Minggu ini ada beberapa siri gempa bumi yang dilaporkan berlaku di dunia. Kejadian berlaku hanya selang beberapa hari antara lokasi-lokasi yang dilaporkan.
Malaysia juga tidak terkecuali menerima kesan gegaran gempa bumi pada kejadian Isnin tengah malam.
Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter dilaporkan berlaku di perairan Kota Marudu, Sabah tengah malam 9 Mac 2020. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kejadian berlaku pada pukul 12.48 malam, pada kedalaman 10km, kira-kira 22km Timur Laut, Kota Marudu. Gegaran mungkin dirasai di persekitaran kawasan gempa itu.
Pada 10 Mac 2020, gempa bumi sederhana kuat bermagnitud 5.0 pada skala Richter mengegarkan kawasan Bogor, Jawa Barat, yang terletak kira-kira 83 kilometer dari Kota Jakarta. Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa itu berlaku pada 5.18 petang waktu Indonesia barat, berpusat di 38km barat daya kota Bogor-Jabar, di kedalaman 10km.
Ads
Tiada amaran tsunami dikeluarkan BMKG. Berdasarkan komen-komen netizen di laman Twitter BMKG, gegaran gempa itu turut dirasakan di kawasan Bogor, Depok (kota berhampiran Jakarta), kawasan kota Sukabumi di Jawa Barat serta beberapa kawasan di Jakarta Pusat. Setakat ini belum terdapat laporan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa.
Wilayah Autonomi Tibet, China pada Selasa dilanda tiga kali gempa bumi, satu daripadanya berkekuatan 5.0 pada skala Richter, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ads
Gempa bermagnitud 5.0 itu dengan pusat gempa bumi pada 32.84 darjah utara dan 85.52 darjah timur, menggegar daerah Gerze di wilayah Ali pada pukul 2:12 pagi Selasa, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China. Dua lagi gegaran berkekuatan 3.7 dan 3.4 pada skala Richter.
Siasatan awal mendapati tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan setakat 10 pagi 10 Mac 2020. Pusat gempa itu terletak di sekitar kampung di Gerze. Kebanyakan penduduk sedang tidur ketika kejadian. Gerze adalah daerah terbesar di wilayah Ali, dikenali sebagai pusat industri peternakan.
Gempa bumi dengan kekuatan 5.47 pada skala Richter menggegarkan kawasan yang terletak empat kilometer berhampiran bandar Alberto Oviedo Mota, Mexico kira-kira jam 3.52 pagi 7 Mac 2020, lapor agensi berita Xinhua. Memetik Pusat Geologi Amerika Syarikat, pusat gempa adalah pada kedalaman 32.29 kilometer. Gempa 5.47 pada skala Richter gegar bandar Alberto Oviedo Mota, Mexico
Foto hiasan: Jonathan M. Lettow via AP
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hebatnya, bukan calang-calng orang diberi kesempatan untuk sampai ke jauh dalam lautan Jurang Mariana.
Bekas angkasawan dan ahli geologi NASA, Kathy Sullivan menjadi wanita pertama menyelam ke titik paling dalam di dasar laut, dikenali sebagai Challenger Deep, yang terletak dalam Jurang Mariana di Lautan Pasifik.
Walaupun sudah berusia 68 tahun, Kathy Sullivan sangat bertuah berjaya menghabiskan ekspedisi berkenaan dengan menggunakan kenderaan submersible DSV Limiting Factor (LF). Misi berkenaan memerlukan Sullivan menyelam sehingga 35,000 kaki di bawah permukaan laut.
Kenderaan yang dibina oleh syarikat Triton Submarines yang berpangkalan di Florida, adalah kenderaan pertama dalam sejarah yang berulang kali berjaya sampai ke titik terdalam di lautan itu. Selalunya pada kedalaman itu, penyelam perlu berhadapan dengan tekanan yang sangat besar, kegelapan yang melampau dan tahap suhu yang hampir mencapai beku, dan hanya hidupan mikroorganisma tertentu yang boleh hidup.
Misi terbabit mencipta sejarah tersendiri pada 7 Jun 2020 dan Kathy Sullivan dan pasukanny kembali ke pelabuhan di Pulau Guam pada 15 Jun 2020.
“Sebagai ahli oseanografi dan angkasawan, ini adalah hari yang luar biasa, sekali seumur hidup, dapat melihat keadaan di Challenger Deep dan kemudian membandingkannya dengan nota dengan rakan-rakan di ISS mengenai kapal angkasa lepas yang boleh digunakan semula,” kata Kathy Sullivan yang menghabiskan masa lebih sejam di situ.
Pada 1984, Sullivan menjadi wanita pertama dari Amerika Syarikat yang berjalan di ruang angkasa lepas. Dia kini menjadi individu kelapan yang berjaya sampai ke Challenger Deep, mengikuti jejak beberapa tokoh terkenal lain, antaranya Don Walsh dan Jacques Picard pada tahun 1960, dan juga pengarah filem Titanic, James Cameron pada tahun 2012.
Ada yang dah mula mencari tiket penerbangan percutian dalam Malaysia hujung tahun ke tu? Dicadangkan sangat untuk anda terjah tiket promosi yang dilakukan AirAsia.
117035306_10158757236937387_4309087531745295848_o
Promosi tiket murah AirAsia! Tambang penerbangan seredah RM12 sehala dan RM24 pergi dan balik! Tempoh promosi bermula sekarang hingga 19 Januari 2020. Tempoh penerbangan bermula bulan 5 Oktober 2020 hingga awal 28 April 2021. Tempah segera melalui aplikasi atau laman rasmi AirAsia dengan segera!
Berikut senarai harga sempena promosi AirAsia kali ini!
Promosi tiket penerbangan domestik AirAsia serendah RM12 sehala dan RM24 pergi dan balik!
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) akan memperkenalkan kempen pelancongan baru bagi menggantikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) yang dibatalkan akibat COVID-19.
Datuk Seri Nancy Shukri berkata kempen baharu itu bersifat jangka panjang yang akan memperkukuhkan jenama ‘Malaysia, Truly Asia’ dan mengetengahkan pengalaman unik yang terdapat di Malaysia. MOTAC yakin usaha ini akan mengukuhkan daya saing dan kelestarian industri pelancongan negara di samping memastikan industri ini inklusif.
Foto: Tourism Malaysia
Sebelum ini, kempen VM2020 telah dibatalkan serta-merta bagi mencegah penularan COVID-19 selain impak wabak yang menjejaskan sektor pelancongan di Malaysia serta dunia.
Berikutan wabak COVID-19, anggaran semasa kerugian yang dihadapi pemain industri pelancongan negara seperti sektor penginapan, pengangkutan, beli-belah, makanan dan minuman serta penganjuran acara perniagaan bagi tempoh Januari hingga Mac 2020, melebihi RM9 bilion. Sehubungan itu hasil perbincangan bersama pemain industri baru-baru ini, satu pelan tindakan strategik akan diperkenalkan.
Foto: Selangor Kini
MOTAC telah melakar pelan tindakan strategik untuk membantu merancakkan kembali industri ini dan memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia yang bergantung kepada industri ini terjamin.
MOTAC akan berbincang dengan Kementerian Kewangan serta agensi berkaitan bagi memperhalusi semua pandangan yang dikemukakan pemain industri pelancongan terutamanya berkaitan dengan bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada industri itu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...