Info, panduan ringkas dan perkongsiaan DIY Umrah bersama keluarga ini daripada sumber facebook saudari Safuan Rahim
1) PENERBANGAN TERUS
Beli penerbangan terus dan selesa. Jangan waste time transit. Kami pilih Saudia Airlines Kul – Med Jed – Kul Fullboard dan Luggage 2 x 23kg seorang.Paling cepat sampai dan mempunyai surau.Terdapat Screen LCD setiap tempat duduk dan juga khas baby coat untuk anak bawah 2 tahun.Kos untuk kami bertiga RM6020 + RM278 infant = Total RM6298.
2) E-VISA
Visa Pelancongan boleh dibeli melalui https://visa.visitsaudi.com/Login dengan harga RM520 seorang valid 90 hari bergantung kepada matawang semasa.10 minit sahaja visa boleh siap dan terus print untuk kegunaan airport dan hotel.
RM 520 x 3pax = Total 1560.
3) ETIQA TRIPCARE 360
Melindungi bil rawatan , penerbangan delay, bagasi rosak dan kematian.Boleh dibeli secara online mengikut pakej.Kami memilih silver pakej family dengan harga RM129.51 https://www.etiqa.com.my/getonline/tripcare-360…
4) MEDIC PILGRIM
Medik Piglirm berfungsi seperti klinik Panel tanpa guna duit untuk dapatkan rawatan(cashless) hanya tunjuk policy sahaja.Boleh hubungi terus saudara Afiq 013 2104870 yang beroperasi di Cheras Bandar Sri Permaisuri.Di Madinah Al Dar Hospital berhadapan dengan Masjid Quba 15 minit jarak dari Masjid Nabawi manaka Di Mekah AlBayt Medical Center jalan kaki 5 minit dalam bangunan Menara zamzam Level p11 sebelah Hotel Movenpick.
RM40 x 3pax = Total RM120
Ads
5) HOTEL
Buat perbandingan hotel dengan Trivago.kalau boleh beli melalui Agoda dan Booking.com sahaja.Hotel di madinah kebanyakan dekat dengan Masjid kalau boleh labur kan lebih sikit Hotel di Mekah yang dekat dengan Haram.
Dar Al Naeem 500m= RM238(2H1M)
Golden Tulip Al Zahibi 50m = RM1,333( 5H4M)
Makkah Tower 50m = RM912 (3H2M)
Nawazi Ayjad 600m = RM1,214 (6H5M)
Total = RM3,697
6) VAKSIN MENINGOCOCCAL
Vaksin ni bukan syarat tapi untuk kesihatan kita wajib ambil di Hospital atau klinik yang berdekatan dengan Harga RM120 boleh tahan 5 tahun kalau nk murah RM5 Klinik Kesihatan Kuala Lumpur stok terhad.RM120 x 3pax = Total 360
Ads
7) HARAMAIN RAIWAY SPEED TRAIN
Dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ke Raiway station 15 minit sahaja. Perjalanan Madinah ke Mekah hanya 3 jam dan pengumuman untuk bermiqat 10 minit selepas tren bergerak. Jangan lupa download applikasi uber ,careem dan umrabcab.Tiket boleh beli melalui laman web www.hhr.sa. RM150 x 2pax + (Infant free) = Total RM300
Kami memilih Keretapi Laju perjalanan dari Madinah ke Mekah dengan hanya 3 jam sahaja.Harga untuk dewasa RM150 manakala percuma untuk kanak-kanak berumur 2 tahun kebawah.Tiket boleh dibeli melalui www.hhr.sa.
Perjalanan 15 minit dari Masjid Nabawi ke Stesen Keretapi dengan menaiki Uber RM30 manakala 10 minit dari stesen Mekah ke Masjidil Haram 10 minit juga dengan menaiki Uber RM20.
Setelah tiba di Stesen Keretapi prosesnya hanya imbas tiket,pemeriksaan diri dan Bagasi.Dinasihatkan terus niat umrah apabila di dalam keretapi nanti kerana khuatir kita leka mengambil gamba pemandangan atau sebagainya.Pengumuman untuk Miqat akan dibuat setelah 10 minit keretapi mula bergerak.
Antara kemudahan yang disediakan tandas setiap gerabak , tempat cas telefon dan cafe.Sangat selesa, mudah dan cepat untuk sampai ke destinasi.Semoga bermanfaat untuk semua jemaah.
8) MUTAWWIF
Kami gunakan khidmat ustaz hud pelajar dimekah +966597172079 untuk Umrah Wajib.Ustaz hud bimbing umrah kami hingga selesai satu umrah.Ketika tawaf ustaz hud dukung anak yang memakai pampers sehingga selesai 7 pusingan bagi menjaga sah tawaf bagi elak menangung najis.
Ads
9) KURSUS UMRAH
Kursus Umrah wajib hadir.Mesti hadir sekurang kurangnya 10 kelas.Belajar dan menuntut beberapa guru.Setiap pengajar bahan cetakan atau penyampaian berbeza.Kita akan dapat pengalaman dan perkongsian yang berbeza daripada guru yang berlainan.kursus di setiap minggu ada dan tempoh nya 3 jam.
Ziarah Luar Kota Mekah
Khidmat Haji Amin +966565706070 MPV Innova dengan 200 Riyal ke tempat Masjid Aisyah Al Rajhi , Jabal thur , Jabal Rahman , Mina , Muzalifah, Jamrahtul, Nasi Unta dan Miqat di Ja’ranah untuk tunaikan umrah.
Ziarah Luar Madinah
Pas 15 riyal 3 hari boleh dibeli pada driver bas yang terletak di pintu 20 21 dan 22.Ziarah ini termasuk Masjid Quba,Masjid Qiblatain, Qhandak dan Bukit Uhud.
Semoga Panduan ini dapat membantu jemaah untuk menunaikan umrah dengan segera dan berharap ilmu mengalir serta dimanfaat selepas kematian.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Minat terhadap sukan bola sepak telah membawa saya mengembara jauh dan mengenali dengan lebih mendalam tentang budaya masyarakat luar.
Setelah pulang daripada menyaksikan Piala Dunia FIFA di Brazil pada tahun 2014, saya terus merancang untuk menyaksikan sukan bola sepak bertaraf dunia itu di Rusia, sebagai tuan rumah untuk tahun 2018.
Akhirnya apa yang dirancang menjadi kenyataan apabila saya bersama ahli keluarga lain iaitu sepupu, ibu saudara serta anak-anaknya telah selamat sampai di Moscow, Rusia pada bulan Syawal yang lepas.
Sebenarnya pengembaraan ini bukanlah semata-mata demi menyaksikan perlawanan bola sepak, tetapi pada masa yang sama membawa tujuan untuk mengenali dengan lebih dekat tentang negara Rusia.
Sebagai seorang chef, sudah tentu setiap pengembaraan akan memberikan kesan dan inspirasi terutamanya dari segi makanan, budaya serta cara hidup masyarakat di sesuatu tempat.
Pengembaraan selama 5 minggu ini bukan sahaja membawa kami ke Rusia, malah ke Brussels, Belgium, dan juga Paris.
BERANGKAT DARI KUALA LUMPUR
Sering menaiki penerbangan Emirates untuk pengembaraan terdahulu, kali ini ia sedikit berbeza kerana kami memiliih tiket penerbangan Thai Airways atas faktor perjalanannya yang lebih cepat dari Kuala Lumpur ke Bangkok, 3 jam dan seterusnya ke Brussels, Belgium tanpa henti yang mengambil masa lebih kurang 12 jam perjalanan.
Atas kelewatan menempah tiket penerbangan, harga tiket mencecah sehingga lebih kurang RM4000 seorang untuk dua hala perjalanan.
Bergerak berdua pada mulanya dari Kuala Lumpur dan kami berjumpa dengan ahli keluarga lain yang sememangnya tinggal di Brussels.
Banyak perkara yang perlu dirancang serta diteliti dalam memastikan percutian ini berjalan dengan lancar.
BRUSSELS, BELGIUM
Rasa bersyukur kerana tidak perlu risau tentang kemudahan tempat tinggal di Brussels, kami menginap di rumah ahli keluarga terdekat selama lebih kurang 2 minggu berada di sini.
Memandangkan masih dalam mood Syawal, kami banyak meluangkan masa dengan mengunjungi beberapa rumah terbuka sambil berkenalan dengan komuniti Malaysia yang tinggal di sini.
Kami juga sempat menikmati pelbagai juadah menarik Hari Raya termasuklah nasi dagang, satay dan aneka kuih-muih.
MOSCOW, RUSIA
Dengan semangat yang berkobar-kobar, impian untuk menyaksikan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia kini menjadi kenyataan.
Kami memilih untuk menaiki penerbangan Brussels Airlines dengan tiket berharga 400 Euro untuk 2 hala perjalanan Brussels-Rusia yang mengambil masa selama lebih kurang 3 jam.
Pengangkutan lain yang boleh digunakan ialah keretapi tetapi ia akan mengambil masa yang sangat panjang sehingga beberapa hari.
Memilih lokasi penginapan yang strategik, berdekatan dengan Moscow Kremlin, Red Square dan yang paling penting berdekatan dengan stadium, ia memudahkan lagi segala urusan perjalanan serta aktiviti sepanjang tempoh 2 minggu kami berada di sana.
Akitiviti kami sudah pastinya dipenuhi dengan menyaksikan perlawanan Piala Dunia FIFA 2018 di stadium, Fan Fest FIFA Moscow malah juga menontonnya di kaca televisyen, dengan harapan pasukan Brazil akan menjuarainya.
Satu pengalaman manis di Fan Fest FIFA Moscow apabila kami dapat berkenalan dengan pelancong-pelancong luar negara yang lain dan sama-sama bersemangat menyokong pasukan kesukaan masing-masing.
Kedatangan komuniti Muslim seperti dari Uzbekistan di Moscow memberikan lagi kemudahan untuk para pelancong Muslim mencari makanan halal seperti nasi, sup, dumpling dan macam-macam lagi.
KREMLIN, MOSCOW
Selain itu, kami pastinya tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi tempat-tempat menarik seperti Moscow Kremlin dan Red Square di mana terdapat binaan patung Lenin dan Stalin.
Ketika era Soviet Union, kedua-dua tempat ini merupakan lokasi yang sangat terkenal dan berpengaruh.
Kremlin merupakan kompleks bangunan yang menjadi benteng pertahanan Rusia.
Istana, gudang senjata, ruang pejalan kaki serta taman-taman disana dijaga dengan sangat baik.
STESEN METRO
Salah satu lokasi yang menjadi tarikan kami ialah stesen Metro yang mempunyai rekaan senibina yang sangat cantik malah kelihatan seperti istana dengan ukiran senibina Eropah.
IZMAILOVSKY MARKET
Kami berkesempatan berkunjung ke Pasar Izmailovsky yang merupakan tempat terbaik untuk mendapatkan cenderamata.
Antara barangan yang dijual adalah barangan kraftangan, pakaian, perhiasan diri, barang dari pertukangan kayu dan bermacam-macam lagi dengan tawaran harga yang menarik.
PARIS
Paris turut menjadi lokasi pilihan dalam percutian kali ini dan antara kenangan manis sepanjang seminggu berada di sana ialah dapat menyaksikan sendiri kemeriahan masyarakat tempatan menyambut Hari Kebangsaan mereka, iaitu Bastille Day.
Tempat-tempat menarik lain seperti di Château de Versailledan Avenue des Champs-Élysées juga sempat kami lawati.
Dari Paris kami berpatah balik semula ke Brussels dan kemudian pulang ke Malaysia.
Dalam tempoh 5 minggu berada di luar negara, kami pulang dengan membawa banyak kenangan manis dan pengalaman mempelajari serta mengenali budaya-budaya luar yang juga menjadi inspirasi buat kami semua.
Terima kasih Brussels, Rusia dan Paris! Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Berkesempatan travel dengan kawan baik memang seronok. Lagi-lagi percutian tersebut mempunyai lokasi dan destinasi menarik untuk diterokai bersama. Lagi ‘syiok’ kawan-kawan baik pula ‘sejenis’ yang pandai ambil gambar. Memang lawa la gambar-gambar percutian mereka ini terhasil. Geram tengok gambar bunga-bunga tulip tu.
Ini itinerari percutian ke Turki selama 10 hari yang dikongsikan oleh gadis ini dilaman sosialnya. Jom baca!
Assalammualaikum and have a good day everyone, sy n sorang lg mmber baru je blk dari travel kat turkey 25/3 – 3/4 ni. Just nak share a few tips, story, tempat2 ktorg pergi and anggaran perbelanjaan ktorg waktu kat sana ?. Owh btw story kat bawah ni panjang, ?.
Tu Ortakoy Camii, If you,re going to Emirgan Park, naik ferry kat Eminonu. Kluar je dr Eminonu tram station dpn tu ada ferry station nak ke Emirgan Park, murah je. Pakai je Istanbul kart tu. X payah naik Bosphorus Trip? naik ferry ni je dah sama view mcm Bosphorus Pny trip. Trun kat Istinye Iskelesi station yg last skali. Dari station tu sila ambil teksi ke Emirgan Park?..klau nak jln kaki boleh, like 15 minutes and mendaki. Kitaorg memula jln kaki, nmpk kat maps mcm skejap 15 minit tp sbb mendaki, 2 2 lemau smp atas je lapar?.
Süleymaniye Mosque, what a beautiful mosque. Kat Istanbul je ada byk gler masjid, masjid besar mcm ni ada place utk prmpuan nak solat tpi, klau masjid biasa2 utk prmpuan x de tmpt. Sbb pompuan Turki smy g kat rmh je
ISTANBUL ➡️ CAPPADOCIA ➡️ ALACATI ➡️ BURSA ➡️ ISTANBUL
?Beli Sim card Turkcell 15GB for 30days 175Lira hotspot share dgn mmber and Beli Istanbul Card Kat Atatürk Airport kat entrance train station dia, so far total ktorg topup dlm 80 Lira. Ktorg byk jln kaki.
Jmpa tangga ni otw nak ke Süleymaniye mosque. It’s colorful ?
Bursa Tour kitaorg ambik kat area Sultanahmet. Mintak diskaun klau dpt. Time ktorg sebab ktorg beli shari sblum so klau ikut harga asal 50 usd full 1 day tour trmasuk lunch, tapi dia bg 35 usd je. Pergi time agak2 sejam 2 sblm kdai nak ttp ? .Ni termasuk price naik atas Uludag pakai cable Car tau. Guide akan ambil pkul 8am kat hostel/hotel, and time tu ktorg smp kat hotel jam 8/9pm?. During this Tour sblum smp kat Uludag, guide akan stop kat shop SAFRANBOLU jual mcm2 brng and product, Turkish Delights dia murah compare kat Istanbul and more variety. So, sila borong sapa yg plan nak bawa Turkish Delights as souvenir. Kalau beli byk dorang akan bg 1 kotak free, like beli 4 kotak free 1 kotak, klau rasa nak beli 2 kotak je, share la dgn kwn2 byr mix 4 kotak dpt 1 free.
Makan after panjat bukit going to Emirgan Park
Kat Istanbul ada Restaurant Malaysia, yg ada delivery service. Rasa2 penat bjalan tapi x larat nak pergi makan kat Restaurants, Whatsapp je nak menu apa and bgtau nama hotel/share location nnt dorng hantar kat hotel. So convenient. Sila jangan kecam kata travel jauh2 tapi still carik makanan Malaysia?, x semua org mcm awak!? like me and my friend ktorg x tinggal kat msia, so we do really2 missed msian food, so klau travel mmng carik Malaysian Restaurants. And also for them yg x kenyang/ x boleh in sgt dgn local food kat sana or pakcik makcik yg mmng nak mkn nasi and msian cooking. So far ktorg mkn juga local food, it just kat istanbul je ktorg melantak msian food. Nama Restaurants tu Nur Muhammad Restaurants, Whatsapp no( +90 538 897 61 40 ). Slain tu, sapa dtng by group, restaurant tu ada buat service day tour and airport shuttle service. Kena Whatsapp dorng deal harga suma sbb ktorg x sure?.
Hotel/ Hostel yg ktorg Check in :
Hurriyet Hotel ( Istanbul ) area Sikerci semalam ( 258 Lira ). Area Sikerci ada some money changer yg bg harga berbaloi2. Just kena pandai cari. Klau plan nak beli lampu2 Turkey yg colorful cantik2, kat area Sikerci murah compare kat Grand Bazaar, ktorg dpt hrga dlm 150L yg kecik, 250L yg medium. Kat Grand Bazaar harga dlm range 450L – 600L even dah bargain, huhuhu.
Gerome Cave Rooms Cappadocia, highly recommended sbb sgt dekat dgn Town dia. Smp je ktorg pg tu kat Cappadocia, trus tny kat reception availability Red Tour. Hotel kata ada space, so kitaorg byr Red Tour( 30USD ), Green Tour( 200 Lira ) + Hot Air Ballon( 172USD ) utk keesokan nya. Tips, kalau korang fly dr Istanbul ke Cappadocia trun kat Nevsehir/ Keyseri better korang booked and do arrangement airport shuttle dgn pihak hotel way more cheeper dlm 50 Lira je tp klau korang ambil teksi its around 200 Lira unleast korang ramai boleh share2. The 3th day kitaorg kat Cappadocia its snowy.
Syukur dpt naik Hot Air Ballon a day before. So excited snowy trun nmpk bukit2 tu dah mcm kuih donut kena tabur gula icing je?. Owh lagi 1, kalau time Red Tour, guide akan bawa pergi kedai tembikar, tgk cara dorang produce tembikar tu suma then last skali dorng bawa pergi shop tembikar yg design dia cantik2 and attractive and the price is sooo expensive, beza byk dgn kat luar. If you don’t mind nak spend duit kat sana its up to you juga, lain org lain minat, this tips utk korang2 yg nak beli pinggan makan 1 nak bawa balik as souvenir utk diri sendiri tapi nak harga murah, sila beli kat Cappadocia Town lebih3 murah? tapi kena pandai bargain. Lagi 1 kat Green Tour, guide akan bawa pergi shop yg produce and jual batu Zultanite yg boleh tukar 7 color. My advise, klau dlm trip korang ada plan pergi Bursa, kat Bursa lg murah dr kat Cappadocia, way more cheaper seriously, harga 1 rings kat Cappadocia equivalents harga 1 set( ada rantai, anting2 sepasang dgn rings ) Zultanite kat Bursa. Tapi mcm biasa Bargain3!!. Nak beli Carpet pun kat Bursa murah giler dr kat Cappadocia.
Spicy Bazaar Istanbul
Rue d’Azur Alacati, Cesme, Izmir Highly recommended, owner and staff dia excellent service seriously. Dekat dgn kawasan main attraction, dekat gak ngan Saturday Alacati Market. My tips kalau nak dtng ke Alaçatı, dtng hari jumaat and stay like 2/3 night explore tmpt ni. Alaçatı sinonim dgn dorng pny windmills sbb mmng slama ktorg kat sini x pernah x berangin?. Hari sabtu pula, ada open market kat area Alaçatı and it is antara Top 10 largest market kat turkey. Tapi x yah dtng awal pagi sgt, ktorg pergi pasar tu dlm pkul 11am cam tu and ada variety’s barang2 kering and basah jual kat sana. Its nice, I bought sarung bantal as a souvenir kat sana, comel and don’t forget to bargain if you could. Search babushka Alaçatı kat google maps for the direction to the market. Market ni mcm pasar pagi kita kat Msia la. I like explore kat mana2 negara dorng punya pasar pagi, blending with the local, tgk barang2 dorng jual which is interesting and murah ( heheh ni yg penting ).
And ni Restaurants tmpt ktorg mkn. The price is acceptable.
Emirgan Park
Borak2 ngan local sellers kat sana dorng kata at 4-10 april ada flower festival kat Alaçatı which is kalau korang google view dia sgt cantik penuh dgn bunga2 and bgunan rumah2 yg colorful. So sesapa yg nak dtng ke turkey, put this at your itinerary if still ada space. Another Tips and story : Cerita dia, Kitaorg smp kat Izmir Adnan Menderes Airport dlm pkul 210pm cam tu, so kluar je dr airport we have 3 options nak ke Çeşme( atas lagi dr Alaçatı, bole tgk view tepi2 laut klau nak) / Alaçatı( bus akan smp kat Alaçatı dulu, which is the place yg ktorg nak turun ) 1st option naik Havas Bus( airport shuttle ) yg murah dlm 27 Lira nak ke Alaçatı tapiii, bus ada pkul 230pm and 430pm, yg mana ktorg missed bus pkul 230pm, so pikir2 x kan nak tunggu lama kat airport, so we try 2nd options naik train ke kemer station dlm 25 minutes then trun kemer station ambik teksi ke izmir bus station dlm +-10 minute, lepas tu dr izmir station ke Alaçatı station dlm sejam 15 minutes. So kitaorg pun pergi la kat train station luar airport naik turun escalator nak beli tiket, Tapiii machine tiket dia accept card mcm Touch n go card, nak beli kat kaunter tiket tutup la pula, try tunggu dlm 10 minit kot2 org kaunter tu g toilet ke tp x muncul2 juga, tny guard kat sana, dia suh tunggu kaunter bukak juga. Then kitaorg pergi ke 3rd option, naik teksi ?. Tanya kat pakcik teksi, rege dia 295 Lira which is not practical utk org2 backpack ni?. So last2 we decided tunggu bus jela, lg pun time tu dah pkul 3pm, and ktorg duduk kat kedai makan tepi bus tu mkan mlm sesiap smbil rehat2 and tunggu bus smp. Nanti sy selit gmbr Havas bus tu pny schedule skali.
Ok, nak d jadikan cerita, mamat 3 org ni dtng tgur my friend and says nak interview ktorg pasal taman ni, mcm how did you know pasal park ni?. And why you like this park etc, auch..sis malu ?..hahahahha..abam yg plng kiri tu pny jelingan2 boleh buat sis btukar jdk bunga tulip kuncup???..
Pokok gigantic kat dpn tu umur 610 tahun. 1 of the pit stop ktorg nak ke Uludag
Hotel New House, Istanbul. Hotel dekat sgt dgn train station Cemberlitas kluar dr train dpn tu je dah hotel. Dekat dengan Grand Bazaar. Jalan depan sikit smp station Sultanahmet tmpt Hagia Sophia and Blue Mosque. Kat area Sultanahmet ktorg booked trip esok nye pergi ke Bursa 1 full day and ktorg dpt price dlm 35USD.
Ok ni seyes sejuk bak hang! Cuma bole guna gopro je kt sini? x sanggp nak bkak sarung tgn smata nak snap pki phone. Tangan dah numb x rasa apa.
Cabel car naik atas Uludag Mountain. Ni dah include skali dlm day package tour ke Bursa.
Flight direct Turkish Airline Riyadh-Istanbul : Rm 1340 seorg Flight Domestic IST – Nevsehir : Rm 133 Flight Domestic Kayseri – Izmir : Rm 107 Flight Domestic Izmir – Istanbul : Rm 92 Hotel Total : 943 / 2 org Hot Air Balloon : 172 usd Green Tour : 200 Lira Red Tour : 30 usd Bursa Tour : 35 usd
Ni atas ferry dah boleh tgk sunset, actually ni day ktorg pergi Bursa, nak blk ke Istanbul, guide tu bwak naik ferry..best gak ada la dlm 45 minutes to 1 hour kat atas ni.
Anjing2 and kucing2 kat Turkey ni really well behave. X mnyalak kat org lain sesuka hati, kat Alacati ni anjing dia besar2 mcm anjing polis. Kalau kita bg mkanan kat dia, Dia akan jln sbelah kita je, tunggu je mcm park guard. Tp dia x buat apa just jln je. Comel je
Ramai yang merungut syarikat penerbangan tambang murah AirAsia seringkali membatalkan perjalanan anda secara tiba-tiba ketika ini.
Bersabarlah ya! Banyak faktor yang menyebabkan 'pembatalan' tersebut terjadi secara tiba-tiba ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini. Paling penting, pastikan anda menjadi individu yang sangat rajin untuk semak jadual penerbangan anda sebelum tarikh berlepas. Jika anda risau tentang 'kerugiaan' disebabkan pembatalan tersebut, ini mungkin membantu dan melegakan keresahan anda.
Pengguna penerbangan tambang murah, AirAsia kini boleh mendapatkan kredit dengan lebih mudah dan cepat, pada hari yang sama permohonan dibuat. Pemegang tiket yang mendapati penerbangan mereka dibatalkan oleh AirAsia dari 23 Mac hingga 31 Ogos 2020 boleh mengekalkan nilai tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG mereka pada hari yang sama permohonan dibuat.
Akaun kredit boleh digunakan dalam masa dua tahun (730 hari kalendar) dari tarikh dikreditkan dan tarikh perjalanan untuk tempahan baharu boleh dibuat pada bila-bila masa, selagi penerbangan tersedia untuk tempahan di airasia.com atau di aplikasi mudah alihnya. Langkah terbaharu itu sejajar dengan nilai syarikat yang mengutamakan tetamu dan bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan ketidakpastian dalam situasi terkini dengan penyelesaian yang lebih lancar.
AirAsia Virtual Allstar atau AVA akan membantu pelanggan untuk memohon Akaun Kredit mereka. Hanya kemukakan nama, e-mel dan nombor tempahan, kemudian, AVA akan memeriksa ID Ahli BIG yang diberikan untuk memastikan ia sama dengan nama dan rekod pendaftaran akaun Ahli BIG sebelum memproses kredit ke akaun mereka.
Ketua Pegawai Bahagian Kebahagiaan Pelanggan AirAsia Adam Geneave berkata, pihaknya menghargai maklum balas yang diberikan oleh tetamu dan pasukan AirAsia telah bekerja keras untuk mencari penyelesaian yang lebih cepat dan mudah untuk mengakses pilihan pemulihan.
"Kami berbesar hati untuk menawarkan pilihan Akaun Kredit yang lebih mudah kepada tetamu yang memilihnya sebagai kaedah bayaran balik untuk terbang bersama kami di masa hadapan. Kami berterima kasih atas kerjasama mereka, yang bukan hanya akan membantu kami mengatasi cabaran ini, malah mengukuhkan semangat kebersamaan antara satu sama lain," katanya.
Tetamu yang telah memohon Akaun Kredit mereka akan menerima e-mel daripada AirAsia yang akan membantu proses permohonan kredit pada hari yang sama. Selain itu, tetamu juga diingatkan bahawa Akaun Ahli BIG diperlukan untuk dikreditkan dan tertakluk kepada pengesahan tempahan. Untuk maklumat lanjut mengenai cara membuat permohonan, sila rujuk panduan di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada sesetengah mercu tanda yang cukup dikenali hanya melalui bentuknya. Tak perlu tengok nama negara pun, orang sudah boleh agak lokasi itu berada di...