
JERMAN: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berada di Jerman sejak Jumaat lalu untuk mengkaji pilihan kereta api sifar pelepasan bagi sistem aliran transit ringan (LRT) yang dirancang di Kuching.
Beliau dan anggota rombongan mengunjungi kemudahan kilang Alstom di Salzigitter dan diberi taklimat berhubung perjalanan ujian kereta api hidrogen yang pertama di dunia.
Delegasi ini kemudian berkunjung ke Frankfurt untuk melihat kemudahan milik Siemens yang mengeluarkan kuasa hidrogen daripada air.
Ketua Menteri diiringi oleh Timbalannya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Ghani, Pengerusi SEDC Sarawak, Tan Sri Abdul Aziz Hussain.
Sumber: sarawakvoice.com
Oleh: Ambrose Cheng (Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Sarawak)

Tarikan Taman Eko Rimba Kledang Saiong Yang Wargamaya Perlu Tahu Sebelum Datang Ke Sana

Anda tahu tak Taman Eko Rimba Kledang Saiong? Kalau tanya pada diorang yang tinggal dekat Ipoh, mungkin tahu lah kan Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni dekat mana, sebab taman eko rimba dekat je dengan ibu negeri Perak tu.
Ada orang pernah tanya pada Libur, apa lagi tempat-tempat yang best nak jalan-jalan dekat Ipoh. Yela, Ipoh memang dah banyak produk-produk pelancongan yang menarik tapi diorang nak cari satu tempat yang boleh lepak dalam sehari dua, mandi sungai, bbq, main gitar sambil nyanyi-nyanyi. Ala, tempat yang boleh buat short-vacay, dapat dalam semalam pun jadi!
Jawapan Libur, ada! Memang ada satu tempat yang menarik kalau korang nak buat aktiviti-aktiviti macam tu di Ipoh dan tempatnya – Taman Eko Rimba Kledang Saiong lah! Menarik tempat ni dan kita perlu mempopularkan tempat-tempat ni untuk manfaat kesejahteraan kawan-kawan travel kita mencari lokasi short-escape.
Okay, meh Libur sharekan dekat korang sikit benda-benda menarik yang ada dekat Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni. Tempat ni, terletak di Daerah Kinta dan berkeluasan lebih kurang dalam 2,188 hektar. Tak jauh pun dari bandar Ipoh, lebih kurang dalam 5 kilometer je nak pergi. Sebab tu, Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni popular untuk yang tinggal sekitar Ipoh.
Jarak perjalanan 5 kilometer, berapa minit sangat la nak drive kereta tu. Kalau korang jenis yang bawa kereta-kereta mahal, jangan risau kereta korang rosak. Nama je Taman Eko Rimba Kledang Saiong tapi jalan raya yang menghubungkan tempat ni dengan jalan besar cukup selesa – Myvi pun lepas.
Boleh la bawa family atau kawan-kawan korang yang nak cuti sekejap-sekejap dekat Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni tapi ada sikit la bayaran yang dikenakan. Dulu percuma, sekarang je kena bayar dalam RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Pelancong asing RM5. Okay la, tak adalah mahal sangat nak masukkan?
Bayaran RM2 paling mahal tu pun, kalau korang nak tahu, kemudahan asas yang disediakan untuk pengunjung pun berbaloi tau. Cerita betul ni, bukan cerita berbayar – jangan sangka Libur buat promotion pulak dekat tempat ni. Tapi memang okay pun fasilitis yang diorang siapkan dekat sini, haha. Antaranya tempat letak kereta, tandas, tempat persalinan, tempat BBQ, kafeteria, laluan pejalan kaki, trek berbasikal, tapak berkhemah, pondok wakaf, surau serta papan tanda informasi.
Tarikan yang ramai kata berbaloi untuk datang adalah Taman Nepenthes atau Taman Periuk Kera. ada lebih kurang 77 spesis periuk kera yang ada dekat taman ni. Banyaknya? Kenapa banyak sangat? Sebabnya, Taman Nepenthes ini adalah tempat pemuliharaan dan pemeliharaan spesis-spesis periuk kera yang ada di negara kita. Kalau tak ada tempat ni, habis la cucu cicit kita tak dapat tengok periuk kera dah. Dapat tengok dekat YouTube je nanti.
Kalau korang nak masuk ke Taman Nepenthes ni, ada cukai pintu korang kena bayar. RM5 pukul rata untuk semua orang dan RM2 untuk pelajar atau budak-budak sekolah. Okay what? Diorang jaga cantik kot tempat ni. Bagi muka sikit la untuk diorang jana ekonomi diorang sikit. Hehehe. Tapi kalau korang tanya Libur, Libur masuk taman ni bila ada mak ikut sekali je. Kalau tak ada, hehehe kitorg lepak luar jela.
Okay, kita masuk balik cerita Taman Eko Rimba Kledang Saiong tadi. Aktiviti – kalau korang nak lepak bermalam dekat sini, Libur cadangkan korang camping sebab ada tapak khemah disediakan untuk berkhemah. Ada satu kawasan lapang yang boleh muat lebih kurang 100 orang nak camping. Kalau korang pergi dalam tiga, empat orang satu khemah, best sangat la.
Korang pernah camping dalam hutan tak? Kalau tak pernah, pengalaman tu korang kena cuba sebelum terlewat usia dah nak try. Perasaan camping dalam hutan ni memang syiok. Bunyi unggas, bunyi pokok, sejuk, selesa. Semua ada! Lagi-lagi pagi lepas subuh tu korang jangan tidur. Bunyi burung memang best kalau korang dengar, sambil-sambil langit membiru matahari nak sampai. Syahduu beb..
Cumanya korang kena tahu satu benda penting ni, kalau korang nak camping dekat sini, korang kena minta kebenaran daripada Jabatan Hutan Daerah Kinta/Manjung dulu. Ini no telefon diorang, 05-3661 228. Korang kena minta izin dulu, kalau tak tiba-tiba Ranjer hutan tengok ada orang camping tak tentu pasal, kena tembak dengan senapang gajah. Hehehe tak ada lah, gurau je. Tapi memang prosedur nak camping kat sini, korang kena roger Jabatan Hutan Daerah Kinta/Manjung dulu.
Selain khemah, apa lagi yang korang boleh buat adalah trekking dekat bukit dalam kawasan Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni dan berbasikal. Berbasikal ni kalau korang ride dengan anak-anak – the best bonding time ever within your family! Tak tipu. Mesti korang akan jadi the best parent untuk anak-anak korang.
Ada juga sungai dekat Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni. Boleh la nak mandi sungai dekat sini sambil-sambil berkelah, sambil bbq. Sebut pasal bbq, Libur ada sebut tak dekat sini ada tempat bbq? Dekat sini ada tempat bbq tau! Korang bawa je peralatan apa yang ada, datang sini buat bakar-bakar. Pun layan tau untuk release tension.
Satu pantang larang yang korang kena tahu bila datang dekat Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni, korang tak boleh nak petik, bawa balik sebarangan pokok yang ada dekat sini. Bukan ada hantu ikut balik ke apa, tapi memang undang-undang tak membenarkan korang berbuat macam tu. Come on, jagalah alam sekitar sikit. Untuk keselesaan orang lain juga nanti kan? Hehe. Lagi satu yang korang tak boleh buat adalah memancing. It’s a big no-no bila datang ke Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni sebab diorang nak jaga populasi hidupan air dekat sini.
Info best untuk bakal mempelai yang nak melangsungkan perkahwinan, tak nak try ke buat majlis korang dekat sini? Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni boleh diadakan majlis perkahwinan. Class kau jah kalau kahwin dekat sini, kahwin dalam hutan, gitteww.. Makcik jiran sebelah rumah nanti pun mesti soksek-soksek cerita pasal kau kawin dekat Taman Eko Rimba Kledang Saiong. Hahaha!
Okey lah. Cukup setakat tu je Libur bercerita ni. Nanti kalau ada cerita lain dan tempat-tempat lain, Libur kongsikan lagi dekat korang semua. Kalau ada yang nak ke Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni roger-roger la ya! Selamat bercuti!
Hayati Bulan Kemerdekaan Dengan Mendekati Lokasi Bersejarah Di Selangor

Tidak perlu air mata, keringat atau tumpahan darah seperti generasi sebelum merdeka, generasi masa kini boleh menyemai semangat kemerdekaan dengan hanya menyelusuri dan meneroka tempat tinggalan sejarah dan tempat-tempat yang sarat dengan cerita sejarah yang boleh dijadakan teladan untuk semua.
Apa kata, sempena dengan cuti hujung minggu ini, anda luangkan masa melawati 5 tempat bersejarah di sekitar Negeri Selangor.
Bangunan Tan Boon Chia

Bangunan ini merupakan hak-milik kepada seorang pengasas industri perlombongan berbangsa Cina bernama Tan Boon Chia dan terletak di Rasa, Kuala Kubu Bharu di daerah Hulu Selangor.
Tempat bersejarah ini mempunyai kira-kira 51 buah bilik dan telah siap dibina pada tahun 1918. Ketika Perang Dunia Kedua, bangunan ini telah dirampas oleh tentera Jepun dan menjadi tempat penderaan terhadap kaum Cina, yang mana merupakan satu tempoh getir yang sangat pahit untuk dikenang.
Tentunya tempat ini merintis semangat kemerdekaan yang jitu kerana setelah Jepun menyerah kalah, aktiviti penderaan yang kejam telah dapat dihentikan dan pemilikan bangunan tersebut telah dikembalikan kepada Tan Boon Chia. Namun setelah episod hitam tersebut, mereka tidak berpindah masuk semula ke dalam bangunan itu, dan ia tersergam megah sebagai bangunan simbolik jerih-perih semasa zaman pra-kemerdekaan dahulu.
Kota Raja Mahadi

Kota ini gah dibina di puncak Bukit Kota oleh Raja Mahadi pada tahun 1866. Bangunan yang berusia lebih 100 tahun ini telah menjadi saksi kepada perang saudara pada pertengahan kurun ke-19 antara Raja Mahadi Ibni Almarhum Raja Sulaiman dan Raja Abdullah Ibni Almarhum Raja Jaafar bagi merebut hak pemilikan Sungai Klang dan tebing-tebingnya.
Bagi memudahkan pemantauan pergerakan musuh di Sungai Klang sebagai laluan utama, tempat bersejarah ini telah ditempatkan pada ketinggian yang strategik. Kini, Kota ini telah diselenggara dengan baik di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Klang dan beberapa kemudahan telah disediakan untuk kegunaan para pengunjung seperti kawasan parkir kereta yang luas dan tandas awam juga turut disediakan.
Bukit Malawati

Kota Malawati tersergam megah di puncak Bukit Malawati, Kuala Selangor. Anda akan dapat menikmati pemandangan yang mengasyikkan meliputi hampir keseluruhan Kuala Selangor terutamanya pada waktu matahari terbenam.
Semasa Belanda menakhluki daerah Kuala Selangor, Kota ini telah ditukar nama kepada ‘Fort Altingburg’ kerana kedudukannya yang strategik. Pada hujung minggu dan cuti am, terdapat kemudahan trem disediakan bagi memudahkan pergerakan pengunjung dari satu tempat ke tempat menarik lain yang terdapat di sekitar Kota warisan ini.
Bukit Belanda

Bukit Belanda yang terletak di utara Bukit Selangor ini merupakan kubu pertahanan Belanda yang pertama. Tempat bersejarah ini digelar Bukit Belanda kerana pada suatu ketika dahulu, kerajaan Belanda yang diketuai oleh Van Brac telah menjadikan bukit ini sebagai kubu pertahanan dalam usaha untuk menewaskan Raja Hadi di Teluk Ketapang.
Pada asalnya, bukit ini diberi nama Utrecht bersempena dengan nama bahtera yang dikemudi oleh Van Brac namun ia kemudiannya ditukar kepada nama Bukit Belanda kerana rekaan kotanya yang merupakan ilham dari Sultan Ibrahim menerapkan unsur-unsur kebaratan (Belanda).
Muzium Kuala Selangor

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor terletak 40 km dari Bandar Diraja, Klang. Terdapat banyak jenis maklumat menarik boleh diperoleh yang berkaitan dengan kronologi sejarah di Kuala Selangor.
Muzium ini pada asalnya merupakan kediaman rasmi bagi Pegawai Daerah Kuala Selangor, namun telah diubah menjadi galeri bagi peminat sejarah yang ingin mengkaji tentang daerah Kuala Selangor. Menyedari pentingnya sejarah Kuala Selangor untuk dikongsi bersama, Lembaga Muzium Selangor mengambil inisiatif bersama Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor di Bukit Malawati.
Lexis Hibiscus menang dua anugerah prestij

Lexis Hibiscus Port Dickson, resort dengan rekaan seakan bunga kebangsaan Malaysia, telah memenangi bukan satu, namun dua anugerah semasa Haute Grandeur Global Hotel Awardsyang diadakan di Bangkok. Ia merangkul ‘Villa Kolam Terbaik’ dan ‘Best Family Resort’ untuk Malaysia.
“Memenangi kedua-dua Anugerah Haute Grandeur adalah bukti dan kehebatan untuk resort Lexis, dan bukti bagi meningkatkan pemasaran, persepsi tetamu dan pendapatan,” kata Presiden Lexis Hotel Group, Mandy Chew Siok Cheng.
Setiap tahun, hotel mewah di dunia bersaing mendapatkan penghargaan tertinggi dalam kecemerlangan keseluruhan dan sumbangan terbesar kepada industri. Penghargaan diiktiraf melalui proses penarafan yang ketat, berdasarkan konsep unik eksklusif Haute Grandeur.
Dengan maklum balas yang berkualiti daripada tetamu dan bukannya jumlah undi oleh orang awam atau hakim, keadilan, ketelusan dan hasil yang tidak berat sebelah dijamin.
Pemenang merupakan hotel dan spa yang membezakan diri mereka melalui kecemerlangan di semua peringkat dan kemewahan serta menawarkan pengalaman kepada tetamu yang tidak dapat dibandingkan.
