Bagi yang belum tahu, Fjällräven Polar adalah ekspedisi merentas kawasan bersalji yang bermula dari Norway hingga Sweden melibatkan jarak sejauh 300 km menggunakan dog-sled. Sebelum kita bermula lebih jauh, mari kita baca serba sedikit mengenai ekspedisi Fjällräven Polar.
Segalanya bermula apabila Ake Nordin bertemu Kenth Fjellborg pada tahun 1990. Kenth merupakan seorang pemandu dog-sled profesional dan beliau pernah menyertai Iditarod, satu pertandingan dog-sled bertaraf dunia di Alaska. Bermula dari saat itu, Ake mendapat inspirasi bersama Kenth untuk mencipta satu ekspedisi serupa dengan Iditorad tapi boleh disertai oleh orang awam yang biasa yang bukan profesional. Pada tahun 1997, setelah segala proses dokumentasi dan persiapan berjaya disiapkan, ekspedisi Fjällräven Polar dilaksanakan di Scandinavian Arctic buat julung kalinya.
Ads
Apa yang mencabar mengenai ekspedisi Fjällräven Polar ini adalah peserta akan berdepan dengan cabaran yang datang dari pelbagai sudut seperti merentas kawasan bersalji tebal dengan suhu 30 darjah celcius di bawah paras beku. Selain daripada itu, pengetahuan dan kelengkapan yang digunakan oleh mereka juga akan diuji sama ada mampu untuk menempuh cabaran di kawasan bersalji sehingga berjaya ataupun tidak.
Bagi mereka yang menyertai ekspedisi ini, Fjällräven Polar memberikan peluang sekali dalam seumur hidup untuk merasai pengalaman yang begitu mencabar limitasi mental dan fizikal kerana selama 6 hari ekspedisi, mereka akan tidur dan makan di kawasan yang dilitupi salji tebal. Sudah tentu ianya akan menguji kekuatan mental dan fizikal kerana tidak semua peserta akan datang dari negara yang bercuaca sejuk.
Lebih menarik mengenai ekspedisi Fjällräven Polar ini adalah kesemua 20 orang peserta akan diundi dari seluruh dunia yang dibahagikan kepada 10 kategori iaitu Nordic East, Nordic West, Mediterranean, UK/Benelux, GAS, Central Europe, Asia, Asia/Ocenania, North America dan lain-lain. Dalam pada itu, ada juga penyertaan yang akan dipilih oleh juri yang dilantik oleh penganjur ekspedisi.
Selain itu, ekspedisi ini juga tidak akan berjaya tanpa dog-sled yang dipacu oleh anjing daripada baka Alaskan dan Siberian Husky. Sejumlah 200 ekor anjing akan terlibat untuk membantu para peserta menjayakan ekspedisi ini.
Ads
Ads
Ekspedisi Fjällräven Polar 2019 sejauh 300 km ini akan bermula pada 8 April hingga 13 April di Signaldalen, Norway di mana kesemua 20 peserta ekspedisi akan menunggang dog-sled merentasi Palstsa, Rastojaure, Kattuvuoma, Sevujarvi, sebelum berakhir di Vakkarajarvi, Sweden.
Sehingga kini, seramai 54 orang rakyat Malaysia telah mendaftarkan untuk menyertai ekspedisi Fjällräven Polar 2019. Antara nama yang berada di kedudukan 5 teratas adalah Azam Mohd Shidid (7,100 undi), Muqharabbin Mokhtarrudin (5,385 undi), Loe Fakhrul (1,538 undi), ArtChan Ali (744 undi), dan Rico Loo (461 undi).
Azam Mohd ShididMuqharabbin MokhtarrudinLoe FakhrulArtChan AliRico Loo
Anda boleh lihat kesemua peserta Malaysia di sini.
Untuk pengetahuan semua, Malaysia berada di bawah kategori Asia/Oceania dan rakyat Malaysia akan bersaing dengan tujuh negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Singapura, Australia, New Zealand, Thailand dan Vietnam. Buat masa ini, kategori Asia/Oceania didahului oleh Willy Kurniawan dari Indonesia dengan undi sebanyak 7,386 dan Azam dari Malaysia berada di tempat kedua.
Oleh yang demikian, dengan semangat Malaysia Boleh, marilah kita undi rakan-rakan kita dari Malaysia agar ada wakil dari negara bertuah ini ke ekspedisi Fjällräven Polar 2019! Tarikh tutup pengundian ekspedisi Fjällräven Polar 2019 adalah pada 13 Disember 2018. Boleh buat undian anda di sini.
Boleh dikatakan ini gabungan yang mantap, lebih-lebih lagi untuk memburu pesalah degil ketika Perintah Kawalan Pergerakan.
Bukan setakat ingin tahu tujuan anda keluar dari rumah dan berada di atas jalan raya, silap hari bulan kereta dengan ‘cermin gelap terlebih had’ anda itu turut dikenakan saman.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di semua sekatan jalan raya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Foto: Sinar Harian
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Shaharuddin Khalid, JPJ akan berhubung dengan pihak PDRM bagi tujuan penyelarasan tugasan dan pengaturan anggota supaya operasi yang dirancang mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
JPJ sentiasa komited dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat khususnya dalam situasi pandemik COVID-19 ini.
Oleh kerana pintu sempadan masih belum dibuka, jadi ramai sahabat dalam Grup Backpacker Buddies Malaysia yang berkongsi gambar menarik di luar negara.
Bagi Armizi Mustapha yang tinggal di Melbourne, dia juga tidak ketinggalan berkongsi gambar-gambar menarik di bandar ini terutama ketika musim spring/bunga.
Menurutnya apabila sudah boleh travel nanti dan sesiapa berhajat untuk ke Melbourne digalakkan datang ketika musim spring.
Ini kerana bagi yang suka mengambil gambar tak perlu untuk touch up lebih-lebih. Pemandangan semulajadi dengan langit membiru, bunga berwarna warni dan rumput menghijau menjadikan ia suasana yang menarik untuk ditatap.
Selain itu dia juga turut mengambil gambar sistem trams yang menjadi pengangkutan utama di bandar ini.
Menurutnya sistem tram elektorik ini sudah bermula sejak tahun 1889 lagi. Walaupun dulu hanya untuk mengangkut barang tetapi kini Melbourne menjadi pusat sistem trams terbesar di hemisphere selatan.
Maaflah kalau saya asyik posting gambar Melbourne jer. Mesti korang dah muak kan?.bukan apa dah tak tahu nak buat apa lockdown ni.
Just nak bagi tahu, if next time semua dah kembali normal dan pulih, kalau nak datang travel ke Melbourne, datang lah musim spring/bunga.
Cuaca dan suasana memang cantik. Amik gambar memang tak perlu nak touch up dah. Langit biru, bunga warna warni, rumput hijau, suhu chilled jer. Tak panas tak sejuk orang kata.
Memandangkan sistem trams menjadi pengangkutan utama di Melbourne CBD, saya kongsi kan beberapa gambar yang saya snap.
Kalau korang nak tahu, sistem trams elektrik di Melbourne ni telah bermula sejak 1889 lagi.
Tapi sebelum tu dah ada trams yang menggunakan cara manual untuk mengangkut barang2. Yang guna kuda pun ada. Dan kini, Melbourne menjadi pusat sistem trams terbesar di hemisphere selatan.
Bak kata orang tak kenal maka tak cinta, sambil bercuti sambil merakam kenangan. Setiap bucu di Melbourne CBD menawarkan persekitaran menarik untuk anda merakam gambar.
Disebabkan pandemik COVID-19, beberapa cadangan telah dikemukakan supaya kemasukan pengunjung ke pantai peranginan Teluk Cempedak, Kuantan dihadkan terutamanya pada hujung minggu bagi memastikan aspek penjarakan fizikal dapat dipatuhi.
Cadangan itu difikirkan perlu dilakukan, ekoran keadaan minggu lalu mendapati jumlah pengunjung di situ mencecah sehingga 2,000 orang dan terlalu ramai ketika musim cuti perayaan sehingga berlaku kesesakan di laluan masuk ke pantai itu. Terkini, jumlah pengunjung di pantai peranginan Teluk Cempedak itu dihadkan kepada 1,000 orang pada satu-satu masa ketika hujung minggu, bagi memastikan pematuhan terhadap penjarakan fizikal, berkuat kuasa serta merta.
Pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) baharu itu bermula dari pukul 10 pagi hingga pukul 10 malam pada Jumaat hingga Ahad, dengan pengunjung diwajibkan mengambil kad pengunjung di tiga laluan masuk.
Tiga laluan masuk yang dibenarkan ke Teluk Cempedak ialah melalui kawasan letak kenderaan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), kawasan letak kenderaan pihak swasta dan laluan antara dua restoran segera McDonalds dan KFC di situ.
Tiada had masa ditetapkan kepada setiap pengunjung, namun jika jumlah pengunjung sudah mencapai had ditetapkan, mereka akan melencongkan kenderaan yang ingin masuk Teluk Cempedak ke tempat lain melainkan bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan pandu lalu restoran segera di situ.
Pekerja, penjaja dan pekedai di Teluk Cempedak tidak perlu mengambil kad pengunjung, namun diwajibkan menunjukkan kad pekerja atau pengesahan kepada petugas yang berada di laluan masuk.
Pengunjung diwajibkan mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera atau secara manual, menjalani pemeriksaan suhu, memakai pelitup muka serta wajib menjaga penjarakan fizikal semasa berada di sekitar pantai itu.
Bagi memastikan pelaksanaan SOP berjalan lancar, MPK, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan ditempatkan di laluan masuk dan sekitar Teluk Cempedak.
Diharap pengunjung dapat memberikan kerjasama kepada SOP ini dan dapat bersabar jika mereka perlu beratur lama bagi mengambil giliran masuk. Tindakan ini perlu diambil bagi memastikan kita dapat menjaga penjarakan fizikal bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...