Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
POKHARA, Nepal
Keindahan dan keunikan Pokhara terhasil daripada kombinasi antara tasik, gunung dan sungai. Kesempurnaannya boleh disaksikan sendiri dengan berkunjung ke beberapa buah tempat seperti Phewa Tal, Mahendra Cave, Devi’s Fall dan Sarangkot.
Selain tarikan pada alam semula jadinya yang menakjubkan, wilayah ketiga terbesar Nepal ini turut menjadi perhatian kerana ia menjadi lokasi penting beberapa jenis sukan ekstrem seperti ultralighting, paragliding, mountain bike, white water rafting dan hiking
INFO:
Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
Pokhara yang boleh diakses dengan menaiki bas ataupun kapal terbang dari Kathmandu menyediakan lebih kurang 250 buah hotel. Setiap satunya mempunyai pilihan harga yang berbeza, sama ada murah ataupun mahal.
KANDY, Sri Lanka
Wilayah kedua terbesar di Sri Lanka ini juga tidak terkecuali daripada menawarkan lokasi percutian yang menarik. Antaranya ialah The Temple of The Tooth, The Pinnewala Elephant Orphanage dan The Royal Botanical Garden in Peradeniya.
Ads
Kandy terletak berdekatan dengan Colombo. Ia boleh diakses dengan menaiki bas, keretapi ataupun teksi. Hanya tiga jam sahaja masa yang diperlukan untuk sampai ke sini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike.
INFO: Hotel bajet serendah USD 30 sehari boleh ditemui dengan banyak di Kandy. Majoritinya menawarkan bilik yang cantik, bersih dan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
DHAKA, Bangladesh
Cuba lari daripada kesesakan lalu lintas ekstrem kota Dhaka dan berkunjung ke beberapa tempat menarik di persekitarannya. Pasti ramai yang teruja dan tidak menduga bahawa ibu negara Bangladesh ini sebenarnya kaya dengan struktur binaan unik seperti masjid, tugu dan istana.
Semuanya dibina sebelum abad ke-19 sewaktu era pemerintahan Islam dan penjajahan British. Antara yang popular dan menjadi mercu tanda Dhaka ialah Lalbagh Fort, Ahsan Manzil dan Baitul Mukarram
INFO : Dhaka digelar sebagai City of Mosque kerana ia mempunyai lebih daripada 700 buah masjid. Sebahagiannya dibina sewaktu era pemerintah Empayar Mughal sekitar kurun ke-15 hingga 16.
Ads
DA NANG, Vietnam
Mahukan keindahan pantai dan alam semula jadi yang berada dekat dengan kota moden? Berkunjunglah ke Da Nang, wilayah ketiga terbesar Vietnam yang terletak di antara Ho Chi Minh dan Hanoi.
Sama ada mahu berehat di tepi pantainya yang cantik dan bersih iaitu My Khe Beach, menikmati keunikan gunung batu pualam yang menakjubkan iaitu Ngu Hanh Son atau membeli belah di pusat membeli belahnya yang besar dan mewah iaitu Lotte Mart?
Tepuk dada tanya selera.
TONLE SAP, Cambodia
Tonle Sap merupakan penempatan atas air yang mempunyai lebih kurang enam buah kampung. Ia terletak di Siem Reap dan boleh diakses dari Phnom Penh dengan menaiki bot selama enam jam. Tonle Sap menyimpan pelbagai spesies flora dan fauna yang terdiri daripada ikan, ular, buaya, burung dan kucing hutan. Di samping itu, tasik dengan keluasan 2,800 kilometer persegi ini turut dijadikan sebagai ladang penternakan buaya spesies Siam.
Ads
TIP: Pengunjung yang berminat merasai pengalaman tinggal di atas rumah air boleh berkunjung ke Kompong Luong. Cas sebanyak USD 8 (RM 25) dikenakan untuk penginapan selama sehari berserta makan dan minum.
DILI, Timor Laste
Dili masih lagi belum membangun sepenuhnya. Malah, kemudahan infrastrukturnya juga masih kurang dan hanya tertumpu pada kawasan pentadbiran sahaja. Namun, ibu negara Timor Laste ini semakin pendapat pendedahan umum. Semuanya disebabkan oleh ketenangan dan keindahan alam semula jadinya yang terdiri dari pantai, pulau dan gunung-ganang. Selain itu, tinggalan sejarah sewaktu era penjajahan Portugis juga memainkan peranan dalam memperkenalkan namanya.
INFO: Buat masa ini, tidak ada syarikat penerbangan lain yang menyediakan perkhidmatan ke Dili secara terus kecuali Airnorth dari Darwin, Australia, Air Timor dari Singapura dan Sriwijaya Airlines serta Merpati Nusantara Airlines dari Bali, Indonesia.
PALAWAN, Filipina
Palawan diiktiraf sebagai perbatasan terakhir ekologi Filipina kerana mempunyai kekayaan alam semula jadi yang menakjubkan. Tarikan utamanya tertumpu pada dua buah tempat penting iaitu Tubbataha Reef National Marine Park dan Puerto Princesa Subterranean River.
Palawan yang boleh diakses secara terus dari negara kita dengan menaiki MASwings melalui Kota Kinabalu ini juga terkenal sebagai syurga selam skuba kerana pemandangan dasar lautnya yang mempesonakan.
INFO MENARIK: Palawan terkenal dengan sungai bawah air yang terletak di daerah Sabang. Sungai ini diiktiraf sebagai ‘7 Wonder of Nature’ kerana keunikan bentuk dan habitat yang mendiaminya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Glamping ala-ala penginapan iglu dengan pemandangan laut yang terbentang luas. Memang mengasyikan!
Sebelum ini lebih dikenali sebagai Tanjung Sutera Resort, kini Sea Horizon Resort yang terletak di Sedili Besar, Kota Tinggi Johor punya tarikan istimewa untuk percutian indah kalian. Apa yang menarik? Baca info daripada Nor Shazwani Shamshudin.
Resort tepi pantai di perkampungan nelayan, berhampiran jeti pendaratan hasil laut dengan breath taking view. Bagi saya, its a hidden pearl walaupun agak underrated- sangat cantik, tenang dan selasa dengan bilik berharga antara RM200++ sehingga RM700++ satu malam mengikut jenis bilik (termasuk sarapan pagi).
Antara jenis bilik ditawarkan adalah ‘Standard Room, ‘Pond View Room’, ‘Sea View Suite’, dorm dan paling best mestilah ‘Glamping Suite’.
Glamping berasal dari perkataan ‘Glamour Camping’ memang menjadi trend sekarang dan pasti menjadi pengalaman yang mengujakan.
Swimming pool untuk dewasa dan kanak kanak berhampiran lereng dengan pemandangan laut lepas menjadi tarikan utama.
Pantai berbatu di bahagian bawah cerun resort kurang sesuai untuk aktiviti mandi manda.
Bagaimanapun, masih boleh turun ke bawah untuk ‘main air’ dan melihat formasi batu batuan yang unik.
Kali pertama berpeluang menginap di ‘Glamping Suite’- suite besar, dengan katil ‘king size’ menghadap laut. Can you imagine….buka mata nampak laut biru kehijau hijauan.
Boleh tengok sunrise dan sunset di platform suite sambil bersantai minum kopi.
Rasa malas nak keluar bilik!
Semua nya serba selesa dan sempurna!
Malam boleh bawak beanbag ke platform, berbaring sambil tengok bintang dan dengar bunyi ombak. Indah!
Selain resort, apa yang best tentang Sedili Besar?
Saya suka suasana kampung yang kurang sibuk.
Orangnya ramah dan harga makanan yang sangat murah selalu manarik saya kembali ke sini.
Boleh pilih untuk sarapan pagi berhampiran jeti- Nasi Dagang ialah menu wajib order kami setiap kali berkunjung ke sini.
Makan tengahari di Medan Selera Jeti Awam atau gerai Asam Pedas bersebelahan.
Mesti cuba celup celup- makanan laut segar digoreng tepung bersama sos istimewa dan sambal kicap untuk minum petang. Selain itu, ada juga maggi dengan aneka makanan laut.
Untuk makan malam, biasanya saya akan kembali ke restoran Nasi Dagang untuk masakan panas berasaskan seafood.
Bihun goreng udang selonggok memang terbaik.
View gambar yang saya share, kot kot teringin nak pergi. So, jom ke Sea Horizon Resort
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Anda wajib cari apam balik Astaka ini di Sitiawan, mencari rezeki dengan menggunakan sebuah motor tiga roda sahaja. Apa yang penting, sedap!
Pakcik Irsal ini dah meniaga apam balik sejak tahun 1990 lagi dekat Pasar Tuak, sekeping RM4.00 sahaja.
Tengoklah intinya sampai meleleh keluar, penuh dengan kacang dan jagung. Itu lah istimewanya makan apam balik pun. Kalau inti takat ada sahaja, itu biasa.
Lokasi: Apam Balik Astaka, Pasar Awam Sitiawan, Perak Waktu perniagaan: 3 petang hingga habis
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka di Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Pulau Pangkor cukup strategik buat mereka yang ingin bercuti ke pulau walaupun pada musim tengkujuh. Pulau Pangkor dikatakan berasal daripada bahasa Siam iaitu Pang Koh bermakna ‘pulau yang cantik’.
Dengan jarak perjalanan hanya sekitar tiga jam dari Kuala Lumpur, Pulau Pangkor, Perak pastinya lokasi paling strategik sekiranya anda hanya mempunyai tempoh yang pendek untuk bercuti merehatkan diri. Untuk ke Pulau Pangkor, ada dua lokasi pangkalan bot menyediakan perkhidmatan bot iaitu jeti Lumut atau jeti Pangkor dengan kadar tambang berbeza dikenakan.
Pulau ini kecil sahaja, malah pengunjung sebenarnya boleh melawat ke semua tarikan Pangkor dalam masa setengah hari sahaja. Destinasi ini boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan.
Tempat-tempat menarik untuk dikunjungi :
Pasir Bogak
Teluk Nipah
Pangkor Laut
Kota Belanda
Batu Bersurat
Masjid Terapung
Kilang ikan bilis
perkampungan nelayan dan membina bot nelayan
Masjid Terapung Ikon Pangkor
Masjid Al-Badr Seribu Selawat terletak di Pulau Pangkor menjadi masjid terapung pertama di Perak. Bukan sahaja fungsi utamanya sebagai tempat beribadat dan majlis ilmu, ia turut menjadi salah satu lokasi wajib dilawati apabila berkunjung ke Pulau Pangkor. Malah, tidak keterlaluan jika ia diibaratkan sebagai ikon Pulau Pangkor dan Perak kerana Masjid Al- Badr Seribu Selawat menampilkan kelainan dengan dipenuhi selawat di setiap ruangnya.Masjid itu juga menunjukkan konsep mirip masjid di Turki dan Timur Tengah melalui kubah dan seni binanya.
Hasil Laut Segar
Hasil ikan segar dari Pangkor telah terkenal antara kualiti terbaik yang dipasarkan ke bandar-bandar luar. Meskipun industri perikanan adalah sumber ekonomi utama Pangkor yang secara majoriti dimonopoli oleh kaum China, masih terdapat golongan nelayan tradisional Melayu yang tertumpu di Kampung Teluk Dalam. Sementara itu, Kampung Sungai Pinang Kecil adalah lokasi utama yang menempatkan beberapa kilang memproses makanan laut kering.
Jangan lupa singgah ke salah satu kilang tersebut dan dapatkan hasil penting pulau ini seperti sotong kering, udang kering, ikan masin, sate ikan dan pelbagai jenis ikan bilis dengan harga istimewa.
Tidak jauh dari kampung itu, pelawat boleh melihat kawasan yang popular dengan industri pembinaan bot tradisional iaitu Kampung Sungai Pinang Besar. Di sini, tukang kayu tempatan mengambil masa berbulan-bulan malah mungkin mencecah hingga setahun untuk membina sebuah bot besar yang berharga ribuan ringgit.
Menariknya Pangkor!
Antara keistimewaan lain Pangkor ialah jumlah burung enggang yang banyak dan mudah dilihat berterbangan terutama di kawasan hutan berhampiran dengan laut. Malah burung-burung itu cukup jinak untuk mendekati pengunjung.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...