Minggu depan dah mula cuti sekolah seminggu dan mesti ada anak-anak yang akan tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu, bila mak ayah nak bawa mereka keluar bercuti. Okay senang je. Tak payah keluar bajet besar, bawa saja mereka mandi laut di pantai-pantai ni:
Kredit gambar www.tempatmenarik.my
Pantai Batu Buruk
Pantai Batu Buruk terletak berhampiran dengan Kuala Terengganu. Dah alang-alang sampai ke Kuala Terengganu tu, jom singgah sebentar ke sini. Kalau ada perancangan nak ke sini, pastikan anda bawa sekali kelengkapan untuk berkelah. Pantai ni memang menarik dijadikan tempat untuk beriadah bersama keluarga tersayang. Bawa la layang-layang, boleh anda bermain bersama anak-anak.
Kredit gambar ffterengganu.blogspot.com
Pantai Kelulut
Pantai ini terletak di Marang dan istimewa mengenai tempat ini adalah restoran-restoran yang menyajikan makanan laut sepanjang pesisir pantai. Makanan yang special di sini adalah ikan bakar.
Ads
Kredit gambar mapio.net
Pantai Teluk Lipat
Kalau anda bercadang nak ke Pantai Teluk Lipat ni, singgah juga ke Pantai Teluk Gadong kerana kedua pantai ini bersambungan antara satu sama lain dek kerana pantainya yang panjang. Pemandangan di pantai ini cantik dan sesuai untuk anda beraktiviti bersama keluarga. Kalau petang-petang, anda akan dapat lihat ramai pelajar dari UiTM Dungun menghabiskan masa petang mereka di sini.
Ads
Kredit gambar unikversiti.blogspot.com
Pantai Teluk Bidara
Pantai ini juga terletak di Dungun. Pantai ini agak panjang, jadi memang puas anda nak bermain kejar-kejar dengan anak-anak. Main layang-layang pun sangat menyeronokkan kerana pesisir pantainya yang cantik dan bersih. Pasirnya juga halus, memang membuatkan rasa seronok berjalan di sekitar pantai ini tanpa memakai kasut atau selipar. Air pantai di sini sangat biru, mampu membuatkan anda asyik ketika berada di sini.
Ads
Kredit gambar ffterengganu.blogspot.com
Pantai Penarik
Pantai Penarik ni selalu di singgahi oleh mereka yang dalam perjalanan menuju ke Kelantan. walaupun menjadi tempat persinggahan atau R&R kepada si musafir, tak dinafikan tempat ini sangat cantik untuk dilawati bersama keluarga. Di sini mempunyai beberapa kedai makanan laut yang menyediakan makanan yang cukup enak untuk santapan anda. Pantai di sini jauh lebih putih dan halus berbanding pantai-pantai yang lain, malah air lautnya juga lebih biru dan cantik.
Itu 5 pantai yang menarik untuk Libur cadangkan kepada anda. Jangna tunggu lama lagi, cuti sekolah dah nak dekat. Rancang percutian anda sekarang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ada empat masa yang terbaik untuk anda melancong ke Brunei Darussalam, iaitu:
15 Julai Hari Keputeraan Sultan Brunei
Pada hari keputeraan Sultan Brunei, anda berpeluang untuk masuk ke dalam istana Sultan dan ini merupakan peluang yang terbaik untuk anda mencipta momen dan kenangan dalam masa cuti anda. Tapi pastikan anda berpakaian menutup aurat tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan (perempuan wajib bertudung). Jika tidak, anda tidak dibenarkan masuk ke dalam istana. Menurut rakyat tempatan Brunei, anda berpeluang untuk melihat koleksi kereta Sultan Brunai yang ada di dalam istana tersebut.
Hari Raya Aidiladha
Bagi yang tidak menyambut perayaan aidiladha, anda boleh melancong ke Brunei pada masa ini. Ada banyak sambutan yang boleh dilakukan di sana malah anda berpeluang untuk bertemu dengan Sultan dan Permaisuri.
Sambutan Hari Kebangsaan
Sekiranya anda seseorang yang sukakan bunga api, bercuti ke Brunei pada masa sambutan Hari Kebangsaan adalah masa yang sesuai. Sambutan Hari Kebangsaan Brunei Darussalam diadakan setiap 23 Februari.
Pesta Menuai
Setiap 1 Jun, Brunei akan menyambut pesta menuai dan waktu ini akan mengejutkan anda bahawa sebenarnya ramai non-muslim yang tinggal di Brunei. Satu daripada kumpulan etnik terbesar yang tinggal di Brunei adalah Iban. Etnik Iban mempunyai budaya dan perkampungannya yang tersendiri di daerah Temburong. Jadi rangka lawatan anda untuk merasai pesta menuai ke kawasan Bangar.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebelum ini, kawasan Kampung Pulau Tengah, Kubang Kerian Kelantan hanyalah sebuah perkampungan yang tiada keistimewaan malah terpinggir daripada pembangunan tetapi kini ia seakan mencetus fenomena baharu apabila semakin menjadi tumpuan orang ramai selepas tular di laman media sosial sejak sebulan lalu sebagai destinasi ekopelancongan domestik.
Kampung Pulau Tengah sebelum ini hanya meriah dengan aktiviti penduduk kampung sahaja. Namun setelah tular dilaman sosial, lokasi yang mempunyai keindahan alam semula jadi mampu menarik kehadiran pengunjung sehingga mencecah lebih 500 orang sehari pada hujung minggu. Pertambahan pengunjung yang luar biasa itu bukan sahaja memberikan kelebihan kepada Kampung Pulau Tengah yang menawarkan kombinasi ekopelancongan, agropelancongan serta pelancongan desa, sekali gus menjadi lubuk rezeki bagi penduduk di kampung berkenaan.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk para pengunjung menikmati keunikan di Kampung Pulau Tengah antaranya:
Merentasi denai Sungai Pengkalan Datu melalui jambatan sejauh satu kilometer.
Menikmati hidangan makanan di atas pokok setinggi kira-kira 10 meter.
Menyusuri sungai dengan menaiki bot.
Melawat taman kelip-kelip serta ladang lebah kelulut.
Menuai nira nipah.
Mengutip lokan.
Info:
Jika pengunjung memilih untuk melakukan aktiviti menyusuri sungai dengan menaiki bot, pengunjung berpeluang melewati tiga kampung sejauh tiga kilometer iaitu dari Kampung Pulau Tengah hingga ke Kampung Pulau Melaka melihat aktiviti komuniti setempat serta menikmati keindahan alam semula jadi di Sungai Pengkalan Datu.
Setakat ini terdapat tiga bot yang disediakan penduduk kampung dan ia dapat menampung permintaan seramai 18 penumpang pada setiap masa dengan kadar bayaran yang dikenakan antara RM10 hingga RM15 bermula seawal 10 pagi hingga 6.30 petang.
Bagi taman kelip-kelip ia dibuka bermula 8.30 malam sehingga 10.30 malam pada setiap hari kecuali ditutup pada hari Selasa dan Khamis yang terletak 200 meter dari Kampung Pulau Tengah dengan kadar bayaran bermula RM10 hingga RM15 dengan menaiki perahu. Kampung Pulau Tengah ini mempunyai hutan yang masih dipelihara dengan baik, oleh itu pengunjung berpeluang merasai pengalaman melihat kelip-kelip sekitar tempoh satu jam dengan menaiki perahu.
Di Restoran Astacona Riverview Island pula mencipta kelainan bagi menarik kedatangan pengunjung dengan menawarkan peluang kepada mereka untuk menikmati hidangan di atas pokok setinggi hampir 10 meter. Restoran ini sudah mula bertapak sejak lima tahun lalu dengan kehadiran hanya 50 orang pelanggan sehari, namun kini ia mencecah berkali ganda sehingga 400 pelanggan sehari sejak tempat itu tular. Bagi menjaga keselamatan, hanya dua orang pelanggan sahaja dibenarkan menikmati hidangan atas pokok untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini, malah pengunjung juga berpeluang untuk menaiki menara itu bagi melihat pemandangan dari atas dengan kadar bayaran RM1 seorang dengan had masa 30 minit.
Jom cuti-cuti Kelantan~
Foto: FB Orang Kelantan | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nampak menarik juga Rainforest Discovery Center (RDC), inilah Canopy Walk Yang Terpanjang di Sabah!
Anda boleh menikmati alam semula jadi di sini. Kalau tengok rasa macam naik canopy walk ni dah tinggi, tetapi hakikatnya pokok-pokok di sini lagi tinggi.
Terletak lebih kurang 30 minit perjalanan daripada bandar Sandakan.
Tarikan utama disini adalah canopy walk sepanjang 620 meter yang menjadikannya antara tarikan ikonik di Sandakan serta canopy walk terpanjang di Sabah.
Pengunjung juga berpeluang untuk melihat pelbagai jenis flora dan fauna di dalam kawasan RDC ini.
Antaranya pelbagai jenis burung, serangga dan lain-lain. Selain itu ada juga aktiviti seperti Zipline dan juga jambatan gantung melintasi tasik.
Dibuka setiap hari dari 8am sehingga 5pm, kalau night walk bermula dari 6pm-8pm (isnin,rabu,jumaat).
Yuran Masuk:
Dewasa – Rm7
Kanak2 5-17thn – Rm3
Lokasi:
Rainforest Discovery Center(RDC)
Batu 16, Jalan Lintas Sibuga
Sepilok, Sandakan, Sabah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...