Memulakan kerjaya sebagai pramugari ketika usianya 21 tahun, Bette Nash, 86 dinobatkan sebagai pramugari paling lama berkhidmat di dunia oleh Guinness World Records.
Berkerja di syarikat penerbangan antarabangsa, American Airlines, Bette telah berkhidmat di syarikat tersebut selama 65 tahun.
Credit Photo: abc news
Memetik laporan media antarabangsa, sebagai pramugari ‘senior’, Nash boleh memilih laluan penerbangannya dan sebahagian besar karier dia melakukan penerbangan ulang alik New York-Washington-Boston.
Ini bagi membolehkan dia pulang setiap malam untuk menjaga anak lelakinya yang kurang upaya.
Ads
Menceritakan permulaan kerjaya, Nash berkata, ketika itu penumpang membeli insurans hayat daripada mesin layan diri sebelum menaiki pesawat.
Katanya lagi, syarikat penerbangan akan turut ‘memeriksanya’ di rumah untuk memastikan dia tidak tinggal bersama lelaki kerana pramugari perlu berstatus bujang.
Syarikat penerbangan itu juga menimbang berat badannya sebelum memulakan syif dan boleh menggantungnya jika berat badannya bertambah, ujar Nash lagi.
Ads
“Anda perlu mempunyai ketinggian tertentu dan mempunyai berat tertentu. Dulu ngeri.
“Jika berat anda bertambah beberapa kilogram, anda perlu terus menimbang diri dan kemudian jika ia kekal seperti itu, mereka akan ‘memotong’ gaji anda,” katanya.
Ads
Sumber: Astro Awani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Cuci mata dan jalan-jalan cari barang di ‘uptown’ menjadi kelaziman kebanyakkan mereka yang tinggal di Lembah Klang.
Mana tidaknya, harga yang ditawarkan di premis jualan seperti ini lebih berpatutan dan sangat berbaloi untuk dibeli. Selain itu, jika pengunjung pandai tawar-menawar, dan peniaga bijak memberi harga istimewa, jual beli pasti di lebih menyeronokkan. Namun, ketika pandemik wabak COVID-19 menular di negara, aktiviti dan operasi di ‘uptown’ dihentikan seketika.
Pasti ramai yang merindui untuk menjejakkan kaki di sini dan selepas lebih 3 bulan, PKNS Uptown Shah Alam kembali beroperasi dan dibuka sepenuhnya kepada pengunjung. PKNS Uptown Shah Alam dibuka setiap hari bermula 3 petang sehingga 10 malam sepanjang tempoh PKPP.
Setiap pengunjung wajib mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Jom bantu lebih 400 peniaga di PKNS Uptown Shah Alam kembali menjana ekonomi!
Majalah antarabangsa hebat, TIME menyenaraikan Pulau Pinang antara 10 destinasi mampu lawat di Asia bagi pelancong Barat.
Majalah itu dalam artikelnya ‘10 Amazing Asian Vacations That Won’t Cost a Fortune’, memaparkan destinasi murah dan memuaskan untuk dilawati.
Menurut TIME, kos untuk 2 orang bagi seminggu di Pulau Pinang ialah USD2,669 (RM11,399)
Pulau Pinang dengan tarikan budaya campuran budaya, makanan, rumah agama, tempat menarik, pantai cantik, kehidupan malam hari dan pusat beli – belah yang murah.
Kadar bilik hotel menurun 10% setiap tahun, menjadikan purata sekitar USD80 (RM342) semalam, menurut Hotels.com. Tambang udara juga jatuh , 16% setiap tahun hingga kadar USD916 (RM3,925) perjalanan pulang.
Kebanyakan pelancong bertumpu di George Town, dan bangunan Unesco World Heritage Site. Tarikan makanan yang pelbagai (yang juga baru ini disenarai dalam antara makanan gerai terbaik dunia) seperti rojak pasembur, nasi kandar, kuey teow dan pelbagai lagi makanan murah dan sedap.
Bagi memahami pertembungan dua budaya timur dan barat, rumah seperti Khoo Kongsi dan Cheah Kongsi jadi tarikan. Disitu mural besar, ukiran seramik, dan binaan yang mengagumkan. Taman Negara Pulau Pinang juga menawarkan keindahan alam flora dan fauna di samping pantai yang cantik.
Sejumlah artifak sebahagiannya dipercayai berusia lebih 1,000 tahun dijumpai di kawasan aktiviti pengorekan pasir di Sungai Pahang, baru-baru ini.
Artifak yang ditemukan itu kebanyakannya dipercayai dari China iaitu serpihan seramik celadon Dinasti Song, serpihan seramik porselin Dinasti Ming dan duit syiling Dinasti Tang, Dinasti Song serta Dinasti Ming. Turut ditemui ialah duit syiling Kesultanan Pahang dan Kesultanan Melaka.
Penemuan ini berlaku apabila beberapa serpihan artifak ditemui di dalam penyedut pasir sebelum penyelidikan bawah air yang dikawal selia Jabatan Warisan Negara dijalankan selama tiga hari bagi memberikan perincian jelas ke atas hasil dapatan kajian ini. Sebilangan besar pecahan seramik kelihatan mempunyai retakan baharu, manakala sebilangan lagi kelihatan telah lama patah.
Sebahagian artifak terbabit ditemui selepas selaman sedalam 15 meter dilakukan di sungai berkenaan. Pasukan penyelam menemuinya berhampiran struktur yang saya percaya kapal diperbuat daripada kayu namun siasatan lanjut masih perlu dilakukan.
Jabatan Warisan Negara akan membuat kajian lanjut mengenai pentarikhan dan pemilik asal artifak itu supaya ia dapat memberi gambaran baharu mengenai aktiviti perkapalan serta perdagangan di kawasan berkenaan mungkin dapat merungkai sejarah dan salasilah kebudayaan di Pahang khususnya di Pekan. Jabatan Warisan Negara juga memohon orang ramai agar melaporkan sebarang jumpaan bersejarah termasuk di kawasan berkenaan, selaras dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...