Kedudukan di tengah bandar Petaling Jaya dan dengan kemudahan pengangkutan awam menjadikan Utama Farm tempat wajib dilawati di Selangor.
Pada asalnya, tapak Utama Farm digunakan untuk tujuan kawasan tadahan hujan, tetapi kini bertukar menjadi ruang kebun akuaponik moden, restoran dan kawasan riadah memancing.
Utama Farm ini menggalakkan kesedaran orang ramai tentang pertanian mapan dan menggalakan pemakanan sihat dan bersih.
Jangan risau, Utama Farm tidak menggunakan racun perosak, dan dengan penggunaan sistem akuaponik NFT (nutrient film technique), jika terdapat racun, ikan dan udang tidak akan hidup.
Boleh Memancing, Bestnya!
Ads
Selain aktiviti pertanian akuaponik, pengunjung juga boleh beriadah seisi keluarga dengan melakukan aktiviti memancing udang galah dan udang harimau.
Pengunjung boleh memancing udang sebanyak mungkin dengan harga RM35/jam. Jika tidak mahir, staf boleh memberi tunjuk ajar cara untuk memancing dengan betul.
Pilih Ikan Dan Boleh Makan Ikut Tekak
Ads
Apa yang menarik, selepas penat memancing, hasil tangkapan boleh terus dijadikan hidangan makan bersama keluarga. Hah, jangan risau ada pelbagai jenis masakan yang boleh diminta terus dari dapur, siap boleh pilih ikan terus dari kolam.
Lengkapkan hidangan udang dan ikan dengan sayur-sayuran organik “siew bak choy, kailan, choisam” terus dari kebun.
Pengunjung juga boleh memilih menjamu selera pelbagai makanan gaya Kopitiam. Macam-macam ada!
Ads
Cuci Mata Tengok Pokok Hiasan
Tidak kurang juga, pengunjung boleh mencuci mata dengan jualan pokok hiasan rumah yang dipamerkan di sekitar kawasan Utama Farm. Pilih sahaja mahu yang mana, harga pasti berbaloi!
Kalau nak kelainan isi waktu lapang, Utama Farm juga boleh menjadi lokasi keraian seperti makan malam, sambutan hari lahir dan program korporat seperti bengkel, kursus dan mesyuarat. Nanti anda boleh lah beri pengalaman baru pada anak-anak waktu cuti sekolah.
Selamat bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika bercadang atau merancang percutian keluarga ke Taiwan, catatkan destinasi Leofoo Village sebagai destinasi yang perlu dikunjungi. Terletak di daerah Hsinchu Taiwan, Leofoo Village antara destinasi terbaik percutian keluarga yang tidak harus dilepaskan untuk dikunjungi. Segalanya terdapat di sini, dari taman tema bertaraf dunia, binaan landskap dunia mengkagumkan, penginapan empat bintang unik lagi esklusif serta sajian makanan lazat yang Halal.
Apabila berada di dalam kawasan Leofoo Village, singgah sebentar di Window On China untuk melihat hasil ketelitian serta kehalusan mini replika pelbagai jenis bangunan dan binaan termasyhur dunia. Window On China telah dianugerahkan antara 10 destinasi tumpuan pelancong ke Taiwan. Kira-kira 133 miniatur bangunan terhidang di hadapan mata termasuk Dewan Memorial Sun Yat-Sen, Taiwan, Menara Pisa Itali, St Basil Rusia, dan patung Statue of Liberty Amerika Syarikat. Jangan lupa untuk mengambil gambar kenang-kenangan di sini.
Bagi menambahkan keseronokan percutian di lokasi ini, berkunjunglah ke Leofoo Village Theme Park. Ia adalah taman tema yang terdiri daripada empat konsep hiburan mengikut tema beberapa negara seperti African Safari, South Pacific, Wild West, dan Arabian Kingdom. Malah, ia menawarkan lebih 30 permainan serta aktiviti di zon basah dan kering yang cukup menghiburkan terutama roller coaster berbentuk U yang kedua tertinggi di dunia.
Terdapat juga haiwan liar dibiar bebas berkeliaran seperti harimau, singa, zirafah dan badak. Setiap spesies haiwan ditempatkan dalam komuniti sendiri dengan pintu jeriji besi sebagai pemisah. Kalau pernah menyaksikan filem pecah panggung Life of Pi, harimau yang digunakan di dalam filem tersebut dipinjamkan dari taman ini dan dikatakan telah menjadi ‘selebriti terkenal’ di sini.
Pengunjung boleh memilih menjelajah seluruh African Safari dengan bas atau keretapi mini yang disediakan. Haiwan lain yang unik terdapat di sini adalah spesies alpaca. Anda dibenarkan memberi haiwan jinak ini makan dengan membeli makanan yang disediakan berhampiran ruang sangkarnya.
Selain bersantai dan mengenali haiwan, pengunjung berpeluang menyelami dunia koboi di Wild West, menghayati hikayat 1001 malam Aladdin di Arabian Kingdom dan mencuba pelbagai permainan air di South Pasific. Jangan lupa untuk singgah di kedai cenderamata untuk membawa pulang beberapa buah tangan sebagai kenang-kenangan, terutamanya ikon haiwan alpaka yang comel.
Sebagai memenuhi keperluan pelancong Muslim untuk dapatkan hidangan halal, pengunjung beragama Islam boleh mendapatkan makanan cita rasa Timur Tengah di Restoran Aladdin dalam kawasan Leofoo Village Theme Park dengan mudah.
Pelbagai menu Asia Barat tersedia buat pengunjung seperti Grilled Squid Salad, Chick Peas Sauce & Pita, Red Lentil, Stewed Mutton, Grilled Chicken Leg dan Puding Nasi. Anda pasti tertarik melihat nasi briyani berbentuk piramid menghiasi pinggan dengan lauk kurma kambing atau ayam tandoori. Apa yang penting, taman tema ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung muslim termasuk bilik solat dan tandas berpaip.
Rehatkan lelah anda selepas seharian berlibur dengan memilih menginap di Leofoo Resort tidak jauh dari Window On China dan terletak berhampiran Leofoo Village Theme Park.
Membangunkan konsep Safari inspirasi dari negara Afrika, resort ini menawarkan hanya 161 buah bilik esklusif demi menjaga hak bersendirian tetamunya. Tidak kira kanak-kanak atau golongan dewasa pasti terpukau dengan konsep unik yang ditawarkan iaitu menginap bersama haiwan disekeliling resort.
Umpama berada di dalam zoo, anda boleh melihat zirafah, kuda belang, badak, dan banyak lagi hanya dari jendela kamar atau baring di atas katil. Jangan risau mengenai masalah bau-bauan haiwan yang timbul dari persekitaran safari, kerana setiap kamar dilengkapi dengan gelas kaca yang nyah bau.
Bilik anda tidak akan sesekali memberikan bau yang kurang menyenangkan. Jika anda berada di jambatan yang menghubungkan kawasan safari ke resort, terdapat haiwan terutama zirafah menghulur keluar kepala, jangan sentuh atau memberi makanan. Ianya perkara yang sangat dilarang di sini.
Pada malam hari pula, terdapat persembahan dari suku kaum Afrika yang begitu mengujakan dengan rentak tarian yang pasti membuatkan mata anda tidak berkelip. Memang sesuai sekali resort ini diberi pengiktirafan sebagai ‘Asia’s first and only ecological and animal themed resort’.
Keretapi (Taiwan Railway)
THSR (Taiwan High Speed Rail)
Kereta
Bas
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Dabong, Kelantan antara destinasi percutian yang menjadi pilihan pengembara Malaysia. Mempunyai banyak tarikan dan aktiviti yang menyeronokkan ditambah dengan bajet yang tidak terlalu besar membuatkan destinasi ini antara kegemaran pengembara tempatan.
Banyak mendapatkan info daripada group Facebook ‘Train to Dabong’ Que NaQue dan teman-teman menjelajah Dabong menggunakan kereta. Namun sempat juga dia dan rakan-rakan merasai sendiri train DMU ke Kuala Krai untuk pengalaman yang berbeza.
Siap dengan bajet dan info untuk traveler lain jadikan panduan, jom ikuti perkongsian lelaki ini!
minyak kereta(6 orang)
Rm40
jelawang homestay(mah hassan)
3bilik(queen size+single)
Lokasi hadapan sekolah mempelam jelawang,betul2 simpang ke gunung stong
Tel:0 13-277 9961
Rm400 2malam
rm67/pax
ATV jelawang(belakang hentian R&R)
Tel: 017 526 4404
Laluan ATV ni memang sgt2 mencabar tapi kalau nak laluan yg santai boleh sewa ATV dekat jelawang pipe resort.
Rm30/pax
Flying fox @jelawang pipe resort
Rm15/pax
Tel:0 14-832 4363
tiket train
Dabong-kuala krai-dabong
Rm4.00
Staff KTM Dabong yang sangat membantu dan peramah…
Train baru ni best sebab dilengkapi dgn mini cafe di bahagian coach A…surau dan tandas…dekat seat sendiri pon ada table disediakan mcm dlm flight jadi senang lah kalau nak makan cuma satu je seat dia kaku xleh nk turun kan
Abe ney(adnan) tel: 011 4037 9861
caving gua ikan(guide)
Rm35/pax
Tips kalau pergi caving sila pakai baju warna terang2 sebab keadaan kat situ gelap…baru hasil gambar korang lawa nnti
tshirt train to dabong
Rm33sehelai
Kedai ole ole dabong (kedai betul2 stesen KTM dabong)
best nye kedai ni dia boleh buat kan design baju ikut kita nak
Tel:0189742705(akram)
Kat Dabong ada 3 pilihan best mee udang galah
Kg stong KPK,agak jauh tapi berbaloi2 dgn kesedapannya
2. mee udang cikda
Lokasi betul2 depan stesen KTM dabong
3. mee udang kedai umi pokok ceri
Jalan menuju ke jelawang pipe resort.
Jumlah kasar RM224 seorang
(Tak termasuk makan2 dan parking)
Sebenarnya trip kami ni “drive to dabong” sebab kami drive kereta dari terengganu ke dabong melalui jalan felda aring gua musang.
jika dari terengganu dan nak merasai pengalaman naik keretapi pon boleh dengan menaiki keretapi dari wakaf bharu/pasir mas/tanah merah…tapi pastikan tiket train dan pengasuh juga di booking siap2.
Setiap pagi jumaat ada pasar pagi kat kg kemubu dan kuala balah…dan petang sabtu ada pasar malam dabong…boleh lah nk suport org kg berniaga.
memandangkan kami drive sendiri jadi kami x guna khidmat pengasuh dan hanya berpandukan maps dan info2 dari group “train to dabong”
The Gemalai Village terkenal di kalangan pelancong yang ingin merasai sendiri pengalaman bermalam di rumah kampung atas bendang.
Kalau nak tahu, lokasi bercuti ini merupakan chalet berkonsepkan ala kampung yang mempunyai keunikan seni bina tradisional dengan keselesaan dan kemudahan moden.
The Gemalai Village menawarkan dua jenis penginapan kepada tetamunya iaitu :
1) DANGAU – Single Chalet
2) TERATAK – Chalet Bertingkat
Keseluruhan chalet di The Gemalai Village berjumlah 3 Dangau dan 3 Teratak serta kesemuanya dikelilingi kehijauan alam semula jadi dan keunikan pemandangannya adalah bergantung mengikut musim.
Setiap penginapan direka dengan gaya tempatan yang memberikan pengalaman autentik desa kepada para tetamu.
Meskipun begitu, anda tidak perlu risau kerana segala kemudahan seperti penghawa dingin, tv, cerek, peti ais, seterika, iron board, pemanas air serta kelengkapan mandi semua lengkap tersedia buat tetamu.
Lebih menarik, di dalam almari ada beberapa pasang kain batik dan juga baju kurung Kedah turut tersedia khas buat tetamu menggayakannya sebagai ‘outfit of the day’ (OOTD) untuk bergambar Instagrammable di spot-spot cantik di The Gemalai Village.
Bukan itu sahaja, anda boleh melihat malah pemandangan kerbau yang ada di sekitar situ. Teratak juga ada disediakan port lepak di bahagian bawah untuk anda menjamu selera atau sekadar nak duduk-duduk santai sambil menikmati pemandangan indah sekeliling.
Kemudian boleh layan pemandangan kapal terbang silih berganti melalui ruang udara The Gemalai Village, disebabkan lokasi penginapan tersebut sangat dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Penginapan di The Gemalai Village ini biasanya akan dapat sekali dengan pakej sarapan. Jadi merasalah anda bersarapan ala kampung sambil menikmati pemandangan desa yang pastinya menggamit memori zaman kanak-kanak.
Jika pada waktu tengah hari atau makan malam anda ingin mengisi perut dengan menu hidangan kampung yang lazat. Owh ya, jangan lupa untuk singgah menjamu selera di Restoran Kerisik yang tak jauh pun dari The Gemalai Village itu hanya 10 minit sahaja berjalan kaki.
Apa yang menarik di Restoran Kerisik yang terletak di Laman Padi itu ialah selain ada tempat makannya yang berkonsepkan duduk bersila di dalam pondok.
Ada 5 pilihan set juadah lauk kampung yang ditawarkan seperti set Cenang, Kedawang, Sunda, Tuba dan Padang Lalang. Paling menarik set talam ini didatangkan dengan Nasi Kukus Buluh.
Tetapi jika datang menjamu selera di Restoran Kerisik ini anda jangan lupa untuk mencuba minuman istimewa yang hanya ada di sini iaitu Air Bunga Telang Selasih.
Lebih menarik jika anda makan di Restoran Kerisik ini, pelayan yang akan membawa hidangan ke meja anda akan berpakaian lengkap seperti hulubalang atau pahlawan Melayu siap bertanjak lagi.
Jadi kalau anda suka dengan suasana kampung, nak layan pemandangan kampung, boleh lah ke The Gemalai Village.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...