Nak tahu kat manakah bandar dengan nama paling panjang dan susah nak sebut? Salah satunya memang sering jadi tumpuan pelancong.
Sesuatu benda atau tempat mudah untuk diingat atau disebut bila namanya ringkas dan mudah.
Contohnya Tokyo, Oslo, New York dan Osaka dan banyak lagi. Meskipun mempunyai banyak suku kata tapi ia mudah disebut dan diingat.
Ada beberapa bandar di dunia ini yang mempunyai nama cukup panjang malah sukar untuk disebut. Boleh buat lidah berbelit-belit hendak menyebutnya, ini 5 bandar di dunia yang ada nama paling panjang dan sukar untuk disebut.
Terdiri dari 58 huruf, Bandar Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch (dibaca: llan-vire-pooll-gwin-gill-gore-ger-ih-queern-drorb-ooll-llandy-silio-gore-gore-goch) terletak di Wales, Inggeris. Orang tempatan biasanya menyebut bandar ini sebagai Llanfair PG.
Ia merupakan nama bandar paling panjang di sana. Asalnya nama bandar ini memang dah cukup panjang, iaitu Llanfair Pwllgwyngyll. Pada 1860-an, namanya dipanjangkan lagi hingga menjadi seperti yang dipanggil sekarang.
Maksud yang tersirat di sebalik nama Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch adalah “Gereja St. Mary di lembah hazel putih dekat pusaran air deras dan Gereja St. Tysilio di gua merah”. Nama tersebut diambil daripada bahasa Wales.
Suatu masa dahulu kota ini dikenali dengan nama yang cukup ringkas dan mudah untuk diingat namun kini ia telah ditukar kepada Krung Thep Maha Nakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit dan bukan lagi Bangkok.
Kerana terlalu panjang, korang boleh menyebut nama kota ini Krung Thep saja. Maksud daripada perkataan Krung Thep Maha Nakhon sendiri merupakan “Kota agung para malaikat”. Nama kota ini mempunyai total sebanyak 168 huruf. Panjang kan?
Azpilicuetagaraycosaroyarenberecolarrea
Kota ini berada di Spanyol, iaitu di daerah Azpilkueta, Navarra. Nama salah satu kota paling panjang di dunia ini terdiri dari 39 huruf. Tidak hanya jadi nama kota terpanjang di Sepanyol, nama kota ini juga merupakan kota kedua dengan nama paling panjang di Eropah.
Dinamakan Azpilicuetagaraycosaroyarenberecolarrea kerana diambil dari bahasa Basque yang bererti “Bidang rendah dari pena tinggi Azpilkueta”. Menariknya ia merupakan salah satu daerah paling hijau di Eropah.
Ads
Äteritsiputeritsipuolilautatsijänkä
Beralih di Finlandia. Di negara ini juga ada bandar dengan nama cukup panjang. Berjumlah 35 huruf, bandar yang dimaksud adalah Äteritsiputeritsipuolilautatsijänkä. Walaupun tidak diketahui apa maksud di sebalik nama tersebut tapi yang pasti ia berasal dari bahasa Finnish.
Nama ini bermula daripada seorang pemilik pub yang selalu gagal mendaftarkan tempat asalnya dan sekarang, nama tak bermakna ini dikenali hingga ke hari ini.
Parangaricutirimicuaro
Berada di Mexico, bandar ini dikenali juga dengan nama Nuevo San Juan Parangaricutirimicuaro. Nama Parangaricutirimicuaro terdiri daripada 23 huruf. Jarak bandar ini dari Mexico lebih kurang sejauh 23 kilometer.
Ads
Parangaricutirimicuaro berada di sebuah wilayah bernama Michoacán yang tak jauh dari Paricutin Volcano. Di Parangaricutirimicuaro terdapat Hutan Purépecha yang mana orang-orang dari suku tersebut menghasilkan barangan untuk dijual untuk pendapatan mereka.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perjalanan selama empat jam meredah perjalanan ke Lata Penyel yang terletak di Sg. Siput, Perak berbaloi saat melihat sahaja air terjun yang cukup indah dengan udara yang segar.
Perkhemahan kali ini agak berbeza buat Farhana Baharuddin dan keluarga kerana perlu mendaki untuk ke tapak perkhemahan selama 15 ke 20 minit.
Berada di kawasan yang tinggi dengan udara yang segar dan sejuk, menurut Farhana, camping kat sini tak perlukan kipas, ditemani pula bunyi air terjun dan unggas yang bersahut-sahutan, sangat tenang.
Menyifatkan perkhemahan mereka ke sini sebagai half wild kerana tak perlukan deko tent dan sebagainya, ia kelainan yang cukup menarik buat camper seperti keluarga mereka.
Ikuti pengalaman Farhana yang dikongsikan bersama gambar-gambar yang menarik. Betul lah bak kata madah pujangga, ‘Biar Gambar Berbicara’
Perjalanan 4 jam lebih dari KL. Kami gerak dari KL jam 1 pagi dan tidur sekejap di R&R Simpang Pulai.
Jam 7 pagi mulakan perjalanan ke Pos Yum dan tiba di kawasan pondok check in jam 8.30 pagi.
Selalu tapak camping parking sebelah kereta je . Kali ni nak ke tapak perlu hiking. Hiking manja2 gituh dalam 15-20 minit.
Jadi korang kene pikul la barang. Maka janganlah bawa sofa, peti ais, periuk belanga besar semua tu atau boleh upah porter orang asli kampung tu RM10 je seorang.
Check in di kaunter dan untuk camping boleh parking kereta di dalam. Day trip boleh parking tepi jalan.
Kebanyakannye datang day trip. Jam 3 pagi diorang akan hiking di Bukit Berekeh dan turun hiking akan mandi air terjun. Mostly yang datang orang muda-muda dan single. Kami je berkeluarga camping situ.
– Pondok RM50/RM60/RM70 (ikut saiz)
– Elektrik (X)
– Telco (X)
– Tandas bersih
– Tapak khemah atas tanah (tapi tak besar dan hanya ade 3 shj)
– Porter Angkat barang RM10
Kawasan ni tak sesuai untuk khemah besar. Kebanyakan khemah dome yang sesuai pasang atas pondok dan kawasan berbukit.
Oleh sebab kawasan ni tinggi dari aras laut maka udaranya lembab dan sejuk. Tak perlu kipas dan malam make sure korang bawa sleeping bag. Kalau tidak merekot senjuknya.
Suasana malam yang sejuk ditemani bunyi air terjun dan unggas. Sangat tenang.
Ni kira half wild camping la. Takde deco tent semua. Kita cuba kelainan pulak.
Sebelum datang boleh call/booking pondok atau tapak khemah dulu.
+6011-31579080 Awang (mungkin akan reply lewat sebab coverage teruk)
Jika anda berada berhampiran Lembah Klang, tidak perlu pergi jauh untuk lepak santai bersama teman dan keluarga. Pusing-pusing sahaja sekitar Selangor, anda pasti jumpa ‘port’ menarik untuk singgah. Paling istimewa lokasi yang dicadangkan ini sangat photo-worthy! Jom plan ke sini..
1) KAFE LA FLEUR X UNIQORN, SUBANG JAYA
Daerah Petaling terkenal dengan kafe yang hipster dan unik. Antaranya adalah Kafe La Fleur x Uniqorn yang bertemakan ‘Unicorn’. Kafe ini dihiasi warna merah jambu dengan patung-patung unicorn yang sangat comel untuk pengunjung mengambil gambar bersama. Nama ‘La Fleur’ ini dimaksudkan dengan minuman panas seperti kopi, coklat panas dan lain-lain lagi manakala ‘Uniqorn’ pula dimaksudkan dengan makanan yang dihias dengan tema ‘unicorn’ tersebut pada wafel, ais krim, pancake
dan lain-lain lagi. Alamat: 01, E1, 02, Jalan Lagoon Selatan, Sunway Geo Avenue, 47500 Subang Jaya, Selangor
2) KAFE JIBBY & CO, SUBANG JAYA
Kafe Jibby & Co yang cantik dan unik ala-ala kafe Melbourne terletak bersebelahan
dengan pusat beli-belah Empire, Subang. Anda perlu singgah ke kafe ini sekurang-
kurangnya sekali kerana suasananya yang sangat estetik. Kafe 2 tingkat ini juga
bertemakan konsep minimalis, lampu-lampu digantung di siling, tanaman pasu
berwarna-warni, tingkap kaca yang besar ditembusi dengan cahaya semula jadi dan
dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan yang dihias dengan menarik untuk diambil
gambar. Alamat: Empire Shopping Gallery, Jalan SS 16/1, Ss 16, 47500 Subang Jaya,Selangor
3) KAFE KUEH, SHAH ALAM
Jika anda ingin menikmati makanan tradisi melayu, singgahlah di Kafe Kueh. Bertemakan tradisi Melayu, mereka menyediakan hampir 40 jenis kuih yang boleh anda nikmati. Kafe ini terdiri daripada dua bahagian iaitu di luar dan juga di dalam berserta dengan penghawa-dingin yang selesa dihiasi dengan lukisan mural pada dinding untuk mengambil gambar. Bukan itu sahaja, terdapat juga menu lain seperti Laksam, Nasi Lemak, Nasi Hujan Panas, Lempeng, pelbagai jenis minuman dan banyak lagi. Alamat: No 6 Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor
4) KAFE LE GARDENZ, KUALA SELANGOR
Kafe yang dibuka pada tahun 2014 ini terletak di Daerah Kuala Selangor. Semestinya menjadi pilihan ramai untuk berehat dan menenangkan fikiran sambil menikmati kepelbagaian makanan yang disediakan dari hidangan utama hingga pencuci mulut. Kafe 4 tingkat ini mempunyai tema tersendiri yang berkonsepkan kontena, corak-corak dinding yang menarik serta konsep kehijauan di tingkap 4. Kafe ini sering dipenuhi dengan pelanggan kerana sering menawarkan menu promosi serta terdapat juga ruang untuk sambutan hari jadi dan majlis. Alamat: Jalan Kpb 5, Kawasan Perindustrian Balakong, 43300 Seri Kembangan,Selangor
5) THE PICNIC TABLE/SIMPLYSANDWICH, PETALING JAYA
Dengan cuaca yang agak panas dan tidak menentu sepanjang tahun, berkelah merupakan satu masalah di Malaysia. Oleh itu, Kafe The Picnic ini boleh menyelesaikan masalah tersebut kerana kafe ini bertemakan suasana berkelah tetapi di dalam bangunan. Jadi, tidak akan ada masalah dengan cuaca jika ingin berkelah. Kafe ini dihiasi karpet rumput yang mana pengunjung boleh duduk di lantai sanbil menikmati makanan, meja-meja kayu, tempat khas ‘jamming session’ dan banyak lagi. Kafe ini menyediakan seleksi menu yang lazat seperti sandwich ayam bakar keju, kek lapis, kek ‘slice’ dan juga minuman yang pelbagai. Alamat: 62A-G, The Strand, Kota Damansara The Strand, 21, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
6) THE BOTANIST, SEPANG
Bagi pengunjung yang ingin bersiar-siar di Sepang, anda boleh singgah di kafe The Botanist 2 tingkat yang estetik dan cantik yang mana hiasan perabot, dinding malah bingkainya dibuat daripada kayu. Pada luaran kedai pula, dipenuhi dengan kehijauan pokok-pokok alam semula jadi memberikan anda ketenangan fikiran. Antara menu yang disediakan oleh Kafe The Botanist ini adalah seperti beger buatan sendiri, kek, kopi, jus buah, dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan. Alamat: GP3A-03M, LEVEL 3M, Tamarind square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya
7) KAFE N16, SABAK BERNAM
Terletak di kawasan sawah padi, kafe mini yang unik ini merupakan hasil daripada bas antik lama yang diubah suai menjadi kafe. Pengunjung yang ingin datang meluangkan masa bukan sahaja dapat menikmati makanan malah dapat menikmati pemandangan lautan kehijauan padi yang luas. Kafe N16 ini menyediakan makanan seperti spaghetti, ayam goreng Korea, kek dan minuman. Para pengunjung juga dapat mengisi memori telefon mereka dengan mengambil gambar kawasan padi dan juga gambar bas antik ini. Anda mungkin akan mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke sini dari Shah Alam, tetapi ianya berbaloi kerana persekitaran kafe ini yang cantik dan unik. Alamat: Jalan Tali Air 4, Tanjong Karang, 45400 Sekinchan, Selangor
8) KAFE BLOCK, GOMBAK
Kafe Block yang dibuka pada tahun 2018 ini menjadi tempat kegemaran ramai untuk meluangkan masa mereka. Dengan seni bina berkonsepkan minimalis moden yang cantik, amat sesuai bagi pengunjung untuk mengambil gambar di kafe ini sambil menikmati makanan. Kafe Block ini menyediakan menu ‘Asian’ dan ‘Western’ untuk dinimkati pelanggan. Kafe ini juga bukan sahaja boleh dijadikan tempat makan dan berehat, malah boleh dijadikan lokasi majlis yang mana ianya mampu untuk memuatkan 50 orang pada satu-satu masa. Kepada mereka yang singgah di Kafe Block, jangan lupa untuk mencuba menu Ayam Penyet (Javanese Fried Chicken) terkenal yang merupakan makanan kegemaran para pelanggan yang singgah ke kafe ini. Alamat: No. 59-G, Lorong Perusahaan Ringan 1, Kawasan Perusahan Ringan Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
9) KAFE BACKSTREET, KUALA LANGAT
Kafe Backstreet merupakan salah satu kafe ‘hipster’ di Daerah Kuala Langat. Dibuka
pada tahun 2014, kafe ini dihias kreatif dengan hiasan bercorakan tapak tangan dan
tulisan menu makanan di dinding dengan menggunakan kapur putih dan amat sesuai
untuk pengunjung yang datang mengambil gambar sambil menikmati makanan. Alamat: C-G-, Pekan 4, 19, Taman Seri Bayu Morib, Medan Seri pekan, 42700 Banting, Selangor
10) KAFE DENALI & PINNACLES, BANGI
Kafe Denali & Pinnacles yang luas ini terletak di Bangi dan mempunyai 2 ruangan luar dan dalam. Kafe ini berada di tingkat 2 bangunan yang mana pengunjung yang singgah akan menikmati pemandangan yang indah pada waktu petang. Kafe yang berkonsepkan bohemian ini amat sesuai untuk bergambar atau ‘OOTD’ kerana hiasan dan dekorasinya yang pelbagai warna serta menampilkan tekstur unsur-unsur segar dari alam semulajadi. Alamat: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
11) KAFE PROVISION, DAMANSARA
Kafe Provision ini dibuka hanya pada pukul 8 pagi hingga 6 petang sahaja. Jika singgah di kafe ini, sangat sesuai datang pada waktu pagi kerana kafe ini menyediakan menu yang kecil dan ‘simple’ seperti roti-roti hasil buatan sendiri seperti sandwich, roti bakar, ‘sourdough’ dan lain-lain lagi. Dengan kecantikan elegen dan simple, di hadapan kedai ini dicat dengan warna oren dan sesuai untuk bergambar dan juga ‘OOTD’ untuk dimuat naik dalam media sosial anda. Alamat: 49, Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor
12) TINY BAKER IN PINK, DAMANSARA
Kafe ala-ala Korea ini sesuai untuk pengunjung datang meluangkan masa sambil bergambar kerana hiasan yang menarik di setiap sudut kedai. Kafe ini menyediakan menu kek yang dihiasi cantik dengan pelbagai corak, warna dan dekorasi. Kafe ini juga menyediakan ruang jika ingin mengadakan majlis hari jadi dan lain-lain lagi. Alamat: C58-2, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
13) KAFE TUJOH, PETALING JAYA
Kafe Tujoh terletak di Seksyen 17 di mana kafe ini mempunyai ruang yang selesa dan cantik kerana dilengkapi dengan dua ruang berbeza di dalam kafe. Seni bina dan dekorasi di dalam kafe ini dipenuhi dengan perabot yang bergaya termasuk televisyen dan radio klasik dan vintaj, dihias dengan pokok-pokok hijau, poster, lukisan hitam dan putih moden serta gabungan lampu yang digantung. Latar belakang yang rimbun dan biasan cahaya matahari dari luar membuatkan Kafe Tujoh ini menjadi lebih menarik dari pelbagai sudut untuk dimuat naik di landasan Instagram. Alamat: 617, Jalan 17/10, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor
14) KAFE BUKKU, KLANG
Dengan memiliki senibina dan reka bentuk dalaman yang minimalis dan estetik seperti di Jepun, kafe ini sangat cantik untuk pengunjung singgah dan mengambil gambar. Nama kafe ‘Bukku’ bermaksud buku dalam Bahasa Inggeris yang mana perabot dalaman kafe ini dihias dengan kayu rak buku berserta susunan buku dan hiasan kopi yang dibalut cantik. Jika singgah ke kafe ini, jangan lupa untuk mencuba ‘Salted Egg Croissant’, ‘Almond Tiramisu’ dan ‘Burnt Cheesecake’ yang sering disebut-sebut oleh orang ramai. Alamat: No.1, Jalan Singgahsana 4A/KU5, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor
15) KAFE TUAH, BANGI
Kafe yang berkonsepkan santai ini dikenali ramai dengan menu yang pelbagai bermula dengan makanan hinggalah ke minuman. Jika singgah ke kafe ini, jangan lupa untuk mencuba hidangan makanan Western seperti Trip Platter yang terdiri daripada gabungan buffalo wings, meatball daging dan juga kentang goreng yang dijamin sedap dan mengenyangkan. Selain itu, terdapat juga pelbagai perisa kopi frappucino seperti Cookies Cream, Black Forest dan banyak lagi. Alamat: No20, Jalan 7/1c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Libur tahu ada yang selitkan sikit pek makanan dalam beg diorang bila pergi travel dan ada juga yang tak. Ada sorang kawan Libur ni, kalau setiap kali pergi travel dengan dia, mesti Libur lepak sekali. Sebab dalam beg dia ada macam-macam kudapan. Sepanjang jalan tu mulut asyik mengunyah makan, haha.
Mana yang tak bawa macam Libur dulu-dulu, mengendeng la dekat kawan Libur ni. Kita menumpang rezeki sekali la dengan apa yang dia ada. Tapi itu dulu-dulu la. Sekarang Libur dah bawa pek makan sendiri setiap kali pergi travel. Tak banyak, tapi cukup la nak alas perut sebelum sampai ke restoran atau nak buat kunyah-kunyah sepanjang perjalanan.
Tip untuk anda diluar sana yang nak tapau makan dalam beg, Libur nasihatkan jangan bawa makanan yang berkuah. Senang kata jangan bawa makanan yang leceh untuk disediakan dan boleh cepat basi. Contoh macam bawa nasi lemak, bihun, lontong. Kita nak pergi travel tuan-tuan dan puan-puan, bukan nak pergi picnic. Haha.
Bawa makanan yang kering, mudah, dan cepat. Tak ada makanan yang betul-betul mengenyangkan pun tak apa. Bawa kudapan ni nak alas perut sahaja sebelum sampai ke destinasi. Bila dah sampai destinasi nanti, baru la kita cari restoran untuk makan makanan yang sedap-sedap.
Sebagai contoh, Libur tunjukkan kepada anda:
p/s: produk ni tak berbayar ya. Libur tak buat pengiklanan di sini. Semua gambar ni hanya nak beri contoh kepada pembaca setia Libur sahaja.
Itu antara barang-barang yang Libur pek sekali dalam beg setiap kali pergi travel. Nampak barang-barang tu macam besar, tapi boleh je nak salin dalam packaging kecil-kecil. Contoh macam nescafe dan milo tu kan, satu plastik tu ada beberapa stik kecil-kecil. Muat je nak masukkan dalam beg.
Itu antara beberapa barang kudapan makanan yang Libur bawa sewaktu travel. Macam Libur cakap tadi, ada banyak lagi pilihan lain. Bergantung kepada anda untuk mempelbagaikan jenis apa yang anda nak bawa. Dan lagi satu tip: bawa kudapan ni mampu untuk menceriakan sesuatu trip. Perut yang berisi mampu menceriakan hati. Tak percaya? Cuba lah.
Sekian rujukan travel dan percutian anda. Selamat bercuti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...