Berdasarkan kepercayaan masyarakat setempat, Dewi Anjani merupakan ratu dari kalangan jin Islam. Lagenda ini mempunyai sebuah kerajaan dan singgahsananya ada di Puncak Rinjani. Kerana tidak direstui untuk berkahwin dengan lelaki pujaannya, maka beliau menghilang ke alam ghaib. Hingga saat ini, Gunung Rinjani menjadi tempat yang begitu keramat bagi masyarakat setempat. Secara turun temurun, kaum setempat menjadikannya sebagai lokasi pelbagai ritual.
Nama Rinjani sudah lama terngiang di telingaku. Gunung Berapi Rinjani terletak di Pulau Lombok. Banyak yang mengatakan gunung tersebut sebagai gunung terindah di Indonesia. Gunung yang juga menjadi gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia selepas Gunung Kerinchi di Sumatera ini mempunyai banyak keistimewaan. Mulai dari keindahan savana Sembalun yang dimilikinya yang selalu saja membuat mata terpesona, disamping sejarah panjangnya hingga terbentuk Danau Segara Anak yang begitu cantik, keramahan porter-porter Rinjani yang punya langkah seperti kuda serta kekuatan seperti badang. Akhirnya terlaksana juga impianku untuk mendaki gunung dengan sejuta pesona ini.
Tanggal 5 Mei 2017 Aku bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) menaiki Air Asia. Dari KLIA2 aku menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok juga menaiki Air Asia dengan penerbangan yang mengambil masa selama 3 jam. Setibanya di Lombok barulah aku berjumpa dengan semua ahli ekspidisi group B88outdoors ni yang diketuai oleh Hafiq. Selain itu misi kali ni aku ditemani oleh adikku Arief, Meon dan isterinya Afifah, Deen, Riff, Atoq dan Wan. Setibanya di Lombok, kami dijemput oleh Pak Supir menuju ke Bandar Mataram iaitu ibu kota Lombok yang dikenali sebagai Bandar Seribu Masjid dan Pulau Sejuta Maling. Masjid-masjid megah dan mewah akan mudah dijumpai di setiap desa di sepanjang perjalanan di Pulau ini. Dipanggil Pulau Sejuta Maling pula bukan bermaksud di Lombok ini ramai pencuri dan tidak aman, tetapi ia berkait dengan cara perkahwinan bagi Suku Sasak yang harus dilakukan dengan cara melarikan anak gadis orang! Mujur aku tidak diculik oleh Maling!
6 Mei 2017 Hari kedua di Lombok adalah hari kami mula mendaki. Pendakian kami bakal ditemani oleh dua orang guide iaitu Ali dan Hasan. Manakala porter pula akan membawa barang untuk kami seperti khemah, sleeping bag, carry mat, makanan, air, periuk, pinggan, cawan, dapur dan juga tong gas! Bayangkan beban yang harus dipikul dibahu mereka seberat 30kg sehingga 40kg menaiki gunung demi kelangsungan hidup!
Porter membawa beban 30-40kg menaiki puncak
Aku sangat kagum dengan kekuatan fizikal mereka dan juga berasa sedikit sedih dan insaf kerana ada yang berkaki ayam sahaja, berbaju koyak, lusuh dan ada pak cik yang sudah berusia lebih separuh abad masih lagi melakukan kerja berat dan memerah keringat demi sesuap nasi! Rinjani masih menjulang tinggi, menunggu untuk didaki dan para porter telah siap menanti! Terima kasih porter! Jasamu dikenang!
Kami memulakan pendakian pada pukul 10 pagi. Dari basecamp Sembalun sampai ke Pos 1 mengambil masa 3 jam dengan berjalan santai. Pesona Rinjani sudah mula kelihatan dari awalnya dengan pemandangan indah ladang lembu di kaki gunung. Cuaca memang amat terik namun menyejukkan mata dengan padang rumput yang luas dan jangan lupa sapu sunblock dan pakai topi!
Ads
Ladang lembu
Sementara kami sedang bergelut untuk mendaki, bertembung pula dengan ramai peserta yang sedang menuruni gunung dengan begitu pantas untuk ke garisan penamat! Pada tarikh ini terdapat acara tahunan ‘Rinjani 100’ iaitu larian marathon merentasi Taman Nasional Gunung Rinjani. Terdapat 13 check point dan tempat berhenti yang harus dilewati peserta untuk tamat dalam cut oftime dalam tempoh 36 jam. Bermula dari Desa Senaru ke Pelawangan Senaru, Danau Segera Anak, puncak Gunung Rinjani dan seterusnya ke Desa Sembalun! Fuhhh! Nak mendaki ke puncak pun kami sudah habis separuh nyawa apatah lagi mahu berlari naik gunung! Memang hebat! Bukang calang-calang peserta yang menyertai pertandingan ini! Terdapat juga wakil peserta dari Malaysia! Salute!
Larian Antarabangsa Gunung Rinjani
Kemudian kami sambung berjalan di padang savana indah nan panas menuju ke Pos 2. Akhirnya, 40 minit dari Pos 1 kami tiba di Pos 2. Kami beristirehat disini sambil makan tengahari dengan hidangan yang dimasak oleh porter iaitu nasi berlauk ayam goreng, buah nenas, sayur beserta air teh panas! Layanan yang diberikan oleh porter dan guide sangat baik kepada kami para pendaki persis seorang tetamu! Semuanya telah siap terhidang!
Pemandangan luas Savannah
Selepas itu, kami meneruskan lagi perjalanan. Efek luasnya savana Sembalun membuat semua yang jauh kelihatan dekat. Awan teduh sesekali bergerak menghiasi langit di atas kepala kami. Jam 3.00 petang, kami tiba di Pos 3 Rinjani, untuk berehat sebentar dan melepaskan lelah sebelum melalui jalur yang ditunggu-tunggu iaitu Bukit Penyesalan!
Pos III Jalur Sembalun
Lebih kurang tujuh bukit harus didaki sebelum sampai di Pelawangan Sembalun, iaitu base camp di Gunung Rinjani. Saat pendakian di Bukit Penyesalan bermulalah trek tanah padat dan batu besar yang curam dan mencanak tanpa bonus sedikitpun! Disini kami merasakan pendakian yang panjang seperti tiada kesudahan dengan bukit yang sentiasa diselubungi kabus tebal! Trek ini benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan fizikal kami! Inilah fatamorgana kecil yang biasanya di alami sang pendaki. Dan dengan keluh kesah, ketika ini memang terbit sedikit penyesalan yang memang bertepatan dengan namanya bukit penyesalan dengan sisa sisa tenaga yang masih berbaki sedikit.
Ads
Mendaki bukit penyesalan
Pemandangan indah dari Plawangan Sembalun basecamp
Akhirnya pukul 6 petang kami semua selamat sampai di Pelawangan Sembalun pada ketinggian 2700Mdpl! Rasa lelah setelah melewati bukit penyesalan dibayar dengan pemandangan gunung Rinjani yang tersergam indah dari lereng tapak perkhemahan kami! Selepas makan malam, kami semua masuk ke dalam khemah masing-masing untuk tidur. Malam tu terasa begitu sejuk sekali walaupun telah diselubungi sleeping bag, baju sejuk tebal dan sarung tangan! Bolehlah lelap seketika sebelum dikejutkan pada pukul 1 pagi, bersiap sedia untuk summit attack!
7 Mei 2017, sedang kami bersiap, makanan pun sudah tersedia dihantar oleh porter terus ke dalam khemah kami sebelum mendaki! Roti bakar bersalut planta dicicah dengan teh panas terasa begitu nikmat dimakan dalam cuaca dingin di pagi hari!
Selepas mengisi perut, pada pukul 2.30 pagi bermulalah pendakian sebenar menuju ke Puncak Dewi Anjani! Trek yang dipenuhi batu kerikil kasar, debu dan berpasir merupakan cabaran terbesar yang perlu ditempuhi oleh kami! Satu langkah naik ke atas akan melurut 2 ke 3 langkah ke bawah disebabkan pasir gunung berapi. Trek pasirnya amat panjang dan cukup menyeksakan! Dengan cuaca yang begitu sejuk dan angin yang kencang, ia benar-benar menguji mental dan fizikal para pendaki! Disinilah pendaki akan berlawan dengan kekuatan emosi, mental dan kekuatan diri!
Ads
Aku hanya mampu melangkah beberapa tapak sahaja ke atas dan banyak berhenti berehat sambil melihat bintang-bintang yang bercahaya di langit! Semangat aku juga semakin goyah kerana terlalu penat mendaki dalam cuaca yang sejuk!
Milkyway Rinjani500m ke puncak!
Sunrise yang aku impikan di puncak Rinjani tidak tercapai! Hanya mampu menikmati sunrise di lereng gunung sambil berfikir mahu atau tidak meneruskan pendakian yang berbaki hanya 500 meter lagi! Beberapa meter untuk sampai ke puncak inilah yang paling dewa treknya! Pacak dan mencanak! Dengan nafas yang tercungap, aku juga hampir berputus asa dan memaksa sahabatku, Hafiq untuk menarik tangan aku supaya aku terus melangkah ke atas untuk sampai ke puncak Rinjani!
Panorama hebat dari puncak Rinjani
Akhirnya pada tanggal 7 May 2017, setelah berhempas pulas hampir 5 jam pendakian, tepat pukul 7.00 pagi, aku berjaya menjejakkan kaki di Singgahsana Sang Dewi Anjani yang berketinggian 3726Mdpl! Syukur Alhamdulillah! Dikenali sebagai Atap/Bumbung bagi kepulauan Lombok, pemandangan di atas puncak sangat indah dengan Gunung Barujari berada di tengah-tengah birunya tasik Danau Segara Anak! Matahari di ufuk timur terik memancar menampakkan keseluruhan view tasik dan gaung yang curam dikiri dan kanan kami!
Pertualangan ke Puncak Dewi Anjani ni pastinya menjadi kenangan dan pengalaman yang tidak akan dilupakan! Terima kasih Rinjani kerana mengajarku supaya tidak mudah menyerah walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Terima kasih team B88outdoors kerana sentiasa memberikan semangat dan terima kasih juga kepada guide dan porter kerana banyak membantu kami di sepanjang pendakian ini! Semoga bertemu lagi Puncak Anjani yang dirindui!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Paradise 101, merupakan pulau persendirian untuk anda lakukan pelbagai aktiviti air atau pantai.
Pulau ini hanya boleh diakses menggunakan perkhidmatan bot khas di Jeti Telaga Harbour Marina. Lokasi ini juga kini mendapat jolokan sebagai Bali Langkawi dek pelbagai tarikan menarik yang tersedia di sini.
Tempat ni laa viral di langkawi disebabkan ala-ala Bali gituu. Di Penang pun ada kan, ni versi Pulau Langkawi boleh laa acah2 hadap view pantai mcm dekat Nusa Penida. Sbb ramai yang tanya so leen nak share sikit pasai tempat ni okay.
Paradise 101 lebih dikenali dgn Pulau Naam (private island) terletak di Pantai kok / Harbour park . Jeti untuk ke paradise 101 hampa perlu lalu di belakang Danna Hotel atau laluan untuk ke rumah api di harbour park. Sebelum sampai rumah api ada khemah kuning di sebelah kanan, tu kaunter untuk dapatkan voucher dan buat bayaran.
Harga voucher(dalam bentuk resit) RM30 sekepala jdi kalau yg pergi 4 org jdi 1 resit RM120 . Hampa jgn rasa mahal pulak sbb voucher ni kita boleh redeem untuk food, water sport, flying fox & banyak lagi aktiviti dia so kalau hmpa nk tau lebih lanjut hmpa boleh check di google search tripvisor untuk tau lagi details. Mcm kami hanya guna untuk makan jdi memang ngam2 RM120 tuu. Hmpa takboleh mintak refunds balik duit atau baki maknanya hmpa kena guna smpai habis laa voucher tu. Kalau aktiviti/ makan lebih pada harga voucher kena tambah duit yaa.
Jangan rasa mahal, pihak depa buat mcmni sbb sebelum ni org datang ke jeti bagitau cakap nk makan di paradise 101, jdi depa pun bwk tanpa sebarang caj. Padahal datang just nk ambil gambar pastu balik, tak makan pun. Rasa2 depa untung kaa rugi dengan minyak lagi nk hantar kita.
Makanan pun sedap2 harga berpatutan, lagu pun best2 nak layan jiwa kat situ rasa mcm p bercuti jauh jaa padahal kat tempat sendiri. Okaylaa rasa mood holiday gak walaupun p time off day jaa kan.
Toilet pun okay, bersih & selesa. Surau pun ada depa sediakan. Masa hmpa jgn risau depa takdak limit pun, tk silap waktu operasi 7am – 8pm so kalau hmpa nak duduk dari pagi sampai malam pun tkdak masalah okay.
So hampa boleh laa p tempat ni, tempat baru nk ootd
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Libur nak kongsikan dengan semua tempat-tempat yang akan menjadi impian buat semua pengantin yang nak ber’honeymoon‘ bersama yang tersayang. Semua tempat yang Libur cadangkan ini terletak di luar negara. So dah boleh start menabung dah bersama si dia!
1. Lombok, Indonesia
Tempat yang menarik adalah kepulauan Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air. Pantainya cantik dan memukau pendangan pelancong yang datang berkunjung. Pengantin yang datang boleh menikmati pemandangan matahari terbit menghadap Gunung Rinjani dan matahari terbenam menghadap Gunung Agung. Tambahan lagi, tiada penggunaan sebarang kenderaan dibenarkan sekaligus bebas dari hiruk-pikuk kota yang menyesakkan. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:
Swimming
Jet ski
Snorkeling
Scuba diving
Berbasikal mengelilingi pulau
Menaiki kereta kuda
Berkuda
Kayak
Surfing
Shopping
2. Hallstatt, Austria
Terletak di daerah Gmunden, Austria. Kaya dengan khazanah alam semula jadi dan budaya, lokasi di kawasan pergunungan dan dihiasi hamparan tasik menjadikan Hallstatt tersenarai dalam bucket list kaki travel. Pengantin yang kaki hiking boleh ambil kesempatan untuk mendaki Gunung Salzberg. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:
Berkayak menjelajah Hallstätter See
Bersiar-siar di Hallstatt’s Old Town and Market Square
Menaiki kereta kabel Hallstatt Salt World dan Skywalk
Bermain ski di Dachstein Salzkammergut and Five Fingers (tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site)
Meneroka gua Dachstein
Melawat The World Heritage Museum
Berkunjung ke Hoher Krippenstein
Berjalan ke Bad Aussee
3. Whitsundays Island, Australia
Berada di antara Queensland dan Great Barrier Reef, terumbu karang terbesar yang dipenuhi hidupan laut. Kebanyakkan gugusan pulau tidak berpenghuni menjadikan kawasan tidak ramai pelancong dan lebih privasi. Tarikan paling menarik adalah kehadiran ikan paus yang datang setiap tahun ketika musim sejuk sekitar bulan Jun hingga September. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:
Meneroka 74 pulau menaiki Jetski
Beristirehat di Whitehaven Beach
Melawat Hamilton Island
Trip ke Long Island
Berlibur di Daydream Island
Menjelajah Great Barrier Reef (Scuba diving)
Berlayar menaiki kapal di Whitsundays
Enjoy berakit di laut Whitsundays
Melawat Croc Safari
4. Pulau Maafushi, Maldives
Tak perlu penjelasan panjang lebar, siapa yang tak kenal dengan nama Maldives? Negara yang memiliki pulau dan pantai yang tercantik di dunia! Ini tempat yang wajib ada dalam list tempat honeymoon pengantin. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:
Snorkeling
Mandi pantai
Mandi pantai bikini (aum!)
Sukan air
Mandi di coral beach
Melawat Sandbank
Enjoy trip ke Dolphin Safari
Night fishing
Explore Maafushi and experience the local culture
5. Lisse, Belanda
Bandar yang terletak di barat Belanda ini popular dengan lautan bunga tulip yang berwarna-warni. Kawasan yang paling popular dikalangan pelancong adalah Keukenhof yang dibuka ketika musim bunga. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:
Bersiar-siar di Taman Keukenhof
Melawat Istana Kuekenhof
Pergi ke Museum de Zwarte Tulp
6. Seoul, Korea Selatan
Bandar metropolis yang terbesar di Korea Selatan. Tempat yang cantik dan terbaik buat pengantin untuk honeymoon. FYI, Seoul Capital Area menempatkan lima tempat yang diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Sites iaitu Changdeok Palace, Hwaseong Fortress, Jongmyo Shrine, Namhansanseong dan Royal Tombs of the Joseon Dynasty. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:
Gyeongbokgung Palace
The War Memorial Of Korea
Changdeokgung Palace
Dangang Park
Myeong Dong
Bukhansan National Park
Cheonggyecheon
Bukchon Hanok Village
Jogyesa Temple
7. Cappadocia, Turki
Kawasan separuh gurun di Turki ini terkenal dengan bentuk permukaan muka bumi yang unik, tinggi dan berbentuk kon. Kawasan ini juga terkenal kerana pembinaan rumah mereka di dalam dinding kawasan lembah dan ianya warisan sejak dari zaman gangsa. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:
Menjelajah ke bandar bawah tanah
Melawat Goreme Open Air Museum
Bersiar-siar di Pasabag (Monks Valley)
Pergi ke Devrent Valley
Melawat Pottery And Ceramics Shop In Avanos
Bermalam di hotel gua
Menunggang kuda
Menikmati Turkish Night
Pottery Kebab – anda mesti cuba
Menaiki Hot Air Balloon
8. Hat Yai, Thailand
Tempat ini dekat dengan Malaysia. Pengantin nak travel naik kereta pun boleh. Terdapat banyak kawasan komersial dan menjadi tempat tumpuan untuk membeli-belah. Di Khlong Hae Floating Market, peniaga menjual barang jualan seperti makanan dan cenderahati dari bot di atas sungai. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:
Cuba makanan dari gerai jalanan di Greenway Night Market
Shopping barangan murah di Kim Yong Market
Bersedia untuk kagum apabila melawat Magic Eye 3D Museum
Hit Post Laser Disc Bar & Restaurant
Melawat Municipal Park
Shopping sampai koyak di Central Festival Hat Yai
Perhatikan matahari terbenam daripada atas kuda di Samila Beach
Trip ke Ko Yo Island
9. Pulau Phu Quoc, Vietnam
Sebuah pulau di Teluk Thailand. Pantai yang memutih dan sepanjang pantai barat daya dipenuhi pokok kelapa. Lebih daripada separuh pulau itu adalah sebahagian daripada Taman Negara Phú Quốc, yang mempunyai gunung, hutan tropika yang tebal, laluan untuk mendaki dan hidupan liar. Duong Dong adalah bandar terbesar, dengan pasar siang dan malam menjual hasil kraftangan dan hasil laut. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:
Menjelajah pantai Phu Quoc yang memukau
Bersiar-siar di penjara Phu Quoc
Dinh Cau Night Markets
Melawat Dinh Cau Rock (Cau Temple)
Lepak pantai
Tengok matahari terbenam
Ronda-ronda pulau menggunakan motorsikal
Kenal budaya masyarakat setempat di Ham Ninh Village
Pergi ke An Thoi Islands
Mendaki ke Suoi Tranh Waterfall
10. Kashmir, India
Kashmir adalah sebuah negeri di utara India. Ia terletak di pergunungan Himalaya, dan bersempadan dengan negeri Himachal Pradesh dan Punjab di selatan. Aktiviti atau tempat yang pengantin boleh lakukan di sini adalah:
Mencuba Shikara ride di Dal Lake
Bermalam dalam houseboat di Dal Lake
Menaiki ‘Gondola’ cable car
Berkayak di Lidder River
Glide sepanjang Majestic Valleys
Cuba makanan Kashmiri yang istimewa
Melawat tempat pelancongan yang terdapat di Kashmir
Go shopping for a retail therapy
Menaiki kuda di Pahalgam, Sonamarg, dan Gulmarg
Bersiar-siar di Old Srinagar
Melawat Buddhist Monasteries of Ladakh
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ramai mengambil kesempatan menghabiskan cuti tahun dengan mengunjungi destinasi menarik dalam negara.
Salah satunya adalah Pulau Langkawi. Bagi yang pertama kali mengunjungi Pulau lagenda ini, jangan risau jika tidak tahu mahu ke mana.
Perkongsian di laman sosial Facebook Detektif Kembara menyenaraikan tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi untuk percutian selama 4 hari 3 malam.
Sebenarnya banyak lokasi menarik untuk dikunjungi, tetapi takut tidak sempat dan tempat disenaraikan ini melengkapi percutian di pulau bebas cukai ini.
Dataran Lang.
Day 1
Bfast-Smiling buffalo
Pantai Cenang
Underwaterworld
Pantai Tengah
Lunch- Nasi Campur Kak Yan
Island hopping
Dinner-Warung Upih Seafood
Day 2
Bfast- Roti Canai Kalut
Perdana Quay Lighthouse
Telaga Harbour Marina
Paradise 101
Lunch- Hafiz Rojak
Oriental Village,Cable Car & Skybridge
Telaga Tujuh
Dinner – Telaga Seafood
Day 3
Bfast- Nasi Dagang Pak Malau
Makam Mahsuri
Upside Down House
Lunch- Nasi Arab Kaki Gunung
Ayer Hangat Village
Galeria Perdana
Tanjung Rhu (sunset)
Dinner- Selera Lubuk Buaya
Day 4
Bfast- Nasi Lemak Klibang
Dataran Lang
Legenda Park
Haji Ismail Group
Lunch- Nasi Kandar Ismail Majid
Wildlife Park
Dinner- Wan Thai
Kami kongsikan juga pasar malam (bergantung pada hari yang korang pergi)
Isnin- Ulu Melaka
Selasa- Kedawang
Rabu- Kuah (ni yg plg famous)
Khamis- Temonyong
Jumaat- Ayer Hangat
Sabtu- Kuah (sama dgn hari Rabu)
Ahad- Padang Matsirat
Kalau ada masa lebih boleh ke sini juga:
Air Terjun Temurun
Gunung Raya
Sunset cruise
Kilim Geoforest Park
Idaman Suri (shopping)
Nusantara (shopping gamat)
Nota: Kalau pegi hari Jumaat kena periksa dulu waktu operasi kedai makan sebab banyak yang tutup
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...