‘Back To Basic Life’ Bila Camping. Seronok Tengok Betty Rahmad ‘Set Up Khemah Dengan Suami, Siap Bawa Wayang Pacak Ke Campsite!

Share

Bagaikan percutian alaf baru, ramai yang memilih untuk camping bersama keluarga di campsite yang tumbuh bagaikan cendawan pada masa kini.

Yang suka camping ini pun bukan biasa-biasa, cukup lengkap kelengkapan mereka untuk camping persis macam berada di rumah, cukup selesa bagi percutian 3h2m.

Seperti yang dikongsikan oleh selebriti Betty Rahmad yang sudah beberapa kali dilihat camping di beberapa campsite yang kebanyakkannya berlokasi di tepi pantai.

Apa yang menarik bila Betty berkongsi cara dia dan suami setup khemah mereka. lengkap dengan segala kelengkapan termasuklah tandas portable yang dibeli khusus untuk sesi perkhemahan mereka.

Camping setup
One time investment, lifetime happiness.
Ramai yang request nak tengok setup & list barang apa nak bawa untuk camping. Nak list down pun tak mampu guys dah macam bawa rumah haha! Tapi takpe yang penting bersih dan selesa. Nanti ada lah yang comment itu ini, takpelah kitorang yg bawak & kitorang yang pack kan

Orang kuat saya tentunya suami saya. Semua dia setup sendiri. Dari pergi sampai balik. Dalam video ni je lah nampak i buat-buat tolong dia pasang khemah sebagai content Selalu i mampu tolong setup dalam khemah je!

One thing yang i suka bila camping, rasa macam back to basic life. Tenang. Happy & ready dalam keadaan apa sekalipun. Lain dari bercuti dekat hotel 5 bintang. Syukur dan kagum dengan nikmat Allah.

Oklah korang bukan peduli pun apa i tulis korang nak link je kan?  Nanti i share dalam highlight

Tapi benda paling penting korang kena ada is suami yang pandai pasang khemah dan pandai semua benda. Kalau takde takpe, carilah tempat yang boleh sewa khemah dah siap ok!

 

Wayang Pacak Kat Campsite

Dalam satu lagi perkongsian di Instagram miliknya, Betty turut berkongsi dia dan suami menonton filem di tepi pantai dengan wayang pacak yang disediakan oleh suami tercinta.

Memang syok kalau ada semua kelengkapan, sesekali bercuti pacak khemah memang ada kelainannya. Tak kalah macam bercuti di hotel berbintang-bintang juga, bezanya bintang yang dilihat live dari langit malam.

Wira tidur

Mummy Daddy movie date bertemankan bintang-bintang ✨

Thank you suamiku

Sebelum pergi camping I cakap bestnya kalau kita boleh tengok movie tepi pantai. Know know ada wayang pacak! Macammana dan kain apa dia pacak jadi screen tu i taktau

Bukan sahaja Betty dan suami yang sukakan aktiviti sebegini, malah anaknya Ardi Wira juga turut seronok setiap kali trip camping mereka.

Nak beli kelengkapan untuk camping boleh usha kat SINI

Sumber: Instagram Betty Rahmad

 

IKLAN