Setiap orang pasti pernah dengar tentang Great Wall of China atau Tembok Besar China dan pernah berangan-angan untuk menjejakkan kaki walaupun sekali di salah satu daripada tujuh keajaiban dunia tu.
Ini kerana tembok besar yang menjadi salah satu keajaiban dunia itu menyajikan pemandangan yang cukup mempersonakan untuk tatapan mata setiap pengunjung yang datang dan tembok besar sepanjang 21,196 kilometer akan memberikan 1,001 pengalaman berharga untuk anda.
Tapi selain daripada Tembok Besar China, ada beberapa lagi tarikan yang terbaik di sana untuk anda pergi. Di Beijing misalnya, ada banyak istana bersejarah zaman dinasti maharaja mereka yang terdahulu untuk anda teroka.
Selain daripada itu, taman-taman awam seperti tasik-tasik yang cantik, tempat membeli-belah (China memang terkenal dengan tempat membeli-belah yang super murah!) masjid-masjid masyarakat muslim dan sebagainya.
Jadi di sini disenaraikan kepada anda beberapa tarikan yang terbaik untuk anda lawati sekiranya melancong ke China satu hari nanti. Tarikan yang dicadangkan ini bersesuaian dengan anda yang mengembara secara FIT atau Free and Independence Traveller dan tidak menggunakan ejen pelancongan.
Tian An Men Square
Jika anda seorang yang suka pada sejarah, maka Tian’anmen Square adalah yang kedua selepas Forbidden City. Pada tahun 1989 demonstrasi yang sangat besar diadakan di sana dan kerajaan ketika itu mengambil langkah menggunakan tentera membunuh hampir beratus pemberontak China.
Jumlah kematian ketika itu dianggarkan hampir mencecah ribuan rakyat China. Tian’anmen Square menjadi simbol yang sangat kuat kepada keberanian para pemberontak melawan kerajaan ketika itu.
Di sekitar Tian’anmen Square terletaknya Great Hall of the People, Monument to the People’s Heroes dan Chairman Mao’s Mausoleum. Setiap hari pada waktu pagi akan dinaikkan bendera dan pada waktu senja akan diturunkan bendera kebangsaan China.
Tiada bayaran dikenakan untuk ke Tian’anmen Square namun anda perlu melalui sekuriti yang akan memeriksa barangan anda sebelum masuk ke sana.
Ads
Forbidden City
Forbidden City atau Kota Larangan dalam istilah Bahasa Malaysia merupakan lokasi paling jelas mengenai sejarah China dan Maharaja China satu masa dahulu.
Kota ini dibina pada tahun 1402 dan kota ini mempunyai keseluruhan sebanyak 9,000 bilik. Forbidden City mempunyai keluasan 250 ekar. Ia pernah dibakar kemudian dibaiki dan dibaikpulih semula dan dijadikan bangunan sejarah tarikan utama pelancong di Beijing, China.
Senibina Forbidden City adalah senibina semasa Dinasti Qing pada abad ke 18. Jika anda mahu berjalan ke seluruh kawasan, anda perlukan stamina yang tinggi dan kasut yang selesa untuk berjalan sebab perjalanan dalam ni memang jauh dan memenatkan tapi menarik.
Bagaimana mahu ke Forbidden City?
Forbidden City boleh diakses dengan bas atau subway. Tiket masuk ke dalam Forbidden City adalah sebanyak 60 yuan. Forbidden City dibuka pada pukul 8:30 pagi hingga 5:00 petang. Lebih baik datang melawat ke sini pada waktu siang untuk mengambil gambar dengan lighting yang lebih cantik.
Great Wall Of China
Ads
Jika ke Beijing, tidak sah sekiranya anda tidak ke Tembok Besar Beijing ini! Tembok Besar sepanjang 21,196 kilometer mempunyai 8 seksyen yang kukuh seperti :
Badaling
Juyongguan
Huanghuacheng
Jiankou
Mutianyu
Gubeikou
Jinshanling
Simatai
Tiap seksyen great wall mempunyai caj yang berbeza. Great Wall yang mudah untuk anda pergi adalah Badaling. Pastikan anda berkasut yang selesa, berkaca mata hitam dan air yang mencukupi. Serius kami katakan, naik tangga Great Wall sangat penat dan mudah semput tapi anda akan rasa sangat berpuas hati bila sampai ke puncak.
Summer Palace
Taman dan istana musim panas ini adalah tempat maharaja dan orang kuat kerajaan beristirehat. Taman ini mempunyai keluasan sebesar 290 ekar. Di sini anda boleh tengok beberapa kuil, istana dan pemandangan yang cantik (jika udara bersih).
Tiket masuk adalah sebanyar 40 yuan pada waktu biasa dan 50 yuan pada waktu peak. Tempat ini menarik jika anda datang pada musim sejuk kerana tasik di sini akan beku dan anda berpeluang untuk main ski atas tasik itu.
Temple Of Heaven
Temple of Heaven adalah salah satu tarikan yang sangat menarik. Ia merupakan lokasi paling suci untuk hampir 5 abad. Ia merupakan lokasi di mana pengorbanan dilaksanakan dan digunakan oleh maharaja dinasti Ming dan Qing.
Ads
Jika anda ke sana pagi dan petang, anda boleh melihat jumlah orang yang ramai sedang bersenam, sedang melakukan taichi dan sebagainya.
Tiket masuk adalah sebanyak 35 yuan. So tidaklah mahal sangat untuk ke sana.
Beijing Olympic Stadium
Pada tahun 2008 diadakan temasya sukan paling berprestij di dunia iaitu Sukan Olimpik di Beijing. Kerajaan Beijing telah membina Olympic Village.
Di situ terdapat Bird Nest Stadium dan Water Cube yang rekaannya sangat cantik!
798 Art Zone
798 Art Zone merupakan zon seni yang sangat unik. Daripada patung yang pelik, gerabak kereta api lama sehinggalah grafiti dinding yang kreatif.
Ia sebenarnya merupakan kilang ketenteraan lama kemudiannya dijadikan sebagai zon kesenian. Tiada tiket masuk dikenakan.
Pertunjukan Acrobatik China
Pertunjukan akrobatik ini di persembahkan oleh kumpulan Chaoyang Acrobats. Untuk pengetahuan anda, seni akrobatik di China ini diwarisi daripada generasi ke generasi lebih dari ribuan tahun.
Penari akrobatik memulakan latihan mereka dari usia yang sangat muda melalui sistem mentor-mentee. Mereka bekerja dengan tekun selama bertahun-tahun untuk sampai ke tahap di mana mereka boleh melakukan aksi yang sungguh mengagumkan. Ia sesuatu yang cukup menarik untuk menyaksikan persembahan mereka.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada tak anak-anak anda yang suka dan excited dengan haiwan maritim seperti ikan, penyu, belangkas dan kuda laut? Kalau ada, Pusat Ikan Hiasan Port Dickson (PIHPD) adalah lokasi terbaik untuk anda bawa mereka mendekati pelbagai spesis hidupan marin yang terdapat di sana.
Terletak hanya di Telok Kemang dan tidak jauh dari pusat bandar, PIHPD adalah lokasi terbaik untuk anda bercuti di waktu hujung minggu bersama keluarga terutamanya ketika bulan Ramadan ni sebab lokasinya yang dekat dan persekitaran bersih serta sejuk di ruang pameran memberikan keselesaan kepada anda dan keluarga.
Ruang depan Pusat Ikan Hiasan Port Dickson.Jadual waktu lawatan Pusat Ikan Hiasan Port Dickson.
Untuk pengetahuan anda, PIHPD ini berfungsi sebagai penggalak kepada pembangunan industri marin terutamanya ikan hiasan marin, kuda laut dan batu karang. 80 peratus daripada hidupan marin yang diternak dan dibiakkan di PIHPD ini diambil dari perairan Tanjung Tuan, yang diwartakan sebagai kawasan larangan perikanan di bawah Akta Perikanan 1985.
Pusat konservasi spesis penyu terancam
Pusat tersebut berjaya membiakkan lebih 40 jenis ikan hiasan termasuk 20 jenis batu karang menggunakan kaedah teknologi baharu.Jadi kepada anda atau ada anak-anak yang meminati ikan hiasan marin, PIHPD ini pasti membuatkan mereka teruja untuk cuci mata melihat kepelbagaian koleksi ikan hiasan yang dipamerkan di sana.
Pegawai Pusat Ikan Hiasan Port Dickson sedang memberikan penerangan mengenai tapak konservasi penyu di sana.Antara penyu terancam yang terdapat di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson.Pusat Ikan Hiasan Port Dickson bukan tempat ikan hiasan semata-semata, tapi turut menjadi tempat pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan marin terutama spesis yang hidup di kawasan Tanjung Tuan.
PIHPD ini dibina di atas tanah seluas 0.85 hektar dan selain menjadi pusat pembiakan kepada pelbagai spesies ikan hiasan, tarikan lain yang disediakan di pusat berkenaan adalah konservasi penyu karah dan agar di mana petugas PIHPD menyediakan kawasan pembiakan penyu agar dan karah yang diletakkan di luar bangunan dan pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri cara membiakkan dua spesies berkenaan.
Ruang dalam Pusat Ikan Hiasan Port Dickson yang selesa untuk seisi keluarga.
Antara hidupan marin yang ada di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson.
Kepada anda yang ingin membawa keluarga bercuti ke sini, PIHPD dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Ahad) dan masuk adalah percuma.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau pernah menonton filem atau cerita dogeng fairy tales, selalunya situasi dan lokasi yang digambarkan adalah seperti sebuah perkampungan yang nyaman, dikelilingi tasik yang luas serta berlatar belakangkan bukit dan gunung yang indah.
Itu yang boleh digambarkan jika anda berpeluang menjejakkan kaki di Hallstatt, Austria. Diangkat sebagai antara destinasi pelancongan tercantik di dunia, Hallstatt, Austria diapit antara banjaran Alps dan tasik yang jernih.
Hallstatt merupakan sebuah perkampungan kecil yang begitu mempersona terletak berdekatan dengan sebuah tasik, Hallstatter See. Untuk ke sini pengunjung perlu menaiki kereta kabel kerana kedudukannya yang berada di atas bukit. Di sini juga terletaknya World Heritage View yang merupakan lokasi tumpuan pelancong melihat keseluruhan Hallstatt dari pandangan atas.
Baca perkongsian daripada Atheena Rahman di laman sosialnya, trip indah ke Hallstatt Austria.
Hallstatt merupakan destinasi favourite saya di dalam pengembaraan saya ke Eropah kali ini. Ia merupakan perkampungan kecil yang terletak di tepi tasik Hallstatt dan dikelilingi oleh gunung-ganang yg terletak di daerah Salzkammergut.
Bermula dari London, saya terbang ke Salzburg, Austria dan terus menghala ke Hallstatt dengan menaiki bas dan train, Perjalanan mengambil masa 2jam. Sepanjang perjalanan, anda akan disajikan dengan pemandangan tasik, kampung2 kecil dan view gunung ganang alpine yang sangat indah. Train akan berhenti betul2 di tepi tasik dan anda perlu naik ferry untuk menyeberang ke kampung Hallstatt tu. Tak jauh, naik ferry dalam 10mins shj dan selang 15mins sentiasa ada ferry yg menunggu. Kalau anda sampai dengan membawa bagpack atau luggage, disarankan tinggalkan luggage di storage cabin yg ada disediakan oleh pengusaha ferry tu. Harga ferry return euro6. Cuma tambah bayar euro3 utk storage. Sebab bila dah masuk Hallstatt, anda akan banyak berjalan di sekitar kampung tu atau kalau ada masa lebih boleh naik ke cable car utk lihat view yg lebih tinggi. Sangat berbaloi. Kalau bawak beg berat kan susah nak bergerak.
My tips, kalau dah turun dari ferry, boleh start your walk dari belah kanan kampung tu dulu. (Kanan lebih afdal kot, ha haa). Sebab kebanyakan tourist bila dah turun dari ferry mereka lebih tertarik utk ke belah kiri dahulu sebab dari jauh dah nampak sana lebih happening dengan cafe-cafe kecil dan fountain tu. Sebenarnya kalau u terus ke kanan, you akan jalan menghala ke best spot to take the famous Hallstatt picture macam dalam poster dan google tu, di mana rumah2 di belah kanan tasik dengan mountains dibahagian tengah sampai ke kiri tu. Mesmerising view! Lepas dah puas ambil gambar di situ boleh la patah balik ke belah kanan tadi dan brisk walk menyusur jalan2 kecil kg tu sambil menikmati keindahan tasik tu. If you have lots of time, banyak lagi aktiviti utk dibuat di sana seperti naik cable car, pergi muzium garam, pergi ke 5 fingers Dachstein etc.
Lagi satu, saya nak share berkenaan penginapan berdekatan Hallstatt juga. Saya perasan ramai tourist/traveler mereka akan stay samada di dalam kampung Hallstatt itu sendiri, atau make journey back to Salzburg or Vienna. Okay, if you orang have-have and don’t mind bout the money you going to spend, you boleh stay di kg Hallstatt itu sendiri. Penginapan di dalam kg tu harga antara rm700-1k satu malam. Kih kihh.. Tapi kalau nak jimat banyak.. Kebanyakannya akan make way back to Salzburg city (*2jam perjalanan) sebab sana jauh lebih murah. Tapi it will shorten your time in Hallstatt sebab last ferry kena catch ialah 4.30ptg. You kenna check timetable the last train juga sebab kalau u terlepas the last train, habisla stuck kat tepi tasik tu nanti. Ha haa
Tapi saya, saya cuba sedaya upaya untuk spend lama di Hallstatt dan same time, jimat banyak on hostel tanpa spend dekat seribu utk satu malam shj kan. Hasil pencarian di internet, saya terjumpa satu kampung di Bad Goisern yg jaraknya cuma 15min by train dari Hallstatt. Gastehaus Mortlmuhle namanya. (Jangan suruh aku sebut, tak reti. Ha haa.) Rumah penginapan dgn style cabin kayu tradisional Austria, sangat selesa dan very friendly owner. Belakang rumah, ada sungai iaitu River Traun yg sangat damai. Waktu breakfast you boleh minum kopi sambil mengadap view sungai tu waktu pagi. The view sangat awesome, and deep inside you akan rasa sangat tenang dan damai je dalam rumah tu. Saya ambil female dorm, cuma 24 euro satu malam. Kebetulan takde org lain yg stay dlm bilik tu, “so the whole room is yours” bak kata owner tu. Kih kihh. Berbaloi duduk di sini sebab 5mins je jalan kaki ke train station dan ambil train 15mins je kalau nak repeat Hallstatt semula. Baru puas hati. On the 2nd day in Hallstatt u boleh consider buat activity lain pula, naik cable car ke 5 Fingers Dachstein contohnya. Even lepak sahaja kat kg Hallstatt tu sendiri pun sangat nyaman dan chill je. Banyak cafe2 comel dgn nice coffee dan pastries kat dlm kg tu to enjoy more.
Hallstatt is really a unique, and beautiful gem in Austria. Sangat cantik dan offer your a very scenic picturesque lake and mountains view. Subhanallah, Alhamdulillah.
Kebanyakan dari kita terutama geng bercuti akan mempunyai aplikasi WhatsApp bagi memudahkan hubungan antara satu sama lain.
Tidak kisahlah berhubung untuk planning dan apa aktiviti mahu dilakukan sepanjang percutian, aplikasi ini dapat membantu terutama ketika Covid-19 ini.
Namun dalam satu laporan jutaan telefon di seluruh dunia tidak akan boleh menggunakan aplikasi ini lagi bermula 1 Januari 2021 kerana memberhentikan perkhidmatan kepada berjuta-juta peranti lama.
Menurut laporan Metro UK, hanya sebilangan telefon boleh mengemaskini ke perisian yang lebih baru untuk memastikan WhatsApp mereka tetap beroperasi, tetapi sebahagian besar akan kehilangan aplikasi itu sama sekali.
WhatsApp sering menurunkan sokongan untuk peranti lama agar sentiasa dikemas kini. Mulai 31 Disember 2020, mana-mana perisian yang menggunakan iPhone yang lebih lama daripada iOS 9 tidak lagi dapat menggunakannya. Ini bermakna iPhone 4 dan versi yang lebih lama.
Bagi iPhone 4S, 5, 5S, 5C, 6 dan 6S semuanya boleh dikemas kini ke iOS 9 untuk memastikan WhatsApp terus beroperasi seperti biasa.
Sementara itu, mana-mana peranti Android yang menggunakan perisian lebih lama daripada Android 4.0.3 akan turut terjejas.
Sekiranya anda mempunyai telefon yang tidak dapat dikemas kini dan tidak mahu kehilangan mesej anda, pastikan anda membuat ‘backup’ sebelum malam Tahun Baru.
Anda boleh melakukan ini dengan membuka ruangan chat yang ingin anda simpan dan memilih Group Info.
Anda kemudian perlu memilih Export Chat untuk diberi pilihan bagi memuat turun chat dengan atau tanpa media.
Namun, jika telefon anda tidak dapat dikemas kini, nampaknya anda perlu mula mencari telefon pintar yang baru pada tahun 2021.
WhatsApp dilancarkan pada tahun 2009 dan kini merupakan aplikasi pesanan paling popular di dunia. Pada tahun 2014, aplikasi itu diperoleh oleh Facebook dengan harga $19 bilion (RM76.95 bilion).
Facebook kini dalam proses menggabungkan WhatsApp dengan Instagram dan Facebook Messenger sehingga pengguna dapat berinteraksi dengan lancar antara ketiga-tiga platform tersebut.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...