Pernah tak anda lihat rakan-rakan anda sering memuat naik gambar yang cantik-cantik di laman sosial berlatar belakangkan pelbagai destinasi menarik?
Sekaligus pasti terdetik di hati anda, ‘ala, si polan tu banyak duit boleh la berjalan banyak tempat best!’ Ya, mungkin juga dia berwang dan berpeluang melancong ke serata dunia. Maka, gambar-gambar yang dihasilkan banyak yang cantik-cantik dan lain dari yang lain.
Namun, ada juga hanya menggunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkan gambar yang menarik. Silap hari bulan, gambar yang rakan-rakan anda kongsikan mungkin hanya di ambil dari dalam rumah sahaja. Nah! Ini ada 41 contoh beberapa idea menarik untuk anda hasilkan gambar yang menarik untuk tatapan ramai.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39.
40.
41.
Cubalah! Nanti kongsikan dengan Libur hasil gambar anda ya.
Sumber: Boredpanda
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dah Plan Nak Bercuti Tiba-Tiba Disuruh Berkerja Pada Hari Cuti Peristiwa. Apa Nak Buat?
Selalunya kalau ada cuti peristiwa, ramai pekerja yang merancang bercuti panjang. Maka mereka akan cuba menyusun sebaik mungkin cuti yang diperolehi dengan baik. Mana tidaknya, percutian akan lebih seronok kerana masa yang diambil untuk berehat atau meluangkan masa bersama yang tersayang lebih panjang.
Namun kadangkala perancangan untuk bercuti yang anda buat tidak ‘menjadi’ disebabkan tuntutan kerja. Tiba-tiba sahaja nama naik dan terpaksa berkerja luar kawasan atau menggantikan rakan sekerja yang mempunyai hal kecemasan ketika cuti tersebut. Tidak mengapalah! Anggap sahaja kerja tersebut adalah ibadah.
Namun harus diigatkan, apa hak anda sebagai pekerja sebetulnya jika perlu bertugas pada hari cuti peristiwa! Apa pun, semak terlebih dahulu kontrak atau tawaran kerja dengan majikan yang telah anda persetujui. Lain bidang pekerjaan, kemungkinan lain hak yang diperolehi!
Perkongsian daripada individu ini mungkin boleh jadikan rujukan atau info berguna.
Selamat berkerja dengan penuh berdedikasi!
Sumber: Saudara Mohamad Nasruddin Ab Rahman & Page Peguam Netizen Speaks
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Ada Kawan Tengah Stres Belanja Dia Try ‘Tubing’ Di Taman Negara Kuala Koh
Taman Negara Kuala Koh destinasi pelancongan terletak di Gua Musang, Kelantan merupakan salah satu pintu masuk ke Taman Negara. Ia tidak lah gah seperti Taman Negara lain tetapi apa yang ada di sini tidak ditawarkan di tempat lain, misalnya terdapat lebih 350 spesies unggas yang boleh didapati dalam hutan hujan khatulistiwa ini.
Ia membuka ruang kepada pengunjung yang melalui negeri ini menjengah hutan tropika yang menyimpan kepelbagaian flora dan fauna berusia kira-kira 130 juta tahun. Hutan tebal sebegini tentunya lebih sesuai kepada mereka yang mencintai alam penuh sunyi, damai, bersantai dengan kemudahan ala kadar. Setiap pengunjung ke sini akan dikenakan beberapa bayaran untuk permit masuk, aktiviti lesen memancing sebanyak dan perlatan kamera
Canopy Walk
Laluan Canopy Walkway Taman Negara Kuala Koh sepanjang 420 meter menjadi tarikan pengunjung jika ke sini. Dibina dengan kabel besi dan jubah berkualiti tinggi serta tali yang kukuh dan mampu menampung berat lebih dari 5 tan. Ia tidak menggunakan paku yang mampu merosakkan pokok yang ada, hanya ruang kayu dipenuhi kabel dan tali. Laluan kanopi itu juga merupakan jambatan antara kanopi dengan hutan yang menghubungkan pusat pentas atau sekitar pokok.
Perasaan gayat pada mulanya ketika merentas laluan ini pasti hilang begitu sahaja setelah terpukau menghayati permandangan indah hutan menghijau dari paras atas. Jika bernasib baik, anda mungkin dapat melihat pelbagai jenis haiwan yang melintasi bawah Canopy Walkway di tanah seperti Kijang dan Babi Hutan.
Tubing
Bagi yang ingin merasa pengalaman meredah jeram di Sungai Neggiri, Gua Musang, Kelantan anda boleh mencuba di Taman Negara ini yang pasti menjadi kenangan paling berharga. Dengan bantuan nature guide berpengalaman, anda bersama tiub-tiub pelampung diturunkan ke sungai untuk memulakan ekspedisi.
Sebaik sahaja tiub-tiub hanyut ke arah kuala, anda akan disajikan keindahan alam semula jadi di sepanjang tebing sungai. Paling penting, jaket keselamatan hendaklah sentiasa dipakai bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sebahagian besar laluan adalah sungai berarus tenang yang memberi peluang kepada anda menguasai teknik mendayung. Kemahiran mendayung tiub perlu dikuasai bagi membolehkan seseorang itu dapat mengawal tiub dengan baik. Dihiburkan gemeresik kicauan unggas, keseronokan di tengah-tengah sungai dimeriahkan dengan keriuhan suara-suara pengunjung lain yang menjerit keseronokan.
Masyarakat Pribumi Kuala Koh
Menariknya pengunjung juga berpeluang mengunjungi perkampungan Orang Asli suku kaum Batek kira-kira dua kilometer dari Taman Negara Kuala Koh. Kebanyakan pengunjung tidak akan melepaskan peluang melawat perkampungan yang terletak satu kilometer daripada pintu masuk Taman Negara tersebut. Keriangan anak kecil bermain bakal menyambut kedatangan anda. Keterujaan sekumpulan kanak-kanak yang asyik bermain pasti terhenti seketika jika dihulur bungkusan gula-gula atau jajan.
Masyarakat pribumi di sini merupakan satu-satunya suku kaum Batek yang masih mengamalkan kehidupan nomad. Suku kaum ini mendapat gelarannya kerana keadaan kulit mereka yang bercorak seakan-akan batik dipercayai akibat genetik yang akan hilang sebaik meningkat dewasa. Dahulunya mereka semua duduk di dalam hutan tebal kawasan Pertang. Sejak penempatan unit baru dibuka mereka berpindah di rumah batu didirikan. Walaupun rumah batu didirikan mereka masih mendiami rumah yang mempunyai ciri-ciri asal mereka.
PenginapanTersedia
Di Taman Negara Kuala Koh menyediakan kemudahan resort bertaraf dua bintang berupa chalet dan juga bilik asrama. Manakala sebuah kafe, surau dan bilik mesyuarat lengkap dengan kemudahan audio visual turut disediakan. Bekalan elektrik di sini agak terhad tetapi perhubungan telekomunikasi tidak terputus. Lokasi untuk tapak perkhemahan juga turut disediakan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip ‘Last Minute’ Percutian Keluarga 3H2M Ke Pulau Hidden Gem Mersing, Pulau Besar. Ini Bajet Yang Korang Perlu Tahu
Mersing pekan kecil yang memiliki beberapa pulau indah sekitar Johor.
Pulau-pulau di sekitar in mempunyai tarikan seperti memancing, menyelam skuba, snorkeling dan berehat di pantai. Antara pulau yang jarang didengar tetapi punya 1001 keistimewaan adalah Pulau Besar
Pulau Besar boleh diakses dengan menaiki bot selama 30 minit dari jeti Mersing. Walaupun pulau ini agak kecil berukuran 4km panjang dan lebar 1km terdapat beberapa pilihan resort untuk menginap. Meskipun bahagian tengah pulau ini berbukit dan curam, terdapat beberapa denai untuk didaki. Anda boleh menggunakan khidmat pemandu arah yang akan membawa anda ke bahagian lain pulau. Pantai di sini sangat bersih, cantik dan putih. Maka aktiviti bersantai di tepi pantai untuk melihat matahari terbenam jangan dilepaskan. Kalau sudah pantai pun cantik, dalam laut pastinya lebih menarik. Menyelam skuba dan snorkeling juga aktiviti yang kerap dilakukan disekitar pulau ini, selain itu anda juga boleh akses ke Pulau Harimau yang berdekatan.
Jika ada yang baru merancang ingin bercuti ke sini, ini panduan perkongsian percutiaan ‘saat akhir’ daripada Feesya Ab Rahim ke Pulau Besar baru-baru ini yang boleh dijadikan sedikit rujukan buat anda.
Sebenarnya plan nak pergi Cameron tapi memikirkan last minute ramai yang ambil peluang bercuti selepas pengumuman sekolah mula dibuka mulai 15 Julai 2020, so kami surrender la taknak terjebak dalam jem kat atas Cameron tu. Fikir punya fikir, terlalu pula pasal Pulau Besar Mersing di kat wall fb. Terus usha resort yang ada kat Pulau Besar di Agoda.
- Surprisingly, ada promo bilik yang murah sangat kat D’coconut Island Resort. Dapat bilik yang berharga RM174 semalam. Gedebak gedebuk lepas tambah tax dapat la RM396 untuk 2 malam with breakfast. Bilik family masa tu tak appear so kami decide nanti dekat chalet request untuk tambah bed for the kids. Extra bed kosnya RM85 semalam. Kami tak ambil pakej sebab taknak buat aktiviti snorkeling dan island hopping. Just nak enjoy scenery dan aktiviti kat resort.
- So pendek kata, esok nak pergi malam ni baru buat booking bilik dekat Agoda dan terus whatsapp resort untuk arrangement boat. Kalo last minute macam ni memang kena buat arrangement dulu ya kang korang dah book tak dapat pulak naik bot nanges la korang kat jeti.
- Untuk boat transfer, harga untuk dewasa adalah RM110 pergi dan balik dan untuk budak 4 tahun ke atas RM95. Tapi boleh lah nak kowtim minta kurang atau exceptional utk yg umur 6-7 tahun badan kecik 😉 Bertolak dari jeti Mersing pukul 12.30 tenghari. Perjalanan dari Mersing lebih kurang 25-30 minit je.
- Alhamdulillah pulau ni cantik sangat. Air pun jernih. Pulau Besar ni nama asalnya Pulau Babi Besar. Adalah cerita mitos asal usul nama pulau ni dulu korang tengok dalam gambar makbos ada bagi. Huh, tak in langsung kan nama dia dan dah ditukar pun kepada Pulau Besar. Komersial la sikit kan. Tak ada sekor pun babi kat situ (yang kami jumpa la).
- Kat pulau ni tak silap ada 4 buah resort. Ada lagi satu Asenia tu sebelah je dengan resort kami tapi dia punya mahal ya rabbi tatau la pasal apa. Hahaha. Kami pilih D’coconut Island Resort sebab pertama harga yang sangat affordable (diskaun banyak kat Agoda). Tempat dia cantik sangat-sangat memang tak menyesal pilih. Bilik chalet yang selesa dan bersih. Staffnya pun baik sangat.
- Memang best place untuk holiday, santaikan minda dengan view pantai, view pool dan view coconut yang sangat mengasyikkan. Kalau nak minum air kelapa, nanti staff dia terus kait fresh² dari pokok RM5 je sebiji. Besar dan manis sangat air kelapa. Sangat-sangat recommended la stay sini.
- Petang-petang boleh tengok sunset jugak. Just doalah tak ada terlindung awan atau mendung nak hujan 😉 Alhamdulillah 3 hari kami di sini cuaca sangat best. Oh ya kami tak ambil pakej makan sebab mereka hanya offer the whole pakej. Tapi boleh la order ala carte untuk lunch dan dinner. Dinner kena order before pukul 3 petang. Kalau lapar lagi sebelah resort ada yang jual burger RM4 jer.
- Aktiviti kami kat sini, mandi pantai, mandi kolam, main basikal sepanjang pantai, main pool, bergambar dan enjoy the beautiful moment je 😉 Ringan rasa kepala. Ok korang. Nanti sudi sudikan tengok gambar k. Tq kerana membaca sharing ni.
Tip: Bawa insect repellent ok sebab kat pantai dia ada agas(sandfly).
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI