5 Mall Baru Yang Bakal Jadi Port Trending Tahun 2026

Share

Tahun 2026 nampaknya makin meriah dengan kemunculan beberapa pusat beli-belah baharu di Malaysia, terutama sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Genting Highlands.

Bukan sekadar tempat membeli-belah, mall generasi baharu kini tampil dengan konsep lebih menarik. Ada yang dibina bersebelahan tasik, ada yang menggabungkan seni dan budaya, malah ada juga yang terletak berhampiran mercu tanda ikonik negara.

Kalau anda suka mencari lokasi baharu untuk berjalan-jalan hujung minggu, ini lima mall yang dijangka menjadi antara port trending sepanjang 2026.

1. AK Antara Signature Mall, Genting Highlands

Kalau bercuti ke Genting Highlands, kini ada satu lagi lokasi yang boleh dimasukkan dalam itinerari iaitu AK Antara Signature Mall.

AK Antara Signature Mall, Genting Highlands Kredit Foto: Artist’s Illustration

Pusat beli-belah ini dilancarkan secara rasmi pada penghujung April 2026 dan mengetengahkan konsep gaya hidup yang menggabungkan tempat makan, membeli-belah, wellness serta hiburan.

Lokasinya di kawasan tanah tinggi menjadikan mall ini menarik untuk mereka yang mahu menikmati suasana lebih santai sambil mencari tempat makan atau berehat selepas seharian meneroka Genting.

Lokasi: Genting Highlands, Pahang
Status: Sudah dibuka

2. Coalfields Retail Park, Bandar Seri Coalfields

Coalfields Retail Park pula antara pusat beli-belah paling baharu yang dibuka pada Ogos 2026.

Coaldfield Retails Park, Sungai Buloh Kredit Foto: Artist’s Illustration

Apa yang membuatkan mall ini berbeza ialah konsep gabungan ruang indoor dan outdoor serta lokasinya yang bersambung dengan taman tasik.

Antara jenama dan tarikan yang diumumkan termasuk Village Grocer, Decathlon, Harvey Norman, HarborLand, Blue Ice Skating Rink serta beberapa pilihan makanan dan hiburan keluarga.

Konsep mall tepi tasik seperti ini memang sesuai dijadikan lokasi family outing, terutama buat mereka yang mahu bersantai selepas membeli-belah.

Lokasi: Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh, Selangor
Status: Baru dibuka Ogos 2026

3. Ombak KLCC, Kuala Lumpur

Berada di tengah ibu kota, Ombak KLCC mula menerima pengunjung pada Ogos 2026.

Ombak KLCC, Kuala Lumpur Kredit Foto: Artist’s Illustration

Lokasinya yang strategik berhampiran kawasan KLCC serta mempunyai akses pengangkutan awam menjadikannya mudah dikunjungi tanpa perlu memandu.

Ombak KLCC bukan sekadar menawarkan ruang membeli-belah, malah turut memberi penekanan kepada seni, budaya dan komuniti.

Konsepnya yang lebih moden dan urban menjadikan lokasi ini antara port baharu yang berpotensi menjadi tumpuan warga kota dan pelancong.

Lokasi: Persiaran KLCC, Kuala Lumpur
Status: Sudah dibuka

4. 118 Mall, Merdeka 118

Antara yang paling dinantikan tahun ini ialah 118 Mall yang terletak di kawasan Merdeka 118.

118 Mall, Kuala Lumpur Kredit Foto: Artist’s Illustration

Mall ini dijangka menempatkan lebih 300 outlet merangkumi fesyen, makanan, gaya hidup dan hiburan.

Turut menarik perhatian ialah Malaysian Artisan District yang bakal mengetengahkan produk tempatan serta Makanism Foodhall yang menawarkan pengalaman makanan dalam satu ruang.

BACA LAGI: Ada 1,788 Bilik! Istana Sultan Brunei Ini Diiktiraf Istana Kediaman Terbesar Di Dunia

Lokasinya di kaki Merdeka 118 sudah tentu menjadi tarikan utama, terutama buat mereka yang mahu meneroka kawasan ikonik baharu Kuala Lumpur.

Lokasi: Merdeka 118 Precinct, Kuala Lumpur
Status: Dijangka dibuka November 2026

5. AEON Mall KL Midtown, KL Metropolis

Penduduk sekitar Mont Kiara, Hartamas dan Dutamas pula boleh menantikan pembukaan AEON Mall KL Midtown.

AEON Mall KL Midtown, KL Metropolis Kredit Foto: Artist’s Illustration

Terletak dalam pembangunan KL Metropolis, pusat beli-belah ini dijangka membuka pintunya pada suku keempat 2026.

Beberapa penyewa yang diumumkan termasuk Oriental Kopi, Dolly Dim Sum, Sushiro dan KOMEHYO.

Dengan lokasinya di kawasan pembangunan moden Kuala Lumpur, mall ini dijangka menjadi antara port baharu untuk makan, membeli-belah dan bersantai.

Lokasi: KL Metropolis, Kuala Lumpur
Status: Dijangka dibuka antara Oktober hingga Disember 2026

Banyak Port Baru Untuk Weekend Hunting

Kemunculan mall-mall baharu ini menunjukkan pusat beli-belah kini bukan lagi sekadar tempat membeli barang.

Daripada konsep mall tepi tasik, ruang seni dan budaya hinggalah lokasi yang terletak berhampiran mercu tanda terkenal, setiap satu menawarkan pengalaman tersendiri.

Kalau anda jenis suka meneroka tempat baru, memang berbaloi masukkan lima lokasi ini dalam senarai untuk weekend hunting sepanjang 2026.

Oleh
Syahir Hannan