
Ada bandar yang orang datang untuk tengok mercu tanda, ada juga yang orang sanggup terbang jauh semata-mata mahu rasa sendiri suasana gayanya. Dari butik mewah hingga street style yang sentiasa mencuri perhatian, bandar-bandar ini bukan sekadar tempat membeli-belah, tetapi memang hidup dengan identiti fesyen yang kuat.
Paris, Milan, London, Seoul dan Tokyo sering menonjol dalam pengalaman pelancongan rasmi masing-masing melalui kawasan shopping, gaya hidup bandar dan budaya kreatif yang rapat dengan dunia fashion.
Kalau anda jenis yang suka tengok gaya orang di jalanan, singgah department store ikonik, masuk butik designer atau sekadar berjalan sambil cuci mata di kawasan shopping terkenal, lima bandar ini memang patut masuk wishlist. Setiap satunya ada karakter sendiri, dan itulah yang buat pengalaman fashion travel terasa lebih hidup.
Paris, Perancis
Paris memang sukar dipisahkan daripada imej fesyen dunia. Bandar ini ada aura klasik, elegan dan mewah yang sangat kuat, sampai berjalan di kawasan tertentu pun sudah cukup buat orang rasa seperti berada dalam latar kempen fesyen.
Portal rasmi Paris turut meletakkan pengalaman shopping sebagai sebahagian daripada tarikan utama bandar ini, membuktikan bahawa gaya dan Paris memang cukup sinonim. Yang membuatkan Paris istimewa bukan hanya butik mewahnya, tetapi keseluruhan suasana bandar itu sendiri.
Dari boulevard yang kemas, jendela butik yang cantik hinggalah gaya orang tempatan yang nampak effortless, semuanya membuatkan Paris terasa seperti ibu kota gaya yang tidak perlu terlalu mencuba untuk kelihatan mahal.
Milan, Itali
Kalau Paris ada aura romantik dan klasik, Milan pula hadir dengan rasa high fashion yang lebih tajam dan moden. YesMilano secara jelas menyebut bahawa Milan dan fashion memang terkenal di seluruh dunia, daripada kemewahan Quadrilatero della Moda hinggalah kawasan shopping yang lebih mesra pelbagai bajet.
Milan juga ada kelebihan tersendiri kerana fesyen di sini bukan sekadar dipamerkan di butik, tetapi terasa dalam atmosfera bandar. Ada sentuhan elegan yang membuatkan setiap sudut nampak polished, dan itulah yang menjadikan Milan sangat menarik untuk peminat fashion yang sukakan gaya mewah tetapi tetap kemas dan sophisticated.
London pula lebih berani, lebih eksperimental dan lebih pelbagai. Visit London menonjolkan bandar ini sebagai destinasi shopping dengan ribuan kedai pakaian, daripada luxury fashion di Bond Street dan Mayfair hinggalah kawasan yang lebih trend-led seperti Carnaby Street dan Oxford Street.
Apa yang menarik tentang London ialah bandar ini tidak terikat pada satu gaya sahaja. Ada sisi mewah, ada sisi edgy, ada juga sisi vintage dan quirky yang menjadikan pengalaman fashion di sini lebih bebas dan penuh karakter. Sebab itu, London terasa seperti bandar yang meraikan eksperimen, dan inilah yang buat ramai pencinta fesyen suka kembali lagi.
Seoul, Korea Selatan
Seoul sekarang memang tak boleh dipandang ringan bila bercakap tentang fashion. Bandar ini hidup dengan trend semasa, pengaruh budaya pop dan gaya anak muda yang sangat kuat.
BACA LAGI: Tip Elak Jadi Mangsa ‘Pickpocket’ Ketika Melancong
Jadi tidak harianlah, reputasi Seoul sebagai bandar shopping dan trend-led city memang jelas dalam promosi pelancongannya serta pengalaman yang sering dikaitkan dengan kawasan beli-belah, kafe dan budaya urban Korea.
Yang membuatkan Seoul begitu menarik ialah cara fashion di sini terasa dekat dengan kehidupan harian. Gaya jalanannya nampak moden, kemas dan sangat dipengaruhi budaya semasa, membuatkan bandar ini sesuai untuk mereka yang suka trend cepat berubah, visual yang fresh dan suasana shopping yang sentiasa hidup.
Tokyo, Jepun
Tokyo pula ada identiti yang sangat berbeza. Dari kawasan mewah seperti Ginza dan Omotesando hinggalah area yang lebih eksperimental dan kuat dengan identiti street style setiap satu menampilkan pengalaman berbeza.
Panduan rasmi Tokyo dan Japan National Tourism Organization juga menyebut Tokyo sebagai bandar dengan pilihan fashion dan shopping yang sangat luas.Tokyo menarik kerana ia boleh jadi sangat mewah pada satu sudut, dan sangat kreatif pada sudut yang lain. Inilah bandar yang membenarkan fesyen kelihatan glamor, unik, pelik dan cool dalam masa yang sama.
Lima lokasi menarik ini membuktikan bahawa dunia fesyen bukan hanya hidup di pentas runway. Ia juga bernafas di jalan bandar, kedai kecil, department store, kawasan shopping terkenal dan gaya orang yang lalu-lalang setiap hari. Kalau anda memang suka fesyen, lima bandar ini bukan sekadar cantik untuk dilihat, tetapi memang seronok untuk dirasai sendiri.