Negara kita kini menuju ke arah jumlah penduduk dewasa mencapai 90% divasinasi sepenuhnya dalam masa terdekat. Apabila angka tersebut telah dicapai kebenaran untuk rentas negeri akan dibuka oleh kerajaan. Pastinya ia akan merancakkan semula perjalanan dan industri pelancongan sama ada menerusi laluan darat atau udara.
Sebagai salah sebuah syarikat penerbangan utama di negara kita, Air Asia mengambil langkah proaktif bagi memastikan keselamatan penumpang lebih terjamin. Sehubungan dengan itu AirAsia Malaysia pada hari ini telah mengumumkan bahawa mereka hanya menerima tetamu dewasa yang telah divaksinasi sepenuhnya dalam penerbangan berkuat kuasa serta-merta.
Manakala bagi penumpang berusia 18 tahun kebawah yang belum divaksinasi atau belum lengkap pula diwajibkan ditemani ibu bapa atau penjaga yang divaksin sepenuhnya.
Jelas AirAsia, ia merupakan sebahagian daripada pelan mitigasi Covid-19 mereka untuk memastikan standard keselamatan tertinggi bagi para tetamu dan kakitangannya.
Semua penerbangan AirAsia juga hanya akan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal.
PENDAFTARAN MASUK KENDIRI AIRASIA SUPER APP
AirAsia juga telah mewajibkan para tetamu untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App yang membolehkan penumpang melalui proses perlepasan dan menaiki pesawat menggunakan pas masuk elektronik (e-Boarding Pass), yang meminimumkan interaksi fizikal dengan kakitangan. Tertakluk kepada beberapa pengecualian, bayaran akan dikenakan untuk daftar masuk melalui kaunter di lapangan terbang.
Ads
Jadi anda hanya muat turun airasia Super App menggunakankannya untuk tempahan penerbangan dan penginapan, daftar masuk, pengesahan dokumen kesihatan sehinggalah kepada pas masuk elektronik, perlepasan melalui sistem pengecaman wajah FACES dan pelbagai perkhidmatan semasa dalam penerbangan.
AirAsia telah membangunkan pelbagai inovasi dan pembaharuan teknologi tanpa sentuh yang membolehkan para tetamu terbang dengan lebih selesa dan selamat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, “Keputusan untuk hanya menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan kami dibuat demi untuk menjaga keselamatan para tetamu dan kakitangan kami. Semua penerbangan AirAsia dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya, begitu juga dengan kakitangan operasi yang lain. Selain itu, kami telah menyediakan pelbagai perkhidmatan di airasia Super App.
“Para tetamu kini boleh menggunakan sistem daftar masuk mudah dan pantas yang membolehkan mereka memuat naik dokumen kesihatan dan sijil vaksinasi mereka untuk pengesahan segera dan menggunakan sistem pengecaman wajah FACES untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang.”
AirAsia juga menasihatkan penumpang memastikan beberapa perkara tersebut sebelum melakukan tempahan tiket penerbangan:
Ads
Pastikan anda (dan keluarga) layak untuk melakukan perjalanan.
Sila semak jika ada sebarang peraturan atau syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan di destinasi anda. Ini termasuklah keperluan menyediakan dokumen kesihatan dan perjalanan seperti sijil keputusan negatif COVID-19 dan sijil lengkap vaksinasi. Syarat-syarat ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, jadi sila dapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkaitan terlebih dahulu.
Pastikan anda tidak mengalami sebarang gejala
Jika anda mengalami simptom seperti selesema, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan perjalanan anda. Sebagai tetamu yang bertanggungjawab, kami juga ingin menasihati anda untuk melakukan ujian kendiri Covid-19 sebelum penerbangan anda bagi memastikan bahawa anda selamat untuk melakukan perjalanan dan melindungi para tetamu lain di sepanjang perjalanan anda.
Ads
Hanya tetamu yang telah divaksin sepenuhnya akan diterima
Anda haruslah telah divaksin sepenuhnya dan telah melepasi tempoh matang serta diklasifikasikan sebagai status “Risiko Rendah” atau “Kontak Kasual Tanpa Gejala” di aplikasi MySejahtera untuk meneruskan perjalanan anda.
AirAsia telah mewajibkan daftar masuk kendiri melalui airasia Super App untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang.
Mendaftar masuk kendiri amat mudah dan ianya boleh dilakukan melalui airasia Super App atau laman web airasia.com bila-bila masa 14 hari sebelum penerbangan. Anda hanya perlu mengimbas atau memuat naik sijil vaksinasi atau dokumen kesihatan yang diperlukan semasa proses mendaftar masuk untuk pengesahan segera.
Sila ambil maklum:
Daftar masuk melalui kaunter hanya untuk tetamu kurang upaya, tetamu yang membawa bayi (bawah usia 24 bulan), dan tetamu bawah umur yang terbang sendiri.
Caj daftar masuk kaunter akan dikenakan kecuali untuk kategori tetamu yang dinyatakan di atas.
Pastikan anda tiba lebih awal di lapangan terbang. Para tetamu digalakkan untuk tiba sebaik-baiknya 4 jam sebelum masa berlepas untuk memenuhi semua proses yang diperlukan. Pasukan khidmat pelanggan kami bersedia membantu sebarang pertanyaan dari tetamu.
Pakai pelitup muka sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Pakai pelitup muka perubatan jenis tiga lapis seperti yang disarankan pihak berkuasa kesihatan, atau gunakan pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik. Pelitup muka dengan injap terbuka tidak dibenarkan di dalam penerbangan AirAsia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jaranglah Libur jumpa orang Malaysia yang suka travel sorang-sorang ni. Paling tidak mesti akan ada sorang yang akan ikut sekali dalam trip kita sewaktu bercuti.
Tapi bak kata orang-orang tua, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Jadi Libur nak kongsikan tip kepada korang, apa yang perlu dilakukan sekiranya berdepan situasi sebegini bersama ‘partner in crime’ travel korang tu nanti.
Kawan yang banyak songeh ni wajib ditinggalkan
Ini betul. Dah banyak sangat cekadak dia, itu tak boleh, ini tak boleh. Semua benda tak nak, elok ditinggalkan je. Tak pening-pening kepala nak fikir diri dia je.
Kawan yang bawa beg macam nak pindah rumah pun patut dielakkan
Kawan yang bawak beg macam sumbat almari tu, memang akan bermasalah kalau salah satu barang dia tak ada nanti. Akhirnya nanti akan terjebakkan korang pula. Lagipun yang bawa beg sebesar alam ni leceh nak bergerak, habis masa nak pikul beg dia je.
Kawan yang suka pot pet pot pet ni elok dibawa ketika travel
Diorang ni jenis kurang malu atau segan-segan sikit nak terjah ke mana pun lagi-lagi kalau nak tanya jalan sekiranya sesat. Lagi satu, diorang ni juga pemeriah suasana dikala sendu kebosanan. Tak cepat sentap, boleh bahan-membahan dan kita akan terasa sunyi apabila dia tak ada.
Kawan yang gila-gila pun elok dijadikan geng travel
Sama macam jenis suka pot pet pot pet tu tadi. Kawan yang gila-gila ni pun kebanyakkannya jenis berani. Diorang boleh lead kita ke tempat-tempat baru. So kita ikut je kepala gila-gila dia tu.
Kawan yang pandai urus duit
Kawan yang jenis macam ni adalah spesis yang wajib dibawa. Disamping pandai manage duit, make sure dia pandai menasihatkan korang kot-kot kalau dilanda nafsu serakah. Contoh bajet RM300 tapi nafsu nak RM600. Ha kawan yang semacam ni akan membantu korang untuk damage control.
Bawa kawan yang boleh share segala kos bersama
Ada kawan-kawan travel macam ni baru le best. Tak ada la sangkak sangat nak travel sorang-sorang. Dapat sikit berjimat. Nak lagi best, bawa kawan-kawan yang boleh share katil dan makanan dengan anda. Lagi syiokk.
Jangan tinggalkan kawan kuat makan
Kawan jenis kuat mentekedarah ni jangan ditinggalkan. Tipu kalau anda rasa tak seronok bawa kawan-kawan semacam ni keluar berjalan. Tengok diorang makan pun dah mampu membuat kita berasa kenyang.
Ada 7 golongan yang akan dinaungi ‘Arasy di akhirat nanti, salah satunya adalah “dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah juga kerana Allah”.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebelum ini jika berkesempatan melancong ke negara luar terutamanya negara Asia, pasti anda berlumba-lumba untuk membeli barang-barang kraftangan mengikut identiti negara tersebut bukan?
Tahukah anda wahai rakyat Malaysia sekalian, bahawa negara kita juga mempunyai hasil kraf yang sangat cantik, berkualiti dan paling penting harga yang ditawarkan cukup berbaloi. Ramai pelancong luar sebelum ini yang begitu kagum dengan hasil kraf kita. Namun disebabkan wabak pandemik, nilai jualan kraf negara tahun ini dicatatkan pada RM182.7 juta, jauh merosot berbanding RM519.7 juta tahun lepas.
Kraftangan Malaysia sedang giat melaksanakan pelbagai program dalam usaha membantu usahawan kraf tempatan menghadapi situasi ekonomi yang amat mencabar ketika ini. Di antara usaha ini termasuklah Program Pembangunan Kemahiran Komuniti yang dilaksanakan di bawah Inisiatif Pembangunan Kemahiran Dan Peningkatan Kemahiran, dalam usaha membangun dan memperkasa komuniti kraf bagi melibatkan diri secara langsung dalam perusahaan kraf, untuk menjana pendapatan utama atau sampingan.
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, kemerosotan jualan ini berlaku berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara ini sejak awal tahun ini. Dengan adanya pelaksanaan program membantu usahawan kraf tempatan diharap dapat membantu kumpulan sasar, iaitu belia dan beliawanis, asnaf, golongan B40 (bandar dan desa), masyarakat Orang Asli, etnik Sabah dan Sarawak, kumpulan rentan (ibu tunggal, orang kurang upaya dan warga emas) serta penganggur. Sebanyak 47 projek dengan 159 aktiviti makmal kemahiran kraf di seluruh negara, telah dan bakal berlangsung bagi tempoh empat bulan.
Program ini memfokuskan kepada empat inisiatif, iaitu pembangunan produk, pembangunan komuniti, pasaran dan promosi serta komunikasi pasaran bersepadu, yang terbuka kepada seramai 3,720 orang kumpulan sasar merangkumi bidang kraf tekstil, hasil rimba, hasil logam, hasil tanah dan aneka kraf.
Buat rakyat Malaysia, mari membantu dan menyokong dengan membeli barang kraf negara kita.
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Raya tak lama lagi weyhh! Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi sebelum 1 Syawal akan tiba. 1 Syawal menandakan kemenangan kita dalam melawan hawa nafsu dengan berpuasa di bulan Ramadan.
Menerusi kenyataan daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dengan tarikh sambutan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio serta televisyen.
Jadi untuk menentukan bilakah tarikhnya 1 Syawal minggu hadapan, jabatan agama akan melakukan proses mencerap anak bulan dan semestinya kebiasaan lokasi yang digunakan terletak di beberapa kawasan yang tinggi seperti anak bukit dan sebagainya.
Berikut adalah 29 tempat yang dikenalpasti untuk melihat anak bulan Syawal:
Pontian Kecil, Johor;
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka;
Teluk Kemang, Negeri Sembilan;
Bukit Melawati di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting dan Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor;
Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak;
Bukit Besar, TerengganuBukit Melawati, SelangorBukit Jugra, Selangor
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Pulau Pinang;
Kampung Pulau Sayak di Kuala Muda, Pemandangan Indah di Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Kedah;
Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit Geliga di Kemaman, Pulau Perhentian di Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;
Bukit Peraksi di Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram di Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak di Kota Bharu, Kelantan;
Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan, Pahang;
Menara Kuala Lumpur;
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Kuala Sungai Baru di Simpang Empat, Perlis;
Esplanade Luak di Miri, Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu di Bintulu, Sarawak;
Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan serta Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan, Sabah.
Ada beberapa kawasan yang disenaraikan di atas boleh di akses oleh orang awam seperti Bukit Jugra dan Bukit Melawati di Selangor dan lokasi tersebut amat sesuai untuk anda gunakan sebagai lokasi untuk beriadah terutamanya sekali pada waktu petang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...