barat. Walau bagaimanapun usaha untuk melaksakan peraturan itu secara keseluruhan masih dikaji. Agensi berkenaan memperkenalkan peraturan berteraskan syariah itu pada pihak swasta dan berkepentingan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sejujurnya kita tak tahu bilakah kita akan berpeluang untuk melancong menggunakan penerbangan sama ada di dalam atau luar negari. Namun kita harus opstimis dalam apa jua keadaan.
Buat anda yang belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin, daftarlah segera. Dengan vaksin kita akan dapat imuniti kelompok yang akan memberikan kita kehidupan lebih selesa, terjamin dan selamat.
Apabila pandemik in semakin merudum, kita mungkin berpeluang untuk ‘terbang’ semula. Namun ada beberapa perkara harus anda berikan perhatian jika melakukan penerbangan.
Ini ada beberapa tip untuk anda menjaga dan memastikan kebersihan diri ketika di dalam penerbangan.
Setiap kali anda sentuh komponen yang ada di dalam pernerbangan anda, pastikan anda menggunakan hand sanitizer sebagai langkah untuk basmi kuman dan menjaga kebersihan diri agar tiada bakteria yang melekat pada tubuh badan.
Jika anda tiada hand sanitizer, tak menjadi malasah cuma sebaiknya basuh tangan di akhiri dengan hand sanitizer lebih bagus. Pastikan anda basuh tangan selama 20 minit untuk mengelakkan daripada kuman merebak.
Di saat sebegini lebih baik anda ambil vitamin C setiap minggu atau sebulan sebelum travel untuk pastikan imunisasi kita semakin kuat dan teguh untuk melawan bakteria asing yang cuba hinggap di badan.
Selalunya orang akan guna ‘poket’ ini untuk menyimpan sampah dan bahan terbuang. Jadi elakkan diri dari membuka atau menggunakan poket di hadapan sit tempat duduk anda.
Sebaiknya lap segala benda dengan anti-bakteria wipes seperti meja tray, tingkap screen tv dan apa sahaja yang anda tempat tertumpunya bakteria.
Walaupun perjalanan anda mengambil masa yang agak lama dan boleh anda merehatkan tetapi pastikan anda mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya agar imunisasi lebih kuat.
Kekurangan kelembapan di udara di dalam pesawat boleh mengakibatkan dehidrasi. Bekal air kosong atau mineral dan sentiasa minum air.
Jika orang di sebalah anda kurang sihat seperti batuk atau selesema, segara minta bantu dari pramugari untuk tukar tempat duduk anda yang lebih selamat.
Jika anda bosan kerana perjalanan anda lama, elakkan dari menyentuh muka kerana kuman senang merebak terutamanya bahagian mulut, hidung dan mata.
Paling penting, jangan lupa bawa topeng muka ke mana sahaja anda berada dan pakailah ia sepanjang perjalanan anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pergi pulau je mesti nak buat aktviti island hoppind dan menyelam skuba. Atau sebab kita sudah biasa kerana mengambil pakej atau merancang trip ke pulau, pantai dan laut seperti selam skuba ataupun selam snorkel.
Tak ada aktiviti lain ke selain daripada itu? Jawapannya, ada. Ada beberapa aktiviti air yang lain anda boleh cuba sekiranya ingin keluar sebentar daripada kebiasaan menyelam skuba ataupun snorkeling.
Di sini Libur senaraikan kepada anda, apakah aktiviti membabitkan air yang anda boleh lakukan sewaktu bercuti ke kawasan pulau, pantai mahupun laut. Aktiviti ni bukan sahaja menyelam, malah lebih daripada itu.
Ada aktiviti menyelam menggunakan peralatan yang terbaru dan ada juga aktiviti ronda-ronda menggunakan kenderaan bawah laut. Jadi aktiviti yang disenaraikan ini adalah pelbagai dan memberikan pilihan yang berbeza kepada anda.
Ada di antara lokasi ini tiada di Malaysia. Tapi, apa salahnya kalau disenarai pun kan? Mana la tahu satu hari nanti anda ada pasang angan-angan untuk ke tempat-tempat yang Libur senaraikan, boleh la mula menyimpan daripada sekarang.
Anda boleh cuba untuk menyelam menggunakan H2O Ninja Mask. Aktiviti ini sama seperti selam snorkeling tetapi menggunakan H2O Ninja Mask, bukan topeng biasa snorkeling. Alat biasa snorkeling selalunya menghasilkan kabus yang akan membuatkan anda perlu membersihkan kabus tersebut setelah beberapa minit menyelam, ditambah dengan alat penafasan yang agak janggal dipakai lebih-lebih lagi kepada yang pertama kali menyelam.
H2O Ninja Mask berkonsepkan topeng penafasan full-face, membolehkan anda bernafas seperti biasa menggunakan hidung berbanding alat konvensional snorkeling yang bernafas menggunakan mulut. Selain itu, cermin khas yang digunakan membolehkan anda menyah-kabus sebanyak 90 peratus – menjadikan pengalaman menyelam anda lebih baik daripada selalu.
Menyelam snuba ini sama seperti yang anda lihat penyelam yang menyelam ke dasar laut dalam menggunakan hos lalu disambung dengan tong oksigen. Snuba ini membolehkan anda menyelam ke kedalaman yang lebih dalam berbanding snorkeling tetapi tidaklah melebihi kedalam menyelam skuba – yang memerlukan anda memakai peralatan yang lebih rumit dengan teknik-teknik tertentu.
Satu alat penafasan yang mudah akan disambungkan dengan tong oksigen lalu diberikan kepada anda untuk dipakai, membolehkan anda menyelam ke kedalaman 15 kaki dengan mudah. Dengan kadar penglihatan yang jelas di bawah laut, pasti pengalaman menyelam anda lebih menyeronokkan berbanding biasa.
Antara lokasi yang terkenal dengan peralatan seperti ini adalah di Florida Keys, Amerika Syarikat. Penyelam boleh meneroka kawasan terumbu yang dipanggil sebagai Great Florida Reef. Bilakah peralatan seperi ini akan sampai ke Malaysia. Kita tunggu mana-mana syarikat yang ingin melabur dengan peralatan ni nanti ya.
Alat menyelam ini seakan-akan bentuk motorsikal, anda boleh menunggang dan tidak perlu untuk menyelam beriya ke sana ke mari dengan menggunakan Submersible Scooter ini. Ia ada ruang yang memboleh anda memasukkan kepala dengan selesa dan bernafas seperti biasa.
Ruang kepala ini membolehkan anda menoleh ke kiri dan ke kanan dengan mudah, lantas menjanjikan pengalaman menyelam yang berbeza dengan orang lain. Aktiviti menyelam seperti ini anda boleh lakukan di Kepulauan Honduras, Hawaii ataupun Mauritius. Jauh? Tak berapa jauh pun sebenarnya dengan teknologi pengangkutan yang kita ada zaman sekarang ni.
Lagipun, ramai orang Malaysia yang berbulan madu ke sana. Manalah tahu satu masa nanti anda pula yang akan berbulan madu ke tempat-tempat yang disebutkan tadi. Boleh la cuba aktiviti Submersible Scooter ni.
Kapal Selam Aquatica ini adalah kapal selam mini yang boleh memuatkan antara 3 hingga 5 orang dalam satu-satu masa. Ini bukanlah kapal selam perang berkuasa nuklear yang anda tonton dalam filem. Ini hanyalah kapal selam mini rekreasi yang boleh membawa anda menjelajah ke dasar laut untuk merasai dan melihat dengan mata kepala sendiri, apakah yang ada di bawah laut selama ni.
Kapal selam Aquatica ini boleh menyelam ke kedalaman 3,300 kaki. Selain daripada digunakan untuk tujuan pelancongan, kapal selam Aquatica ini juga digunakan sebagai pengangkutan untuk tujuan penyelidikan dan pembelajaran.
Satu lagi kapal selam yang membolehkan anda merasai pengalaman di bawah laut. Anda boleh rasai sendiri pengalaman menyelam menggunakan kapal selam Atlantis ini sewaktu bercuti sama ada ke Hawaii, Caribbean ataupun Guam.
Kapal selam menggunakan kuasa bateri ini boleh menyelam ke kedalaman 100 kaki dan boleh membawa penumpang dengan kapasiti 12 orang dalam satu-satu masa. Disebabkan menggunakan kuasa bateri, kapal selam ini mesra alam sekitar dan tidak memberikan pencemaran bunyi, sama ada kepada hidupan bawah laut mahupun kepada anda sebagai penumpang.
Selain daripada itu, di tapak selaman kapal selam ini, syarikat pengoperasinya juga telah meletakkan terumbu karang buatan manusia di beberapa lokasi kapal tenggelam – lalu menghasilkan terumbu karang buatan yang kini menjadi rumah kepada penyu dan ikan-ikan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...