Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan perubahan operasi melibatkan perkhidmatan tren yang bermula dari Stesen Tumpat, Wakaf Bharu dan Pasir Mas disebabkan keadaan semasa musim tengkujuh di kawasan pantai timur.
Ads
Penumpang dari Stesen Tumpat, Wakaf Bharu dan Pasir Mas diminta menaiki tren dari Stesen Tanah Merah dan digesa menggunakan perkhidmatan alternatif untuk ke stesen itu.
Tren No. 27 dari Tumpat ke JB Sentral yang dijadualkan berlepas pada 6.50 petang semalam, sebaliknya bermula dari Stesen Tanah Merah pada 7.49 petang. Perubahan berkuatkuasa sehingga notis terkini dikeluarkan KTMB.
Penumpang boleh membuat pertukaran tarikh, masa atau membatalkan perjalanan itu dan pemulangan harga tiket penuh akan diberikan bagi sebarang pembatalan.
KTMB berharap penumpang terus mendapatkan maklumat terkini berkaitan operasi tren-tren di Wilayah Timur dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan yang beroperasi 24 jam dengan menelefon 03-22671200. Maklumat juga boleh didapati menerusi laman web rasmi www.ktmb.com.my atau ktmberhad (Facebook), ktmbofficial (Instagram), @ktm_berhad (Twitter)
Ads
Ads
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tourism Malaysia dengan bangganya menjadi tuan rumah buat kali ke 2 edisi ASEAN MEDIA BLOGGERS TOURISM HUNT 2017 yang berlangsung 11-14 Julai 2017.Sejumlah 50 rakan media dan penulis blog dari 10 negara ASEAN menyertai acara ini, yang membawa mereka ke lokasi menarik di Malaysia.
Chief Nazri sporting dengan peserta selepas ‘press conference’.
Acara ini adalah konsep pencarian harta karun, perlumbaan dan pertandingan media sosial yang mensasarkan pengenalan dan promosi budaya Malaysia, peninggalan sejarah, makanan dan lain-lain yang menawarkan Malaysia ke pasaran ASEAN. Dari acara ini, penulis blog dapat menulis dan berkongsi secara terus terhadap peminat mereka melalui perkongsian video dan gambar , yang secara langsung mempromosi Malaysia pada skala lebih besar.
Chief Nazri ceria bersama bloggers sebelum ‘flag off’.
Acara tahun ini bertemakan “Malaysia on wheels’ memberi penekanan konsep bercuti di Malaysia dengan cara memandu serta menggunakan lebuhraya terutamanya Lebuhraya PLUS.
Chief Nazri ‘flag off’ peserta.
Peserta memulakan perjalanan empat hari dari Matic, Kuala Lumpur, melawat kawasan ikonik seperti Dataran Merdeka, Batu Caves dan kemudian terus ke Ipoh dan Kuala Kangsar, sesuai dengan sambutan Visit Perak Year 2017. Acara ini akan tamat di Putrajaya.
Pasaran ASEAN kekal sebagai penyumbang pelancong terbesar ke Malaysia. 2016; seramai 20.3 juta pelancong dari negara ASEAN ke Malaysia, membentuk 75.8% dari keseluruhan pelancong ke Malaysia berjumlah 26.8 juta. Jumlah resit pelancong ASEAN sahaja berjumlah RM56.2 billion, membentuk 68.4% dari jumlah resit pelancong 2016.
Suke pertama 2017, menyaksiakn Malaysia menerima 5.03 juta pelancong ASEAN, penambahan 2.4% berbanding waktu sama tahun lepas. Ini kesan positif dan malaysia menyasarkan kehadiran 23.1 juta pelancong ASEAN tahun ini.
Status gelombang haba di sembilan negeri Semenanjung hari ini, dilaporkan berada pada Tahap 1, yakni paras berjaga-jaga, manakala hanya kawasan Pendang di Kedah pada Tahap 2 (Heatwave) iaitu suhu antara 37 dan 40 darjah Celcius.
Berdasarkan kemas kini Jabatan Metrologi Malaysia (MET) sehingga 5.20 petang semalam (17 Mac), 21 kawasan berada di pada Tahap 1 iaitu dengan suhu mencecah antara 35 dan 37 darjah Celcius.
Kawasan disenaraikan ialah, Chuping di Perlis; Kota Setar, Sik, Baling dan Kulim (Kedah); Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Batang Padang (Perak); Jerantut, Raub, Temerloh, Maran dan Bentong (Pahang); Hulu Selangor, Sepang dan Petaling (Selangor). Turut tersenarai, Port Dickson (Negeri Sembilan), Melaka Tengah (Melaka), Tangkak di Johor dan Kuala Lumpur.
Gelombang haba berkenaan dijangka berlarutan selama tiga hari berturut-turut. Sementara itu, Sabah dan Sarawak pula mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celcius.
Sebut sahaja pasal bercuti di Sabah, pasti kebanyakkan kita akan cadangkan percutian di kawasan pulau, kan? Ada banyak pulau yang viral di Sabah malah ada diantaranya yang mendapat tempat dalam ranking antarabangsa. Bukan sahaja pulau, seluruh lokasi di Sabah ada keistimewaan tersendiri.
Dah ada merancang ke mana-mana ketika PKPP ini? Kalau belum, jom rancang percutian anda ke Sabah segera sebelum destinasi ini kembali meriah dengan kehadiran pelancong antarabangsa. Ini kerana kerajaan negeri Sabah menyasarkan untuk membuka semula pintu kepada pelancong antarabangsa menjelang 1 Sept tahun ini, menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew.
Pembukaan semula itu akan dilakukan dengan melihat kepada keadaan semasa pandemik COVID-19 dan juga nasihat daripada Kementerian Kesihatan di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata agensi di bawah kementeriannya, terutama Lembaga Pelancongan Sabah (STB) selalu mengikuti maklumat berkaitan perkara itu dari negara lain.
Sementara itu, mengenai pelancong dari China, yang menyumbang kedatangan pelancong paling ramai ke Sabah sebelum sekatan akibat pandemik global COVID-19, Datuk Christina Liew berkata satu pertemuan akan diadakan bersama Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Liang Caide mengenai perkara itu. Menurut beliau, bukan semua kawasan di China terjejas dengan COVID-19 dan pertemuan itu akan membincangkan, antara lain mengenai bagaimana mempercepat kedatangan pelancong dari kawasan berkenaan. Untuk rekod, dari Januari hingga November tahun lepas, STB merekodkan 3.766 juta kedatangan pelancong dengan kebanyakannya dari China.
Jauh dari hiruk-pikuk kota dan kesibukan destinasi pelancongan popular, tersembunyi sebuah lokasi eksklusif yang semakin mencuri perhatian pengembara antarabangsa.
Terletak di pesisir Sipalay dalam wilayah...