4 Lokasi Popular Membeli-Belah Di Perlis. Penuh Bonet Kereta Kalau Singgah Negeri Indera Kayangan

Share

Perlis merupakan negeri terkecil di utara Semenanjung, namun kecil-kecil negeri Indera Kayangan ini mempunyai tarikan istimewa yang pelbagai dan wajib dikunjungi sekali dalam seumur hidup anda.

Ketika bercuti di negeri ini, mesti antara perkara lain selain berjalan-jalan adalah shopping, kan? Lebih-lebih lagi buat golongan hawa. Memang tak akan lepaskan peluang membeli apa sahaja buah tangan untuk dibawa pulang. Sama ada buah tangan tu untuk diri sendiri dan keluarga, atau dibagi-bagikan kepada sanak saudara dan sahabat handai. Jadi, untuk mereka bercuti di negeri Indera Kayangan, ini lokasi wajib singgah kalau ingin membeli-belah.

Nat Pokok Getah

Nat Pokok Getah merupakan pasar pagi yang terletak di Pauh, Arau. Uniknya pasar pagi ini terletak betul-betul di dalam kebun getah dan beroperasi pada setiap hari jumaat dan ahad. ‘Nat’ adalah slanga orang Perlis yang bermaksud pasar pagi. Pelbagai barangan dijual disana dari bahan tanaman dan ternakan sehinggalah ke barang antik. Nat Pokok Getah, terletak berhampiran pekan Arau.

Padang Besar

Padang Besar merupakan syurga membeli-belah bagi rakyat Malaysia kerana lokasinya di kawasan bebas cukai di antara sempadan Malaysia-Thailand. Suasana di sini sangat menarik kerana anda dapat melihat, merasa dan membeli berbagai barangan makanan yang unik dan tidak terdapat di negara kita. Kebanyakkan barang yang dijual di sini adalah produk keluargan tempatan dan juga negara Thailand. Jangan lupa untuk tawar-menawar di sini untuk mendapatkan harga yang berbaloi.

Kuala Perlis

Kuala Perlis terkenal sebagai pintu masuk untuk ke Langkawi. Selain laksa dan makanan laut yang terkenal di sini, anda juga boleh menikmati keindahan pemandangan persisir pantai serta perkampungan nelayan di mukim Kuala Perlis. Jika anda mencari produk laut, di sini adalah lokasinya. Antara produk popular yang ada dijual sekitan Kuala Perlis adalah belacan Perlis, ikan kering, ikan pekasam dan banyak lagi.

Bandar Kangar

Jika anda ingin mencari barang atau produk yang biasa anda beli, boleh singgah di bandar Kangar. Walaupun tidak memiliki pusat membeli-belah mega, namun banyak premis perniagaan yang menjual produk kebiasaan atau berjenama yang ada di bandar besar.

image via google

IKLAN