Kementerian Luar mengesahkan, rakyat Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, adalah antara 50 mangsa yang kehilangan nyawa dalam insiden tembakan di Christchurch, minggu lalu.
Menurut kenyataan itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia akan memberikan bantuan kepada keluarga bagi proses pengebumian berkenaan. Kerajaan Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Dalam pada itu, Kementerian Luar memaklumkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof juga akan berlepas ke Christchurch untuk mewakili kerajaan bagi memberikan sokongan kepada rakyat Malaysia yang terjejas susulan tragedi ini. Katanya, kementerian juga meminta semua pihak media dan awam untuk menghormati perasaan ahli keluarga yang berdepan tempoh sukar ini.
Ads
Haziq yang hilang sejak kejadian Jumaat lalu, disahkan meninggal dunia. Pengesahan itu dilaporkan Exco Jawatankuasa Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Pooh, 11.20 malam ini.
Ads
Sementara itu, pengebumian jenazah akan disempurnakan di Memorial Park Cemetery Bromley selepas Zohor (waktu tempatan), hari ini. Arwah adalah anak kedua Mohd Tarmizi Shuib, 42, rakyat Malaysia yang parah dalam serangan di Masjid Al Noor. Ketika kejadian, Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12, dan Muhammad Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Mohd Haris terselamat tetapi trauma, manakala bapa mereka parah ditembak.
Ads
Haziq adalah antara 50 mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu ketika umat Islam sedang menunggu solat Jumaat.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Selepas beberapa siri berita ‘penutupan sementara’ tular mengenai taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS), akhirnya ia telah ditutup secara rasmi. MAPS dibuka kepada orang ramai pada Jun 2017.
Taman tema yang dibangunkan dengan kos RM520 juta itu dikatakan ditutup sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Tidak pasti adakah taman tema di Perak ini akan berfungsi kembali atau hanya tinggal kenangan seperti apa yang terjadi kepada taman tema gah Mimaland pada suatu ketika dahulu.
Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young. Menurut notis itu, segala kesulitan akibat penutupan MAPS amat dikesali.
Ketika notis penutupan dikeluarkan ramai pengujung MAPS tidak tahu mengenai hal tersebut. Ada yang masih datang di hadapan pintu utama MAPS kerana telah membeli tiket secara atas talian atau agen merasa kecewa kerana tidak berpeluang beriadah bersama keluarga.
Holidaymakers making the oppurturnity in coming to the Asia’s first animation theme park MAPS that opened today.RONNIE CHIN/The Star
Seramai 265 pekerja berstatus tetap dan kontrak yang diberhentikan serta-merta pula susulan notis penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) dikatakan akan diberi pampasan.
Harap-harap, MAPS kembali muncul memeriahkan industri pelancongan akan datang. Sayanglah, baru berusia setahun jagung dengan kos pembinaan jutaan ringgit sudah ditamatkan operasinya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sekitar tengah hari tadi KLIA dikejutkan dengan gangguan sementara sistem operasi mereka yang menjejaskan beberasa sistem seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan maklumat Penerbangan, kaunter-kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi.
Namun demikian, keseluruhan sistem yang mengalami gangguan tersebut telah kembali beroperasi seperti biasa kecuali sistem perkhidmatan kad kredit di kedai-kedai dan restoran yang terdapat di sekitar KLIA.
Melalui laman Facebook rasmi Malaysia Airports, anda dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaan kad kredit buat sementara waktu sementara sistem yang terganggu sedang dibaiki.
Sekiranya anda memerlukan wang tunai, ada beberapa mesin ATM di sekitar KLIA yang beroperasi seperti biasa dan juga penggurup wang berlesen untuk urusan penukaran wang ringgit.
Hebahan rasmi MAHB mengenai kerosakan sistem yang mereka alami sebentar tadi.
Ganggunan ini hanya berlaku di KLIA, manakala KLIA2 masih beroperasi seperti biasa untuk semua penumpang.
Buat anda yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara di terminal KLIA buat masa ini, dapatkan kemaskini mengenai keadaan semasa di laman Facebook rasmi Malaysia Airports. Semoga perjalanan anda selamat pergi dan balik.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Takut untuk mengembara adalah satu perasaan yang disebabkan oleh beberapa perkara sama ada secara sedar ataupun tidak. Biasanya ia melibatkan kewangan, keselamatan dan persekitaran. Namun, perasaan ini boleh dielakkan jika individu yang merasainya berusaha mengatasi perasaan tersebut.Menurut kajian yang dibuat,perasaan takut mengembara ini timbul kerana terlalu obses dengan cerita-cerita yang dikeluarkan oleh media ataupun pengalaman orang lain. Hal tersebut secara tidak langsung telah membunuh keinginan dan sifat ingin tahu tentang sesuatu destinasi percutian indah yang pernah bermain di minda. Terdapat dua jenis faktor yang mempengaruhi seseorang sehingga dia takut untuk mengembara;
Ketakutan Yang Mengerikan
Ketakutan ini biasanya terhasil daripada imaginasi yang bukan-bukan ataupun terpengaruh dengan filem-filem aksi yang ditonton. Contohnya macam bertemu dengan individu yang menjengkelkan ketika sedang menikmati percutian atau ditipu oleh pemandu teksi yang kasar dan tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa yang difahami.
Ketakutan Yang Tidak Diketahui
Perasaan ini lebih berbahaya dari yang pertama tadi kerana ia adalah punca seseorang itu memadamkan terus impian untuk mengembara. Ketakutan sebegini tidak diketahui puncanya. Biasanya ia dipengaruhi oleh potensi ataupun konteks individu itu sendiri terhadap definisikan kembara.
Namun, semua jenis perasaan takut itu boleh diatasi
Individu yang merasainya hanya perlu menguatkan semangat dan menetapkan minda sahaja. Di samping itu, belajar menerima dan memahami situasi tertentu sesuatu tempat ataupun keadaan semasa yang berlaku juga diyakini dapat membantu menangani masalah takut untuk mengembara.
Takut travel boleh disifatkan sebagai satu perasaan yang sukar difahami.
Mereka yang mengalaminya pasti akan berkata, “Tak kena pada batang hidung sendiri, mana kau tahu!” Hakikatnya, takut macam juga gembira. Ia merupakan satu perasaan semula jadi yang memang ada dalam setiap diri manusia. Sampai masanya, rasa tersebut pasti akan hilang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...