Amaran ribut petir telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia petang tadi dan orang awam dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar buat masa seketika.
Amaran yang dikeluarkan melibatkan semua negeri di semenanjung tanah air terutamanya di kawasan yang berhampiran dengan pantai seperti pantai barat dan pantai timur semenanjung.
Ads
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Perak Tengah dan Hilir Perak), Kelantan (Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling dan Sepang), WPPutrajaya, NegeriSembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga 8:00 malam; Selasa, 2 April 2019.
Ads
Manakala ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka di negeri Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Jerantut dan Kuantan), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), WPKualaLumpur, Johor (Segamat) sehingga 8:00 malam; Selasa, 2 April 2019.
Ads
Kepada anda diluar sana, awasi anak-anak anda agar mereka tidak bermain hujan di luar rumah dan kepada yang ingin pulang berkerja dengan memandu atau menunggang kenderaan, pastikan jarak selamat dan berhati-hati sepanjang perjalanan.
Setiap kali anda ingin pergi bercuti, lebih-lebih lagi ke luar negara, Libur sangat galakkan anda untuk mengambil insurans perlindungan atau takaful perlindungan kepada diri dan harta benda anda. Sebabnya adalah, kita tak tahu apa yang akan terjadi sepanjang masa kita bercuti, lebih-lebih ke luar negara kerana berada jauh daripada kenalan.
Sekiranya ada apa-apa yang berlaku, insurans yang diambil boleh memberikan bantuan segera kepada anda. Pandang sebelah mata tentang jumlah yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan insurans tetapi pandang dengan lebih serius apakah kita mempunyai cukup simpanan dan bantuan lain sekiranya ada apa-apa kecelakaan berlaku terhadap diri kita? Sekiranya tidak, maka ambillah perlindungan insurans. Sediakan payung sebelum hujan.
Jadi, dalam perlindungan insurans perjalanan atau takaful perjalanan, apakah perkara-perkara utama yang berada di bawah perlindungan mereka? Sekiranya anda semak ke semua laman web yang menyediakan insurans atau takaful perjalanan, anda akan dapati terlalu banyak kelebihan atau benefit yang bakal anda nikmati sekiranya sesuatu terjadi terhadap diri anda.
Tetapi dalam kesemua perkara tersebut, kita nak rumuskan bahawa ada beberapa perkara penting yang perlu anda ambil kira sebelum mendapatkan perlindungan insurans atau takaful perjalanan. Ada lima benda yang perlu anda semak terlebih dahulu sama ada insurans atau takaful tersebut memberikan perlindungan terhadap lima perkara ini.
Ini perkara yang paling utama lebih-lebih lagi kepada anda yang sedang dalam perjalanan yang jauh. Dapatkan insurans atau takaful perjalanan yang melindungi anda daripada status perjalanan yang dibatalkan seperti pembatalan penerbangan dan sebagainya. Ada pelbagai sebab sesuatu perjalanan boleh dibatalkan sama ada di pihak anda atau di pihak pemberi perkhidmatan sebagai contoh masalah kesihatan, kecederaan atau kematian diri sendiri, keluarga atau teman seperjalanan. Selain daripad itu, kejadian bencana alam juga boleh menyebabkan sesuatu perjalanan atau penerbangan dibatalkan dan anda boleh membuat tuntutan insurans atau takaful sekiranya perkara itu terjadi.
Semak dengan teliti polisi insurans atau takaful yang anda ambil, tapi pastikan polisi pembatalan perjalanan ini termasuk dalam perjanjian insurans atau takaful.
Ini benda penting yang selalu dilepas pandang dan tak diteliti dengan baik. Ramai orang beranggapan bahawa semua polisi insurans atau takaful peribadi memberikan bantuan kecemasan perubatan semasa anda berada di luar negara. Dalam negara, ya, insurans atau takaful peribadi memberikan bantuan perubatan kecemasan kepada anda, tetapi tidak semasa anda berada di luar negara. Sebab itu, anda perlu mendapatkan insurans atau takaful perjalanan untuk hal tersebut. Jadi pastikan anda dapatkan insurans atau takaful perjalanan yang memberikan polisi bantuan kecemasan perubatan semasa anda berada di luar negara.
Selain daripada itu, sekiranya anda bercuti di tengah laut menaiki kapal juga mempengaruhi sesuatu polisi insurans atau takaful yang anda ambil. Jadi pastikan anda membuat semakkan yang teliti.
Polisi ini membolehkan anda dipindahkan dari hospital di luar negara ke hospital dalam negara tanpa perlu menanggung kos perpindahan yang amat tinggi. Ini kerana, prosedur perpindahan membabitkan pesakit yang cedera dan dalam keadaan cemas ini melibatkan perpindahan melalui udara dan ubat-ubatan, lebih-lebih lagi dari luar negara ke dalam negara. Kos ambulance, penerbangan, pengangkutan ke hospital, staf perubatan dan ubat-ubatan boleh mencecah lebih ratusan ribu ringgit.
Polisi ini nampak macam remeh tetapi amat membantu sekiranya ianya terjadi. Ada polisi yang akan memberikan anda pampasan sekiranya bagasi anda hilang daripada pesawat. Selain daripada hilang, ada sesetengah polisi yang memberikan perlindungan sekiranya bagasi anda dicuri atau dirosakkan. Ada juga polisi yang akan memberikan pampasan sekiranya bagasi anda terlewat tiba dari masa yang ditetapkan atau penerbangan anda terlewat dan sebagainya. Pampasan yang diberikan tidak bernilai penuh dengan apa yang ada dalam bagasi anda, tetapi pampasan yang diberikan membolehkan anda mencari pakaian ganti sementara menunggu bagasi anda tiba dengan selamat.
Bagi polisi untuk kelewatan penerbangan pula, pampasan yang layak anda terima adalah membabitkan tempat penginapan untuk menunggu penerbangan seterusnya dan juga makan anda selama anda berada di lokasi yang terkandas.
Polisi ini sangat membantu kerana mereka menyediakan staf yang akan memberikan bantuan kepada anda 24-jam di mana-mana sahaja lokasi anda di dunia sekiranya anda memerlukan apa-apa bantuan daripada mereka. Sama ada anda terlibat dalam kecemasan, kemalangan, kehilangan, kelewatan dan sebagainya, anda boleh hubungi mereka untuk tahu apa tindakan seterusnya dan apa yang perlu anda lakukan di situ dan di ketika itu.
Bantuan panggilan 24 jam ini tidak kurang pentingnya juga kerana anda boleh dapatkan lokasi hospital yang berdekatan dengan lokasi anda, membuat tuntutan pampasan, memohon bantuan kewangan dan sebagainya. Selain daripada perkara yang membabitkan nyawa, perkara-perkara lain seperti kelewatan bagasi, kehilangan visa atau pasport juga boleh menggunakan talian bantuan 24 jam ini.
Selain daripada lima polisi yang wajib ada dalam perlindungan insurans atau takaful anda, ada beberapa polisi tambahan lain yang boleh anda tambah untuk memberikan perlindungan maksimum seperti insurans nyawa, insurans lokasi merbahaya atau aktiviti merbahaya, insurans kemalangan kenderaan sewa, dan insurang kecurian dan kehilangan harta benda.
Pastikan anda semak dengan teliti apakan polisi yang ada dalam insurans atau takaful anda dan, pastikan anda dilindungi sebelum pergi bercuti terutamanya keluar negara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Harga petrol sehingga 20-Nov-2017: Harga purata petrol di seluruh dunia ialah USD1.10 seliter manakala diesel USD0.98 seliter. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara pada harga jualan di kalangan negara.
Secara umum, negara kaya menjual petrol dan diesel pada harga yang lebih tinggi manakala negara yang lebih miskin atau negara yang menghasilkan dan mengeksport minyak menjual petrol dan diesel pada harga yang jauh lebih rendah.
Pengecualian pada Amerika Syarikat; yang merupakan negara maju dari segi ekonomi tetapi mempunyai harga petrol dan diesel yang rendah berbanding negara maju lain. Perbezaan harga di seluruh negara adalah disebabkan oleh pelbagai cukai dan subsidi untuk petrol.
Semua negara mempunyai akses kepada harga petroleum yang sama di pasaran antarabangsa tetapi cukai yang berbeza membawa kepada harga petrol dan diesel yang berbeza.
# Negara dengan lambang * harga minyak dikemas kini secara mingguan, selain itu secara bulanan
Kalau anda suka untuk melancong percuma, ada berita baik untuk anda! Siapa tak suka travel satu dunia percuma kan? Tapi ada syaratnya..
Sebuah syarikat di United Kingdom mahu mengupah seorang individu untuk mengembara ke serata dunia dan menikmati masakan berasaskan sayur-sayuran dengan bayaran £50,000 (RM269,000) setahun.
Vibrant Vegan Co. memaparkan iklan jawatan kosong ‘Pengarah Rasa’ di laman web syarikat itu yang memerlukan calon untuk mengembara ke beberapa negara termasuk India, China, Turki, Chile, Mexico dan Jepun untuk menguji makanan tersebut serta memberi maklum balas mengenainya.
Tugas kembara sambil makan itu mungkin boleh berlangsung selama empat bulan pada satu-satu masa dan semua kos termasuk perjalanan, penginapan serta makanan akan ditanggung sepenuhnya.
“Pemohon tidak perlu mengamalkan gaya vegetarian tetapi perlu memberi fokus kepada bahan-bahan berasaskan sayur-sayuran sewaktu bekerja,” menurut iklan itu di laman web syarikat.
Calon yang ingin memohon perlu mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga tahun dalam perniagaan makanan atau sebagai cef. Pemohon yang memiliki kelulusan sains pemakanan mempunyai kelebihan, namun ia bukan mandatori.
Selain bayaran gaji, pemohon yang berjaya perlu bekerja sehingga 35 jam seminggu secara fleksibel, diberi bayaran gaji penuh ketika cuti sakit dan 28 hari cuti.
Petra, Jordan antara destinasi pelancongan paling menakjubkan di Timur Tengah. Terletak berhampiran Wadi Musa, kota purba ini terkenal dengan binaan yang diukir terus pada...