Buat anda yang inginkan kelainan mungkin boleh bawa keluarga untuk lawati kolam air panas!

Dengan cuaca yang jarang sekali hujan sekarang memang sangat sesuai untuk ke kolam air panas terutamanya pada waktu pagi atau lewat petang.

Negeri Perak menawarkan beberapa lokasi kolam air panas yang cukup menarik. Rentas negeri dah boleh, inilah masanya untuk anda lawatinya!

Kalau anda atau ada kawan-kawan anda yang mempunyai perangai macam ni, jom singgah ke lokasi yang Libur cadangkan ni. Tak jauh pun, semua ada di Perak je.

Felda Residence Hot Springs, Sg. Klah, Sungkai

Tak Sangka Negeri Perak Ada Seleksi Kolam Air Panas Sangat Menarik!
Gambar www.booking.com

Lokasi yang terletak di Sungkai ini turut dikenali dengan nama Taman Rekreasi Air Sg. Klah. Dek kerana kawasan ini adalah dibawah Felda Residence Hot Springs, ianya dikelilingi oleh pokok kelapa sawit dan pemandangan itu membuatkan lokasi ini nyaman kerana banyak tumbuh-tumbuhan semula jadi yang menghijau hidup di situ.

Kalau anda hanya ingin mandi air panas, anda boleh berbuat sedemikian dan usah khuatir kerana di sini juga ada kolam biasa untuk anda yang datang saja-saja nak main air selain air panas. Boleh pilih antara dua – sama ada nak mandi di kolam terbuka atau mandi kolam privasi. Yang pasti, kena datang awal sebab ramai orang yang berkunjung ke sini terutamanya pada hujung minggu atau cuti umum.

Lagi satu perkara, anda tidak dibenarkan membawa makanan dari luar. Jangan risau tentang makanan kerana di sini ada peniaga yang menjual makanan kepada anda. Untuk anda yang nak bermalam di sini, penginapan di Felda Residence menyediakan pelbagai pilihan untuk anda dan boleh ke laman sesawang Felda Residence untuk membuat tempahan.

Bayaran masuk:

Dewasa (12-54 tahun)
Tempatan – RM15
Antarabangsa – RM18

IKLAN

Kanak-kanak (4-11 tahun)
Tempatan – RM12
Antarabangsa – RM15

Kolam air panas privasi berharga dari RM80 ke RM120 untuk ruang berhawa dingin dan boleh memuatkan 4-6 oang dewasa dengan selesa.

Kolam Air Panas Lubuk Timah, Simpang Pulai

Tak Sangka Negeri Perak Ada Seleksi Kolam Air Panas Sangat Menarik!
Gambar sini.com.my

Orang Perak mesti dah biasa dengan tempat ni, tapi kalau anda yang datang dari luar Perak, ini spot air panas yang perlu anda kunjungi sekiranya ingin merasai kelainan kolam air panas berbanding tempat-tempat lain.

Anda boleh berkunjung ke sini pada bila-bila masa sahaja tapi cadangan daripada www.tempatmenarik.my adalah diluar musim hujan. Keadaan hujan boleh membuatkan persekitaran di sini menjadi licin dan membawa risiko kecederaan kepada pengunjung terutamanya kepada kanak-kanak.

Maknanya dari bulan November hingga Februari adalah masa yang kurang sesuai untuk ke sini. Selain daripada itu adalah masa yang terbaik.

IKLAN

Air Panas Pengkalan Hulu, Pengkalan Hulu

Tak Sangka Negeri Perak Ada Seleksi Kolam Air Panas Sangat Menarik!
Gambar www.ceritaku.my

Chalet Air Panas Pengkalan Hulu ni juga satu persinggahan yang menarik kalau anda merancang untuk bercuti ke Thailand anda nak ke Royal Belum, Perak. Singgah la ke sini bersama keluarga untuk menikmati kolam air panas.

Banyak review daripada orang awam yang mengatakan tempat ini menarik untuk dilawati dan terdapta kemudahan untuk anda menginap di sini barang semalam dua. Cas masuk juga berpatutan, hanya RM2 seorang. Jadi pada sesiapa yang nak ke Thailand melalui Stesen Imigresen Bukit Berapit, boleh singgah dulu ke sini ya.

Kolam Air Panas Kuala Woh, Tapah

Tak Sangka Negeri Perak Ada Seleksi Kolam Air Panas Sangat Menarik!

Hutan Lipur Kuala Woh yang terletak di daerah Tapah, Perak bukanlah lokasi pelancongan yang baharu. Namun masih ramai yang belum tahu mengenai keindahan alamnya.
Keunikan lokasi ini adalah pengunjung boleh mandi-mandi di kawasan jeram air terjun. Dalam masa yang sama dapat menikmati kolam air panas di situ.

Kemudahan yang disediakan sangat membantu pengunjung yang datang. Kemudahan asas seperti pondok rehat, tandas, bilik persalinan, tapak perkhemahan, dewan terbuka dan chalet memudahkan orang ramai yang datang bersama ahli keluarga atau berkumpulan.

IKLAN

Suasananya yang tenang dengan bunyi kicauan burung membuatkan hati tidak sabar untuk menjelajah ke kawasan tersebut.

Kawasan sekitarnya bersih dan terjaga, tiada sampah di buang di merata-rata tempat dan pengunjung yang datang juga masing-masing faham mengenai aspek penjagaan kebersihan.

Waktu operasi:
7 pagi – 6 petang

Bayaran masuk:
Dewasa (18 tahun ke atas) – RM2
Warga Emas (60 tahun ke atas) – RM1
Kanak-kanak (18 tahun ke bawah) – RM1
kanak-kanak (3 tahun ke bawah) – Percuma
Warga Asing – RM5

Kolam Air Panas Trong, Taiping

Tak Sangka Negeri Perak Ada Seleksi Kolam Air Panas Sangat Menarik!

Kolam air panas ini terkenal sebagai kolam air panas untuk perubatan. Ada beberapa pilihan untuk anda menikmati air panas di kolam ini – ada kolam Puteh, kolam Jepun, bilik mandi tertutup bilik VIP dan kolam khas yang boleh memuatkan 10 pengunjung dalam satu-satu masa.

Setiap pengunjung hanya dikenakan bayaran sebanyak RM2 sahaja tetapi sekiranya anda ingin upgrade menggunakan kemudahan-kemudahan lain seperti kolam VIP atau kolam khas yang disediakan, bayaran bermula daripada RM10 ke atas akan dikenakan kepada anda. Kepada anda yang ingin ke sini dan membuat tempahan, boleh hubungi 05-8553990.

Waktu operasi: 8 pagi – 12 tengah malam termasuk hari cuti (kecuali cuti raya)

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI